Thursday, April 26, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Sebab Kenapa UMNO Perlu Jadi Pembangkang !!


Artikel Asal Dari Roketkini

Berulang-ulang kali kita mendengar daripada kem Barisan Nasional bahawa mereka memerlukan majoriti yang besar untuk menjadi sebuah kerajaan yang ‘kuat’. Mengapa? Kerana ia akan membolehkan mereka berbuat sesuka  hari sebagaimana yang telah dilakukan sejak beberapa dekad lalu.

Bukan sahaja di Malaysia, tetapi di serata dunia kita dapat melihat apa yang akan terjadi jika sebuah kerajaan itu terlampau besar dan ‘kuat’. Stalin, Hitler, Mao Zedong dan yang seangkatan dengannya juga telah berdakwah tentang bertapa pentingnya sebuah kerajaan yang ‘kuat’ dan kita tahu bagaimana keadaan dalam negara tersebut.

Adakah kerajaan yang ‘kuat’ boleh menjadi kerajaan yang baik?

Dalam sebuah kerajaan yang ‘kuat’ sedemikian, rakyat hilang suara dan kuasa; yang paling berkuasa adalah mereka yang di tampuk kuasa yang menghalalkan segala-galanya atas nama rakyat, termasuk mempergunakan kaum, agama dan ‘kebangsaan’.

Pada hari ini UMNO-BN memegang rekod dunia untuk parti pemerintah yang ‘dipilih’ oleh rakyat paling lama di dunia. ‘Pilihan’ rakyat itu dibuat melalui pilihan raya yang tidak adil, kotor dan berat sebelah d mana agensi kerajaan dan media massa dipergunakan sepenuhnya untuk berkempen bagi pihak parti pemerintah.

Hasilnya, lama kelamaan ia berjaya mempengaruhi dan lebih teruk, ,mengawal segala institusi-institusi penting negara tanpa sebarang imbangan adil atau ‘check and balance’.

Masih ingatkah kita dengan krisis kehakiman pada tahun 1988 yang amat memualkan dan menjijikkan di mana pimpinan negara memecat dan mempermainkan hakim-hakim besar demi kepentingan politik mereka?

Masih ingatkah kita dengan penyalahgunaan undang-undang zalim seperti ISA yang digunakan terhadap pesaing politik semata-mata kerana UMNO-BN tidak mampu menjawab hujah dengan hujah?

Semua ini berlaku kerana kerajaan pada ketika itu terlalu ‘kuat’. Kerajaan menang pilihan raya secara kotor dan tidak adil, kemudian menggunakan kemenangan besar yang dipaksakan itu untuk melakukan kezaliman. Rakyat hidup dalam ketakutan dan terpaksa merelakan penyelewengan, salah guna kuasa, perkauman dan sebagainya.

Apabila rakyat memberi ruang kepada pembangkang

Hari ini kita melihat pelbagai ‘reformasi’ dan ‘transformasi’ sedang dilakukan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak – ada yang serius, ada yang main-main, ada pula yang merupakan muslihat politik. Apa pun Najib terpaksa melakukannya akibat kuasa pembangkang yang semakin kuat di Parlimen yang mewakili tuntutan dan aspirasi rakyat.

Tidak seperti UMNO-BN yang mahukan penentangan yang minima di Dewan Rakyat dan juga menggunakan segala muslihat jelik untuk menutupi segala penyelewengan dan skandal, Pakatan Rakyat telah berikrar bahawa mereka mahukan sebuah pembangkang yang kuat.

Maka tidak mustahil, dengan kesedaran dan kehendak rakyat, UMNO-BN perlu bersedia untuk menjadi pembangkang yang kuat dalam pilihan raya umum akan datang. Sudah tiba masanya untuk kita mengembalikan semula keluhuran proses demokrasi di negara kita.

Bila UMNO-BN menjadi pembangkang…

Pertama, sudah tiba masanya UMNO-BN menjadi pembangkang yang baik untuk menghargai peranan tersebut. Kita dapat lihat pada hari ini hegemoni kepartian yang amat ketara di Parlimen hasil pemerintahan kuku besi yang diamalkan BN.

Amalan hari ini menunjukkan setiap Ahli Parlimen hanya boleh menyokong dan tidak boleh membangkang apa-apapun yang dikemukakan oleh pimpinan parti mereka di Parlimen. Sesiapa yang mempunyai pendapat sendiri atau cuba membawa pandangan para pengundi kawasan wakil rakyat itu yang bertentangan dengan pendirian UMNO-BN, Ahli Parlimen itu akan dikenakan tindakan disiplin.

Kedua, sekiranya UMNO-BN menjadi pembangkang, barulah mereka akan lebih menghargai dan menghormati peranan pembangkang dalam sistem kerajaan dan demokrasi di mana mereka benar-benar membawakan isu-isu rakyat, dan bukannya untuk kepentingan diri, keluarga dan kroni.

Jika dahulu mereka mengamalkan rasuah daripada akar umbi hingga pucuk pimpinan tertinggi, mereka bukan sahaja tidak boleh melakukan rasuah menggunakan wang rakyat, tetapi terpaksa membongkarkan pula rasuah dalam kerajaan baru, jika ada penyelewengan dan salah guna kuasa.

Dan untuk memenangi hati dan minda rakyat, mereka harus menjauhi rasuah dan mesti dilihat bersih untuk memenangi semula hati rakyat yang telah menolak mereka.

Ketiga, dengan menjadi pembangkang, barulah UMNO-BN benar-benar dapat muhasabah diri untuk berubah. Kerana kita lihat sejak 2004 apabila UMNO-BN berjanji untuk berubah, ia bukan sahaja di takok lama, malah penyelewengan, salah guna kuasa dan keangkuhan semakin menjadi-jadi hingga hari ini. Semuanya itu kerana UMNO-BN masih merasa diri hebat di puncak kuasa.

BERS✔H kan Malaysia

Sistem demokrasi memang ada sedikit-sebanyak cacat-celanya kerana ia boleh melahirkan pemerintahan kuku besi kumpulan majoriti atau ‘tyranny of the majority’ tetapi dalam amalan hari ini, demokrasi yang matang sudah pun melahirkan nilai-nilai tambahan seperti kebebasan, keadilan, hak asasi, peluang saksama, keadilan sosial dan pelbagai jaminan hak untuk memastikan kumpulan majoriti tidak menindas minoriti.

Pada hari ini kerajaan UMNO-BN terlalu berkuasa sehingga wang  rakyat menjadi milik sang penguasa dan lebih teruk lagi maruah negara ini telah digadai dan dikhianati. Demi mengekalkan kuasa politik, beratus ribu kad pengenalan dikatakan telah diberikan kepada warga asing.

Dulu masalah ini hanya di Sabah sahaja di bawah ‘Projek IC’ yang telah didokumenkan secara lengkap. Namun ia masih cuba disembunyikan oleh kerajaan pusat UMNO-BN. Hari ini masalah itu telah menular ke Semenanjung. Malah, perhimpunan aman BERSIH yang telah diadakan dan akan terus dilakukan antara lain bertujuan menghapuskan amalan keji ini.

Jika kita sayangkan negara ini, tiada cara lain untuk membersihkan dan menyelamatkan Malaysia, UMNO-BN harus dijadikan pembangkang selepas PRU13.

DAP bersama Pakatan Rakyat tidak akan mengharamkan UMNO-BN, jauh sekali melakukan kezaliman-kezaliman untuk membalas dendam. Dengan perkataan lain, Pakatan tidak mahu mengulangi sejarah perit menjadi UMNO-BN yang menekan rakyat sendiri.

DAP bersama Pakatan Rakyat sedar peranan pembangkang teramat penting dalam sistem demokrasi untuk memastikan keluhuran dan idealismenya dilaksanakan bagi memastikan kerajaan pusat dapat mentadbir dengan baik dan adil.

Wednesday, April 25, 2012

Isu Shafie Bedal : Zuraida Dakwa Ada Bukti Kukuh

Ahli Parlimen Ampang itu akan membuat laporan kepada SPRM minggu depan berhubung dakwaan bayaran sejumlah wang oleh Shafie Apdal kepada Zahida Rafik

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin berkata saksi yang dikaitkan dengan dakwaan pemberian wang RM1.5 juta oleh menteri kabinet kepada seorang pelakon wanita akan diketengahkan kepada umum tidak lama lagi.

Menurut Zuraida selain dari saksi utama, saksi-saksi yang terlibat juga akan ditampilkan beserta dengan bukti lain dan pihaknya akan melaporkan dakwaan itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu depan.

Ketika ditanya mengenai tindakan undang-undang yang bakal dihadapi beliau oleh individu terlibat, Zuraida berkata beliau sedia berdepan dengan perkara itu.

Zuraida menegaskan bahawa beliau mempunyai bukti-bukti kukuh berhubung dakwaan tersebut.

“Kita rancang akan bawa saksi utama dan beberapa saksi terlibat termasuklah kenalan pelakon wanita berkenaan.

“Saya tunggu sekiranya mereka mahu saman. Kita yakin dengan bukti yang ada. Kita dan kaji setiap maklumat yang diperolehi,” katanya ketika dihubungi FMT.

Zuraida ketika sesi parlimen minggu lalu mempersoalkan pemberian wang tunai sebanyak RM1.5 juta oleh Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kepada artis yang dikenali melalui filem Anak Mami, Zahida Mohd Rafik hanya dalam tempoh empat bulan.

Zuraida mendedahkan maklumat itu berdasarkan laporan polis yang telah dibuat oleh pemandu peribadi artis terbabit ekoran tindakan artis tersebut yang membuat laporan polis menuduh beliau melarikan duitnya sebanyak RM200,000 pada 3 Mac lalu.

Di dalam laporan polis yang dibuat pada 13 Mac lepas, pemandu itu mendakwa artis berkenaan telah membuat laporan palsu terhadapnya kononnya beliau melarikan wang itu.

Justeru, Zuraidah meminta menteri berkenaan menjawab persoalan yang beliau bangkitkan itu.

Shafie Apdal menafikan bahawa satu laporan polis telah dibuat oleh bekas pemandu Zahida bahawa beliau telah membuat sejumlah bayaran kepada Zahida.

Nota : Dengan bergayanya wa Kopi Pes dari Free Malaysia Today

TAGGED UNDER: , , ,

Tengku Adnan - S/U Umno Sahkan Gerombolan Memang Bengong Dan Celaru

Senyum .. Cheeeeeeeese .. Cis

Hari ni kalo luorang check entri kat Sinar Harian, ada wawancara dibuat dengan S/U BN merangkap S/U parti keris iaitu, manusia yang memiliki wajah kat atas.

Topik yang diperbincangkan adalah topik yang biasanya kita akan dengar dari semua S/U BN sebelum ni, sama dan takde yang berubah, antaranya:

  • meracau racau kata diowang sentiasa penuhi janji
  • merapu rapu kata PR tak sepakat
  • melenglong lenglong serang PAS 
  • menyucikan segala tindakan ameno dan kerajaan
  • mempertikaikan janji PR
  • memuji persefahaman kaum dalam BN 
  • tapi akhirnya tegakkanlah ketuanan melayu .. kah kah kah
Bukan tu yang wa nak highlight dalam entri ni. Sebab tu semua retorik basi dan dah jadi macam peti pesanan suara yang  dapat diulang ulang padahal bila dengar intro je dah boleh tahu apa sudahnya.

Sungguhpun gitu wa tetap komited teruskan bacaan dan wa layan seolah olah tengah tengok iklan water filter yang fliers nya bersepah sepah kat tepi pasaraya. Berminat nak tahu tapi tak ingin  nak membeli .. siyes weyh..

Then .. dekat nak abih wawancara tu, baru le nampak sesuatu yang baru. Laa .. baru tahu ke mamat ni pasal yang dok dalam ameno tu memang semua tak reti nak menjawab ? Dia tak baca ke kenyataan Dr. M yang hari tu cakap individu dalam ameno ni memang tinggal stok stok bodoh belaka .. kah kah kah


Paragraf ke dua  saling mengukuhkan dengan ayat sebelumnya.. orang Kenya cakap simbiosis.. kah kah kah.. orang kampung wa kata plak macam aur ngan tebing .. tapi P. Ramlee plak cakap ..

"Ha elok le tu, bapak yang disana tu penyamun, abang yang disini plak penyangak .. dah kena dah .. penyamun jual penyangak" .. kah kah kah kah

Helo Inche' Adnan, diowang memang tak tahu nak menjawab, sebab diowang bodo' .. errr.. tapi sebaliknya bab songlap menyonglap, diowang tak le bodo' malahan sangat cemerlang. KPI 4 flat. Sebab tu le asik bercakaran, jawatan jadi jaminan mengembungkan poket la deyy .. ameno punya perangai sama kat mana mana .. cam babun ..orang utan pon boleh gelak ..

lawak pesen apa ni Ku Nan ?

P/S : Kalo lu masuk campur dengan urusan penyamun ... seluruh persatuan penyamun akan mengambil tindakan .. kah kah kah kah

TAGGED UNDER:

Sila Ambil Perhatian : Penting - Garis Panduan Bersih 3.0 - 28 April


TOLONG SEBARKAN dan BUAT PERSEDIAAN PERLU.

Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012, 2 petang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

BERSIH 3.0 DUDUK BANTAH

Tuntutan Bersih 2.0 :

  1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
  2. Reformasikan Undi Pos
  3. Gunakan Dakwat Kekal
  4. Akses Media Yang Bebas & Adil
  5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
  6. Kukuhkan Institusi Awam
  7. Hentikan Rasuah
  8. Hentikan Politik Kotor

Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0 :

Dipengerusikan Oleh Dato Ambiga Sreenavasaan (Mantan Presiden Majlis Peguam Malaysia). Anggotanya Adalah Daripada Kalangan Pimpinan Dan Aktivis NGO’s.

Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia untuk mereformasikan pilihanraya.

Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.

Perhubungan
Setiausaha Bersih 3.0 
  • H/P: 016 9670921; 
  • Email: media@bersih.org


*Perkara yang perlu anda bawa/sediakan *

  1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
  2. Duit - maksimum RM100 sahaja.
  3. Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning. Sebaiknya ada logo Bersih 3.0
  4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.
  5. Aksesori kempen-Button, kopiah, arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bersih 3.0 / Bersihkan Pilihanraya/Tunaikan 8 Tuntutan SAHAJA boleh digunakan.
  6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
  7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
  8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
  9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
  10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95 Respirator dan Surgical facemask untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
  11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
  12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
  13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
  14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 3.0.

*Perkara yang tidak dibenarkan*

  1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.
  2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kredit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.
  3. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan.
  4. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.
  5. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 3.0 / Bersihkan Pilihanraya.
  6. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.
  7. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 3.0 tidak dibenarkan.
  8. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
  9. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.
  10. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.
  11. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.
  12. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.
  13. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.

*Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan*

  1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.
  2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.
  3. Pastikan anda telah menunaikan ‘hajat’ sebelum memasuki perhimpunan.
  4. Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.
  5. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.
  6. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.
  7. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.
  8. Jangan lupa charge bateri handphone dan kamera.
  9. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan – Dataran Merdeka.
  10. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.
  11. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.
  12. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Dataran Merdeka (Jangan terus ke lokasi bersendirian).
  13. Jangan memakai baju Bersih 3.0 sebelum perhimpunan bermula.

*Semasa perhimpunan dan perarakan*

  1. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan di Dataran Merdeka dan tunggu arahan dari *Field Commander* yang dilantik
  2. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau *Field Commander* sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada *Field Commander*
  3. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan *Field Commander*.
  4. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.
  5. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.
  6. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.
  7. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.
  8. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.
  9. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.
  10. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
  11. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi sound system akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
  12. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.
  13. Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.
  14. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.
  15. Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email / telefon: Setiausaha Bersih 3.0.
  16. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.

*Selepas perhimpunan*

  1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.
  2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila laporkan kepada Setiausaha Bersih 3.0.
  3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik.
  4. Dapatkan maklumat dari Setiausaha Bersih 3.0.
  5. Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.
  6. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.
  7. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha Bersih 3.0.

*Apa anda perlu buat jika kumpulan Anti-tuntutan Bersih 3.0 buat Provokasi*

  1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan Field Commander & Unit Amal.
  2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.
  3. Jangan hampiri mereka.
  4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.
  5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.
  6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.

*Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan*

  1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.
  2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.
  3. Duduk jika pimpinan arahkan.
  4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air water canon berwarna kuning.
  5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.
  6. Ambil gambar mereka jika sempat.
  7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.

*Apa yang anda perlu buat jika ditahan*
APABILA DISOAL OLEH POLIS

  1. Pengenalan Anda
  2. Anda cuma perlu berikan nama, kad pengenalan dan alamat sahaja.
  3. Seandainya ditanya soalan-soalan lain: Anda boleh bertanya, “Adakah saya ditahan? ”

BILAKAH ANDA DITAHAN
Anda ditahan apabila anggota polis itu

  • menjawab “YA” pada soalan di atas
  • beliau tidak membenarkan anda meninggalkan tempat tersebut atau ingin membawa anda ke balai polis apabila anda digari

Jika anda tidak ditahan anda boleh berlepas dari tempat tersebut atau enggan mematuhi arahan beliau untuk ke balai polis atau tempat lain jika diarahkan.

BILAKAH ANDA TIDAK BOLEH DITAHAN

  • Polis tidak boleh menahan anda semata-mata kerana anda berkemungkinan menjadi seorang saksi dan polis ingin mengambil kenyataan saksi daripada anda (Kenyataan saksi/112).

*Apa yang anda buat selepas dibebaskan*

  1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.
  2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.
  3. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
  4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.
  5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.
  6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.
  7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.
  8. Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.
  9. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.
  10. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.
  11. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.

*Perhatian!*

  • Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.
  • Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.
  • Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.
  • Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini

Secara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.

Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak SPR dan kerajaan persekutuan mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan dan proces implementasi negara kita.

Ingat, Perhimpunan Bersih berjaya pada 10 November 2007 dan 9 Julai 2011 kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk mereformasikan pilihanraya, mengkukuhkan berbadanan institusi dan hentikan korupsi.

Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.


Salin Dari Sumber 

Tuesday, April 24, 2012

TAGGED UNDER: ,

Video Yang Penuh Emosi : Semakin Ramai Orang Barat Memeluk Islam



Video ini memang benar benar mengharukan .. syabas!!

Video diatas merupakan kompilasi peristiwa dari serata tempat di barat yang menunjukkan betapa mudahnya proses untuk mereka yang telah diberikan hidayah untuk menerima Islam sebagai jalan mereka. Tidak perlu birokrasi dan isi borang sana sini. Tak diperlecehkan dan dibayangi dengan momokan yang tidak tidak.

Wa secara peribadi pernah deal dengan satu keadaan dimana seorang tiong hua mengadu ditakut takutkan oleh orang melayu bila beliau nyatakan hasrat untuk memeluk Islam.

Ini lah penyakit bangsa melayu bila selalu memberi gambaran peluk Islam sama dengan masuk melayu.. deyyy .. Cat Steven (Yusuf Islam) tu masa masuk Islam dia jadi melayu ke ? apa punyaaa turrrr ...

Lagi satu pasal lelucon yang paling gemar orang melayu tanya pada orang yang bakal bergelar muallaf .. "tak takut kena 'potong' ka?" .. orang yang bercakap macam tu sepatutnya kena tangkap dan 'potong' lagi sekali .. baru ada akai ..

Enuff said.. wa nak tunjuk Video lagi satu, yang ni sebab wa tertarik pada syarahan dia start dari pertengahan VC - minit 1:35 - sampai abih.. hak yang memula tu .. layan je laa .. sebab topik tu pernah jadi entri kat blog wa ni .. Rujuk Hiruk Pikuk Sekitar Isu Liam Neeson Nak Peluk Islam.


Yeah .. Now you own it to yourself ...

Edit : wa masukkan sekali vc pasal pemain bola Barcelona - Lionel Messi masuk Islam, mengikut jejak langkah Kaka, Robbie Van Persie, Frank Ribery, Nicolas Anelka (sekadar menyebut beberapa nama)

Jika Bijak , Cuba Teka Siapa Saya ?

Teka Siapa Saya ?

Saya pernah menjadi MP yang paling muda dalam Parlimen
Saya pon pernah menjadi model bagi satu majalah

Siapa saya ? Khir Toyo .. ? Bukan ..bukan
Saya tak pernah bagi penyapu kat orang .. sebab perbuatan tu sangat tak bertamaddun sedangkan saya anggap diri saya seorang yang intelektual.

Siapa saya ?
Arwah bapa saya adalah seorang duta
Sebab tu saya dilahirkan di Kuwait pada tahun 1976 dan berkelana di banyak negara
Saya belajar sehingga mendapat Ijazah dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi
Selepas belajar saya jadi penulis jurnal sehingga dapat le jadi pegawai khas kepada salah sorang TPM

Jadi siapa saya ?? .. Hisha moo din ? .. bukan jugak ..
Saya bukan orang Johor walaupun asal usul tak jauh dari situ
dia jadi menteri sedangkan saya tak dapat walaupun layak
dan arwah bapak saya bekas duta .. bukan bekas PM

Ok .. saya berkawin dengan anak seorang bekas PM
dan saya masih mengepalai satu gerakan manusia tolol
jadi pemimpin mereka mungkin sebab saya lebih terpelajar
atau pun pak mentua saya memang kesiankan saya
masih tak dapat teka lagi ??

Semalam saya ada beri kenyataan yang berbunyi gini;

"Dalam program BN Pilihan Orang Muda di Ipoh baru-baru ini kita telah berjaya himpunkan lebih 10,000 orang dan hari ini, untuk jentera Wilayah Persekutuan, kita telah himpunkan lebih 5,000 orang, kalau hendak dibandingkan dengan lima khemah di Dataran Merdeka, bila-bila masa kita dapat tawan Wilayah Persekutuan," katanya.

walopon saya tahu kenyataan saya itu bunyi nya amat bodoh, tapi saya tahu mereka mereka yang hadir akan tetap bersorak gembira apabila mendengarnya. Ini mungkin disebabkan mereka mereka itu lebih bodoh dari apa yang saya sangka.

Malangnya, ramai lagi pemuda pemudi negara yang memandang enteng dengan kenyataan saya lebih lebih lagi mereka yang dah terpengaruh dengan kebenaran yang dibawa oleh Pakatan Rakyat, ini adalah sesuatu yang menduka citakan saya dan hampir pasti menyebabkan saya kehilangan jawatan. Saya tidak dapat meletakkan kesalahan ini terhadap mereka tapi Internet lah yang perlu dipertanggungjawabkan. Ruang siber telah menidakkan hak saya untuk terus menyebarkan pembohongan sebagaimana yang telah dilakukan oleh media media pengampu. Saya sangat sedih.

"Atas sebab perjuangan mansuhkan PTPTN, pakatan pembangkang sanggup membiarkan anak muda tidur di jalanan sedangkan pemimpin mereka balik tidur di katil yang empuk dan pasang aircond, inilah pakatan pembangkang yang kita hendak bagi gelaran pembangkang paling teruk di dunia," katanya.

Cuba perhatikan kenyataan saya semalam, apakah salah apabila saya buat anggapan melulu begitu sedangkan itulah cara yang dilakukan oleh pemimpin pemimpin yang terdahulu? 

Saya tak salahkan PM kalo himpunan beg Birkin bininya boleh menampung keperluan sekampung selama berbulan bulan kerana beliau sorang PM. 

Saya takkan salahkan Sharizat kalo lembu peliharaan lakinya boleh duduk kat kondo .. sebab dia seorang menteri dan senator. 

Saya tak salahkan Shafie Afdal walopon khabarnya dia boleh bagi duit berlambak lambak kat sorang artis sebab dia adalah seorang menteri kerajaandan ahli majlis tertinggi merangkap naib presiden. 

Dan sudah tentu saya tak dapat menyalahkan diri sendiri apabila menipu rakyat Rembau dengan janji janji palsu sebab saya dari pihak Kerajaan. Saya tahu mereka orang orang susah tapi mereka tak pernah kisah tentang kehidupan elit saya. Memang saya susah nak turun ke sana sebab itu akan mencalarkan imej saya. Itu semua biasa dan orang kampung dapat menerimanya. lagipun saya dah offer untuk tidak bertanding, jadi sudah sepatutnya isu berkenaan janji janji saya itu dilupakan terus. 

Salahkah saya menempelak pihak PR walaupun saya tahu saya cuma menepuk dulang sedangkan airnya terpercik balik kat BN ? Salah kah ? Baca balik kenyataan penuh saya di Utusan Meloya, akhbar yang tidak jemu jemu mengampu saya dan semua pemimpin BN. 

Kita balik pada persoalan. Siapa kah saya ?

Saya adalah seorang yang biol, eh bebal ..eh saya tarik balik.. saya adalah seorang yang bangang .. itupon saya tarik balik ..saya adalah pemimpin kepada sekumpulan orang orang yang bodoh dan sentiasa membodohkan diri sendiri .. itu saya tak peduli, sekurang kurangnya saya telah dilantik untuk menjahanamkan PUNB sebagaimana liciknya saya menelan GLC Avenue Capital dengan hanya menggunakan syarikat kecil yang bernama ECM Libra.. then bila Shahrir Samad bising.. saya jual je la.. untung wo.. kat sini siapa yang lagi bodoh ?

Sudah lah, tak payah lagi berteka teki. Pendek kata saya adalah seorang badut yang bernama Khairy Jamaluddin ..(syabas buat mereka yang dapat meneka sejak dari awal .. anda memang bijak dan saya patut rasa malu dengan tahap iq sebegini)



Oleh itu ..kasihanilah saya dan jangan le mentertawakan kenyatan kenyataan bodoh saya sebab saya tak pernah berniat untuk melawak dan jika lawak itu kedengaran sangat bodoh .. maka maafkanlah kebodohan saya ..kerana juak juak saya masih sudi untuk mendengarnya.. itu pun selama saya masih lagi memegang jawatan KP diowang.. kalo dah tercampak nanti .. sudikan PR untuk menyambut saya ?? ptuiiihhh ... kah kah kah kah

TAGGED UNDER: ,

Syabash Betta .. Jangan Sekali Kali Beri Laluan Zaid Tandingi Kerusi Kota Bharu



PAS Kota Baru enggan memberikan ruang kepada Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Datuk Zaid Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen tersebut pada pilihan raya umum ke-13.

Timbalannnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata kepimpinan PAS di peringkat negeri telah mencapai konsesus bahawa kawasan Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri akan hanya ditandingi oleh ahli PAS.

"Kami tidak akan menyerahkan sebarang kerusi kepada sesiapa pun termasuk parti dalam Pakatan Rakyat. Semua kawasan di sini kepunyaan PAS," katanya.

Beliau berkata Zaid boleh bertanding di kerusi Parlimen Kota Baru sebagai calon parti Kita tanpa mendapat sokongan daripada Pakatan Rakyat.

Pada Ahad, Zaid dilaporkan berkata beliau berminat untuk bertanding di Parlimen Kota Baru kerana beliau pernah bertanding di kerusi tersebut sebelum ini.

Beliau berharap PAS akan memberikan laluan kepadanya.

Takiyuddin berkata telah memulakan siri jelajah untuk mempromosikan dirinya sebagai calon yang sesuai di kerusi berkenaan.

Beliau mendakwa Zaid memberi tanggapan kepada orang ramai dia mempunyai hubungan kerjasama dengan PAS.

"Saya ingin tegaskan di sini, Zaid tidak akan tersenarai dalam kempen pilihan raya kita, Beliau ada partinya sendiri," kata Takiyuddin.

Beliau berkata PAS Kelantan telah belajar daripada sejarah hitam yang lalu kerana membenarkan Datuk Paduka Ibrahim Ali bertanding di kerusi Parlimen Pasir Mas pada pilihan raya umum 2008.

"Selepas Ibrahim menang, beliau memutuskan kerjasama dengan PAS dan menubuhkan badan bukan kerajaan yang memperjuangkan hak orang Melayu iaitu Perkasa yang mana menjadi ancaman bukan sahaja kepada PAS malah penduduk bukan Bumiputera di negara ini

"Kami tidak mahu perkara yang sama berulang lagi. Sekali digigit cukuplah," kata Takiyuddin.

Sumber : MStar

Nota : Kenyataan ini adalah lanjutan dari satu kenyataan dari Zaid Ibrahim ketika ditemuramah oleh akhbar Mingguan Era . Rujuk Wawancara: Zaid Ibrahim untuk Kota Bharu | Mingguan Era

==============

wa sokong 100% .. jangan sampai dipatuk dua kali ..orang yg semacam Zahid memang tak layak untuk dipertimbangkan langsung. 

dari wawancara yang dijalankan oleh Mingguan Era, tak dinafikan memang Zaid seolah olah cenderung untuk mempertahankan PAS dan menghentam umno/bn, tapi apa kurangnya Ibrahim Ali sebelum beliau diberikan peluang untuk bertanding atas tiket PAS ?

dan wa secara peribadi, memang takkan lupakan betapa individu yang bernama Zaid inilah yang menyaman Kerajaan Kelantan & Terengganu pada tahun 2002 apabila Kerajaan Negeri Kelantan meluluskan Enakmen Syariah dan Negeri Terengganu ingin membentangkan Rang Undang Undang Hudud. Rujuk Rang undang-undang hudud, kerajaan negeri kena saman

soalnya, biar apa pon sebab dan alasan, permintaan Zaid untuk diberi laluan untuk Kota Bharu jangan sesekali dipertimbangkan .. biarlah dia bertanding atas tiket Parti KITA dan kita hadapi walau ia pertandingan beberapa penjuru .. PERIOD

Monday, April 23, 2012

TAGGED UNDER: , ,

PANAS : Polis Plak Tolak Permohonan Bersih Selepas DBKL


Foto atas : Surat yang dihantar untuk meminta sokongan dan kerjasama dari pihak polis dalam program Bersih 3.0. Surat ni kita dapati langsung takde menyentuh isu meminta permit atau kebenaran berhimpun kerana KDN melalui menterinya telah memberi jaminan bahawa program tersebut boleh dijalankan tanpa halangan. Yang jelasnya, surat ini dihantar bertujuan untuk meminta kerjasama polis dalam perkara keselamatan .. itu je .. fullstop .. tapi luorang tengok apa jawapan Polis Dang Wangi ...



Laporan rujuk ke MalaysiaKini

Aih .. PDRM bukan bawah KDN ke ? Hari tu Hisham Moo Din kata Bersih 3.0 ni bukan ancaman .. ke Hisham ni dah takde 'kehormatan' dari pihak polis? kah kah kah kah

Sumber : malaysiakini

Apa ni weyh ? .. main bangsat ke ? Rakyat bukan nak gi joget joget kat sana .. cuma duduk dan bantah .. apsal lak nak sentuh isu keselamatan ?

Apa pon tak bley ...
KDN kata boleh .. polis bangkang
Parlimen kata boleh .. DBKL bangkang
Cakap belit belit .. perangai cam longkang
Semua takde telo .. apa punya bangang
kah kah kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top