Thursday, June 28, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Apa Bedebah Punya Statement Ni Mahathir Oih ..

Dah berenti bebawak la luangkan masa dengan cucu weyh


Masuk air mungkin tak berapa tepat untuk menerangkan betapa keliru nya fikiran pemimpin yang menjadi idola kepada Ameno dan BN ni, tapi apa lagi perkataan yang sesuai nak cakap kalo itu yang menjadi kenyataannya kebelakangan ni?

Mamat ni mungkin terlihat selalu menyerang sistem pentadbiran Singapura dengan mengatakan begitu dan begini tapi dalam masa yang sama, secara tidak langsung turut mengganggap kedudukannya sama seperti Lee Kuan Yew yang dijadikan sebagai Menteri Mentor kepada Perdana Menteri Singapura.

Dah banyak sangat kenyataan yang dikeluarkan yang menggambarkan seolah olahnya Mahathir memang tukang catur dibelakang pergerakan yang dibuat oleh pemimpin pemimpin Ameno. Antaranya kritikan ulangan beliau pada Pak Lah, yang memperlihatkan tiada langsung pemimpin Ameno yang mahu dilihat menongkah pendapat Mahathir dan membela Pak Lah waima menteri yang pernah mendapat keselesaan di zaman Pak Lah menerajui Ameno. 

Bukankah ini satu bukti yang Mahathir masih mempunyai peranan dalam sepak terajang politik Ameno walaupun dia telah lama meninggalkan kerusi Presiden?

Berbalik pada kenyataan masuk air yang wa catit pada tajuk entri ni, Mahathir baru baru ini mengeluarkan kenyataan yang langsung tidak masuk akal pada pandangan wa. Anwar dikatakan menggunakan mahkamah untuk menutup mulut pengkritiknya melalui saman saman yang dikemukakan. Rujuk sumber - Mahathir: Anwar Saman Untuk Tutup Mulut

"Seperti yang anda tahu, beliau telah menyaman saya dan selama empat tahun saya tak boleh membuka mulut. Itulah cara beliau berkempen, menyekat orang daripada bercakap, sedangkan beliau percaya kepada kebebasan bersuara dan perkara seumpamanya.
 
"Tapi, apabila orang bersuara, beliau hendak tutup mulut mereka dengan menyaman semua orang," katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Weyh, ini satu pendapat yang sangat dangkal, tidak membumi dan diluar kotak penalti. Jika tanggapan itu benar, kenapa Mahathir dan juak juak Amenonya termasuk dari puak BN yang lain tidak menggunakan method yang sama untuk menutup mulut Anwar yang memang banyak mendedahkan kepincangan BN?. Samanlah Anwar kalau itu boleh memberikan kelebihan kepada BN dalam arena politik Malaysia dan mungkin boleh menutup mulut semua pemimpin pemimpin PR dari terus bersuara.

Realitinya, mereka memang tak ada substansi isu untuk menyaman malah merekalah yang sering kalah dalam setiap kes yang dibicarakan dimahkamah. 

Mahathir beralasan bahawa Anwarlah yang menyebabkan beliau hilang suara selama 4 tahun sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila Mahathir sentiasa diberi ruang dalam media arus perdana untuk terus menyuarakan pendapat dan dalam masa yang sama menyerang pimpinan PR. Sedangkan mahkamah hanya menjadi medium untuk pimpinan PR menjawab tuduhan dan membersihkan nama apabila serangan serangan liar berterusan dimainkan oleh pimpinan Ameno melalui media.

Alangkah dangkalnya jika Mahathir menyamakan antara kebebasan bersuara dengan kebebasan untuk melakukan fitnah. Mana boleh kita membenarkan fitnah dibiar tanpa ada apa apa pembelaan. Berapakah nisbah saman yang dikemukakan oleh Anwar berbanding dengan tohmahan yang dilakukan oleh pemimpin dan ahli Ameno? 

Malangnya, pada era kepimpinan Mahathirlah sebenarnya yang berlaku halangan untuk bersuara secara total. Mahathir memang tidak menggunakan mahkamah, tetapi beliau memilih jalan yang lebih ekstrim dengan menggunakan polis dan berbagai akta secara berleluasa malahan ramai juga yang dikenakan ISA apabila menentang polisi Mahathir, apakah beliau lupa? 

Berapa banyakkah penerbitan yang tidak menyokong kerajaan terpaksa bungkus dek kerana peranan KDN yang menjalankan arahan Mahathir? Mungkin Ahmad Lutfi Othman adalah orang yang tepat untuk memberikan syarahan yang lebih jelas dalam perkara ni. 

Kita tidak mungkin tahu apakah yang dihajati oleh Mahathir dalam konteks penglibatannya secara berterusan dalam arena politik negara. Ada yang beranggapan mungkin ini adalah langkah untuk memastikan anak beliau, Mokhzani, terus mendapat tempat dan kedudukan. Ada yang berpendapat, Mahathir mahu memastikan kepentingan pemilikan beliau dalam banyak perkara terus terjaga, malah ada yang fikir, Mahathir inginkan agar orang ramai membetulkan persepsi terhadap dirinya yang tercalar teruk sejak dari pemecatan Anwar Ibrahim agar kembali dihormati sebagai wirawan negara. 

Apapun motif beliau, semuanya hanya akan berjalan mengikut kehendaknya jika BN terus berkuasa. Andaikata teraju negara suatu hari nanti bertukar tangan kepada Pakatan Rakyat (InsyaAllah) pasti banyak hal hal yang tersembunyi akan mula terbongkar satu persatu dan inilah perkara yang paling ditakuti oleh Mahathir.

Wallahua'lam


Layan menda ni lagi best dari baca statement Mahathir .. wuhaiii
Nota Kepala Lutut : Bila tak saman dikatakan gitu dan gini.. bila dah saman tetap kata gitu dan gini gak .. abih tu lu nak apa sebenarnya Che Det?

- Karmic Wheel

Wednesday, June 27, 2012

TAGGED UNDER:

Tragik : Kenderaan Makan Tuan


IPOH – Kegagalan seorang lelaki menarik brek tangan kenderaan yang dipandunya memakan diri apabila maut akibat terperosok dalam longkang di sebuah tapak projek perumahan di Falim, semalam. 

Dalam kejadian kira-kira jam 12.00 malam itu, mangsa, Chang Wing Khoon, 58, meninggal dunia di tempat kejadian setelah kereta Toyota Hilux milik syarikatnya yang diparkir bergerak sendiri sebelum merempuh mangsa dari arah belakang. 

Difahamkan mangsa cuba membuka pintu zink, ketika turun, dia lupa untuk menarik brek tangan sehingga tidak sedar kereta itu bergerak dan merempuhnya di hadapan menyebabkan mangsa tidak sempat untuk berbuat apa-apa. 

Wing Khoon yang bekerja sebagai pengurus projek ditemui orang awam dalam keadaan warna kulit menjadi lebam akibat dihempap bahagian hadapan kenderaan berkenaan. Isterinya yang ditemui di tempat kejadian, Wong Chee Yeng, 57, berkata, dia masih tidak percaya kejadian tragis yang menimpa suaminya ketika tiba di lokasi kejadian pada jam 2 pagi. “Saya cuba hubungi dia sejak jam 7 malam tetapi tiada jawapan kerana selalunya jam 6.30 dia akan pulang untuk makan malam bersama keluarga sehinggalah saya diberitahu tentang kejadian ini,” katanya. 

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Superitendan Ahmad Termizi Abd Haq berkata, berdasarkan laporan bedah siasat, kematian mangsa disebabkan oleh patah tulang belakang dan pendarahan dalaman. 

“Mangsa tidak sedar kereta itu bergerak mungkin disebabkan faktor muka bumi lalu menghempap mangsa sehingga terperosok dalam longkang berhampiran. “Kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya.

**++++**

Nota Kaki : Amalkan tabiat untuk menitikberatkan hal hal yang berkaitan dengan keselamatan apabila berurusan dengan kenderaan. Malang tidak terjangka namun kita masih boleh mengurangkan risiko kecuaian jika kita lebih serius dalam isu isu yang kita anggap remeh (dalam hal ni - hand brake). 

Kepada luorang yang beragama Islam, amalkanlah doa naik kenderaan setiap kali  memandu ataupun jika sekadar menumpang. Moga terhindar dari bencana ketika dalam perjalanan sehingga selamat sampai ke destinasi tanpa apa apa kejadian yang tidak diingini. 


"Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali" - Az Zukhruf 13-14

Weyh Kali Ni Wa Bebetul Bangga Dengan Najib



Pedulilah apa luorang nak kata, nak bedal, nak libas atau nak rasa tak puas hati ngan kenyataan wa ni, tapi kali ni wa memang nak rasa kagum  dengan pencapaian yang telah diraih oleh PM Malaysia di peringkat antarabangsa.. Malah luorang pon sepatutnya turut berasa bangga dengan bangangnya .. kah kah kah 

Kalau sebelum ni, Najib dan kerajaan Malaysia (FLOM tak kira) perlu membayar amaun yang bukan sikit semata mata untuk diberikan publisiti yang menghiasi dada akhbar antarabangsa tapi kali ini dek kerana ketokohan Najib yang menonjol, scoop dan coverage tentang beliau kali ini diberikan secara ekslusif dan percuma. Good Najib, macam tu le sepatutnya .. biar wartawan cari pemimpin ..bukan pemimpin yang kena cari publisiti.. tak gitu ?

//=========================\\

Kementerian Luar sedih dengan artikel dalam akhbar Kanada yang mengkategorikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai "demokrat palsu", dengan meletakkannya sebaris dengan autokrat lain dunia. 
Tulisan itu, bertajuk "A 21st-century checklist of the new autocrats" disiarkan pada 8 Jun oleh The Globe and Mail. 
Ia ditulis oleh ketua biro Beijing Mark Mackinnon, pemenang anugerah kewartawanan yang sudah mewawancara sebahagian pemimpin paling kontroversi dan terkemuka di seluruh dunia. 
Antara mereka, ketua pembangkang Burma Aung San Suu Kyi, bekas pimimpin Soviet Mikhail Gorbachev, bekas perdana menteri Thailand Thaksin Shinawatra, Presiden Israel Shimon Peres dan Raja Abdullah daripada Jordan. 
Dalam artikelnya, Mackinnon mengelaskan autokrat dalam empat kategori - demokrat palsu, egois gila, populis ganas dan kapitalis tanpa perasaan. 
Najib dimasukkan dalam kategori pertama bersama Presiden Rusia Vladimir Putin, Presiden Palestin Mahmoud Abbas, Presiden Algeria Abdelaziz Bouteflika, perdana Menteri Ethiopia eles Zenawi dan Perdana Menteri Kambodia Hun Sen. 
Bekas pemimpin yang pernah dikelaskan dalam kategori itu bekas presiden Yugoslavia Slobodan Milosevic dan bekas presiden Mesir Hosni Mubarak. 
Mackinnon menulis, pemimpin ini "mengadakan pilihan raya tetapi tiada hasrat memberikan kuasa" dan "penentang politik seriusnya dipenjara dan parti mereka diharamkan atas alasan teknikal". - Malaysia kini

\\========================//

Perghh ..bukan senang nak di samakan level dengan pemimpin dunia yang lain. Skang ni Najib dah boleh duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan Presiden Vladimir Putin .. think big - Russia tu bhai.. malah dah jadi sekufu denga penyandang yang pernah turut menduduki carta yang sama, iaitu Slobodan Milosevic -penjenayah yang membasahkan bumi Yugoslavia dengan darah orang Islam dan Hosni Mubarak - Diktator Mesir yang baru ditumbangkan.. errkkk ?? kah kah kah kah 

Pedulikanlah apa orang nak kata, sebab wartawan tu memang sengaja jeles kat Najib, janji Najib dah pon mencapai cita cita untuk mengharamjadahkan demokrasi sehingga diiktiraf diperingkat antrabangsa sehingga setaraf dengan pemimpin diktator yang lain.. hasrat terlaksana weyh ..Mahathir pon kalah..  kah kah kah 

Nota:

Wahai Chai Ameno.. bergembiralah atas populariti terbaru PM.. bersorak sorailah 3 hari 3 malam dan jangan lupa raikan dengan tarian joget lambak serta persembahan k-pop .. kah kah kah 

Wa harap Najib tidak kecewa kerana hanya berjaya menguasai kategori Demokrat Palsu .. walaupun mungkin sebenarnya Najib target untuk mengungguli kesemua kategori lebih lebih lagi egois gila dan kapitalis tanpa perasaan .. sabarlah Najib .. mungkin ada pencalonan anugerah dari kewartawanan lain pulak .. 

Rosmah mungkin kecewa kerana namanya yang mewakili FLOM tidak dicalonkan untuk mana mana kategori walaupun beliau lah sebenarnya perunding imej dan tulang belakang yang berusaha keras untuk pergerakan Najib. 

Nota kaki : Wa harap  Mark Mackinnon  akan wujudkan satu lagi kategori dalam label autokrat yang mungkin Najib boleh menang tanpa bertanding - Kategori Salah Faham Gender .. kah kah kah kah kah


Tuesday, June 26, 2012

Sad But True : Negara Yang Paling Ramai Menteri

Malaysia Boleh ~!!
Habih duit perbendaharaan nak bayo gaji menteri
Kalo ratio 1 = 1 .. setiap menteri ada 1 timbalan menteri
Ada plak kementerian yang lantik 2 timbalan
kalo efisien tak pe jugak
tapi kalau setakat penuhkan kuota
ngabihkan boreh je la ..

Fakta : Malaysia merupakan negara pertama mempunyai Menteri Wanita lain jantina .. kah kah kah kah

Monday, June 25, 2012

UMNO Dalam Kacau Bilau, Pemimpin Utama Kini Bimbang Kehilangan Kuasa Setelah Hegemoni 55 Tahun

Dewasa ini, setiap presiden atau perdana menteri berada dibawah penelitian yang tidak putus putus. Tiada aktiviti yang dilakukan melainkan orang awam akan mengetahui hampir setiap butiran terperinci. Apatahlagi, jadual tahunan mereka telah dirancang sedari awal.

Namun, kadangkala butiran yang dihebahkan hanyalah apa yang telah diarahkan kepada media - dalam erti kata lain, apa yang orang ramai perlu diberitahu dan bukannya apa yang orang ramai perlu tahu.

Dan inilah yang menjadi asas kenapa media alternatif semakin mendapat tempat, kerana ia memberikan pandangan yang berbeza untuk sesuatu peristiwa yang sama dan membenarkan orang ramai untuk menggunakan pemikiran mereka untuk menilai dan dan membuat pertimbangan.

Biarpun mengawal media, Najib gagal untuk meyakinkan rakyat

Setakat ini, terdapat banyak laporan berita dan  laporan bergambar tentang pelbagai acara politik yang disiarkan dalam media arus perdana, yang semuanya dikawal oleh kerajaan - sebab utama mengapa negara telah dilabel sebagai tidak mempunyai kebebasan media. Oleh sebab itu, segala pergerakan dan senario yang melibatkan semua pihak, termasuk dari parti pembangkang dan NGO telah diambil alih oleh media alternatif dimana terbitannya lebih dihargai berbanding MSM.

Pada masa ini, dengan PRU13 semakin hampir, liputan secara besar besaran telah diberikan kepada UMNO dan perdana menteri Najib Razak. Dan dari sekian banyak laporan, dapat dirumuskan bahawa gambaran keseluruhan di Malaysia adalah tidak menggalakkan dan berhadapan dengan masa depan yang tidak pasti, walaupun pelbagai berita yang kebanyakkannya hanya menunjukkan kebaikan disiarkan oleh media arus perdana. Kenapa walaupun mengawal saluran hebat seperti akhbar, tabloid, TV dan stesen radio, Najib dan UMNO tetap terlihat korup dan tidak berkesan?

Memang tak dapat dinafikan bahawa media alternatif di Malaysia dan blog/laman pro-pembangkang memainkan peranan yang sangat efektif. Media alternatif yang dibiayai juga cenderung ke arah UMNO-BN tetapi masih memberikan ruang kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan rakan Pakatan Rakyatnya. Media pro-pembangkang pula bergerak dengan bajet yang ketat malah lebih mudah dianggap tanpa bajet langsung. Tidak dapat disangkal, ianya sangat berkesan lantaran dari bakat individu dan keupayaan dalam melontar isu yang dapat menyesakkan nafas Najib dan BN sehingga menghilangkan kredibiliti mereka.

Gabungan tekanan dari media alternatif dan pro-pembangkang seringkali membuatkan Najib tersepit, malah sebenarnya, tekanan tersebut hampir atas semua isu yang dikeluarkan sejak Najib mula mengambil alih jawatan PM pada April 2009. Situasi ini telah menimbulan kesedaran awam bahawa tidak semua yang dicadangkan oleh Najib dan partinya UMNO adalah baik untuk negara.

Sudah lebih buruk dari Abdullah Badawi

Kenyataan dolak dalik Najib dalam begitu banyak situasi telah menimbulkan cakap cakap yang mengatakan beliau telah membuatkan Abdullah Badawi kelihatan seperti mempunyai pendirian yang lebih meyakinkan. Abdullah Badawi, PM yang terdahulu - yang digelar sebagai PM Kaki Tidur, untuk satu tempoh yang dilabel sebagai kurang memberangsangkan, dimana Najib mungkin telah mengatasinya dan ramai yang meramalkan ianya akan membawa satu ruang legasi berbanding Pak Lah.

Tiada satu pun yang Najib telah rancangkan dan laksanakan berada dalam landasan yang betul atau yang tidak berhenti separuh jalan. Selepas mengambil alih jawatan dari Pak Lah, kedudukan sosial, politik, keadaaan ekonomi termasuk undang undang dan perlaksanaannya semakin memburuk. Untuk ini, Najib perlu menerima tempelakan kerana telah membibitkan keraguan awam kepada intergriti kehakiman dalam kes rampasan kuasa di Perak.

Pada lewat peringkat ini, untuk penggal pertama PM yang dilalui tanpa mengadakan sebuah PRU, beliau begitu gemar untuk bercakap tentang sokongan yang diraih. Walaupun, hasil kajian menunjukkan beliau merupakan seorang yang hanya popular dalam BN, cubalah masuk ke kedai kopi dan tanya orang sekeliling. Ramai orang akan menggelengkan kepala dan menyedari bahawa najib bukanlah orang yang memipin Malaysia keluar dari kemelut.

Dikalangan ahli UMNO, pertengkaran, pergaduhan dalaman, tikam belakang dan sabotaj menjadi semakin buruk terutama sekarang ini apabila Najib nampaknya telah memutuskan untuk menangguhkan PRU13 hanya setelah pemilihan parti diadakan. UMNO kian berantakan dan ia telah sampai ke satu tahap dimana ia tidak dapat disembunyikan lagi.

Setiap pemimpin UMNO yang terkenal telah keluar dan membuat kenyataan yang saling bercanggah antara satu sama lain dalam usaha menonjolkan diri untuk mencuri perhatian. Kumpulan ini, tidak ada yang mendapat jalan yang lebih mudah berbanding bekas PM, Mahathir Mohamad, yang sekarang ini dirujuk sebagai PM de facto Malaysia. Tanpa sokongan Mahathir dalam UMNO, Najib dikatakan akan hilang jawatan sebelum akhir tahun ini.

Pemimpin UMNO bertarung untuk diri sendiri

Sedangkan Timbalan PM, Muhyiddin Yassin telah mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan Najib dalam beberapa isu seperti contoh, jadi Melayu dulu dan Malaysia kemudian (being a malay first and Malaysian second). Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin tanpa ragu telah membuatkan Najib kelihatan seperti sang pengecut apabila tidak berani untuk menyahut cabaran Anwar Ibrahim untuk berdebat secara terbuka.

Atas inisiatifnya sendiri, Khairy telah menyahut untuk berdebat dengan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Beliau telah melakukannya 2 kali - pertama kali di London dan kali kedua di KL atas isu PTPTN. Perbahasan ini membolehkan orang ramai untuk menilai wawasan dan kualiti kepimpinan pada para pendebat dan secara tidak langsung mereka mengalihkan pandangan kepada Najib dan mengapa beliau asyik berkata 'tidak' pada cabaran Anwar.

Rais Yatim, dalam usaha untuk memperlecehkan jumlah kehadiran peserta Bersih 3.0 Untuk Pilihanraya Yang Adil, telah membuat kenyataan yang jelas membodohkan diri sendiri apabila megumumkan bahawa berdasarkan teknik yang digunakan oleh BBC, bilangan peserta hanya 22,741 orang sedangkan jumlah sebenar adalah sekitar 250, 000 orang.

Dan seseorang dari UMNO amat pasti telah mengarahkan media pro-kerajaan untuk menyatakan kehadiran sebanyak 100,000 orang di Majlis Sambutan 66 Tahun UMNO sedangkan jumlah yang sebenarnya kurang dari 50,000.

Klip Video yang ditunjukkan dalam saluran TV kerajaan yang menggambarkan peserta Bersih 3.0 bertindak ganas telah dicemuh dan tidak dihiraukan oleh orang ramai yang lebih berminat untuk menyaksikan suasana kejadian tanpa suntingan yang mudah didapati dari Youtube, yang turut mendedahkan kekejaman yang dilakukan oleh polis secara berleluasa terhadap peserta yang terdiri dari orang awam.

Cyber troopers UMNO yang terkenal dengan peruntukan RM300, 000 sebulan pun turut senyap. Ulama UMNO juga turut menjadi bebal, diberatkan dengan beban untuk menampakkan UMNO kelihatan lebih Islamik namun dalam masa yang sama isu seks dan skandal rasuah pemimpinnya sangat berleluasa. Shafie Afdal tidak mampu untuk meyakinkan orang ramai bahawa dia tidak berbelanja jutaan ringgit untuk Zahidi Rafik.

Najib bukan hanya perlu menghadapi skandal bakal menantunya, Maira Nazarbayev (yang dikatakan telah mengambil secara tak sah sebuah kondominium mewah yang bernilai sekurang kurangnya USD20 juta milik bekas suaminya), malah turut dihantui dengan kemungkinan akan diseret ke mahkamah Perancis atas tuduhan rasuah berjumlah 114 juta euro / RM 570 juta ketika transaksi perjanjian membeli 2 buah kapal selam Scorpene dari DCNS, perkara yang pasti tidak dapat luput dari fikiran beliau.

Di seluruh negara dan juga negeri.

Ahmad Shabery yang menganjurkan Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya baru baru ini, membazirkan sekurang kurangnya RM20 juta duit pembayar cukai hanya untuk menciptakan satu gambaran palsu kepopularitian UMNO, namun hasilnya tidak seperti yang diharapkan.

Bukan sahaja tidak mendapat pujian, malah Shabery diterjah dengan persoalan rakyat Malaysia yang ingin tahu tindakan tidak bertanggungjawab beliau membelanjakan sejumlah RM2 juta untuk membawa masuk kumpulan K-Pop (Kumpulan Korea) hanya untuk memastikan supaya mendapat sambutan dari belia untuk hadir ke majlis itu. Apabila perlumbaan drag race dicemari dengan insiden perlanggaran 17 orang penonton, Shabery telah melakukan kelakuan biasa burung unta - menyorokkan kepala dalam pasir.

Sementara Menteri Wilayah, Raja Nong Chik masih bertelagah dengan bekas Menteri Wanita, Shahrizat Jalil. Rafidah Aziz pula masih mencari peluang politik biarpun usianya telah memasuki awal 70an. Rafidah dilihat cuba untuk mengambil kesempatan atas aib yang menimpa Shahrizat berikutan isu rasuah RM250 juta NFC dengan meminta beliau untuk melepaskan jawatan, namun Shahrizat telah berjaya memujuk Najib untuk menyebelahi beliau.

Ini telah mendorong spekulasi bahawa Shahrizat telah 'mempunyai' sesuatu untuk Najib dan adalah paling mungkin berkaitan dengan sebuah apartment di Kazakhstan yang berharga RM1.7 juta yang dikatakan dibeli sebagai hadiah perkahwinan anak perempuan Najib.

Idris Jusoh, mantan MB Terengganu masih berusaha untuk mensabotaj Ahmad Said, MB Terengganu sekarang dan tidak melepaskan peluang untuk berbuat demikian setiapkali ada kesempatan. Di Selangor, UMNO tidak mempunyai calon yang layak untuk menteri besar apabila Mohd Zin yang merupakan pengarah pilihanraya BN ditolak oleh ahli UMNO Selangor.

Sepupu Najib sendiri, Hishamuddin Hussein yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri turut merasakan tidak yakin untuk bertanding di Semberong dimana peluang untuk dikalahkan adalah amat besar.

Ghani Othman, Menteri Besar Johor, telah memegang jawatan tersebut sejak sekian lama dan beberapa pimpinan UMNO Johor kini mencari peluang untuk menjatuhkannya, menunjukkan perbalahan dalaman parti kian memuncak di negeri ini.

Di Perak, MB yang tidak popular, Zambri Kadir tidak dapat untuk memberikan jaminan bahawa Perak akan kekal dibawah BN selepas PRU13 nanti. Jika berbuat demikian, beliau hanya akan mendapat sindiran dan cemuhan.

Sarawak pula berada dibawah kawalan Ketua Menteri Taib Mahmud sepenuhnya dan Najib tidak dapat berbuat apa apa lansgung untuk mengawalnya. Sebalinya, Najiblah yang memerlukan pertolongan dari Taib, Sementara di Sabah, Pakatan Rakyat telah membuat jalinan secara rahsia sehingga PRU13 diumumkan kerana bimbang BN akan menggunakan kuasa wang untuk memporak perandakan hubungan mereka dengan ahli politik tempatan.

Mahathir sedang membina kes keganasan?

Mahathir juga sekarang aktif menuding jari. Beliau mengatakan UMNO menjadi lemah sekarang disebabkan oleh Abdullah Badawi. Tapi itu mungkin disebabkan sikap prejudis beliau terhadap Abdullah Badawi dan sebaliknya melindungi Najib yang beliau rasakan menjaga kepentingan beliau dengan baik.

Berdasarkan senario yang disebutkan diatas serta banyak lagi yang memerlukan lebih banyak ruang dan waktu untuk disebutkan, peluang untuk BN memenangi PRU13 telah menurun dengan drastik biarpun para penganalisis pro-UMNO bertegas mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai masalah untuk mengekalkan 137 kerusi Parlimen.

Malah, faktanya menjadi semakin jelas UMNO-BN mungkin dikalahkan. Bekas MB Selangor yang diaibkan, Khir Toyo berasa yakin bahawa Selangor, P. Pinang, Kelantan, Kedah dan Perak sekali lagi akan dikuasai oleh Pakatan dan tanpa mengambil kira ada beberapa negeri lain juga bakal jatuh ketangan Pakatan.

Mahathir separuh benar apabila mengatakan BN akan kehilangan 5 negeri dan melihat berlaku pengurangan majoriti BUKAN kerana pembangkang kuat tetapi kerana BN lemah. Tapi setelah 4 tahun, orang ramai sendiri dapat menyaksikan sendiri betapa Pakatan telah menjadi bertambah kuat sementara BN menjadi semakin tidak bermaya.

Disebabkan itu, kedua dua Mahathir dan Najib telah mengancam akan berlaku keganasan apabila berlaku pertukaran kerajaan. Pada dasarnya, UMNO tidak mempunyai perancangan sendiri untuk terus berkuasa.

Setakat ini, ia telah menyerahkan segalanya kepada SPR dan polis untuk memainkan peranan dalam memberikan keputusan yang dikehendaki tetapi kemudian diberikan maklumbalas yang tidak terjangka dengan Demontrasi Bersih 3.0 oleh rakyat Malaysia dan juga komuniti antarabangsa. Penjawat awam termasuk juga polis tidak lagi berminat untuk melakukan penipuan demi mengekalkan kuasa UMNO-BN. Tiada siapa yang ingin dipersalahkan atau didapati berbohong apabila bencana untuk UMNO-BN menjadi semakin jelas dari hari hari.

Sudah tentu UMNO akan tetap menipu dan menjadikan PRU13 sebagai yang terkotor dalam sejarah. Tapi itu juga tidak dapat menjamin kejayaan UMNO-BN, maka itulah sebabnya, Najib masih berteka teki dengan tarikh sebenar PRU13.

Mendepani hakikat kekalahan dan mencari jalan keluar.

Jadi, UMNO perlu menghadapi kemungkinan dikalahkan. Adalah menjadi beban tambahan untuk pimpinan UMNO merangka strategi jalan keluar, tetapi mereka telah melakukannya. Perkara pertama yang mereka lakukan, sudah tentu, WANG TUNAI. Cerdik pandai telah mengesan keanehan urusniaga yang diserahkan kepada Syed Mokhtar, kroni bilionaire yang dipercayai telah dianugerahkan projek penswastaan aset kerajaan pada diskaun yang luarbiasa, dipercayai dengan cara itu, beliau dapat menyimpan kewangan bagi pihak mereka.

Sementelah UMNO telah mempunyai pengalaman dalam kejadian rusuhan kaum 13 Mei, adalah tidak mustahil yang mereka akan menggunakan cara yang sama untuk kekal berkuasa. Tetapi, orang ramai telah cukup celik untuk membaca permainan UMNO yang lapuk itu.

Perlu diingat. Kejadian seperti Mei 13 adalah risiko terbesar untuk Najib. Mahathir mungkin menggalakkan tapi Najib sebagai PM yang perlu mengambil tanggungjawab sekiranya ia berlaku diluar kawalan. Sudah pasti, beliau akan memusnahkan legasinya sendiri berserta nama baik keluarganya jika beliau berhasrat untuk menggunakan rampasan sebagaimana yang berlaku dalam krisis negeri Perak.

Rakyat Malaysia telah membuktikan menerusi Bersih 2.0 dan 3.0 bahawa mereka tidak boleh diperlecehkan dan akan bangun dimuka rejim BN jika ia cuba untuk melampaui batas.

Hakikatnya, rakyatlah secara lembut akan meminta UMNO-BN meninggalkan Putrajaya. Tanda tandanya dah banyak kelihatan dan UMNO belajar dari cara yang sukar bahawa inilah kenyataan yang mereka perlu hormati. Kebanyakan rakyat Malaysia telah menanam semangat untuk berubah dan mengundi Pakatan.

Akhirnya, Najib dan UMNO perlu menyalahkan diri sendiri. Semuanya dalam tangan mereka untuk menentukan tindakan mana yang mereka perlu ambil, tapi peluangnya jika mereka kembali pada pertimbangan, tinggalkan Mahathir yang menganjurkan idea keganasan hanya untuk mempertahankan diri dan kekayaan keluarganya yang melimpah ruah, dan serahkan kekuasaan dalam suasana aman.




Nota : Terjemahan Bebas dari karya asal : Umno in disarray, top leaders fear losing power after 55-yrs of hegemony - Malaysian Chronicle

TAGGED UNDER: ,

Air Asia : Kenapa Kerajaan Malaysia Rela Untuk Terus Diperbangangkan Oleh Tony Fernandes ??


Dari hari pertama, Tony Fernandes telah memanipulasi undang undang Malaysia beserta pengamal perundangan hanya untuk kepentingannya, dan setiap kali dia mendapat apa yang dia inginkan, dia menjadi semakin angkuh dan sombong.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri telah menghentikan amalan penipuan harga yang meletakkan digit akhir ".99" yang mempengaruhi rakyat untuk berfikir bahawa sesuatu itu lebih murah dari harga sebenarnya. (beza RM7.99 berbanding RM8.00, sedangkan angka 7 diberi font yang besar dan .99 dengan font yang jauh lebih kecil - pent.). Namun Air Asia telah mengiklan tambang sebegini sepanjang masa dengan sewenang wenangnya. Tony Fernandes mempunyai 'sebab' yang sangat bijak sementara rakyat Malaysia yang menanggung kerugian.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna telah mengeluarkan garis panduan dimana semua restoran, hotel dan syarikat penerbangan perlu (baca wajib) menyenaraikan senarai harga terperinci, namun untuk lebih sedekad Air Asia mengiklankan ilusi tambang murah dengan tidak menyatakan banyak caj caj lain yang tersembunyi. Juga, berjuta ringgit duit penumpang 'dirompak' akibat pembatalan penerbangan dengan tidak memberikan apa apa pampasan. Tony Fernandes mempunyai 'sebab' yang sangat bijak sementara rakyat Malaysia yang menanggung kerugian.

Kementerian Kewangan telah membuat semakan, menilai dan memutuskan jumlah cukai lapangan terbang dan caj lapangan terbang yang perlu dibayar. Air Asia enggan membayarnya selama bertahun tahun dan dengan secara terbuka melanggar undang undang yang telah diwartakan. Tony Fernandes mempunyai 'sebab' yang sangat bijak sementara rakyat Malaysia yang menanggung kerugian.

Kementerian Pengangkutan telah menyelia dan meluluskan Pelan Induk KLIA, sebaliknya Air Asia dapat 'mengatasi' dan mendapatkan LCCT yang dibina mengikut tempat yang mereka kehendaki, sudah pastinya dengan wang pembayar cukai. Tidak lama kemudian, mereka merungut tentang lokasi yang dikatakan tidak cukup bagus. Mereka inginkan sebuah lapangan terbang dibina di Negeri Sembilan tanpa memperdulikan risiko bahaya pada kawalan udara kerana berada berdekatan dengan hub penerbangan terbesar di Malaysia. Tony Fernandes mempunyai 'sebab' yang sangat bijak sementara rakyat Malaysia yang menanggung kerugian.

Kementerian Wilayah Dan Kesejahteraan Bandar telah mengeluarkan garis panduan pembangunan KL Sentral sebagai hub laluan rel-udara, dan unit kediaman mewah bertujuan untuk menarik pasaran global. Namun Air Asia 'berjaya' menempatkan sistem pengangkutan bas tambang rendah tanpa memperdulikan bantahan oleh pemilik aset asing (pelabur), pihak ERL dan yang lain lain pihak yang telahpun mengeluarkan pelaburan yang bernilai jutaan ringgit. Tony Fernandes mempunyai 'sebab' yang sangat bijak sementara rakyat Malaysia yang menanggung kerugian.

Khidmat Penerbangan Udara Untuk Kawasan Terpencil MAS telah 'dirampas' dari rakyat Sabah dan Sarawak oleh sebuah syarikat milik swasta yang diberikan nama FAX. Syarikat ini telah memberikan beban yang tidak tergambar pada rakyat dengan sikap mementingkan diri dan amalan polisi yang sangat ketat. Tony Fernandes mempunyai 'sebab' yang sangat bijak sementara rakyat Malaysia yang menanggung kerugian.

Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) diakui telah memenangi pelbagai anugerah di seluruh dunia atas usaha mereka untuk menjadi yang terbaik di dunia dalam berbagai bidang. Tetapi malangnya di Malaysia, ia telah dibuli, diperkotak katikkan dan dirompak oleh syarikat Air Asia tahun demi tahun. Tony Fernandes mempunyai 'sebab' yang sangat bijak sementara rakyat Malaysia yang menanggung kerugian.

Malaysia Airlines (MAS) sentiasa menjadi mangsa serangan dan perlecehan oleh Tony Fernandes tanpa menghiraukan fakta bahawa MAS yang berdaftar dengan IATA dan tertakluk pada piawaian penerbangan antarabangsa, syarikat penerbangan kebangsan itu tidak boleh mengamalkan jalan pintas sebagaimana yang dilakukan oleh Air Asia. Dalam beberapa minggu, beberapa laluan MAS yang menguntungkan seperti Surabaya telah 'dikorbankan' dengan memberikan penguasaan mutlak kepada Air Asia. Tony Fernandes mempunyai 'sebab' yang sangat bijak sementara rakyat Malaysia yang menanggung kerugian.

FlyFirefly.com (FireFly)  sangat berjaya secara kewangannya, dengan menyediakan rakyat Malaysia kadar tambang mampu dan mudah diantara Semenanjung dan Malaysia Timur. Ia juga telah menjadi mangsa korban kerana dianggap menjadi ancaman kepada monopoli 'umpan tambang murah' yang menguntungkan bagi Air Asia. Tony Fernandes mempunyai 'sebab' yang sangat bijak sementara rakyat Malaysia yang menanggung kerugian.

Sepang Aircraft Engineering Sdn Bhd (SAE) membelanjakan jutaan ringgit untuk membina fasiliti Penyelenggaraan Pembaikan & Baik Pulih Pesawat (MRO) milik bumiputera yang pertama di Malaysia, di atas janji Air Asia untuk menggunakan khidmat mereka. Sebaliknya kemudian, Air Asia menandatangani perjanjian dengan Singapura dan ini bermakna SAE beserta MAS benar benar dipermainkan. Sejumlah besar tunai kini mengalir ke Singapura. Tony Fernandes mempunyai 'sebab' yang sangat bijak sementara rakyat Malaysia yang menanggung kerugian.

Senai Airport Terminal Services Sdn Bhd telah diberikan janji yang pasti bahawa ia akan menjadi hub utama untuk Air Asia, namun setelah berjuta juta ringgit dikeluarkan oleh syarikat tersebut bagi tujuan pelaburan, akhirnya janji itu tidak ditunaikan. Tony Fernandes mempunyai 'sebab' yang sangat bijak sementara rakyat Malaysia yang menanggung kerugian.

Kerajaan Negeri seperti Melaka, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak dan sebagainya telah menerima berbagai bagai janji dari Air Asia namun tidak satu pun yang dikotakan. Tony Fernandes mempunyai 'sebab' yang sangat bijak sementara rakyat Malaysia yang menanggung kerugian.

Rakyat Malaysia yang patriotik telah disajikan propaganda bahawa Air Asia adalah satu kebanggaan negara. Dalam masa yang sama, Air Asia telah mengkritik dan memalukan syarikat syarikat berkaitan kerajaan yang terbaik termasuk kementerian kerajaan secara terbuka melalui serangannya dalam internet. Watak utama yang dijadikan sandaran oleh Tony Fernandes adalah seorang wanita Singapura, dan segala perbelanjaan MRO telah dialirkan ke Singapura. Sekarang, syarikat Air Asia membuka Ibupejabatnya di Indonesia dan tidak diragukan, berjuta ringgit juga akan mengalir kesana. Tony Fernandes mempunyai 'sebab' yang sangat bijak sementara rakyat Malaysia yang menanggung kerugian.

Kesemuanya ini hanyalah sebahagian kecil dari keadaan yang sebenar - untuk lebih 10 tahun rakyat Malaysia terlalu takut untuk bersuara disebabkan oleh adanya hubungan yang teguh antara kaki putar belit dan pakar manipulasi. Tony Fernandes mempunyai 'sebab' yang sangat bijak sementara rakyat Malaysia yang menanggung kerugian. Sampai bilakah ianya akan berakhir??


Nota :

Artikel diatas adalah terjemahan bebas dari artikel ZAM : Air Asia Gains, Rakyat Loses

Nota Kaki :

  • weyh ZAM, lu masa duduk dalam kabinet apsal tak bersuara? akai letak mana masa tu woih.?? Lu kalo masa jadi menteri pon duduk dendiam genggam telo, jangan la masa ni lu salahkan rakyat tak bersuara. 
  • Sape yang kasi naik Tony & Air Asia ?? Master lu laa Che Det
  • Sape yang kasi jaga kepentingan diowang?? Master lu jugakk .. Pak Lah & KJ 
  • Sape yang takut pada Tony sampai kena bina airport KLIA2 bila Tony gertak nak pindah Jakarta ?? Master lu la pun .. sape lagi kalo bukan Najib.
  • Lu tak payah gebang sana sini laa .. FAX sape control ?? Rafidah Aziz .. lu punya suku la jugakk 
  • Abih tu sape kaki putar belit dan sape pakar manipulasi ? Siapa lagi kalo bukan sedara sepusat sepusing lu 
  • Apsal Kerajaan Malaysia senang sangat dibuli oleh Tony & Air Asia?
  • Ni semua sape nak jawab weyh ??
Memang wajib kita tukar kerajaan jika kita serius nak membasmi semua ketirisan yang berlaku. Baru kita boleh jawab semua persoalan kat atas .. selagi BN masih menjarah kuasa .. tak ke mana le jawabnyaaa .. semua simpan bawah karpet sampai reput.

Sunday, June 24, 2012

TAGGED UNDER: ,

KL Gangster Vs Malaysian Gangster


well ..memang setiap orang mempunyai hak untuk membuat persepsi dan semuanya terpulang pada pandangan individu dari sudut mana sorotannya dihalakan.

tapi bila Aaron yang lebih dikenali dengan nama Malik dalam cerita KL gangster nampak Hishamoodin sebagai manusia yang kuat beragama dan People Minister .. ada banyak perkara yang tak berapa nak cerna masuk dalam kepala otak wa. 

Gambar Hiasan Aje .. tak de kena ngena ngan Menteri KDN .. hau hau hau
Takkan mungkin gambar yang diatas ini merupakan individu yang bernama Hishamoodin, sebab dari kacamata Aaron, beliau merupakan orang yang kuat beragama (kah kah kah)

Gambar Hiasan Gak .. Foto Dari Negara Honduras .. 

Ye lah Aaron .. mamat dalam gambar ni mungkin kebetulan je berwajah sama dengan menteri KDN pujaan lu. Mana mungkin dia nak terkinja kinja depan orang ramai gitu, jatuh lah saham dia sebagai orang yang kuat beragama .. kan ? (kah kah kah kah)

People Minister ? Hurmm .. banyak sangat lah yang wa kena sentuh kalo bab ni .. malangnya wa takde mood nak tunjuk banyak banyak .. nanti lu ngamuk macam dalam filem KL Gangster .. peminat lu jugak yang susah .. kah kah kah



Masih Foto Hiasan : Ayahanda & Abang Long .. kah kah kah

Apa apa pon .. lu dah berjaya mencapai impian lu untuk bertemu dengan menteri pojaan .. so .. tahniah .. dan wa masih percaya .. setiap orang berhak mempunyai persepsi termasuk diri wa sendiri .. 

DAN INI PERSEPSI WA .. Lu layak berlakon sebagai pembantu Hishamoodin kalau ada pengarah yang nak buat filem .. Malaysian Gangster .. kah kah kah kah

Nota: Segala tindakan Aaron Aziz ni memang dapat diduga lantaran permohonan PRnya blom dapat kelulusan dari Kementerian (KDN) .. Bila dapat ampu Hishamoodin .. semuanya jadi kaw tim 

Ditanya mengenai proses permohonan PR olehnya yang cepat mendapat kelulusan kerajaan Malaysia, Aaron menyerahkan perkara itu kepada pihak KDN untuk memberikan penjelasan.

“Saya tidak rasa cepat atau lambat kelulusan permohonan itu akan menjadi satu isu. Saya tiada hak untuk bercakap tentang rasional atau alasan bagaimana permohonan saya diluluskan. Mungkin saya telah menepati syarat yang ditetapkan,” katanya.


Weyh Aaron, syarat apa ?? kah kah kah .. ampusana ampusini ?? Ada ramai lagi le dol yang minta PR malah ada yang dah memakan masa puluhan tahun .. lu bagi le tips skit kat mereka mereka tu .. sian kat diowang ..

Nota Kaki : Ulasan Hairie Othman

Syarikat Kroni Bakal Cetus Krisis Kewangan Negara?

Adakah Malaysia akan berhadapan krisis kewangan sekali lagi akibat hutang korporat terkumpul kumpulan anak-anak syarikat jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang mencecah RM34.3 billion?

Pada krisis ekonomi Asia tahun 1997/988, kita menyaksikan kejatuhan syarikat kroni UMNO Renong Berhad yang telah muflis akibat hutang melebihi RM20 billion atau sekitar 7 peratus jumlah hutang di bank yang menyebabkan kerugian ratusan juta ringgit kepada pelabur-pelabur mereka sendiri.

Apa pula ‘helah’ kerajaan apabila Rang Undang-Undang Perbelanjaan Tambahan diusulkan di Parlimen dengan jumlah besar peruntukan sebanyak RM8 billion yang meliputi hampir 40 peratus dari Belanjawan 2012? Bukankah ia akan dilihat sebagai “memastikan keuntungan kepada syarikat kroni?”

Dan mengapa kerajaan Barisan Nasional terus amalkan kronisme, iaitu memberi projek besar kepada ‘kawan’ tanpa perlu ada tender terbuka, serta tanpa mengira sama ada syarikat-syarikat kroni tersebut layak, mampu atau berkebolehan? Kesannya, rakyat sendiri yang terpaksa menanggung hutang besar apabila kroni-kroni tersebut gagal dalam perniagaan mereka.

“Yang menghairankan ialah, mengapa Pelabuhan Pulau Pinang diswastakan kepada Seaport Terminal (Johor) Sdn. Bhd. milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sedangkan Syed Mokhtar mempunyai sejumlah hutang yang besar?

“Lebih mengejutkan lagi, banyak khabar angin mengatakan bahawa Syed Mokhtar juga sedang cuba untuk mendapatkan Pelabuhan Kelang (Northport Holding) dan juga KTM Berhad,” soal Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berikutan pengesahan Jabatan Perdana Menteri mengenai penswastaan pelabuhan Pulau Pinang.

Pua bimbang masalah yang sama akan berulang, iaitu isu Renong yang merupakan salah satu syarikat terbesar dan penting kepada kerajaan BN. Syarikat ini mempunyai lingkungan perniagaan yang meluas melibatkan kepentingan dalam pembinaan lebuh raya seperti PLUS, UEM, Linkedua termasuk landasan KTM dan Putra LRT, hartanah, telekomunikasi dan banyak lagi. Kemudian Renong menghadapi hutang amat besar.

Katanya, kumpulan syarikat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary mempunyai hutang terkumpul sebanyak RM34.3 billion yang merupakan lebih dari 10 peratus hutang korporat tertunggak tempatan sehingga 2011 manakala anggaran jumlah tunai dan asset cair syarikat-syarikat ini cuma sebanyak RM7.8 billion sehingga Mei 2012.

“Hutang sebanyak RM34.3 billion ini jauh melebihi dari hutang yang ditanggung Renong ketika itu sebanyak RM20.0 billion. Perkara ini telah menyebabkan kebimbangan umum kerana kita bimbang wang pembayar cukai negara ini digunakan untuk menyelamatkan syarikat gergasi,” ujarnya.

Empayar perniagaan yang besar dengan hutang yang tidak terurus

Dalam satu media di Parlimen semalam, Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara turut mendedahkan beberapa empayar syarikat dan industri milik Syed Mokhtar dalam empat kategori entiti.

Katanya, Syed Mokhtar memiliki RM51.8 peratus saham MMC Corporation Berhad yang mempunyai hutang tertunggak sebanyak RM24.2 billion.

“Seperti yang kita tahu, anak-anak syarikat MMC Corporation adalah Malakoff Corporation, Gas Malaysia, Aliran Ihsan Resources, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Johor, Senai Airport Terminal Services, Terowong SMART dan syarikat usahasama MMC-Gamuda,” tambah beliau.

Menurutnya, entiti kedua terbesar milik Syed Mokhtar ialah DRB-Hicom yang menanggung hutang RM5.7 billion termasuk hutang RM3.0 billion untuk memiliki Proton Berhad. Kumpulan syarikat yang lain ialah Edaran Otomobil Nasional, MODENAS, Honda Malaysia, Bank Muamalat, PUSPAKOM, Alam Flora, POS Malaysia, Defence Technologies dan beberapa syarikat pembangunan hartanah.

“Beliau juga memiliki 43.0 peratus saham Tradewinds (M) Berhad yang merupakan entiti ketiga terbesar milikannya yang mempunyai hutang berjumlah RM3.48 billion.

“Syarikat ini memiliki BERNAS yang memonopoli pembelian, import dan pengedaran beras di Malaysia, Central Sugar Refinery dan pegangan kecil dalam Malaysian Sugar Manufacturing Berhad yang sama-sama memonopoli pasaran gula Malaysia termasuk Tradewinds Plantation,” katanya

Persoalan yang terjawab

Harga gula negara ini sentiasa meningkat dari masa ke masa sedangkan kerajaan menanggung sejumlah subsidi yang besar. Setelah harga gula dunia berada pada paras tertinggi iaitu US$29.47 (RM89.66) setiap seratus Pound pada Julai 2011, ia mula jatuh setiap bulan sebanyak 20.5 peratus dan mencatatkan sebanyak US$23.42 pada Disember.

Pada Bajet 2012 yang lalu, sebanyak RM367 juta subsidi ditambah kepada RM198 juta yang diperuntukkan. Walau bagaimana pun, penambahan ini tidak berkadar terus dengan kenaikan harga gula sebenar yang menimbulkan persoalan siapa yang sebenarnya mendapat keuntungan dari subsidi ini.

Menurut Pua, Syed Mokhtar juga memilki Tradewinds Corporation dengan 71.5 peratus pegangan di mana syarikat tersebut menanggung beban hutang sebanyak RM890 juta.

“Tradewinds Corporation mengurus beberapa hotel utama di Malaysia termasuk Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur, Hotel Hilton di Kuching dan Petaling Jaya dan juga Hotel Istana,” jelasnya.

Menurutnya lagi, kerajaan persekutuan perlu menjelaskan tindakan yang telah diambil untuk memastikan krisis kewangan 1998 tidak berulang di mana rakyat menjadi mangsa kesan hutang gergasi-gergasi korporat kroni..

“Segalanya perlu dijalankan dengan telus dan berintegriti agar rakyat dapat mengetahui seterusnya menilai tindakan yang diambil kerajaan.

“Kementerian Kewangan juga perlu menyediakan satu data yang menjelaskan kedudukan institusi kewangan kita, badan-badan berkanun seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT),” jelasnya.

Mengkhianati wang pembayar cukai

Isu melibatkan ‘subsidi’ sering didakwa kerajaan BN sebagai untuk meringankan beban rakyat sedangkan ia terang-terang bercanggah dengan dasar subsidi itu sendiri.

Syarikat-syarikat tertentu yang mendapat subsidi dari kerajaan dilihat mempunyai kepentingan dengan UMNO-BN malah bersifat memonopoli walau pun mereka tidak mempunyai rekod kewangan yang baik.

Kerajaan sepatutnya memastikan agar wang cukai yang dikutip dari rakyat Malaysia digunakan untuk kepentingan seluruh rakyat dan bukan digunakan untuk membayar kebobrokan yang dilakukan oleh kroni mereka sendiri.

Akhirnya, ia memungkinkan krisis ekonomi yang akan menggugat kestabilan negara. – Roketkini.com

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top