Monday, July 9, 2012

TAGGED UNDER:

Tinta Hijau Ke Atau Tinta Hijau Di Kaki Bukit ?


Pagi ni wa memang terkejut dengan berita yang tersebar mengatakan Tinta Hijau Di Kaki Bukit @ Tintahijau DKB telah kembali kerahmatuLlah. Malah banyak facebook update dan blogger blogger pon turut memuatkan cerita yang hampir sama merujuk kepada Tintahijau DKB adalah orang yang sama dengan Nik Hazman yang dikhabarkan menemui Al Khalik ketika melakukan ibadah Umrah.

Apa yang membingungkan wa, sepanjang yang wa tahu Tintahijau DKB adalah blogger yang berasal dari Jerteh manakala arwah Nik Hazman pula berasal dari Kg. Kok Lanas Kelantan.

So wa tinjau le laman facebook Nik Hazman & Tinta Hijau Di Kaki Bukit untuk mengesahkan apa yang bermain dibenak wa ..

Info Wall Arwah Nik Hazman

Info Wall Tinta Hijau DKB


Memandangkan facebook Tinta Hijau Di Kaki Bukit dah lama terbiar tanpa update, ianya bagai membenarkan tanggapan bahawa beliau dan Nik Hazman adalah merupakan dua nama yang dimiliki oleh orang yang sama .. Maklumat tempat asal mungkin sengaja dibiarkan berbeza untuk menyelindungkan identiti.

Tapi, kemudiannya wa terbaca plak satu post yang ada kat wall Tinta Hijau Di Kaki Bukit yang bertanyakan kesahihan identiti persis apa yang wa rasakan. Terpanggil untuk turut mengetahui lebih lanjut, wa klik pada post tu 



Nah .. Terpampang penerangan dari sorang Hamba Allah (Dari Perantauan) yang mengatakan Nik Hazman adalah juga Tinta Hijau tapi BUKAN Tinta Hijau Di Kaki Bukit seperti yang difahami oleh kebanyakan orang. 

Info wall Tinta Hijau (see .. juga dari Kota Bharu)


Tinta Hijau juga adalah merupakan seorang blogger dan alamat blognya adalah Akutintahijau.

Jika Arwah Nik Hazman adalah juga Tinta Hijau maka blognya bukan Tinta Hijau Di Kaki Bukit.

Tapi kekalnya Tinta Hijau Di Kaki Bukit untuk tidak bersuara juga menimbulkan seribu persoalan .. ada sesiapa yang boleh mengesahkan ?

Blog Aku Tinta Hijau 


Wallahua'lam

Nota : 
  • Alfatihah dan doa buat arwah Nik Hazman
  • Tinta Hijau Di Kaki Bukit adalah antara blogger terawal yang wa bagi bloglink selain biaqpila, abunawas, ayyid manjadda dan kopitarikkaw 


TAGGED UNDER: , ,

Akhirnya Si Malaon Mengaku Juga Walaupun Tak Sengaja



Soalan daripada Datuk Seri Chor Chee Heung, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, ditujukan kepada Guan Eng, beliau turut mengakui berlaku “ketirisan” RM26 bilion, menyebabkan Guan Eng memberi reaksi: “Inilah kali pertama saya mendengar seorang menteri mengakui bahawa korupsi dalam kerajaan telah mengakibatkan kerugian RM26 bilion!

Akhirnya seorang pemimpin yang bertaraf menteri dari BN mengakui diatas pentas awam bahawa memang berlaku kegiatan rasuah dalam kerajaan yang melibatkan ketirisan RM26b .. humang aih  .. 26 ribu juta tu .. duit tu milik rakyat .. bukan milik pemimpin.. isk isk isk .. makin banyak le peluh Najib menitik diluar kawalan .. chai ameno tolong jawab weyh. 

Korupsi tu rasuah bukan politik wang .. politik wang tu plak satu jenama jeruk masin yang dicipta untuk menyedapkan halwa tekak sebagai penambah perisa bila terpaksa makan nasi dengan kicap .. kah kah kah

Sunday, July 8, 2012

TAGGED UNDER: , ,

MCA Pula Amalkan Politik Lucah

Nama-nama seperti Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Azmin Ali, Khalid Ibrahim, Nik Aziz Nik Mat, Mohamad Sabu, Teresa Kok, Teo Nie Ching dan ramai lagi telah menjadi sasaran politik kotor Barisan Nasional.

Kesemua tuduhan ke atas pemimpin-pemimpin ini bukan disasarkan hanya kepada batang tubuh tokoh tersebut sebaliknya ia melibatkan kaum keluarga mereka. Ini satu perkembangan yang amat memalukan bagi sebuah negara yang sedang membangun dari aspek politiknya.

Mengapa MCA takut ulangi fitnah di luar Dewan Undangan Negeri?

Terbaru isu yang ditimbulkan oleh salah seorang ADUN MCA dari Melaka yang telah mengambil kesempatan di dalam dewan Undangan Negeri untuk menuduh Lim Guan Eng ‘main kayu tiga’. Kerja ini pastinya direstui oleh pemimpin lucah mereka iaitu Chua Soi Lek.

Apa rasionalnya menimbulkan tuduhan bersifat peribadi ke atas pemimpin lain di dewan Undangan Negeri Melaka? Adakah dewan Undangan Negeri Melaka lebih berminat isu ‘dalam kain’ pemimpin dari negeri lain untuk dibahaskan dalam mesyuarat kerajaan mereka?

Jika benar tuduhan itu, mengapa tidak berani diulangi di luar Dewan supaya perkara itu boleh dibawa dan ditentukan di mahkamah? Apakah MCA begitu bacul sehingga tak berani mempertahankan tuduhan keji semacam itu?

Keghairahan MCA meniru politik lucah sesetengah pemimpin UMNO semakin memalukan ahli-ahli MCA sendiri. Sudahlah mereka dipimpin oleh seorang pelakon video lucah, kini mereka mahu mempalitkan orang lain kerana tuduhan palsu tentang peribadi orang lain. Sampai begitu sekalikah politik MCA sudah tertiarap kerana ditolak oleh majoriti kaum Cina di Malaysia?

Ahli-ahli MCA memilih wakil rakyat mereka untuk membawa suara mereka di Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat, tetapi sebaliknya isu peribadi yang disibukkan oleh pemimpin mereka. Ahli-ahli MCA harus berfikir kembali adakah mereka telah membuat tindakan yang betul dengan memilih Presiden yang ada.

Soi Lek ingat semua pemimpin seperti dirinya?

Malah, Chua Soi Lek baru-baru ini dengan angkuhnya mencabar Lim Guan Eng untuk meletak semua jawatan beliau atas alasan Guan Eng pun sama juga dengan beliau, yakni tidak bersih dengan adanya  skandal dengan wanita lain.

Soalnya sekarang, mana bukti yang menyokong dakwaan Chua dan apakah justifikasi untuk Guan Eng meletak jawatan?

Jika Chua mahu berbangga dengan kehebatan beliau beraksi lucah di depan kamera video dan selepas itu terpaksa meletakkan jawatan kerana memalukan diri, keluarga, parti dan amsyarakat, itu masalah peribadi beliau. Tak perlu samakan masalah dia dengan orang lain. Semua orang tahu, bukti skandal beliau itu telah terdedah di khalayak awam dan beliau memang seharusnya bertanggungjawab.

Namun, apakah keghairahan MCA menyebar fitnah dan bermain politik lucah dan kotor ini adalah budaya kaum Cina?

Jika isu seperti ini (tuduhan seks dan skandal lelaki-wanita tanpa bukti sahih) tertimpa kepada pemimpin Melayu Islam, tahu pula orang Melayu mengatakan ini isu politik lucah, budaya politik fitnah dan pelbagai lagi isu yang dikaitkan dengan masalah negara.

Tetapi yang kita lihat, siapa yang melanggar undang-undang media dengan menyiarkan gambar dan video lucah yang cuba dikaitkan dengan pemimpin Pakatan Rakyat? Siapa yang menyebar fitnah tentang anak dan isteri pemimpin Pakatan Rakyat?

Ini satu perkembangan yang agak menyedihkan bagi rakyat yang menjunjung demokrasi sebagai sistem bernegara. Ada yang masih melihat isu seperti ini berdasarkan pecahan kaum, sedangkan mereka lupa bahawa apa saja perkara buruk, itu adalah masalah masyarakat, masalah negara.

Politik lucah ini dengan pantas pula mengalih pandangan kita daripada masalah ekonomi dan urus tadbir yang kita semua alami.

Politik lucah UMNO-BN mampu bangunkan negara?

Apakah dengan politik lucah yang dimainkan oleh sesetengah pemimpin UMNO-BN bererti kita semua tidak lagi mengalami masalah kewangan? Apakah dengan politik lucah, kita tidak perlu lagi menanggung beban bayaran rumah, kereta, anak-anak bersekolah, makanan keluarga seharian?

Apakah politik lucah telah menyelesaikan masalah salah guna kuasa oleh pemimpin kerajaan? Apakah politik lucah telah membebaskan beban dan tanggungan kewangan pelajar dan ibu bapa? Apakah politik lucah berjaya meningkatkan syiar Islam di bumi Malaysia? Apakah politik lucah telah menyelesaikan masalah ragut, rompak, rogol, pukul dan pelbagai jenayah?

Adakah politik lucah UMNO-BN akan menyebabkan kita lupa kepada skandal kewangan negara yang bakal ditanggung bebannya oleh anak cucu kita yang terpaksa membayar cukai bagi membayar balik lesapnya wang berbilion ringgit? Adakah politik lucah telah melupakan kita kepada skandal PKFZ, skandal lembu NFC, skandal mata wang asing Bank Negara, skandal kapal selam Scorpene, skandal cincin?

Sama-sama kita tolak politik lucah dan fitnah dalam PRU13 nanti. 

TAGGED UNDER: ,

Kenapa dengan Mahathirisme?


Tun Mahathir Mohamad seorang tokoh politik yang sememangnya menarik dalam arena politik perdana di Malaysia. Beliau memimpin politik dan pentadbiran negara lebih 22 tahun. Jika pokok kelapa sawit yang ditanam, pasti sudah berbuah lebih dari dua puluh kali.

Bagi generasi 1980-an, pastinya ia menjadi benih yang masak ranum di kala ini. Sejarah hidup mereka adalah sejarah pemerintahan Mahathir.

Ketika bermulanya tahun 1980-an atau lebih tepat lagi 1981, dasar negara kita adalah satu dasar yang diilhamkan oleh beliau. Baik dasar ekonomi, pendidikan, sosial mahu pun budaya. Kesemua aspek ini adalah warna prima bagi dimensi negara Malaysia. Jika pelukis melukis di kanvas, warna-warna inilah yang akan diambil.

Kelahiran budaya kroni

Sungguh pun Dasar Ekonomi Baru diilhamkan pada sekitar 1970, tetapi di kala pemerintahan Mahathirlah maka munculnya jutawan-jutawan segera. Era 1970-an memberi impak kepada majoriti rakyat miskin khususnya kaum Melayu luar bandar, termasuk peneroka Felda. Era Mahathir menjadikan elit-elit kroni sebagai kumpulan yang didahulukan.

Bagaimana boleh munculnya tauke-tauke besar yang menjadi jutawan segera di zaman Tun M? Selain dari DEB, kemudian dengan Dasar Pandang ke Timur, muncul pula Dasar Penswastaan yang berjaya melahirkan jutawan segera yang menjadi kroni pemerintah.

Dasar Penswastaan ini seakan revolusi di Malaysia hinggakan di kala itu muncul istilah ‘drama swasta’ dalam slot rancangan televisyen. Niatnya mungkin baik tapi amalan dan kesannya buruk sekali.

Konsep penswastaan bagi Mahathir cukup mudah, iaitu dengan menswastakan aset atau milik negera yang sudah pun berjaya kepada pihak syarikat atau individu.

Bermula dengan Lembaga Letrik Negara (LLN), Jabatan Telekom, Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), Keretapi Tanah Melayu, Pos Malaysia dan banyak lagi.

Bertolak dari ‘revolusi’ ini, maka secara sistematiknya muncullah budaya rasuah di kalangan kakitangan kerajaan, ahli politik dan ahli perniagaan. Semua ini muncul adalah kerana tumbuhnya peluang perniagaan dan keuntungan ‘mee segera’.

Drama-drama Melayu juga mula terhasil melalui skrip dan cerita yang klise. Karya seni mula dihasilkan dengan ‘template’. Semua kerana ingin cepat mendapat pulangan tanpa peduli pada tanggungjawab moral dan estetikanya.

Dasar Pandang ke Timur yang diperkenalkan lebih awal rupanya hanya sebagai motivasi untuk cepat bekerja, bukan teliti bekerja. Ini jalan mudah yang diambil dan difahami oleh Mahathir. Akhirnya kerja memang siap tapi tak bermutu, yang melaksanakannya pula hanya mahu pulangan yang cepat.

Elemen-elemen Dasar Pandang ke Timur dan Dasar Ekonomi Baru dilunakkan lagi dengan gaya politik assabiyah (perkauman) UMNO dan Barisan Nasional. Maka lahirlah sistem kek ekonomi yang berasaskan pecahan kaum yang diutamakan kepada kroni.

Nilai-nilai Mahathirisme

Akhir sekali, DEB, Dasar Pandang ke Timur, Dasar Penswastaan dan politik assabiyah UMNO-BN telah dipakejkan dengan lebih lengkap apabila semua ini diasiosasikan dengan agama. Hasilnya – kuantiti lebih utama dari kualiti, yang tak boleh dikatakan boleh dan akhirnya mutu kerja hanyalah ‘mediocre’ (lebih kurang).

Maka bermulalah apa yang dikatakan ‘Mahathirisme’.

Bila ditanya tentang kemerdekaan – maka jawabnya hanya UMNOlah pejuang sebenar.

Bila ditanya tentang keadilan – maka jawabnya ketuanan Melayu.

Bila ditanya tentang persaingan – maka jawabnya itu hak keistimewaan orang Melayu.

Bila ditanya tentang seni dan kebudayaan – maka jawabnya budaya Melayu adalah budaya
Malaysia.

Jika ditanya tentang filem, muzik, sastera – maka jawabnya hanya sebagai hiburan yang ringan.

Bila mengkritik UMNO – maka pengkritik itu dituduh menghina Melayu, mengutuk Islam.

Bila mengkritik Mahathir – maka pengkritik dituduh pengkhianat negara yang memalukan negara.

Inilah nilai dalam Mahathirisme.

Cegah sebelum parah

Jika ada yang masih tidak faham lagi, tunggulah sehingga sampai satu masa kelak apabila kata-kata ini “aku berhak kerana aku Melayu” akan menjadi frasa seharian. Ketika itu tiada gunanya lagi kerana kewarasan akal kita sudah hilang entah ke mana.

Mahathirisme adalah fahaman assabiyah bercampur kronisme ditambah pula dengan tidak boleh ditegur serta sikap la’ih dan lebih kurang yang tidak membawa kita ke mana-mana kecuali syok sendiri. Jika diadun pula dengan amalan rasuah, salah guna kuasa dan pembaziran, maka lengkaplah definisi Mahathirisme.

Kita menolak fahaman Mahathirisme bukanlah kerana manusia itu bernama Tun Mahathir, sebaliknya kita tolak fahaman ini kerana ia amalan dan budaya buruk yang boleh menjerumuskan bangsa Malaysia menjadi bangsa jahiliyah. 

Mazir Ibrahim – Roketkini.com

TAGGED UNDER: ,

Terkini : Foto Sekitar PERHIMPUNAN PROTES "Bebas Tahanan ISA 45"


Abby Abadi Turut Serta

Hero Malaya Hairie Othman

Leman Raja Lawak Turut Memberikan Ucapan

Bapa Kepada Salah Seorang Tahanan ISA

Ibu Kepada Salah Seorang Tahanan ISA
Dimansuhkan tapi masih menyimpan tahanan ?? Hebat Undang Undang Di Malaysia bhai..

TAGGED UNDER: ,

Panas: Nazri Aziz Sudah Bikin Rakyat Sabah Naik Darah


Diantara kenyataan akhbar tu "kehadiran mereka tidak akan membawa atau menjadi punca kepada masalah sosial, ekonomi dan politik di negeri itu"

Weyh ..apa punya turr .. cemana Menteri Dalam Negeri boleh sekadar berlepas tangan dan bagi komen yang 'tak tercatuk dek ayam dan tak tersudu dek itik?' . 

Masalah pelarian dan pendatang tanpa izin di Sabah dah melepasi tahap kronik dan perlu ditangani dengan cara hemah bukan dengan sekadar berkata 'mereka bukan masalah'.

Apakah sebenarnya motif disebalik kata kata Nazri ni ??

TAGGED UNDER: ,

Alah Bisa Tegal Biasa : TG Haji Hadi Sekali Lagi Membuktikannya


Bak kata pepatah "Ular yang menyusur akar tidak hilang bisanya" begitulah perkara yang timbul dalam fikiran wa apabila melihatkan foto diatas dimana TG Hadi Awang bersama delegasi pemuda Palestin ketika menjamu selera.

Teringat wa akan kisah kisah para sahabat sahabat terkemuka yang menjadi pemimpin atau panglima Islam suatu ketika dahulu apabila penampilan mereka tidak dapat dibezakan antara mereka dengan orang awam apatahlagi Saidina Umar Al Khattab yang terkenal dengan zuhudnya.

Nota Foto: Tidak perlu protokol, majlis yang gilang gemilang dan pakaian yang gemerlapan kerana mereka mereka ini sudah terbiasa dengan hidup serba sederhana lebih lebih lagi para pemuda Palestin yang sudah lali dengan kepayahan. Takbir~!!

Kredit Foto : Facebook

TAGGED UNDER: ,

Suami Saya Bukan Seperti Chua Soi Lek, Kata Isteri Guan Eng

KUALA LUMPUR, 7 Julai — Isteri kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengingatkan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa suaminya bukanlah seperti Presiden MCA itu yang mana pernah terlibat dengan skandal salah laku seksual.

Betty Chew, yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Laksamana, Melaka, turut mempersoalkan tindakan MCA yang gemar menggunakan isu seks untuk mencalarkan imej keluarganya, sedangkan masalah itu sendiri membelenggu kepimpinan MCA sendiri.

"Sebelum ini mereka melibatkan anak saya, dan sekarang suami saya."Adakah mereka fikir semua orang seperti mereka? Benar kata suami saya, beliau bukan seperti Chua Soi Lek," tegas Betty dalam satu kenyataan hari ini.

Lim Guan Eng (gambar) sebelum ini dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan bekas pembantu di pejabatnya, manakala Betty pula dikatakan telah menyerang wanita tersebut.

Betty bagimanapun dalam kenyataannya hari ini menegaskan, beliau telah berulangkali menggesa Pengerusi MCA Melaka Gan Tian Loo supaya mengeluarkan kenyataan di luar Dewan bagi membolehkan tindakan diambilnya terhadapnya, namun beliau masih lagi tidak mempunyai "keberanian" untuk berbuat demikian.

"Datuk Gan umpama "pengecut". Saya telah berulangkali menuntut beliau mengulangi kenyataannya di luar Dewan, tapi beliau enggan.

"Ini kerana beliau tahu itu adalah pembohongan semata-mata. Beliau sedar jika beliau membuat kenyataan di luar Dewan, saya dan suami saya akan mengambil tindakan saman terhadapnya.

Malah, Betty turut mempersoalkan sama ada Gan cuba untuk melarikan diri setelah memfitnah beliau dan suaminya.

"Adakah ini cara politik MCA?" soalnya lagi.

Betty menambah," sebagai seorang yang pernah merasai keperitan keluarga dan isterinya berikutan pendedahan rakaman video seks beliau, Dr Chua seharusnya tidak menggunakan taktik sama terhadap lawan beliau, terutamanya bila mereka berbohong.

MCA masih lagi tidak mengeluarkan bukti berhubung dakwaan mereka itu walaupun telah didesak berulangkali oleh isteri kepada Ahli Parlimen Bagan ini.

Jelas Betty, Dr Chua sepatutnya lebih maklum impak dan kesan perkara ini terhadap keluarga dan anak-anaknya.

"Saya tak mahu mereka trauma untuk ke sekolah."

Justeru, Betty menegaskan, Dr Chua perlu menghentikan segala kenyataan daripada kepimpinan MCA berhubung perkara itu.

"Chua Soi Lek … jangan terlalu kejam. Kamu seharusnya tidak membiarkan parti kamu menyebarkan fitnah terhadap suami saya untuk menjatuhkan reputasi keluarga kami.

"Kamu juga ada keluarga dan saya percaya keluarga kamu mesti telah melalui saat-saat sukar apabila pendedahan rakaman video skandal seks kamu tersebar. Jangan jadikan keluarga orang lain merasai apa yang telah kamu alami," tegasnya.

Malah, Betty turut menggesa isteri Dr Chua supaya menghentikan kekejaman yang dilakukan suaminya itu.

"Mungkin beliau telah memafkan suaminya. Namun wanita Malaysia tidak akan memaafkan Dr Chua kerana membenarkan MCA berterus-terusan menyebarkan fitnah terhadap perempuan yang tidak bersalah dan keluarganya." - The Malaysian Insider

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top