Saturday, March 24, 2012

Lebih Amerika Dari Amerika


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia akan menghentikan pengimportan minyak mentah Iran.

Beliau mengesahkan satu laporan berita asing bahawa syarikat minyak negara, Petronas, akan menghentikan pengimportan minyak mentah Iran mulai April, iaitu dua bulan sebelum sekatan Amerika Syarikat berkuat kuasa.

"Ia hanya jumlah yang kecil," katanya dalam jawapan singkat kepada para pemberita pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut laporan itu hari ini, Petronas kini mengimport kira-kira 50,000-60,000 tong minyak minyak mentah Iran sehari.

Kini, China, India, Jepun dan Korea Selatan adalah empat pembeli terbesar minyak mentah Iran di Asia.

Sehingga ini, Iran menjual kebanyakan daripada 2.6 juta tong sehari (bpd) yang dieksport di rantau ini. Sumber

=======================

perghhh ... satu lonjakan paradigma .. 
Cepat betul kerajaan bertindak balas dengan kehendak US ..kah kah kah kah 

Uncle SAM kata bulan 6 , tapi Petronas nak cepatkan skit .. 2 bulan je
Tu pon ngaku lepas agensi berita asing dah pecah cerita 
Kalo idak .. senyap sunyi .. bersorak cam juara
Nampak sangat nak amik hati Amerika .. kah kah kah

So lepas ni luorang tengok, mungkin ayat yang akan keluar "kita terpaksa menaikkan harga minyak disebabkan sekatan dunia pada minyak Iran, sedangkan kita antara pengimport utama (50-60ribu tong je) .. dan sekarang kita terpaksa membeli minyak dari negara negara lain yang harganya lebih tinggi" ... kah kah kah kah 

About Karmic Wheel
The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

1 comment:

  1. lagi lama perintah m'sia....lagi parah le jawabnya....rakyat didahulukan ...rakyat gak yg kena dulu.....adoooiii...'amngok basngkai'

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top