Saturday, June 30, 2012

TAGGED UNDER: ,

Logo Halal JAKIM : Lubuk Untuk Pegawai Buat Duit Selepas 1 Julai Nanti??



Mulai 1 Julai, JAKIM melarang mana-mana pihak agar tidak menyalahgunakan logo HALAL atau bakal berhadapan dengan hukuman denda tidak kurang RM100,000 atau penjara 2 tahun. Premis-premis makanan juga dilarang mempamerkan logo HALAL selain yang dikeluarkan oleh JAKIM atau Majlis-Majlis Agama Islam Negeri. Premis-premis makanan juga tidak boleh lagi mempamerkan perkataan DITANGGUNG HALAL, MAKANAN ORANG ISLAM atau seumpama dengannya tanpa LOGO HALAL JAKIM yang sah.

Nampak gayanya, akan ada sesetengah pihak dalam JAKIM yang akan buat duit dengan logo HALAL sebab sebelum 1 Julai, akan berpusu-pusulah golongan yang mencari keuntungan besar, memohon untuk mendapatkan logo HALAL dan sanggup berbuat apa-apa sahaja demi logo berkenaan.

Sebelum ini, sudah banyak persoalan ditimbulkan berhubung logo HALAL yang dipamerkan oleh kebanyakan premis, terutama sekali rumah-rumah penyembelihan milik bukan Islam yang menggaji atau mengupah buruh asing untuk melakukan kerja-kerja penyembelihan.

Manipulasi logo HALAL sangat mudah dilakukan memandangkan penguatkuasaan yang dijalankan terlalu lemah. Walaupun JAKIM bermaksud Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, namun jabatan berkenaan yang berada di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom, merupakan antara agensi yang paling lemah.

Tidak sahaja di dalam JAKIM, penuh bersarang dengan manusia-manusia berkepala serigala yang sangat kuat fahaman politik mereka, tetapi juga, jabatan berkenaan juga dipenuhi dengan manusia yang malas bekerja, tetapi kuat bercakap.

Ramai yang melihat nasib LOGO HALAL akan sama seperti juga pusat-pusat latihan dakwah dan mualaf di seluruh Malaysia... besar, agam dan kelihatan hebat, tetapi perlaksanaannya, sekadar menghabiskan peruntukan tahunan!!!

Selagi JAKIM tidak mampu menguatkuasakan undang-undang yang sepatutnya mereka bertanggungjawab ke atasnya, selagi itulah, apa-apa sahaja yang baik, tidak akan muncul sebaliknya yang bakal berlaku ialah, imej Islam dan umatnya yang semakin buruk, terutama menerusi pengamalan rasuah yang berterusan!!

TAGGED UNDER: ,

Sudah Sudahlah Che Det Oih ..


Heh heh heh .. Mahathir ni dah jadi jargon, semakin hari semakin pelik dan makin lama semakin kacau hala tuju pemikiran beliau. 

Baru je hari tu dia tempelak Anwar dalam isu kebebasan bersuara bila DSAI dikatakan ingin menutup mulut pengkritiknya dengan saman, tapi hari ni dia pulak yang beria ia suruh Marina, anak pompuannya untuk menjauhkan diri dari Bersih 2.0, alasannya Bersih 2.0 tu agenda pembangkang dan yang paling kelakar Bersih 2.0 tu berkait rapat dengan LGBT.. phuiihh.. kebebasan bersuara laa sangat.

Che Det ni ingat anak dia tu masih duk memerap dalam bilik baca novel cintan cintun ke? Atau dia ingat Marina cuma layak untuk duduk depan tv sambil layan telenovela dari Peru dengan tisu sekotak premier untuk lap air mata ?? kah kah kah 


Marina tu dah besar panjang la Che Det oih .. dah layak timang cucu pon. Sokongan pada Bersih 2.0 tu tanda Marina sekarang dah terbuka pintu fikirannya untuk menilai kebobrokan yang dilakukan oleh parti pemerintah. Lagipun Bersih 2.0 terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang mahukan pilihanraya secara adil dan saksama berlaku dinegara kita. Buktinya penyertaan terbuka Tamrin dan Ketua Wanita MCA Melaka yang turut bersama sama dengan peserta Duduk & Bantah. 

Lepas tu nak kaitkan pulak LGBT dengan Bersih 2.0. Dangkal sungguh. Kalau pun ada keterkaitan LGBT, itu pun adalah kerana karier Ambiga sebagai peguam yang memperjuangkan kes mengikut landasan undang undang yang sedia ada dekat Malaysia dan sekali lagi merupakan isu individu. Padahal undang undang Malaysia ni siapa yang gubal? 

Kalau disebabkan Ambiga pernah membela hak asasi puak LGBT, dan menyokong Ambiga boleh disamakan dengan menyokong pergerakan LGBT, boleh kah kita katakan kesemua penyokong pasukan bolasepak Malaysia yang beria ia memenuhi stadium itu sebagai penyokong penyokong agama Hindu dek kerana team tersebut dikendalikan oleh K.Devan dan K.Devan merupakan seorang penganut Hindu? Akai ada kaa?

Jangan dok kalut lah kalau dalam isu LGBT-Ambiga pakat pukul canang huha huha sekadar nak jadi juara sedangkan dalam isu murtad, pemimpin pemimpin ameno dok pakat tak berbunyi malahan usul Rang Undang Undang yang dibawa oleh PAS ke Parlimen ditolak mentah oleh MP Ameno sehingga ramai orang Islam berjaya dimurtadkan dek kerana kelompongan yang ada dalam perlembagaan. Yang tu apsal tak menyalak ??

Senarionya, Ambiga adalah merupakan salah seorang dari pengerusi bersama yang turut disandang oleh A Samad Said, sasterawan negara. Adakah Che Det nak tuduh Pak Samad juga adalah orang yang bersekongkol dengan LGBT? Apa punya turrr ...

Wa heran la dengan Mahathir ni. Sebelum ni dia kata orang yang duduk dalam Ameno skang ni memang tinggal yang bodoh bodoh belaka. Tapi skang ni dia plak terpengaruh dan mengulangi tuduhan yang telah dibuat oleh pemimpin pemimpin ameno yang bodoh bodoh tu. Adakah ini menjadi tanda bahawa Mahathir telah menjadi lebih bodoh dari orang orang yang dikatakan bodoh oleh beliau sebelumnya? Kalau camtu kita nak kena kata apa ?? baghal ?? kah kah kah kah

Nota Kaki : 

1. Wa kutip komen pembaca dari entri terdahulu : 

Anonymous said... [Balas Komen]
Allah telah mengabulkan doa Allahyarham Ustaz Fadhil agar umur Mahadhir dipanjangkan umur agar beliau melihat sendiri hasil kerjanya merosakkan melayu dan masyarakat melihat kepandiran Tun semasa umurnya lanjut.


2. Persekongkolan Mahathir dengan Kassim Ahmad Anti Hadith sebagaimana yang didedahkan baru baru ni bila nak jawab weyh ?

Friday, June 29, 2012

TAGGED UNDER: ,

Tiada Lagi Tawaran Berlakon Setelah Sertai PAS - Hairie Othman



Pelakon filem juga drama popular, Hairie Othman, mengakui sejak menyertai parti PAS, beliau tidak lagi menerima sebarang tawaran berlakon sehingga ke hari ini. Namun situasi tersebut tidak langsung mematahkan semangat hero filem Leftenan Adnan ni untuk tetap dengan pendiriannya mahu setia dengan parti pimpinan tok guru Nik Aziz Nik Mat itu.

Malahan Hairie sudah sejak dari awal lagi menjangkakan yang dia bakal berdepan dengan nasib sebegitu. Justeru pelakon berusia 41 tahun ni memberitahu yang dia akan bersara dari kerjaya yang sudah diceburi selama 20 tahun itu. 

Menurut Hairie, dia langsung tidak bimbang meskipun kini sudah kehilangan pekerjaan. Sebalik rezeki baru yang diterima, Hairie sekarang giat aktif dengan memenuhi undangan-undangan ceramah di merata tempat. 

"Selepas saya declare saya sertai PAS, memang tiada satu pun tawaran berlakon yang saya terima. Kali terakhir saya berlakon ialah drama Waris yang kini ditayangkan di TV3. Itu pun sebab drama tu menjalani penggambaran awal tahun ni. Tapi tak mengapa, sebab sekarang saya kerap dijemput untuk berceramah",

"Saya tidak terkilan langsung tinggalkan dunia lakonan. Sebab sudah tiba masanya saya berubah dan ini adalah perjuangan saya" ujar Hairie Othman ketika ditemui sejurus usai majlis forum Artis Berpolitik: Sekadar Glamor @ Kerana Prinsip, bertempat di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, malam tadi.

Turut hadir sebagai panel ialah Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parit Sulong yang juga merupakan penulis lirik lagu Awan Nano, Hasmi Hashim atau popular dengan nama pena, Budi Hikayat. Serta wakil daripada parti UMNO iaitu Presiden Persatuan Seniman, pelakon Zed Zaidi. 

Bercakap di majlis anjuran Akademi Pak Sako itu mengenai tajuk forum tersebut, Hairie yang mewakili parti PAS berkata keputusannya untuk menyertai parti berkenaan kerana prinsip jauh sekali untuk meraih populariti.



"Glamor ni lebih sesuai dalam bidang seni. Mungkin juga sebab saya ni pelakon, jadi kalau masuk politik nampak glamor lah. Tapi macam mana pula dengan orang biasa yang menyertai parti politik?"

"Secara dasarnya kalau kita bercakap soal politik mestilah atas dasar prinsip. Saya ni masih baru jer lagi dalam dunia politik. Saya pilih untuk menyertai parti atas dasar prinsip. Perjuangan PAS berlandaskan Islam. Pada mulanya tujuan saya adalah mahu mengubah diri daripada kurang baik kepada menjadi seorang insan yang lebih baik. Jadi saya merasakan parti PAS sesuai dengan jiwa saya", hujah Hairie.

Pun begitu, jelasnya lagi, dia mengambil masa agak lama sebelum membuat keputusan mahu menyertai parti berkenaan.

"Kalau artis masuk UMNO tidak pula jadi isu. Tapi kalau seseorang artis tu masuk parti PAS atau PKR, akan timbul isu. 

"Keputusan saya menyertai parti ni adalah satu keputusan yang amat berat. Sebab, lepas ni konfem saya kena gam dengan RTM dan muka saya memang tak keluar TV lah" ujar Hairie dengan nada berseloroh.

"Minta lah tolong pada Seniman...!!", sahut seorang penonton awam yang berada di dalam dewan lantas mengundang gelak ramai.

Meneruskan hujahnya Hairie menyambung,

"Ramai orang datang dan katakan pada saya, kalau saya sertai PAS, saya mungkin susah nak dapat job selepas ni. Mereka tanya, saya nak kerja apa? Nak makan apa?"

"Astro ada...!!!, celah seorang lagi penonton awam. Dewan sekali lagi gamat.

"Saya jawab balik, saya tahu saya ambil risiko dengan keputusan yang saya buat ni. sebab berkemungkinan besar saya akan hilang kerja. Tapi tak apa lah sebab yang bagi rezeki pada saya bukan BN tapi Allah"

"Tapi sungguh saya katakan, orang yang berani saja akan buat keputusan macam ni. Saya ada juga bertanya pada hadirin sewaktu di satu ceramah saya, kalau tiada siapa nak ambil saya berlakon, saya nak buat apa?? Mereka beramai-ramai jawab, "apa lagi, ceramah lah!!!"

"Alhamdulillah, memang program ceramah saya banyak lepas ni. Jadual dah penuh sampai lepas raya", ujar Hairie sambil menahan gelak.

Ditanya pendapatnya mengenai sesebuah parti itu mempergunakan artis dalam meneruskan agenda politik mereka, bidas Hairie,

"Saya rela dipergunakan maksudnya parti boleh menggunakan khidmat saya untuk menarik ramai undi atau berkempen. Saya rela PAS menggunakan khidmat saya"

Dalam pada itu, Hairie juga diminta mengulas mengenai penyertaan sesorang artis tu dalam parti kerajaan hanyalah kerana mahu melobi projek. Sementara penyertaan sesorang artis di dalam parti pembangkang pula adalah kerana tidak mendapat sebarang projek.

"Jujur saya cakap, orang yang buat keputusan untuk sertai pembangkang adalah dikalangan mereka yang sangat berani. Saya nak tanya, selama ni pun projek apa yang mereka beri pada saya, jawab Hairie dengan nada sinis sambil menahan tawa.

"UMNO bukan tidak baik. Perjuangan mereka juga bagus. Cuma orang-orang di dalam UMNO itu yang buat UMNO itu punah", ujar Hairie memberikan pandangan.



- mD

TAGGED UNDER: ,

Dialog Antara TGNA Dan Lim Kit Siang??



TOK GURU NIK AZIZ : Tak menjadi satu kesalahan kita cintakan negara. Cintakan negara itu sebahagian dari ajaran Islam. Tak ada bezanya Cina-Islam, Melayu-Islam atau India-Islam, yang penting mereka amalkan Islam sebenarnya. Islam ertinya kedamaian dan kemakmuran. Islam adalah agama Universal, agama yang non-violence. Jika orang Arab Jahiliyah yang kejam, jahat dan zalim, yang sanggup tanam anak perempuan mereka hidup-hidup, boleh berubah menjadi masyarakat bertamadun bila menerima Islam sebagai cara hidup, kenapa orang Melayu yang terkenal dengan adab sopan, lemah lembut berbudi pekerti mulia dan berakhlak boleh berubah menjadi masyarakat yang tidak bermoral, kejam dan zalim sehingga ada yang sanggup buang anak, buang emak bapak? Silapnya kerena mereka pisahkan agama dengan politik dan kehidupan.

LIM KIT SIANG : Kalau itu macam bolehkah Tok Guru berdakwah dengan masyarakat bukan Islam supaya mereka boleh menerima "Islamic Malaysia" bukan "Malaysia Malaysia"

TOK GURU NIK AZIZ : Baca ini buku. Mudah-mudahan ia dapat membuka minda anda tentang Dilema Islam dan apa itu sebenarnya "Islamic Malaysia"

Nota : 
Transkrip kat atas ni cuma cuplikan dari sinopsis belakang buku tu 
Buku ni dah lama, tulisan Syed Hussein Al Attas .. saje je wa nak post ari ni .. 
Dialog tu wa tak pasti sahih ke idak .. luorang kena tanya penulis sendiri le.. huhu

Ok Salam Jumaat .. rasa kureng nak berblog sebab Germany kalah .. kah kah kah kah

TAGGED UNDER: ,

Khir Toyo : Tak Bertanding Atau Tak Boleh Bertanding ??



Khir Toyo hari ni bermadah .. "Saya mahu menumpukan kepada keluarga saya dan berehat. Tidak ada alasan lain."

Antara lain katanya untuk DUN Sungai Panjang "Kita boleh pujuk mereka untuk menyokong calon baru, itu tak jadi masalah,"

Selebihnya luorang boleh baca dari sumber : Khir Toyo Sah Tak Bertanding PRU13

kah kah kah .. ye le Khir Toyo.. wa dan ramai orang amat percaya dengan kata kata lu ni .. kah kah kah 

Apakah yang tersirat ? 

Kalau Mahathir yang cakap nak tumpukan pada keluarga, mungkin takde sape pon yang akan amik pusing walaupun itu nampaknya tak berlaku.. tapi ni Khir Toyo .. belum cecah 50 tahun pun  umurnya.. merajuk ke ??

Tapi hakikatnya kita tahu mamat ni dijatuhkan dengan cara yang licik selepas beliau bertegas untuk bertanding jawatan KP Pemuda Ameno. Kita juga tahu yang beliau memang tak sehaluan dengan Noh Omar. 

Apa je yang terjadi selepas tu adalah satu usaha bersungguh sunguh dari dalaman parti saka untuk menamatkan karier politik beliau dalam Ameno.. padahal secara umum, ramai yang tahu berapa banyak lagi pemimpin Ameno yang mempunyai rumah yang lebih besar dan kelakuan rasuah yang lebih hebat dari Khir Toyo.. tapi itu semua boleh kaw tim.. betul?

Ok la .. wa tak berhasrat nak debik mamat ni lelebih.. kalo betul apa yang dia cakap .. selamat berehat dan selamat bersara.

Nota : Wa harap kes mahkamah masih diteruskan walaupun beliau bersara sebab nanti orang awam akan beranggapan yang pengunduran beliau merupakan hanya satu perjanjian politik (Lu diam wa tak kacau lu .. tapi kalau lu masih nak tunjuk eksyen .. wa bongkar kes lu). Undur tetap undur tapi kes tetap kena jalan.

Nota Kaki: Beliau tetap akan dikenang sebagai MB Penyapu oleh rakyat Selangor .. kah kah kah kah 


Masihkah ada tempe untuknya ? 

Thursday, June 28, 2012

TAGGED UNDER: ,

Perbandingan Dibuat Oleh Orang Luar Berkenaan TGNA Dan Erdogan

klik untuk tumbesaran

Quote "Two leaders from different countries, but having good leadership. This is what people always want to see. Both of them can buy foods and drinks at street sold by their people. Nik Aziz is the governor of Kelantan State of Malaysia since 1990 and Erdogan is PM of Turkey. Allah bless them...Amin~" - Muhammad El Fateh

Terjemahan bebas : "Dua orang pemimpin dari negara yang berbeza, namun menunjukkan kepimpinan yang baik. Inilah yang sentiasa ingin dilihat oleh orang ramai. Kedua duanya boleh membeli makanan dan minuman dijalanan yang dijual oleh rakyat mereka sendiri. Nik Aziz ialah pemimpin di negeri Kelantan, Malaysia, sejak tahun 1990 dan Erdogan pula merupakan PM di Turki. Allah merahmati mereka.. Amin~"


TAGGED UNDER: ,

Kejutan Apakah Yang Akan Dibawa Oleh DSAI Di Kulim Esok??


PENGUMUMAN BESAR AKAN MENGISI PENTAS MERDEKA RAKYAT DI KULIM


Siri Jelajah Merdeka Rakyat meneruskan lagi kejutan demi kejutan. Jelajah Merdeka Rakyat siri Nibong Tebal pada 24 Jun 2012 telah menyaksikan kemasukan 318 orang anggota IPF, MIC dan GERAKAN yang berketurunan India diketuai oleh Ketua Wanita IPF Negeri Pulau Pinang, di mana borang kemasukan diterima sendiri oleh DSAI. Kemasukan ini membawa satu gelombang baru dalam masa semua ternanti - nanti pengumuman tarikh pilihanraya yang masih takut untuk diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia.

Dengan imej persiapan dan penampilan pentas yang begitu tersusun dan menarik, jelajah Merdeka rakyat akan diteruskan pada 29 Jun ini di Stadium Mini Keladi, Kulim dengan menampilkan YB Datuk Saifuddin Nasution Ismail, YB Datuk Mahfuz Omar dan N.Surendran di samping YB Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri. Dijangka Anwar Ibrahim akan membuat satu pengumuman penting di hujung majlis itu nanti khususnya berkenaan dengan dua kerusi PKR di kawasan tersebut yang melibatkan wakil rakyat melompat.

Siri Jelajah Merdeka Rakyat menjadi satu kemestian untuk dihadiri oleh warga setempat, selain mendapat liputan secara langsung ke seluruh dunia. Setakat ini setiap siri Jelajah Merdeka Rakyat telah mendapat kehadiran yang amat besar iaitu antara 8,000 hingga ke 20,000 orang. Dijangka kehadiran akan menjadi lebih ramai di Kulim dengan beberapa kejutan yang dinanti. 

Semua yang berada di sekitar adalah dijemput hadir untuk memeriahkan sambutan Merdeka Rakyat di Kulim. Ayuh bersama meraikan sebuah usaha murni bagi merealisasikan sebuah Kemerdekaan Rakyat.

Sekian dan terima kasih.


che'GuBard
Penyelaras
Seketeriat Jelajah MERDEKA RAKYAT 2012

TAGGED UNDER: ,

Hebat: Huluran Derma Dari Insan Yang Tak Dijangka


Apakah ekspresi pertama yang selalu terfikir oleh akal kita bila melihat insan kelainan upaya seperti dalam foto? Meminta ihsan dari orang ramai yang mungkin bersimpati ? No No No .. never judge the book by it's cover.. tidak semestinya sedemikian sebab apa yang beliau lakukan adalah sesuatu yang kadang kadang orang normal pun bagi macam macam alasan.

Moh kita saksikan foto ke 2 apa yang berlaku sebenarnya ..


heh heh heh .. beliau turut menyumbangkan derma dan ini adalah satu perbuatan yang menyentuh emosi sentimental wa ..seriesli .. kalo luorang tak terasa apa apa .. wa cadangkan ..baik luorang pergi cari gua mana mana kat dalam hutan dan berenti jadi orang .. kah kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top