Thursday, July 5, 2012

TAGGED UNDER:

Abby Abadi Sudah Mula Mempertahankan PAS ..


Cerita pelakon Abby Abadi menyertai parti Pas sudah lama heboh sejak keputusannya berhijrah. Tambahan pula, dia sering dilihat berada di kebanyakan ceramah anjuran Pas.

Bagaimanapun, Abby sebelum ini pernah menafi kan hal itu dan mengakui tidak berminat untuk melibatkan diri dengan mana-mana parti politik.

Namun sejak kebelakangan ini, Abby dilihat banyak mengeluarkan status yang menjurus kepada keagamaan. Tidak terkecuali mengenai perihal Pas.

Paling ketara, semalam, status terbaru di laman sosial, Facebook miliknya, terang-terangan menyokong dan mempertahankan parti Pas.

Malah, statusnya itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminatpeminat. Tidak kurang ada yang menyokong dan ada juga yang menghentam.

Pun begitu, bekas pelakon Gerak Khas ini turut berbalas komen sambil tetap mempertahankan parti itu.

Sementara itu, Zass cuba menghubungi Abby namun tidak berjaya. Adakah Abby sebenarnya sedang berkira-kira hendak mengumumkan penglibatannya dalam parti Pas.

Sumber : SinarHarian

Wednesday, July 4, 2012

TAGGED UNDER: ,

DUN Selangor : Jika BN Letak Katak Jadi Calon Pun Boleh Menang??

Atas kertas, semua calon PAS Selangor kalah

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman (gambar) berkata, pertambahan mendadak pengundi baru yang diragui di Selangor memperlihatkan atas kertas tiada seorang pun calon PAS boleh menang dalam PRU-13 ini.

Katanya, maklumat semasa di 20 Dun yang bakal ditandingi PAS, pertambahan pengundi baru sangat ketara dan luar biasa menyebabkan kerusi yang ditandingi sangat tidak selamat.

Keadaan sekarang di Selangor juga katanya mirip apa yang dilakukan terhadap negeri Terengganu pada Pilihan Raya Umum tahun 2004 di mana kerajaan negeri yang diterajui PAS ketika itu jatuh kepada BN.

"Atas kertas satu orang pun calon PAS tak boleh menang sekarang ini dengan kemasukan 600 ribu pengundi baru yang meragukan di negeri ini," katanya dalam rancangan Fokus Isu, Selangorku semalam.

Beliau yang juga pengerusi Skim Mikro Kredit Miskin Luar Bandar (SKIMSEL) berkata demikian ketika diminta mengulas peluang PAS di negeri itu khususnya di kawasan majoriti Melayu yang ditandingi parti itu.

Ditanya tindakan jentera parti menghadapi situasi itu, Dr Rani berkata pihaknya kini sedang 'all out' menjalankan pengesanan pengundi baru melalui program Selangorku Bersih yang dijalankan kerajaan negeri.

"Kita sedang kumpul nama yang diragui, kita akan buat laporan polis dan jika perlu pendakwaan di mahkamah sekalipun kita akan buat.

"Sekarang ini kita 'all out' jalankan pengesanan melalui Selangorku Bersih ini," katanya lagi.

Selangorku Bersih merupakan program membersihkan daftar pemilih ekoran pertambahan pemilih secara mendadak di Selangor sekaligus ianya mampu membantu tugas SPR.

Untuk tujuan itu kerajaan negeri Selangor menggerakkan semua JKKK, Ketua Kampung dan Penghulu untuk memeriksa senarai pengundi baharu di seluruh Selangor untuk memastikan nama-nama yang didaftarkan ini benar-benar wujud dan bukannya pengundi hantu seperti yang didakwa banyak pihak.

Pada masa yang sama beliau menyeru kepada seluruh jentera parti negeri itu mengadakan solat hajat agar diberi pertolongan oleh Allah menghadapi situasi itu.

"Tahun 2008 siapa boleh jangka kita menang. Sampai Khir Toyo kata nak bagi pembangkang sifar di Selangor.

"Ada kata di Meru, letak katak pun BN boleh menang. Tapi Allah lebih berkuasa menentukan," katanya.

Sumber : Harakahdaily

TAGGED UNDER: ,

Baguih Dok Ada: Projek Rumah Mampu Milik Di Pulau Pinang


Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan pembinaan empat blok unit rumah kos rendah dan sederhana di Jalan Chelliah, George Town, bagi menolak kritikan berhubung kurangnya rumah mampu milik di negeri itu.

Kerajaan memutuskan menyerahkan 7.2 ekar tanah milik Majlis Perbandaran Pulai Pinang (MPPP) kepada agensi pembangunan negeri - Penang Development Corporation (PDC) - untuk pelaksanaan projek itu, kata Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ng Wei Aik.

PDC pada masa ini mengadakan pertemuan dengan MPPP berhubung cadangan projek itu, yang akan menyaksikan pembinaan of 1,320 antara 700 dan 1,000 kaki persegi setiap sebuah. 

Empat blok akan dibina dengan ketinggian antara 20 hingga 25 tingkat.

"Ini usaha negeri untuk menyediakan lebih persamaan, rumah mampu milik di pulau (Pinang). Pelan induk termasuk tempat letak kereta bertingkat, taman atas bumbung, kemudahan sukan dan tempat ibadat," tambahnya

Sumber : Malaysia kini

TAGGED UNDER: , ,

Isu Hudud Johor : Realiti Beserta Fakta Bergambar

Mula Mula ..
|
\/

Kemudian .. PAS Bagi Sokongan Penuh
|
\/

Tapi Ditempelak Oleh Chua Soi Lek 
|
\/


Namun, Di Back Up Mufti Pahang 
|
\/



Malangnya Di Tepis Jawantankuasa Agama 
|
\/


Sebabnya Bos Dah Bagi Taau Awal Awal
|
\/


Maka .. Inilah Pengakhirannya .....
|
\/

Tuesday, July 3, 2012

TAGGED UNDER: ,

Siapakah Yang Bakal Terjungkit? Pak Lah, Khairy Atau Najib?



Blogger APA - Blogger Gila sudah mula menunjukkan bunga bunga silat dan sudah bersedia untuk bertarung. 

Haruslah wa akui, walaupun berlainan kem, blog beliau adalah salah satu blog pro kerajaan yang sering wa jadikan rujukan isu untuk mengetahui berita dari sebelah sana selain dari blog umno reform 2, outsyed the box, mummy rokiah dan beberapa lagi blog lain. 

Pendedahan demi pendedahan yang blogger APA lakukan (setakat ini sudah sampai siri ke 5) untuk menuntut haknya yang dinafikan oleh kerajaan Ameno-BN tidak dipedulikan dan kini beliau nampaknya dah bersedia untuk mengambil langkah seterusnya dengan melakukan banyak lagi pembongkaran yang melibatkan kebobrokan dan kerakusan pemimpin pemimpin utama Ameno yang dengan bukti bukti yang beliau simpan selama ini.

Apakah siri pembongkaran ini akan menandingi blog uncleseekers yang mengkhususkan isu pada Istana Johor atau mungkin lebih panas darinya kerana melibatkan parti dan pucuk pimpinan yang memerintah negara ?? Sama sama kita tunggu dan lihat.

============

P/S : Kepada Dato Seri Najib dan Panglima Panglima Besar Umno hari ini jangan memandang 'enteng' apa RAHSIA dan DOKUMEN yang ada ditangan aku.Jangan menganggap segala peringatan aku selama bertahun tahun ini hanya 'omong kosong' aku sekadar ingin menakut nakutkan korang.Kalau korang boleh memperolehi DOKUMEN BANK NEGARA yang akhirnya memaksa Pak Lah meletakan jawatan sebagai Perdana Menteri..apakah 'mustahil' untuk aku mendapatkan dokumen yang sama?


Kalau aku boleh siapkan PROJEK PRU 11 bernilai ratusan juta RM tanpa mendapat satu sen pun dari Umno sampai kehari ini....aku bukanlah BODOH sangat saperti yang korang sangkakan..heh heh heh.


============
Nota : Maka makin tak senang duduk lah chai chai ameno untuk menangkis serangan serangan buah kunci jika benar APA ingin meneruskan pembongkaran yang besar sebagaimana yang beliau nyatakan. 1.9 Bilion? .. isk isk isk

TAGGED UNDER:

Seorang Lagi Artis Wanita Bertudung .. Keep It Up~!!



Lately, ada perubahan yang agak drastik tapi juga melegakan yang terjadi dalam dunia hiburan tempatan. Semakin ramai artis wanita yang mula mengenakan tudung dan yang terbaru, Alhamdulillah, oleh Syarifah Sofia.

Dalam laman twitternya, beliau memuatkan gambar terbaru dengan memakai tudung dan menulis di statusnya : "Here's The New Chapter.. Bismillah!".   

Tweetnya kemudian di balas oleh Wardina Safiyyah yang turut memberikan kata kata semangat buat Sharifah Sofiah : "May Allah ease the way for you! Hijab is liberation really :)"


Berikutan dengan perubahan ini, Sharifah Sofia juga telah memadamkan kesemua foto foto beliau yang tidak bertudung dari arkib instagram miliknya.


Semoga semakin ramai artis artis Malaysia dapat mengikut jejak langkah yang telah dimulai oleh beberapa artis wanita ini.. dan dengan itu dapat pula mempengaruhi peminat yang masih alpa untuk memakai tudung.

Nota: Walaupun foto beliau bertudung ni kelihatan agak tidak sempurna (menampakkan sebahagian leher), namun bak kata tuan punya badan - Ini episod baru dalam hidup beliau, so luorang toksah la kritik pedas pedas.. bagi dia pelan pelan kayuh. 

TAGGED UNDER:

Wallaweyh .. Coke Dan Pepsi Ada Unsur Ekstrak Babi ??


Memandangkan tak lama lagi dah nak masuk Ramadhan dan selepas tu disambung dengan Syawal maka wa sekali lagi tempelkan Coke beserta Pepsi dalam entri wa. 2 jenama ni memang menjadi hidangan top masa hari raya nanti sebab mungkin untuk hari besar tu sirap dan oren hanyalah santapan untuk orang zaman paleotik. Tak de kelasss ..

Kalau sebelum ni posting wa bertajuk Gempar: Coke Ada Alkohol?? , kali ni wa nak 'up'kan lagi satu isu .. minuman ni dikatakan mengandungi perisa babi .. weyhh .. biar betik ..

Keratan akhbar berbahasa inggeris kat bawah ni wa terjumpa secara tak sengaja masa merayau dalam net .. mungkin ini le hikmahnya membunuh masa bila kepala hotak dah tepu sambil melayan perut yang bergelodak kekosongan .. huhuhu


Jap .. wa ada banyak masa translatekan untuk kemudahan luorang membaca dengan lebih khusyuk. Jangan risau .. sebab wa tak berpegang pada Google Translate dan terjemahan kaku sebagaimana yang diutarakan oleh Askar Jerman Yang Penyedih .. kah kah kah .. cam biasa terjemahan wa secara bebas sambil cuba sedaya upaya untuk mengekalkan maksud ayatnya insyaAllah.

==//==


Ada beberapa alasan kenapa orang ramai menghindari minuman Pepsi dan Coca Cola antaranya:

1. Kandungan kimia berbahaya seperti unsur karbonat yang berlebihan dan sebagainya 

2. Kerana ia merupakan produk keluaran Yahudi-Zionis dan mereka menyokong serta membiayai kegiatan haram zionis atau lebih tepat aktiviti keganasan Israel.

Kini terdapat satu lagi alasan yang lebih utama untuk diberi perhatian iaitu kandungan 'haram' dalam minuman tersebut.

Artikel berikut telah diterbitkan dalam akhbar Al Riyadh pada 20 April 2006.

Penyelidikan saintifik dan perubatan mendapati meminum Pepsi & Cola boleh menyebabkan kanser lantaran unsur utamanya diambil dari sosej babi. Kitab suci Al Qur'an, Injil dan Taurat telah menyatakan larangan memakan babi, kerana ia satu satunya haiwan yang memakan segala  kotoran, najis dan air kencing, menghasilkan kuman dan mikrob yang tercemar yang amat berbahaya dan boleh membawa maut

Menurut laporan yang disiarkan oleh Jordanian Magazines, Ketua Universiti Sains Dan Teknologi Delhi, Dr. Mangoshada telah membuktikan secara saintifik bahawa unsur utama yang digunakan dalam pembuatan Pepsi dan Cola mengandungi ekstrak dari usus babi yang boleh menyebabkan kanser dan pelbagai penyakit pembawa maut yang lain.

Universiti India tersebut telah menjalankan ujikaji tentang kesan dari minuman Pepsi dan Coca Cola yang telah membuktikan amalan peminumannya boleh mempercepatkan kadar degupan jantung dan merendahkan tekanannya. Juga dengan mengambil sejumlah 6 botol Pepsi atau Coca Cola dalam satu masa boleh mengakibatkan kematian secara mendadak.  

Disamping itu ia juga mengandungi bahan kimia seperti Karbonik dan Asid Fosforik, Asid Sitrik yang merosakkan gigi dan menyebabkan tulang menjadi rapuh. Tulang yang direndam didalam secawan Pepsi menjadi lebur dalam masa seminggu sedangkan tulang orang mati kekal di dalam kubur selama tiga puluh tahun. Kajian tersebut juga mengesahkan, kalsium yang terlerai oleh Pepsi boleh melemahkan pundi kencing, buah pinggang, mematikan fungsi pankreas, menyebabkan kencing manis dan penyakit berjangkit.

(Wa tak terjemah perenggan terakhir sebab tak relevan .. ayat pujuk le konon .. kih kih kih)

==//==

Kilang Coke yang nilainya lebih 1 Bilion skang dah ada kat Nilai .. bernilai sungguh
Samada terdapat atau tidak kandungan ekstrak babi dalam Coke atau Pepsi, terserah luorang nak cari kewajaran dan justifikasi. Cumanya bagi wa, kalau kita renung balik jenama Pepsi tu, ianya memang berasal dari perkataan pepsin, salah satu enzim yang hanya terdapat dalam perut .. tak kira la perut lembu ke, perut ayam serama ke ataupun perut luorang sendiri .. memang kat situ je ada menatang pepsin ni. 

Apa yang penting, banyak keburukan dari kebaikan yang ada. Tapi apadehal .. natijahnya sendiri sendiri tanggung .. tepuk dada tanya mamak .. air susu lembu ada ka?? kah kah kah 

Monday, July 2, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Salah Siapa Bila Hukum Hudud Terus Diperlecehkan ??



Assalamualaikum.

Jikalau benar kita orang yang beriman, mari kita kembali kita kepada Qada dan Qadar Allah.

Kita semua manusia yang lemah, hanya boleh merancang. Apa yang terjadi kepada Malaysia sekarang ( dan yang lepas adalah sebahagian dari perancangan Allah semata )

Syukurlah kepada Allah, bukan kepada manusia, ke atas segala nikmat Allah yg telah dikurniakan kepada kita selama ini.

Rasulullah ada bersabda yang antara lain maksudnya:

“Tanda-tanda akhir zaman ialah jika umatku melakukan 15 pekara maka layaklah Allah turunkan bala. Satu daripadanya ialah apabila amanah menjadi tempat untuk dapat habuan, maka di kala itu bala akan turun”.


Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda:

“setiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan disoal pada hari akhirat ke atas apa yang kamu pimpin…” (riwayat Muslim)


Firman Allah :

وَŁ„َŲ§ ŲŖَŲ±ْكَنُوا Ų„ِŁ„َى Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ ŲøَŁ„َŁ…ُوا فَŲŖَŁ…َŲ³َّكُŁ…ُ النَّŲ§Ų±ُ وَŁ…َŲ§ Ł„َكُŁ…ْ Ł…ِنْ ŲÆُŁˆŁ†ِ اللَّهِ Ł…ِنْ Ų£َوْŁ„ِيَŲ§Ų”َ Ų«ُŁ…َّ Ł„َŲ§ ŲŖُنْŲµَŲ±ُŁˆŁ†َ
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan..
(Hud : 113)

Saya bukanlah orang yang berilmu, masih jahil, tetapi sekadar mengingatkan kepada diri sendiri dan juga kepada rakan Muslim yang lain bahwa kita sekarang ini di akhir zaman. Jika baca news hari ini:-



Tidak rasa apa apakah di dalam hati kita?

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Baqarah, ayat 229). 

Hudud ialah kesalahan jenayah yang melanggar hak-hak Allah iaitu melanggar batas-batas yang telah ditetapkan oleh Allah dan hukumannya adalah berdasarkan kepada nas, sama ada melalui AlQuran atau AlHadits. Ia meliputi keperluan menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda.


ŲŖِŁ„ْكَ Ų­ُŲÆُودُاللّهِ وَŁ…َن يُŲ·ِŲ¹ِ اللّهَ وَŲ±َŲ³ُŁˆŁ„َهُ يُŲÆْŲ®ِŁ„ْهُ Ų¬َنَّŲ§ŲŖٍ ŲŖَŲ¬ْŲ±ِي Ł…ِن ŲŖَŲ­ْŲŖِهَŲ§ الأَنْهَŲ§Ų±ُŲ®َŲ§Ł„ِŲÆِŁŠŁ†َ فِŁŠŁ‡َŲ§ وَŲ°َŁ„ِكَ Ų§Ł„ْفَوْŲ²ُŲ§Ł„ْŲ¹َŲøِŁŠŁ…ُ

"Itu adalah Hudud (had-had) dari Allah, barangsiapa ta'at kepada Allah dan Rasul-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah kemenangan yang besar." (Surah An-Nisaa' : Ayat 13)

Pandangan saya, siapa pun yang menjadi pemerintah negara ini wajib melaksanakan hudud.

Wallahualam.

Oleh: Triple AAA

Nota : Soi Lek menempelak Adun Kemelah sebagai orang yang kekeringan idea dan hilang akal apabila cuba mencadangkan agar hukum hudud diimplementasikan di Johor (rujuk sisipan atas). Dan ini bukanlah kali pertama hukum Islam diperlecehkan oleh menteri dan sahabat kepada ameno ini.

Disinilah kayu uji kepada sifat sifat biawak yang menebal kepada ngo ngo dan mp yang selama ini sangat keras mengkritik usaha memartabatkan hudud yang ingin dibawa oleh parti PAS. Sedangkan BN yang diterajui oleh ameno yang merajai kerajaan pusat sendiri tunduk pada tekanan yang dilakukan oleh seorang non muslim yang sewenang wenangnya menunjukkan sentimen kebencian pada hukum Islam.

Harus dipertanyakan juga kepada orang yang mengaku sebagai ketua agama di negeri Johor yang katanya amat disayangi oleh rakyat sehingga berhimpun lah seramai 30 ribu manusia katanya untuk mempertahankan maruah sebuah nombor plat. Kini maruah agama dipersendakan dinegeri Johor dan apakah nilainya lebih murah dari WWW 1? Tidak terkeluarkah sebarang titah untuk mempertahankan kesucian Islam?

Lebih malang lagi apabila seorang Pengerusi Jawatan Kuasa Agama, Datuk Zainal Abidin Osman menyatakan mereka memang tidak pernah membincangkan untuk menegakkan hukum hudud di negeri Johor dan dalam masa yang sama mufti kerajaan Johor pula mengelak untuk menjawab persoalan ini. Rujuk Sumber

Rujuk :

Adun Umno Cadang Johor Laksana Hudud
Cadang Hudud : Ahli Umno Hilang Akal Kata MCA
Hudud : Kelantan Ada Halangan, Jika Johor Dahului Silakan
Johor Tidak Pernah Bincang Hukum Hudud


© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top