Thursday, February 24, 2011

Denan Yaakob Bangga Ngan Kelucahan


TEMERLOH, 24 Feb (Bernama) — Apa isu di Kerdau? Bagi Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob yang juga Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Kerdau itu, tiada isu besar yang boleh dicanangkan oleh pembangkang.

“Yang ada hanyalah isu setempat berkaitan tanah dan isu untuk mempertingkat kemudahan jalan raya dan bekalan air, yang semuanya akan diselesaikan secepat mungkin” katanya.

Adnan berkata BN akan mengambil pendekatan bersemuka dan menemui pengundi bagi mengetahui dan menyelesaikan masalah mereka.

Kerusi Kerdau dahulunya dikenali sebagai Sanggang dan terletak dalam kawasan Parlimen Mentakab. Selepas persempadanan semula pada 2004, Kerdau diletakkan dalam kawasan Parlimen Kuala Krau.

Ketika menjawab soalan pemberita mengenai isu “isyarat tangan” yang dianggap lucah yang dikaitkan dengan beliau semasa kempen pilihan raya kecil Sanggang pada tahun 2000, Adnan secara sinis berkata PAS dialu-alukan menggunakan “isu lama” itu.

Secara berseloroh, Adnan berkata beliau sendiri sanggup membantu PAS menampal gambar beliau menunjukkan “isyarat tangan” itu di pokok-pokok sekitar Kerdau.

===============================

Mamat kelucahan ni cakap  .. “Yang ada hanyalah isu setempat berkaitan tanah dan isu untuk mempertingkat kemudahan jalan raya dan bekalan air, yang semuanya akan diselesaikan secepat mungkin” katanya.

Semalam dia cakap .. nak memperbaiki rumah orang kampung yang berjumlah lebih kurang 100 buah kat Dun Kerdau .. wadehex .. ?

Hari ni dia dah lupa plak pasal isu tu .. sebab dia tak sebut pon .. kah kah kah kah 

Mamat ni wa nampak .. sungguh sombong, angkuh dan bongkak ..

Apa isyarat tunjuk tangan tu mulia ke bagi dia ?

Isu tu takde kena ngena ke ngan akhlak seorang Islam .. apatahlagi yang berjawatan tinggi ??

Apa lak pandangan kaum yang bukan Islam dalam bab bab gini ??

Ke owang Kerdau memang tak kesah cara gitu ?

Nak terus punah ranah ke baru nak sedar ?

Weyh .. revolusi kat Tunisia bermula dengan seorang pemuda yang takde kerja ..

Kalo isu yang Denan sebut tu .. lagi besar kalo nak ikutkan berbanding jatuhnya regim sebuah negara dek isu yang 'kecik' je

Denan ni lupa ke .. semua tu bukan kat tangan dia nak menentukan menang ke kalah ..

Malang betul owang Pahang .. ada MB cenggini je mentaliti dia .. kah kah kah kah 

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

2 comments:

  1. nasib baik gwe bkn org phg ye karmic....rkrkrk.....

    ReplyDelete
  2. adeh...terlupa letak nama...jadi anonymous laa plak...

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top