Monday, June 11, 2012

TAGGED UNDER: ,

Bongkar : Akta Kesalahan Pilihanraya Dipinda Untuk Lindungi Penipuan SPR

Kerajaan BN meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya demi melindungi penipuan yang terdapat dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Demikian menurut Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa apabila ditanya tentang pindaan terhadap seksyen 9A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2002) yang menyebabkan daftar pemilih yang digazetkan tidak boleh dibawa ke mahkamah oleh mana-mana pihak.

“Pada 2002 dalam kes Likas di Sabah, di mana hakim membatalkan keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Likas dengan alasan daftar pengundi SPR didapati penuh dengan penipuan."

“Hakim mendapati SPR gagal menyelesaikan isu daftar pemilih dan menganggap SPR cuai dalam menjalankan perkerjaan mereka."

“Selepas itulah kerajaan BN membuat pindaan undang-undang Akta Kesalahan Pilihan Raya supaya daftar pengundi tidak boleh dicabar."

“Kita memang tak boleh terima undang-undang ini kerana mana boleh undang-undang digunakan untuk melindungi penyelewengan seperti mana dalam daftar pemilih SPR itu,” ujar beliau yang juga seorang pengamal undang-undang.

Ketika menyentuh ruang tindakan yang ada bagi samada bagi Kerajaan Selangor, parti politik atau orang awam terhadap penipuan dalam daftar pemilih SPR, beliau berkata ruang untuk berbuat demikian masih ada dengan membuat kajian lebih mendalam.

Sivarasa turut menolak pandangan bahawa Kerajaan Negeri tidak boleh mengambil tindakan saman terhadap SPR dan Kerajaan Pusat.

“Dalam isu sekiranya daftar pemilih SPR terbukti tidak bersih, pengundi dan parti politik lebih baik kemukakan saman, tetapi Kerajaan Selangor juga boleh sebab ia berbeza dengan prinsip saman fitnah.

“Kalau dalam saman fitnah memang badan kerajaan tidak boleh kemukakan saman fitnah kepada individu, pengamal media atau mana-mana pihak yang mengkritik badan awam itu,” katanya lagi. 

Sumber - Selangorku

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

0 comments:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top