Islam banyak membantu saya untuk bersikap tenang, menumpu perhatian dan memiliki semangat tinggi. Saya senang menjadi seorang Muslim, sebuah agama yang tenang dan saya juga banyak belajar dari Islam |
London - Lahir di Versailles, France, 14 Mac 1979, Nicholas Anelka menghabiskan masa kecilnya di Trappes, sebuah bandar kecil yang terletak di pinggir barat kota Paris. Sebelum memeluk agama Islam, Anelka merupakan seorang Atheis atau tidak percaya adanya tuhan, bukan seorang penganut kristian sebagaimana sangkaan sebahagian orang, kerana Anelka benar benar tidak percaya dengan kewujudan Tuhan.
Namun, ketika tidak beragama itulah, beliau banyak bergaul dengan teman teman dari kalangan keluarga muslim. Bermula dari situ, pemain yang kini beraksi dengan kelab Liga Super China, Shanghai Shenhua itu mulai tertarik untuk mendalami Islam. "Saya menjadi 'seorang Muslim' sejak saya berusia 16 tahun" ujar Anelka kepada majalah Super yang berpangkalan di Arab Saudi.
Dalam majalah FourFourTwo pula, penyerang yang pernah membawa Peranchis menjulang Piala Euro 2000 ini mengungkapkan sebab beliau memilih Islam sebagai pegangannya. Islam, menurut Anelka, adalah cara hidup yang amat sesuai untuk dirinya.
"Saya berasa aman dan tenang dengan agama dan hidup saya hari ini", ujar beliau yang juga menyandang nama Abdul Salam Bilal Anelka. Namun beliau tidak ingin memperincikan lebih lanjut apabila menyudahkan temuramahnya dengan mengatakan "Tapi ini adalah perkara peribadi dan saya tidak ingin ianya terlalu diperkatakan. Itulah sisi peribadi saya".
Memeluk Islam, mencorakkan perubahan positif dalam kehidupannya. Bekas peledak Chelsea itu berpendapat, Islam mendorongnya untuk bertindak dengan bijaksana. Tidak lupa, dia menegaskan Islam merupakan sumber kekuatannya samada di dalam atau di luar padang. "Saya mempunyai karier yang mencabar, saya kemudiannya memutuskan untuk mencari kedamaian.. dan akhirnya saya menemukan kedamaian itu dalam Islam", tambah beliau lagi.
Sumber : FourFourTwo
0 comments:
Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah