Friday, September 21, 2012

TAGGED UNDER: ,

Demo Filem Anti Islam : Kedutaan AS Akan Ditutup Mulai 11 Pagi Jumaat




KUALA LUMPUR : Kedutaan Amerika Syarikat di sini akan ditutup pada 11 pagi ini (Jumaat) berikutan rancangan demonstrasi di hadapan bangunan kedutaan itu di Jalan Tun Razak hari ini.

Menurut kenyataan kedutaan itu kelmarin, kedutaan itu dirancang akan dibuka semula seperti biasa pada Isnin depan.

Bagaimanapun, dalam sebarang situasi kecemasan, warga Amerika Syarikat boleh menghubungi pejabat kedutaan pada bila-bila masa melalui talian 03-2168-5000.

Pergerakan Pemuda Umno dan Dewan Pemuda PAS akan mengadakan perhimpunan berasingan bagi membantah penerbitan dan penyiaran filem anti Islam 'Innocence of Muslims' dan karikatur mempersendakan Nabi Muhammad SAW di dalam sebuah majalah Perancis Charlie Hebdo.

Perhimpunan Pemuda Umno serta pergerakan sayap pemuda parti komponen Barisan Nasional (BN) dan lebih 10 badan bukan kerajaan (NGO) akan diadakan di perkarangan Masjid Kampung Baru di sini selepas solat Jumaat.

Pada waktu yang sama, Dewan Pemuda PAS pula akan menganjurkan protes di luar perkarangan Kedutaan Amerika Syarikat.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh, ketika melakukan tinjauan mesra di Pasar Seni di sini, berkata polis telah bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan ketika berlangsungnya perhimpunan tersebut. (Bernama)

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

0 comments:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top