Wednesday, June 20, 2012

TAGGED UNDER: ,

Lawak Gunting Rambut



Satu hari seorang penggubah bunga telah pergi ke kedai gunting rambut untuk memotong rambutnya. Setelah selesai, dan ketika beliau ingin membayar, si tukang gunting telah berkata "Saya tidak boleh menerima bayaran kerana saya sedang menjalankan khidmat masyarakat secara percuma selama seminggu". Si penggubah bunga berasa kagum lalu meninggalkan kedai tersebut. Pagi berikutnya apabila si tukang gunting ingin membuka kedainya, beliau menemukan sebuah kad ucapan 'terima kasih' dan sejambak bunga ros diletakkan didepan pintunya.

Kemudian, seorang anggota polis datang untuk memotong rambut, dan apabila beliau hendak membuat pembayaran, sekali lagi si tukang gunting mengatakan "Saya tidak boleh menerima bayaran kerana saya sedang menjalankan khidmat masyarakat secara percuma selama seminggu". Polis tersebut berasa gembira dan berlalu pergi. Keesokannya, sekali lagi si tukang gunting mendapati ada sebuah kad ucapan 'terima kasih' dan sedozen donut didepan pintu kedainya.

Kemudian, datang seorang ahli politik ke kedainya untuk memotong rambut. Apabila selesai dan ingin membayar, jawapan dari si tukang rambut tetap sama "Saya tidak boleh menerima bayaran kerana saya sedang menjalankan khidmat masyarakat secara percuma selama seminggu". Ahli politik itu berasa sangat gembira ketika meninggalkan kedai tersebut. Menariknya, apabila si tukang rambut bersedia untuk memulakan tugasnya pada keesokan hari, disana telah terdapat berderet deret ahli politik yang sedang beratur untuk menggunting rambut secara percuma .. kah kah kah

Dan cerita ni walaupun lawak, namun dapat menggambarkan apa yang tersirat dalam realiti membezakan masyarakat kat negara kita dan ahli politik yang menerajuinya.


TAGGED UNDER: ,

Pengkhianatan Pimpinan Melayu Terhadap Khalifah & Bumi Palestin



Nota gambar :Askar-askar India Muslim dan melayu dijatuhkan hukuman tembak (firing squad) dalam peristiwa Dahagi kerana menyokong Khilafah Uthmaniah dan pertahan Palestin.

Siri Kuliah Sejarah - Peristiwa Dahagi di Singapura (1915)

Assalamualaikum, 

Saya ada mengisi siri-siri kuliah sejarah bulanan di beberapa buah masjid di Selangor. Salah satu dari kuliah tersebut ialah 'Perihal sokongan ulama tanah air kepada Khilafah Uthmaniah'. 

Sebagai mukaddimah saya terangkan di mana kedudukan khalifah dalam sistem politik tertinggi umat Islam dan peranannya di dalam memayungi ummah. 

Saya jelaskan juga apakah bencana yang menimpa umat ini apabila khilafah terakhir, Khilafah Uthmaniyah luput pada tahun 1924. 

Di sentuh juga sepintas lalu mengenai usaha as-Syahid Imam Al-Banna dan program maratib-ul-amal untuk mengembalikan khilafah bermula dengan pembinaan syahsiah muslimah sehingga terbitnya ustiazatul alam (Islamic world order yang memayungi seluruh dunia). 

Untuk siri yang pertama ini saya bongkar hubungan perjuangan umat Islam di Tanah Melayu dengan sistem khilafah yang berpusat di Istanbul. 

Saya jelaskan pada hadirin bahawa kita kena letakkan ulama-ulama pejuang yang selama ini dinobat sebagai pejuang nasionalis melayu kepada para mujahiddin yang gerak kerja dan perjuangannya bersifat global dan 'alami. Ini termasuklah peranan yang dimainkan oleh Dato' Bahaman, Tuk Gajah (Imam Perang Rasul), Mat Kilau, Tuk Janggut dan Tuk Ku Paloh. 

Apabila pecah perang dunia pertama, Turki Uthmaniy terseret sama ke dalam kancah global ini demi mempertahankan kedaulatan wilayah Islam dari pencerobohan British dan Peranchis. Untuk menghadapi ancaman barat ini maka khilafah telah mengeluarkan pengistiharan Jihad-i-akbar pada bulan Nov 1914. Fatwa kewajipan jihad ini telah membangkitkan umat Islam di seluruh dunia termasuk di Tanah Melayu. 

Singapura yang merupakan pusat pentadbiran dan military base bagi British menempatkan juga askar-askar India muslim dan melayu dalam pasukan British. 

Mereka akan dihantar ke tanah Arab untuk membantu 'revolusi Arab' menentang Turki Uthmani (Revolusi Arab ini dicetuskan oleh agen British T.E Lawrence atau terkenal dengan gelaran 'Lawrence of Arabia untuk mengusir Turki dari 'levant' termasuk Palestin). Askar melayu pula akan dihantar ke Afrika Timur untuk menggugat wilayah Islam seperti Somalia, Ethiopia, Eritrea, Sudan. 

Seorang ulama tempatan bernama Ust Nurul Alam Syah dari Kampung Jawa, Singapura dan seorang saudagar Gujerat bernama Kassim ali telah meniup semangat jihad di kalangan tentera Islam supaya tidak patuh kepada arahan British dan sebaliknya memerangi mereka yang memusuhi Islam. 

Pada 15 February 1915 seramai 815 askar India Muslim dan 100 askar melayu telah menyerang kedudukan pasukan British, menyebabkan 33 orang askar British terkorban. British telah memohon bantuan dari TSN (Timbalan Setia Negeri) untuk mematahkan pemberontakan ini. Ini adalah satu episod malang di mana Tentera Setia Negeri telah digunakan untuk mengkhianati perjuangan umat Islam. 

Peristiwa yang disebut sebagai 'Dahagi' (mutiny - atau pemberontakan) ini telah menyebabkan ramai askar-askar muslim dijatuhkan hukuman bunuh dengan 'firing squad'. Ust Nurul Alam dan Kassim Ali di hukum gantung. 

Demikian secebis dari perjuangan umat ini yang tidak pernah diungkap dalam buku-buku sejarah rasmi negara kita. Atas kesedaran bahawa ada usaha untuk menafikan umat ini dari sejarah sebenarnya, saya akan berusaha untuk mengenengahkannya kembali melalui ucapan, ceramah dan penulisan buku insyaAllah.  

Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor

Sumber

DSAI Menang Kes Terhadap Nallakaruppan .. Rumbe Nalla Reke~!!

KUALA LUMPUR 19 Jun: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan permohonan pembelaan Datuk S Nallakaruppan berhubung tindakannya memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya Ketua Umum KEADILAN itu menerima RM60 juta daripada Magnum Corporation.

Peguam Anwar, Latheefa Koya dalam satu kenyataan memberitahu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Su Geok Yiam dalam kamar selepas mendengar hujah kedua-dua pihak menolak permohonan Nallakarupan itu.

Alasan hakim tindakan Nallakaruppan itu remeh, penafian semata-mata dan menyalah guna proses mahkamah.

Dakwaan itu dibuat Nallakaruppan pada 23 Ogos 2008 dan diterbitkan dalam Mingguan Malaysia di bawah artikel bertajuk “Didakwa Terima 60 Juta.”

Mahkamah mengarahkan Nallakaruppan membayar kos ganti rugi terhadap Anwar dan jumlah tersebut akan dinilai kemudian.

Anwar turut diwakili peguam M Afiq Noor manakala Nallakaruppan diwakili Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, Abishegam Sarah dan Nurul Nabiha.

=========================

Satu setel, satu lagi dalam proses. 

Wa naik heran, banyak betul duit puak puak ni untuk membayar saman saman yang dikemukakan oleh PR. 

Seolah olahnya ada satu badan yang ditubuhkan untuk mengelola tabung membayar saman fitnah dan tabung itu akan membayar kesemua saman yang chai ameno/bn kalah dimahkamah.

Sebabnya..
Mungkin Nalla merupakan seorang businessman, tapi untuk membayar sejumlah RM100 juta, amaun yang dipohon oleh pihak DSAI, wa tak fikir duit tu akan keluar dari poket beliau sendiri. Itu kerugian yang boleh diramal dan sebagai seorang bisnesman, risiko macam tu perkara utama yang ada dalam pertimbangan.

Tapi, Nalla meneruskan juga fitnah fitnah yang direkacipta untuk menyerang DSAI, walaupun dia tahu isu isu yang dilambungkan tidak mempunyai asas yang kuat dan mempunyai peluang yang besar untuk disaman  lalu kalah  dimahkamah.

Itu pendapat wa la, atau mungkin Nalla adalah salah satu manusia suci yang dah tak perlu pada duit dan menjatuhkan kredibiliti DSAI hanyalah hobi waktu senggang bila takde game tennis.. kah kah kah


Tuesday, June 19, 2012

Najib Wajib Bersuara Segera .. Banyak Isu Tak Terjawab Neyh ..

Bercakap benar bukan sahaja tuntutan agama malah terhadap pemimpin negara khususnya apabila menyentuh perihal keselamatan dan kedaulatan negara.

Mutakhir ini, tiga isu utama menggamit fikiran ramai, iaitu perihal penjualan rahsia kerajaan melibatkan kapal selam Scorpene; keupayaan sistem kawalan ruang udara yang dipersoalkan; dan keganasan politik yang masih belum dapat kecaman jelas pimpinan atasan.

Peluang Perdana Menteri (PM) untuk bersuara dengan membuat kenyataan rasmi menjawab ketiga tiga isu ini masih belum diambil.

Usul tergempar Parlimen untuk membahaskan pendedahan penjualan rahsia sulit pertahanan negara  mengenai kapal selam Scorpene ditolak bulat-bulat Speaker Dewan Rakyat.

Saranan agar sistem kawalan ruang udara yang baru dipasang untuk diaudit pertubuhan udara antarabangsa juga tidak diendahkan.

Malahan, walau jelas kontrak RM280.6 juta dianugerahkan secara tender terus kepada keluarga bekas  Menteri, penjelasan lanjut kebolehan syarikat tidak diberi.

Rungutan pegawai trafik udara berserta senarai kecacatan sistem tidak terjawab. Panggilan untuk mengeluarkan kenyataan bersama mengutuk politik samseng sebagaimana Malam Berdarah Lembah Pantai, 24 Mei lalu dan meminta Suhakam menyiasat beberapa kejadian ganas juga diketepikan.

Sudah tiba masanya, PM mempamerkan kepimpinan, keikhlasan dan tanggungjawab walaupun gagal menjamin pilihan raya yang bebas dan adil, sering berdolak-dalik dan menarik balik dasar dengan mudah.

Contohnya, penarikan Skim Baru Perkhidmatan Awam, cubaan pembekuan dana PTPTN untuk Selangor, pembubaran usaha sama Mas-AirAsia dan pengurusan ekonomi yang lemah - menjadi lumrah dan penanda aras identiti kerajaan BN pimpinan beliau.

Sehubungan dengan itu, PM mesti berani melakukan reformasi yang menjamin pentadbiran kerajaan agar lebih telus dan amanah berdasarkan prinsip timbang-tara dan pemisahan kuasa melalui reformasi Parlimen yang menyeluruh.

Reformasi Parlimen iaitu membenarkan penubuhan Jawatankuasa Tetap Parlimen dalam pentadbiran utama kerajaan seperti Jawatankuasa Tetap Kewangan, Pertahanan, Ekonomi, Pendidikan, Kesihatan, Perhubungan Luar Negara  dan Pembelian Aset Negara yang dapat mengelakkan salah guna kuasa, unsur rasuah dan pembaziran.

Ia memastikan segala dasar penuhi prinsip yang mengutamakan kepentingan rakyat. Bayangkan, kerajaan mahukan tambahan belanjawan sebanyak RM14 bilion untuk tahun ini; membeli peralatan perang melebihi RM12 bilion; dan  RM12 bilion untuk membayar PKFZ.

Kemahuan kerajaan yang pelbagai terlaksana jua tanpa perlu merujuk kepada sebarang Jawatankuasa di Parlimen dan apabila ada Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) - itu pun belum bersidang setelah tiga bulan yang lalu - membuktikan reformasi Parlimen sangat diperlukan.

Kuasa rakyat melalui Parlimen untuk menyemak dan meluluskan sebarang perjanjian antarabangsa sudah tentu dapat mengelakkan kehilangan kedaulatan negara seperti dalam urusan sempadan Pulau Batu Putih (dengan Singapura),  Blok L dan M (dengan Brunei) dan perjanjian perdagangan bebas Malaysia-Australia (Mafta) melibatkan isu Lynas dan sisa toksik.

Sesi soal jawab mingguan secara terus kepada PM dengan Parlimen dapat memberikan peluang beliau memberikan penjelasan isu seperti perincian perbelanjaan RM2 juta untuk lawatan sambil menghadiri majlis pertunangan anak  PM ke Kazakhstan dan yang terbaru perbelanjaan RM3 juta untuk lawatan kerja ke kota New York dan Washington DC sambil menghadiri program peribadi; dan juga penjelasan kenapa lawatan ke Milan dan Dubai selama empat hari  pada waktu yang sama tidak didedahkan dalam jawapan rasmi di parlimen.

Reformasi Parlimen mungkin akan menjamin soalan saya agar kerajaan menyenaraikan nama ahli keluarga menteri dan timbalan menteri kabinet yang memperoleh projek tertutup atau melalui tender yang melebihi RM5 juta dari  2000-2011 tidak ditolak mudah Speaker Dewan.

Reformasi Parlimen turut menentukan bahawa Parlimen tidak menjadi Rubber Stamp di mana lapan rang undang-undang disegerakan dalam satu hari tanpa penelitian, pembahasan dan keputusan untuk memenuhi mandat diberikan  rakyat.

Diharap beliau mencerahkan keadaan, bukannya seperti jerebu teruk yang sekali lagi melanda negara sebagai peringatan tahunan akan kegagalan diplomasi PM menuntut negara jiran menghalang kebakaran yang ramai berpendapat  melibatkan syarikat perladangan negara yang nampaknya tidak mahu mendengar nasihat apa lagi arahan PM yang tumpul pengaruhnya.

Akhir sekali, semua ini wajib dibuat PM yang sepatutnya jangan segan bersuara sekiranya beliau benar-benar PM kepada rakyat Malaysia dan bukan untuk keluarga dan kroni sahaja.

Mungkin inilah kepimpinan silence is golden yang mahu diterapkan di dalam kerajaan. Apa kata Najib? Shhhhhhh, diam. 

- Nurul Izzah Anwar



Monday, June 18, 2012

TAGGED UNDER: ,

2 Foto Dari Borneo, Weyh Sape Nak Jawab Ni ??


Hati hati bila memilih dalam PRU, jangan terus ditipu oleh biawak yang bertopengkan manusia. Pengundi bagi mereka hanya fixed deposit untuk terus kekal berkuasa, namun setelah kuasa ada ditangan, nasib pengundi terus diabaikan .. foto dibawah ini menceritakan kisahnya.


Ini terjadi di pedalaman negeri Sabah. Rujuk Sumber Facebook



Ini pula foto dari Sarawak . Rujuk Sumber Facebook

Sudah tiba rakyat dari borneo untuk membuka mata dan menyaksikan sendiri apa yang dilakukan oleh pemimpin pemimpin yang dipilih oleh mereka saban pilihanraya untuk membantu mereka dalam urusan hidup seharian.

Dikala rakyat ditimpa kesusahan, pemimpin sibuk dengan mengejar pangkat dan mengumpul harta. Dan mereka hanya menunjukkan muka diwaktu sudah hampir dengan pilihanraya, untuk sekali lagi merayu agar rakyat mengundi mereka .. cukup cukuplah ... jom tumbangkan rejim yang angkuh kerana sudah tiba masa untuk satu perubahan. 


TAGGED UNDER: ,

Aik .. Sedara Taib Mahmud Pon Dah Join PAS .. Apa Cerr .. ?



KUALA LUMPUR, 18 Jun: Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Salleh Jafaruddin secara rasmi menyertai PAS hari ini.

Beliau menyerahkan borang keahlian kepada Presiden sendiri, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut sambil disaksikan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid. 

Salleh berkata, beliau menyertai PAS atas pilihan sendiri dan yakin dengan petunjuk Allah selepas melakukan solat istikharah. 

"Selepas bermesyuarat dengan ahli Parlimen PAS bulan lepas, saya terus berfikir, istikharah minta petunjuk dari Allah. 

"Kalau PAS ini baik untuk saya, baik untuk perjuangan keluarga, agama dan negara saya minta Allah tunjukkan. 

"Mungkin hidayah atau petunjuk yang diilhami daripada istikharah itulah yang membuatkan saya buat keputusan untuk masuk PAS," kata beliau ketika ditemui selepas itu. 

Salleh, 68 pernah menjadi Adun dan ahli Parlimen Sarawak dan pernah bertanding sebagai calon Bebas menentang Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di kerusi DUN Balingian pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, tahun lalu. 

Salleh yang berketurunan Melanau dari Oya, merupakan dua pupu Taib. 

Beliau merupakan anak emas Tun Rahman Yaakob ketika menjadi ketua menteri dan gabenor dalam tahun 70-an dan 80-an itu, turut bersama Rahman dalam insiden Ming Court 1987 untuk menjatuhkan Taib. 

Kini, Salleh giat melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah secara persendirian di Sarawak dan membuka beberapa sekolah tahfiz. 

"Saya ada aktiviti dakwah untuk menyebarkan syiar Islam secara persendirian di Sarawak sebab kedudukan saya sebagai pembangkang, sukar saya nak mendapatkan laluan ataupun kemudahan daripada kerajaan. 

"Bahkan saya nak mengadakan sekolah tahfiz 19 tahun lalu guru-guru agama datang dari Indonesia saya terpaksa hantar ke Sabah," katanya. 

Tambahnya lagi, selepas mengenali PAS dengan lebih dekat, beliau yakin dengan perjuangan PAS membawa Islam. 

Penyertaan beliau ke dalam PAS menambahkan lagi bilangan tokoh-tokoh pentadbir dan teknokrat yang bersama-sama dalam perjuangan Islam.

Sumber : Harakahdaily

TAGGED UNDER: , ,

Kartun : Di Tonggeng Halal .. Kah Kah Kah

cam biasa, klik untuk tumbesaran

Suka atau idak ..
Ini realiti yang berlaku dalam masyarakat kita skang ni .

Cukup berhati hati bila tiba bab makanan
Dicari sampai sedalam dalanya maklumat berkaitan
Samada ada bahan syak atau meragukan
Tak dinafikan tu memang bagus utk jadi amalan

Tapi halal dan haram bukan setakat apa yang kita telan
Jangan bila dalam hal lain .. pakat bedal kiri dan kanan
Hilang terus rasa nak cek waham dan dzan,
Pulun semacam sampai tahap meroyan

wuuhhhaaaiiiii ~!!!

Foto Kredit : Sumber FB

TAGGED UNDER: ,

Aliran Syiah Di Ekspo Perdagangan Dunia Islam 2012 - Syabas Tuan Guru

klik untuk imej lebih terang .. tapi dalam Jawi .. kat bawah ni terjemahannya



KENYATAAN MEDIA

Saya dimaklumkan bahawa terdapat bahan-bahan berunsur Syiah yang dipamerkan di Ekspo Perdagangan Dunia Islam 2012 yang sedang berlangsung di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV pada masa ini. Bagi pihak kerajaan negeri Kelantan, saya ingin melahirkan rasa dukacita yang teramat sangat di atas sikap peserta ekspo yang nyata sekali tidak menghormati sentimen umat Islam tempatan yang berpegang dengan akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Justeru, saya telah mengarahkan agar pihak urusetia memastikan semua bahan-bahan ini diturunkan serta merta dengan seberapa segera serta memastikan perkara ini tidak berulang. Saya merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang bertindak segera di dalam memaklumkan perkara ini kepada pihak urusetia khususnya serta pihak kerajaan untuk tindakan. 

Pada saya, urusan akidah ialah perkara yang tiada tolak ansur.


Salam hormat,


(DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)

Bertarikh : 28 Rajab 1433 H bersamaan 18 Jun 2012

Nota: Cegah Sebelum Parah .. Salute TGNA

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top