Thursday, March 22, 2012

Katak Ini Benar Benar Mati Kutu ..

Sekumpulan katak dipercayai telah mengambil keputusan untuk menjalani proses harakiri (proses menyelesaikan masalah dengan mengambil nyawa sendiri) secara berganti ganti di barat daya Uttar Pradesh semalam.

Menurut sumber yang terkarib, katak katak tersebut berbuat demikian sebagai tanda protes kerana Wan Azizah yang menjadi Presiden kepada PKR, enggan melayani tuntutan dan desakan saudara saudara sekatak mereka di Malaysia ... kah kah kah kah kah 


SHAH ALAM – Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) mendesak Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tampil bagi membersihkan nama timbalannya, Azmin Ali dalam isu dakwaan mempunyai saham jutaan ringgit.

Ketua Penerangannya, Ruslan Kasim berkata, PKR tidak seharusnya bersikap pilih kasih dengan bertindak secepat kilat apabila isu-isu tertentu melibatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) semata-mata.

“Jika Azmin gagal membuat penjelasan dan membersihkan namanya maka kami mencabar beliau segera meletakkan jawatan selaku Timbalan Presiden kerana beliau bukan  sahaja mesti bersih tetapi haruslah juga  kelihatan bersih,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya lagi, Perkasa juga menyokong penuh desakan yang dibuat bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari yang mahu Azmin dan isteri, Shamsidar Taharin mengistiharkan harta kekayaan.

“Adalah tidak logik, tidak masuk akal dan amat luar biasa seorang pegawai kerajaan yang bergaji lebih kurang RM2,000 ketika itu mampu membeli begitu banyak saham melainkan seseorang itu ada sumber lain yang membolehkan beliau berbuat demikian,” katanya.

Kelmarin, Anuar mendesak Azmin dan Shamsidar mengistiharkan keseluruhan harta kekayaan bagi membuktikan mereka tidak mempunyai saham mencecah RM2 juta yang didakwa diperolehi pada tahun 1992 hingga 1994.

Sebelum ini beberapa akhbar melaporkan Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia S.A. Vickneswaran mendakwa memiliki dokumen-dokumen berkaitan urusan pembelian saham melibatkan Azmin dan isterinya, Shamsidar termasuk iparnya, Jamal Taharin yang mencecah RM8.5 juta pada awal 1990-an.

Anuar pada 2004 pernah menjadi Ketua Bahagian PKR Permatang Pauh juga pernah bertugas sebagai Setiausaha kepada Presiden PKR, Wan Azizah sebelum mengumumkan keluar parti PKR pada bulan Mei 2007.

======================================

wah .. desakan ni memang boleh melemahkan sendi sendi trigonometri ... kah kah kah 

waktu kejadian yang di war warkan  .. adalah ketika debudak debudak yang amik keputusan SPM semalam masih dalam proses perancangan dan pembiakan oleh mak bapak diowang ... kah kah kah kah 

pada waktu tu .. tukang melapor, tukang mendesak, yang kena lapor, yang kena desak .. dan juga semua yang terkait .. duk main pok amai amai bawah satu bumbung khemah yang bernama gerombolan .. kah kah kah kah ..errr.. tolong refer novel SHIT Prof. Shahnon untuk perkara yang berlaku lepas 98 onwards.

Kalo jadi lepas 98, wa nak gak tolong cari faktanya, mungkin terlintas gak le keinginan nak jadi spy leman ..ni idak .. isu sekadar nak tunjuk yang dia masih wujud dalam arus perdana padahal hanya laksana gelembung gelembung buih katak yang meletus dan bercempera bila dibaling ngan batu .. kah kah kah kah kah 

2 soalan wa untuk mangkuk 2 ekor ni ... 
masa dok dalam PKR, tak terfikir ke nak tanya sendiri ?? .. 
lu baru tau ke kalo dok dalam gerombolan .. memang tak mustahil dapat saham ? .. 


weyh bro ruslan (kira respek le kan .. panggil bro).. wa rasa lagi baik lu dok bersila depan mentor lu , Presiden  Persatuan Katak Sasau Malaysia  - Perkasam (refer gambar bajet fotogenik kat atas), suh dia adakan satu rapat umum dan cari jalan penyelesaian agar kejadian yang menimpa katak katak kat atas nun tak jadi fenomena sejagat .. bak kata orang Zimbabwe .. berubah sebelum parah ... kah kah kah kah 

pstttt ... isu Kak Jat geng luorang tak mintak bersihkan nama sekali ke ?  melibatkan rm250 juta woo ... baruuuuuu je berlaku .. ke luorang nak tunggu tahun 2029 plak ?? kah kah kah kah

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

0 comments:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top