Seorang bekas pegawai bank, dijatuhi hukuman penjara 6 tahun oleh mahkamah sesyen setelah didapati bersalah atas tuduhan mengeluarkan wang dari akaun simpanan milik 3 orang mangsa nahas pesawat MH370.
Nur Shila Kanan, 34 , mengaku bersalah atas 12 tuduhan yang dikenakan keatasnya iaitu 6 tuduhan kerana mencuri wang simpanan milik 2 orang penumpang dan seorang anak kapal, 3 tuduhan menggunakan dokumen palsu, 2 tuduhan menipu supervisor bank dan 1 tuduhan menggunakan borang palsu.
Tertuduh dijatuhkan hukuman dari 2 bulan sehingga 6 tahun untuk setiap pertuduhan yang kesemuanya berjumlah 28 tahun dan 4 bulan namun bernasib baik apabila mahkamah mengarahkan hukuman dijalankan serentak bermula dari hari ini.
Menurut satu sumber lain, suami beliau, Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed turut dijatuhkan hukuman penjara selama 4 tahun beserta 3 sebatan atas kesalahan yang sama. Baca dari --> Sumber
Mamak jugak....!emmmmmm
ReplyDeletehuhuhu ... iyyaa laaa
Deleteyang 'cilok' juta2 tu apa celita?'bilis'gak yang kena 'jerung'hilang entah kemana!
ReplyDeletewelcome to Malaysia .. have a nice day ... haha
Delete