Friday, March 23, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Hiruk Pikuk Sekitar Isu Liam Neeson Nak Masuk Islam



Liam Neeson dikatakan sedang serius mempertimbangkan untuk menerima Islam dan menjadi seorang Muslim.

Pelakon Hollywood yang juga merupakan seorang Katolik diberitakan telah berdoa di Masjid Turki di Istanbul selepas mendengar Azan yang indah dan menyentuh hatinya (dilaungkan dari Masjid Sultan Ahmed) . Berita tentang niat beliau ingin mengenali dan menerima islam sebagai cara hidup telah menimbulkan perdebatan hangat dikalangan peminat. Luorang boleh rujuk dari -> sumber dan kalo larat .. baca le pertikaian komen komen peminat dia (mungkin gak pengkritik tegar ada sekali)

Neeson sebelum ini mengalami satu musibah tragik apabila dia kehilangan isterinya Natasha Richardson, dan bertitik tolak dari situ beliau mula mengkaji kembali perjalanan hidupnya, dan apa yang perlu dicari antara hubungan makhluk dan Pencipta. Wa turut berdoa semoga beliau diberikan Allah taufik dan hidayah dan sekiranya ini berlaku, dunia Hollywood pasti bergegar sebab Liam Neeson merupakan jenama yang kukuh kat sana. Mudah mudahan .. Amin .

Nota : Disaat kita dihantui dengan isu murtad dikalangan orang Islam, kat luar sana .. semakin ramai bangsa yang asalnya memusuhi Islam dan memperlecehkannya mula mendekati malah menganutnya .. maka sesuai le ngan maksud Firman Allah : 

"Wahai orang-orang yang percaya, sesiapa antara kamu yang berpaling (murtad) daripada agamanya, maka Allah akan mendatangkan satu kaum yang Dia mencintai, dan mereka mencintai-Nya; rendah diri terhadap orang-orang mukmin, keras terhadap orang-orang yang tidak percaya; mereka berjuang di jalan Allah, dan tidak takut akan celaan mana-mana pencela. Itulah pemberian Allah; Dia memberinya kepada siapa yang Dia mengkehendaki; dan Allah Merangkumi, Mengetahui." (5:54)

hrmmm ... sigh*

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

0 comments:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top