Wednesday, March 7, 2012

TAGGED UNDER: ,

Jom Bagi Naga Makan



Hari ni wa nak cerita yang baik baik ...

Topik hari ni : Faraid .

Lu orang baca bebetul .. FARAID 

Luorang dah hadam ke ngan perkara yang bernama faraid ni ? .. takpe ..jangan gundah gulana .. luorang boleh baca dalam buku buku berkaitan lepas ni ..

Harta yang nak difaraidkan ni bukan milik Ismet Ulam Raja .. bukan .. bukan ..
Bukan juga harta Ali Baba dan 40 orang Penyamun .. bukan .. bukan ..
Kalau harta Ahmad Albab .. lagi la bukan ..
Tapi harta wa .. luorang .. dan seluruh rakyat negara terchenta .. 

Siapa tukang faraid yang tulus ikhlas dalam menjalankan tugas ni ?
KWSP ?? .. bukan .. tu dulu 
Tabung Haji ?? .. pun bukan .. tu dulu
Tapi sepupu sepapat diowang juga .. yang sekarang bernama 1MDB .

1MDB tu luorang tau ke apa kemenda ? - 1 Malaysia Development Berhad  adalah satu badan yang ditubuhkan untuk menjalankan projek projek kerajaan, milik penuh kerajaan, menggunakan dana kerajaan dan dipengerusikan plak oleh PM .. aih .. bih tu JKR buat menda ?? oppss .. takpe .. kembali pada topik .. kita nak cerita pasal faraid .. bukan JKR .. kah kah kah.

Siapa kah amil amil yang berada dibelakang MDB ? Luorang boleh klik kat sini .. dan kat sini ..untuk nengok wajah wajah yang nampak begitu tulus dalam nak memajukan negara. 

Apakah matlamat mereka ? .. 1MDB ni ditubuhkan khusus utk membantu rakyat Malaysia dalam memajukan negara khususnya dalam bidang Tenaga, Perniagaan Tani, Urus Harta dan Pelancongan .. aik .. sekali lagi .. Kementerian kementerian yang berkaitan buat menda ?? opsss lagi ... kita tak nak cerita pasal tu .. sebab topik kita faraid .. kah kah kah ...

Selain tu .. diowang ada gak la bagi geran geran untuk peniaga .. biasiswa untuk pelajar dan bantuan untuk rakyat termiskin .. hadeih .. dia borong abih tugas YBK, MARA, JPA & Jabatan yang berkaitan .. bih tu diowang ni nak buat hape ?? .. tersasul lak lagi .. faraid laa karmic .. stay on the topic please ~!! .. kah kah kah

Jadi apa masalahnya kat sini ?? .. ok skarang luorang baca :

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mengambil alih Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd (TEHSB) sebagai pelaburan strategik jangka panjang.
1MDB memeterai perjanjian definitif Jumaat lepas berhubung pembelian ekuiti dengan nilai RM8.5 bilion.
"Transaksi itu tertakluk kepada kelulusan pembiayaan dan peraturan," kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.
Ketua Eksekutif 1MDB, Shahrol Halmi, berkata pengambilalihan itu menandakan langkah pertama hasrat strategik 1MDB ke arah memenuhi keterjaminan tenaga jangka panjang negara.
"Tenaga ialah antara bidang fokus teras untuk 1MDB, dan TEHSB adalah pengambilalihan yang berharga. Kami tertarik dengan rekod operasi kukuh TEHSB, portfolionya yang pelbagai aset berkualiti, keupayaan dalaman yang mantap dan potensi untuk pertumbuhan baharu di dalam dan luar negara," katanya.
1MDB juga berhasrat untuk meningkatkan kapasiti TEHSB sebagai pasaran baru muncul pengeluar kuasa bebas.
Goldman Sachs (Malaysia) Sdn Bhd dilantik untuk bertindak sebagai penasihat kewangan kepada 1MDB untuk transaksi itu.

TEHSB dimiliki individu kedua terkaya Malaysia, Tan Sri T Ananda Krishnan. - BERNAMA
Geng geng yang wa kasihi .. harta yang nak di faraid kan tu tak banyak ... cuma RM8.5 bilion je
Penerimanya plak bukan orang yang asing bagi kita .. alaaa .. si Ananda Krishnan tuuuu 
TEHSB ni plak ada kaitan langsung dengan kita .. apa de hal ye tak ?? Kompeni ni le antara yang buat kita kena bayar bil letrik berganda ganda tiap bulan .. tapi tak pe .. sebagai rakyat yang bertanggungjawab dan pemurah .. kita layan kan aje .. kah kah kah ..

Lepas ni 1MDB plak akan amik alih tugas naga dari TEHSB .. ye le .. IPP le katakan

Lagi sekali wa nak buat pertanyaan .. errr .. apsal lak tak suruh TNB je yang beli ? .. kan lagi mudah .. dalam TNB pon ada kepentingan kerajaan gak .. aih .. wa terlupa .. bukan tu yang kita nak cerita .. sebab kita masih dalam topik FARAID .. kah kah kah 

Mereka yang membuat dasar penswastaan memiliki kepentingan dalam syarikat yang diswastakan. Malah perjanjian antara kerajaan yang menggunakan harta orang ramai ini masih menjadi rahsia. Apa yang kita diberitahu ialah syarikat syarikat ini berhak – kerana perjanjian – untuk menaikkan harga mungkin setiap tahun atau mungkin setiap dua tahun. Kita tidak tahu kerana perjanjian ini masih satu rahsia dibawah Akta Rahsia Kerajaan.

So moh kita kumpul lagi duit bebanyak .. agar sistem faraid ni terus maju dan subur kat negara kita yang terchenta .. luorang jangan risau .. sebab penasihat diowang pon bukan calang calang .. Goldman Sachs tu~!! pasti halatujunya terjamin ...kah kah kah

Luorang boleh baca pasal TEHSB kat sini 

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

0 comments:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top