Thursday, June 21, 2012

TAGGED UNDER: ,

Foto Yang Menguji Hati Nurani Dan Erti Kemanusiaan


Kalau takde rasa sebak bila tengok keadaan yang macam dalam foto kat atas ni, haruslah lu, wa dan kita semua pertanyakan kembali apa yang dah menyaluti hati dan fikiran kita. 

Bila terjumpa hal sebegini, hulurkanlah sekadar yang termampu. Perkara ni boleh je jadi kat anak sape sape dan harus kita ingat, bukan mereka yang meminta untuk jadi demikian..


TAGGED UNDER: ,

Panas: Sebuah Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional ... Runtuh



Astaka di Jertih runtuh, enam terperangkap

BESUT - Sebuah astaka yang masih dalam pembinaan di Padang Astaka, Jertih di sini runtuh jam 1.30 petang tadi menyebabkan enam pekerja warga Indonesia terperangkap dalam runtuhan.

Sehingga jam 3 petang, seramai empat pekerja berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Besut untuk mendapatkan rawatan.

Pasukan penyelamat masih bertungkus lumus untuk mengeluarkan dua lagi mangsa yang masih terperangkap.

Sumber : Sinarharian

Nota: Kalau Felda dikatakan dapat 'durian runtuh' tapi Terengganu plak makin sinonim dengan 'bangunan runtuh'. Huhuhuhu

TAGGED UNDER: , , ,

Inilah Makanya PR Tak Dibenarkan Muncul Di Kaca TV



Kalau nengokkan undian ni, memang sebak le dada pemimpin pemimpin dan chai chai ameno. Tapi diowang masih lagi boleh menarik nafas kelegaan atas alasan voters tu adalah mereka mereka yang membaca akhbar online dan bukan media arus perdana termasuk media siaran.

Cuba bayangkan kalau bebetul pemimpin PR boleh masuk tv dan buat penerangan atas isu isu berbangkit secara berkala ..melopong lah tok siak kampung wa, terpacak lah rambut jkkk, terlompatlah makcik kiah dan mak senah yang tak pernah mendapat khabar selain dari berita tv3suku dan laporan utusex .. maka akhirnya mungkin PR akan kehabisan borang untuk pendaftaran ahli ahli baru.. sape yang susah ? kah kah kah

Kata member wa, tu pon Saifuddin yang memang ada background debat.. kalau yang debat tu Mat Maslan .. perghhhh .. mau dia tengok tv sambil berjogging atas treadmill lelaju sebab keterujaan... kah kah kah kah

TAGGED UNDER: , , , , ,

Prof Diraja Ungku Aziz Ucapkan Syabas Pada Mujahid Yusuf Rawa .. Apa Kes ??


Tak semena mena Prof Di Raja Ungku Aziz  tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan dan seorang ahli ekonomi yang banyak menyumbang idea kepada agama, bangsa dan negara mengucapkan syabas secara terbuka kepada Dr. Mujahid Yusof Rawa dalam salah satu postingnya di Facebook. 

Ucapan tersebut dibuatnya atas satu laporan yang dikeluarkan oleh Malaysiakini tentang isu Negara Islam yang berjaya diseliakan dengan baik oleh Dr. Mujahid dalam debat yang dikatakan menjadi panas apabila wakil dari MCA menyerang Hudud dan mempersoalkan isu murtad


Ucapan syabas ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa Prof Ungku Aziz menyetujui hujah hujah yang bernas yang lahir dari Dr. Mujahid dan merupakan pengiktirafan kepada usaha penerangan Islam kepada non muslim. 

Sila baca artikel yang dimaksudkan terus dari sumbernya - malaysiakini

Nota : 
  • Selama puluhan tahun dalam persekongkolan, ameno memang gagal mutlak dalam memberikan penerangan berkaitan Islam kepada sekutunya.
  • Ameno menjadi punca kenapa non muslim gagal untuk memahami Islam melainkan Islam hanya difahami sebagai Agama Persekutuan
  • Ameno jugalah yang menjadi biangnya sehingga non muslim berani untuk mempertikaikan Islam secara terbuka sedangkan dalam Islam, kita juga diajar untuk menghormati agama orang lain.
  • Sungguh benarlah para cerdik pandai sudah kian terbuka untuk memberi sokongan
  • Ameno kian membusuk sampai ke usus atau dalam bahasa geografinya .. bangkai bernyawa .. kah kah kah kah


TAGGED UNDER:

Seorang Lagi Artis Isytihar Menyertai PAS


Caiyok la Hairie, selepas komen komen lu dalam twitter dan facebook tersebar, memang dah nampak lu cenderung kemana .. dan .. akhirnya terbukti .. Ahlan Wa Sahlan Ya Akhi

Nota : Foto - Penampilan pertama Hairie Othman di pentas PAS di Batu Gajah, 20 Jun 2012


TAGGED UNDER: ,

Allahurabbi .. Hebatnya Sang Mujahiddin


Dikala nyawa jadi pertaruhan diperbatasan
Peluru bersimpang siur dari hadapan
Sang Mujahiddin masih sempat untuk membaca Al Quran
Subhanallah .. begitu indahnya iman

Teruskan lah wahai saudara ku yang berani
Berjuang sehingga kau temui Yang Hakiki
Syuhada jangan sesekali kau sangka mati
Malah merekalah orang yang bahagia disisi Ilahi

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar~!!

Wednesday, June 20, 2012

TAGGED UNDER: ,

Warkah Cinta Yang Kecundang .. Kah Kah Kah


Quote "Kenapa tak balas ke Awak dah Ada perepuan lain kalau Ada cakap lah Ada kan senang. saya tak ganggu Awak lagi sebab saya takut kekasih Awak marah kepada saya ni satu lagi saya nak cakap dengan Awak saya nak Awak tunggu di dalam kelas Awak balik sekolah nanti sebab saya ada hal penting nak cakap kepada Awak kalau Awak betul-betul sayang dan cinta kepada saya balas .... dan kalau awak mencintai saya awak tak payah bergurau dengan sikin kalau saya nampak awak dengan dia senang senang kita putus ok. abang balas . dan saya sayang awak . awak sayang saya tak . kalau sayang tolong balas"

Adoilaaa .. meneliti dari warkah yang syahdu ni, sumpah makan sate 3 cucuk, konfem dari debudak skolah rendah.

Hebatnya debudak sekarang, kekecik pon dah pandai cinta & cemburu .. aicewah .. rasa cam nak sekeh pala memasing ..

Weyh .. luorang pon ada ke gini gini masa kekecik dulu ?

Nota: Ini bukan warkah cinta Shafie Bedal ngan Ratu Botox .. harap maklum .. kah kah kah 

TAGGED UNDER: ,

Tok Janggut Syahid Kerana Pertahan Khilafah - Bukan Kerana Protes Cukai



Assalamualaikum,

Susulan dari kuliah yang lalu di mana saya telah jelaskan peranan yang dimainkan oleh Ust Nur Alam dan Sdr Abu qassim dalam membangkitkan peristiwa Dahagi di Singapura, sentimen dan seruan 'Jihad-e-akbar fardhu ain' yang dikeluarkan oleh Kerajaan Turki Uthmaniah turut disambut oleh ulama-ulama di Kelantan khususnya di Pasir Mas. 

Tokoh yang tidak asing lagi ketika itu ialah Hj Mat Hassan Panglima Munas atau lebih dikenali dengan gelaran Tuk Janggut. Tuk Janggut yang berguru dengan Syeikh Ahmad Fathani di Makkah memikul tanggungjawab untuk menyemarakkan jihad menentang British yang berusaha untuk menguasai wilayah-wilayah umat Islam dengan menceroboh benteng-benteng Kerajaan Turki Uthmani. 

British yang merasa tercabar dengan kekalahannya di Gallipoli di tangan tentera khilafah telah mengerahkan seluruh kekuatan di seluruh tanah jajahannya untuk menggempur kedudukan umat Islam di Gaza, Beersheba (gambar di atas), Meggido (Palestin), Baghdad dan Afrika Timur. 

Di samping itu British telah memaksa agar umat Islam berdoa di masjid-masjid agar British memenangi perang Dunia Pertama khususnya ke atas musuh utama mereka iaitu Turki Uthmani. Mereka juga menyebarkan propoganda jika Turki menang, Mekah akan dikuasai oleh German.

Di samping itu British juga telah mengenakan tekanan kepada Sultan Muhammad IV supaya tunduk kepada kehendak British dan memastikan tidak ada unsur-unsur penentangan dari rakyat. Keadaan ini menyebabkan Tuk Janggut bangkit membakar semangat jihad di kalangan penduduk Pasir Mas dalam jajahan Jeram. Beliau berjaya mengusir pegawai British (berbangsa melayu) dari Singapura. 

Walaubagaimanapun British telah mengirim sebuah kapal perang dan kontinjen tentera dari Singapura untuk memburu dan membanteras kebangkitan rakyat Kelantan. Tuk Janggut dan pengikutnya berjaya ditangkap dan dijatuhkan hukuman bunuh.



Jenazah Tuk Janggut telah digantung selama seminggu di depan istana, di arak selama sehari di pekan Kota Bahru..

Beberapa persoalan yang wajar kita fikirkan dalam suasana kegawatan politik dan akhlak yang berlaku di negara kita kini. Tuk Janggut memahami tuntutan perjuangan membela al haq dan Islam. Malangnya institusi yang sepatutnya membela dan mempertahankan perjuangan rakyat telah tunduk kepada tekanan British dan mengistiharkan Tuk Janggut sebagai penderhaka. Bahkan jenazah Tuk Janggut digantung di hadapan istana selama seminggu..

Di satu pihak pula di manakah rakyat jelata ketika Tuk Janggut berhadapan dengan imperialis British. Apakah mereka ini merupakan 'the reluctant public' seperti yang kita saksikan pada hari ini. Jika fenomena 'reluctant public' ini berlaku juga pada hari ini, tidak mustahil jenayah politik akan disempurnakan melalui instrumen ugut dan fitnah...

Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top