Thursday, July 12, 2012

TAGGED UNDER: ,

Petualangan Mak Temah, Setan & Drakonian



Ibarat Mak Temah sibomoh handalan yang tinggal dihujung kampung, tak diperhatikan dan sering dihindari. Mak Temah sangat popular pada mereka mereka yang sangat akrab dengan dunia paranormal tapi sebaliknya orang orang kampung langsung tak mahu menunjukkan kemesraan. 

Pada orang kampung dan kawasan kejiranan, Mak Temah adalah lambang pada dunia hitam yang penuh dengan mistik. Biarpun hidup serba kekurangan tapi memenuhi permintaan orang orang yang taksub pada dunia kelam merupakan kesenangan yang tidak dapat tidak, akan cuba dipenuhi biarpun nanti hasilnya beliau akan makin dibenci oleh orang ramai.

Pada fikiran Mak Temah, beliau dijauhi oleh orang kampung kerana wajahnya yang hodoh dengan tempelan bedak sejuk yang merata dimukanya yang sekali pandang tak ubah macam kera kena penyakit sompek. 

"Mentang mentanglah aku tak pasang badan. Nanti bila aku dah beli mekap kat pekan, aku hiaskan diri aku cantik cantik, barulah orang kampung buka mata. Baru mereka tahu betapa Mak Temah ini juga boleh kelihatan menarik. Masa tu akan banyak lah orang kampung yang akan memuji muji dan memperkatakan keadaan diri aku.. "

Tapi apa yang terjadi kemudiannya ternyata jauh dari sangkaan. Dari pujian yang diharapkan rupa rupanya tawa orang kampung sambil menggeleng gelengkan kepala yang diterima. Malah lebih dari itu, Mak Temah mula dianggap hilang kewarasan akibat terlalu kerap berdamping dengan dunia hitam.

"Kalaupun muka jadi cantik, tapi tetap dengan perangai setan, rentikanlah .. takde baiknya kalau hidup sentiasa menyusahkan orang". Gitu lah patah perkataan yang sempat hinggap kat telinga Mak Temah. 

Namun, apakan daya, kerana hidup Mak Temah memang dah sebati dengan setan, malah setan itulah yang memegang tali kemudi profesionnya.

=======//======

Sekali lagi kita didendangkan dengan pemansuhan akta drakonian tetapi kemudiannya digantikan dengan akta yang diiklankan sebagai lebih mesra dan lebih prihatin sedangkan hakikatnya terkadang lebih teruk dari akta yang sedia ada.



Selagi Mak Temah masih dalam alam perbomohan dunia hitam, selagi itulah Mak Temah akan terus dibenci. Melainkan jika satu hari nanti Mak Temah dapat membebaskan setan yang membelenggu dan menukar kerjaya menjadi bidan kampung, mungkin ketika itu beliau akan dipertimbangkan untuk diterima semula oleh komuniti kampung. Wallahua'lam

- Karmic Wheel

Wednesday, July 11, 2012

TAGGED UNDER: ,

Foto Buaya Gergasi Yang Berjaya Ditangkap Di Filipina


Bagak gila .. sekali dia ngap, tak sempat nak ngep .. keh keh keh

TAGGED UNDER:

Biarlah Miskin Tapi Mengandungi Keberkatan ..

Salah seorang penerima sumbangan di DUN Bukit Bunga

Inilah antara bantuan dan sumbangan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Kelantan yang memang tidak akan pernah didendangkan dalam media mainstream. Tapi maklum, sumbangan begini memang tidak perlu dibesar besarkan kerana ia adalah inisiatif kerajaan negeri untuk membantu golongan yang memerlukan. Bukan untuk tujuan populis dan mencari nama.

Nota: Walaupun selalu diulangtayang sebagai negeri yang miskin, Kerajaan Negeri Kelantan masih mampu untuk memberikan bantuan disana sini. Allahuakbar ~!!

Sumber Foto : Facebook 

Panas : Tun Faisal Kena Debik Dengan Dr. MAZA


Cair mamat ketua UMB ni kena debik ngan Dr. Maza. kalau cenggini je taraf pemikiran seorang ketua kepada unit cybertroopers ameno.. tak heranlah tahap IQ chai ameno memang ditahap besi karat kat kedai barangan terpakai .. kah kah kah

Luorang boleh tengok corak serangan membabun buta yang tiba tiba dihalakan pada Dr. Maza. Takde angin takde ribut tetiba nak kaitkan Dr. Maza dengan peristiwa ngamuk di Putrajaya. Dasar kurang ajar. 

Lalu, bersesuaian dengan kelakuan orang utan TF, terus Dr. Maza keluar 'fatwa' wajib kikis orang yang semacam TF dari ameno malah beliau juga dikatakan sumber bala bagi gerombolan.. weyh TF, sape suh lu jolok sarang tebuan ??  kah kah kah .. tersentap medula oblongatanya .. WTF TF ? 

TAGGED UNDER: , ,

Betulkah Najib Demokrat Palsu?

Menteri Wanita Bersama Bekas Penyandang .. Bersalam ok tapi pegang batu kena pakai sarung tangan .. huhuhu


11 JULAI — Setelah disenaraikan dalam kelompok “autokrat baru” dalam sebuah makalah berjodol “A 21st-century checklist of the new autocrats”, penulisan Mark Mackinnon (terbitan: Jun, Globe and Mail) itu juga mengkategorikan Perdana Mentrei Najib Razak dalam ketegori “Democrat Palsu” atau “False Democrat”. Tiga kelompok autocrat lain ialah: “Mad Egotists, Violent Populists and Callous Capitalists”.

Tersenarai juga ialah Presiden Russia Vladimir Putin, Palestinian President Palestin Mahmoud Abbas, Presiden Algeria Abdelaziz Bouteflika, Perdana Menteri Ethiopian Meles Zenawi, PM Cambodia Hun Send dan tidak ketinggalan PM Malaysia Najib Razak. Bekas ahli kelab dikatakan terdiri dari Slobodan Milosevic dan Hosni Mubarak.
Ciri utama kelayakan dalam kelab ini ialah : Pimpinan ini menganjurkan pilihanraya tetapi tidak bersedia untuk melepaskan kuasa sementara menahan serta memenjarakan seteru politik dari pembangkang.

Meskipun pun demokrasi yang mereka amalkan itu palsu dan tempang, tetap pimpinan demokrat palsu ini boleh diturunkan rakyat dalam ruang media dan demokrasi yang sempit itu.

Di ambang pilihanraya ke-13 yang sangat mencabar buat Najib dan Barisan Nasional, telahan dan “title” barunya tentunya tidak membantu. Sejarah rampasan kuasa di DUN Perak masih segar dalam ingatan umum. Najib wajar mengeluarkan kenyataan bagi membuktkan kesediaan beliau bertarung secara “gentleman” dan seandainya kecundang akan berani berundur secara terhormat sebagai seorang “negarawan” yang disanjung.

Komitmen beliau ke arah ini belum tampak lagi. Sebaliknya segala perhitungan menundakan pembubaran parlimen ditanggapi rakyat sebagai perhitungan licik untuk mengekalkan kuasa. Lebih ngeri lagi apabila rakyat diingatkan dengan retoriknya dengan “biar berkecai tulang dan badan, bercerai jasad dan nyawa Putarjaya tetap akan kita pertahankan”.

Najib terus tertekan untuk membuktika beliau ialah seorang demokrat sebenar dan seorang negarawan tulen. Beliau tidak perlu khuatir dengan hukuman media Barat tersebut. Beliau wajar tahu bahawa yang paling penting ialah “jati dirinya” dan “worldview”nya sendiri.

Sesungguhnya, rakyat bermasalah dengan mendamaikan retorika yang unggul dan baik dengan perbuatannya yang sangat mencurigakan. Tambahan dengan pendirian bolak-baliknya sekaligus menyerlahkan “minda dan jiwa” yang tidak berpendirian kukuh dan kental dalam berdepan dengan pelbagai cabaran yang rencam dan menggoyahkan.

Komitmen beliau memberikan suara “semak-imbang” dan “pertentangan legitimate” dari pihak pembangkang dan pihak sivil dan NGO adalah kunci kepada kayu ukur seorang democrat tulen. Beliau gagal dalam menangani tuntutan dan desakan contohnya Bersih, Anti-Lynas dan GMI. Kesemua adalah tuntutan yang “legitimate”. Beliau tidak perlu teralu gusar bahkan wajar mengurus desakan ini secara “engagement” yang konstruktif bahkan boleh bersekali dalam menganjurkan “reformasi” yang dipinta rakyat.

Sebaliknya Najib semacam gagal memahami hati-budi rakyat bahkan memusuhi rakyatnya sendiri. Nyata bahawa beliau lebih selesa mendengar kata-puji dan sokongan dari penyokong tegar dan pencacainya. Akibatnya sesekali tampak Najib semacam “aloof” atau terpisah dari rakyat teramai yang mengharapkan sesuatu dari pimpinan yang telah banyak menabur janji.

Ambil sahaja contoh GMI – Gerakan Mansuhkan ISA. Bertahun-tahun mereka berjuang. Setelah komitmen awal Najib menamatkan undang-undang drakonian, akhirnya ISA dimansuhkan. GMI dan rakyat bersyukur dan berterima kasih. Belum sempat rakyat dan khasnya mangsa memaafkan kesilapan regim yang menganiya mereka,  pentadbiran Najib merangka Akta Kesalahan Keselamatan 2012 yang lebih zalim dan drakonian.

Terkini, setelah didesak untuk 45 tahanan ISA dibebas atau dihadapkan ke mahkamah, Najib membuktikan bahawa beliau tidak sebenar melalui “reformasi minda”. Beliau masih buat-buat pekak kepda 9 orang tahanan yang telah mogok lapar selama berbelas hari. GMI kembali kecewa dan rakyat terus bingung dengan sikap Najib. Lagi mengejutkan bahawa beliau mengaku ISA dimansuh kerana tidak lagi memberi pulangan politik kepadanya, sebaliknya kepada tahanan. Jiwa demokrat palsu terserlah dan sangat mengaibkan!

Begitu juga halnya dalam “transformasi ekonomi dan pentadbiran”. Najib memaparkan dirinya sangat mahukan matlamat GTP atau “Program Transformasi Kerajaan” tercapai, tetapi melakukan segala yang sebaliknya contohnya dalam komitmen kepada “tender terbuka” sebagai lambang kepada “ketelusan dan kebertanggungjawaban”.

Terkini ialah pemberian kontrak dalam LRT-Ampang mengulangi keburukan amalan kronisme dalam pemberian kontrak LRT Kelana Jaya dua tahun lalu.

Kalau dulu Ingress-Balfour Betty tidak diberikan walaupun telah ditetap oleh Prasarana (SPNB) sebagai yang termurah (RM610 juta) dan punya pengalaman teknikal yang baik. Berulang lagi pemberian kontrak (RM960 juta) yang katanya akan diberikan juga kepada Konsortium George Kent yang memperolehi markah rendah dalam penilaian teknikal dan gagal di dalam penilaian kewangan berbanding 7 pembida lain yang jauh lebih berpengalaman teknikal dan keupayaan kewangan dan ada telah siapkan projek sehingga RM5 bilion. Sangat malang.

Najib menangguhkan pembubaran Parlimen tentunya untuk memberikan ruang kepada pentadbiranya untuk membaiki imej dan “approval rating”nya di kacamata rakyat dan  pengundi. Berapa banyak lagi program “bela rakyat” yang terpaksa dilakukan sebelum beliau berani bubar parlimen.

Demokrat tulen punya batas memberi yang tidak menjejaskan “reformasi ekonomi jangka jauh” yang diperlukan negara. Pemberian runcit-runcit tidak mengizinkan rakyat hidup bermaruah bahkan sebaliknya terus meminta-minta dan menanti-nanti. Apakah ini yang mahu dibina oleh seorang pemimpin demokrat dan negarawan tulen.

Sebaliknya semakin lewat beliau tangguh PRU ke-13 semakin ketara bahawa beliau tidak punya komitmen untuk membawa reformasi dan transformasi negara ini kea rah satu prestasi daya-saing yang tinggi dan mengangkat pendapatan rakyat dengan lebih mapan. Tegasnya beliau hanya mahu terus berkuasa.

Kalau begitu sukar hendak ditolak dakwaan bahawa  Najib adalah seorang Demokrat Palsu.

- Dr Zulkefly Ahmad. Ahli Parlimen Kuala Selangor

Tuesday, July 10, 2012

TAGGED UNDER: ,

Amuk Di Putrajaya : Cemana Kalau Si Pelaku Ahli UMNO?

Foto Cilok Dari King Jason

Sebetulnya wa taknak turut serta dalam memperkatakan tentang peristiwa amukan yang telah berlaku di JPM petang semalam. Apatahlagi setelah mendengar berita pelakunya cedera parah dan akhirnya menemui ajal semasa dalam perjalanan ke hospital.

Tapi bila wa nengokkan media media termasuk blog blog chai ameno tanpa jemu memutarbelitkan cerita seolah olah ingin meletakkan kesalahan atas PAS, wa terpanggil untuk turut mengetahui lebih lanjut tentang duduk perkara yang diperkatakan.

Well, utusan meloya mendahului ramalan bangsatnya dengan cuba melabelkan sipelaku ingin menumbangkan kerajaan. Hagak hagak le weyh .. tumbangkan kerajaan seorang diri dengan bertemankan pompuan yang tak bersenjata. Susah payah kerajaan bayar gaji tentera dan polis, bagi elaun memacam, kursus tempur sana sini, tetiba ada la mamat rambo yang boleh menumbangkan kerajaan dengan sebilah pedang samurai, apa luorang ingat dia ada berkawan dengan doraemon ke hape?

Kemudiannya, bila mamat tu bertakbir, dilabelkan plak sebagai orang PAS.. ermm .. satu persangkaan yang sangat bangang. abih tu takbir raya luorang berbunyi macamana? Orang ameno bertakbir 1 malaysia 1malaysia ke ? Takbir tu memang milik semua jiwa yang mengaku Islam. kalo sebab takbir tu dia dah konfem jadi ahli PAS, maka kesemua muazzin surau dan masjid termasuk imam imam di seluruh dunia adalah ahli PAS .. sebab seruan azan bermula dengan Allahuakbar Allahuakbar .. dan setiap solat bermula dengan takbiratulihram ..yang berbunyi Allahuakbar .. ke orang ameno solat dengan takbir 1malaysia gak ??

Ada plak blogger chai yang buat kesimpulan yang sipelaku berasal dari kg medan yang diketahui sebagai lubuk PAS. Ini memang kemuncak bangang yang sangat ekstrim. Mungkin blogger ni antara yang pernah kena buli setiap hari kat sekolah, atau juga pernah terjatuh dari pokok jambu ketika nak ngintai anak dara mandi .. sampai takleh nak fikir dengan rasional akibat gegaran otak tahap kronik.

Ok .. kita berbalik pada pelaku yang mengaku sebagai Imam Mahadi ni. Secara umumnya boleh lah wa rumuskan yang beliau ni memang tak bersetuju dengan sistem pemerintahan dalam Malaysia. Dari penulisan di blognya, penulis bantai keliling termasuk Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haron Din,  Tuan Guru haji Hadi, Wali wali songo, Sultan, Menteri Kesihatan .. aik .. kena gak?? ..tapi dalam banyak banyak tu beliau tanpa berselindung mengatakan begitu mengkagumi Mahathir .. perghhhh.. nak kata apa ? Jap wa quote.

Selama-lama hari-hari puluhan tahun menangis dan meminta bercucuran airmata. Airmata siapakah itu ? Nik Aziz.... airmata siapa lagi? Hadi Awang......   lagi.. Dr Harun Din. Kamu semua solat tahajjud setiap malam mengigil-gigil dan menangis tatkala berdoa. Puluhan tahun kamu lakukan tapi aku hairan kenapa Allah Tuhanku tidak sayang sama kamu.

 Dr Mahathir pernah dikafirkan semasa mengusulkan pendapat supaya Alquran diubahkan kepada banyak bahasa supaya mudah dipelajari. Hariini cuma ada terjemahan kebahasa-bahasa lain. Terjemahan tidak sama. Itu bukan yang Dr Mahathir maksudkan. Ia berbeza dengan kitab Injil telah lama diubah dan Wal hasilnya Kristian dianuti lebih dari 2.2 bilion penduduk Dunia. Penat orang tua ni menjawap. Dr Mahathir satu-satunya manusia berjiwa besar yang aku temui diMalaysia hingga hari ini. Jika dia masih mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia pasti aku amat-amat bersetuju. Dia sudah tua dan selalu sakit-sakit tidak mungkin dia mahu. 

So, bila dah dia mengaku sebagai pengkagum kepada Mahathir, boleh ke wa labelkan sipelaku ni sebagai ahli ameno? boleh ke wahai chai chai yang terencat akal? atau sekurang kurangnya wa katakan beliau dapat arahan dari mimpi dan dalam mimpi tu mahathir bagi kebenaran untuk beliau memulakan aksi? logik ke (itupun kalau ikut kaedah chai chai ameno) untuk membuat pertuduhan gitu?.




Sebenarnya, jelas perlakuan sipelaku dengan rakan wanitanya adalah sesuatu yang memang dah dirancang atas satu sebab yang tak dapat dipastikan. Luorang boleh terus ke blog beliau dan baca dibahagian komen kerana kat situ ada menyatakan dengan jelas siapa perempuan tersebut dan apa yang diperbincangkan. Rujuk Blog Jaya Negara

Kesimpulannya bagi wa, ini adalah perilaku dari 2 orang yang memang berjiwa kacau dan dalam istilah perubatan ada kategorinya samada euphoria, dementia atau skizofrenia.. maaf wa tak arif bab tu.

Nota : Akhir zaman ni ramai sangat yang nak ngaku Imam Mahdi ..tapi 'imam mahdi' kali ni lain maciam sebab tak suka pakai baju dan pakai bandana lambang tengkorak.. huhuhu

Monday, July 9, 2012

TAGGED UNDER:

Yeah .. Moh Kita Nyanyi Dalam Bas Pulak .. Kah Kah Kah

Shila Hamza Jadi Perintis Nyanyi Dalam Bas .. 

JOHOR BAHRU - Perbadanan Pengangkutan Awam Iskandar Malaysia (Paim) dengan kerjasama dengan sebuah organisasi belia iaitu Joho menganjurkan  program 'TransIskandar Mempersembahkan Kotak Muzik' di Dataran Bandaraya,di sini, kelmarin dalam usaha menggalakkan penggunaan pengangkutan awam di kalangan belia.

Program tersebut adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia di mana pemuzik tempatan bermain alat muzik secara akustik di dalam bas yang bergerak bermula daripada tiga lokasi terpilih iaitu Taman Universiti, Ulu Tiram dan Kulaijaya sehingga ke Dataran Bandaraya.

Ketua Eksekutif Perbadanan Paim, Mohd Gadaffie Abd Aziz berkata, beliau percaya golongan belia akan menyokong penggunaan pengangkutan awam berdasarkan respons yang diterima.

“Persembahan Kotak Muzik dilihat sebagai platform bagi mendapatkan sokongan golongan belia untuk menggunakan pengangkutan awam.

Kita mahu golongan belia sedar bahawa suara mereka adalah penting sebagai ‘ejen perubahan’.

“Dengan sokongan semua  pihak, Paim merancang meneruskan usaha ini bagi mencapai matlamat menyediakan perkhidmatan awam bertaraf dunia di kawasan Iskandar Malaysia," katanya.

Dalam program tersebut kelmarin, penyanyi popular, Shila Amzah bersama kumpulan Pesawat dan selebriti kelahiran Johor Bahru, Fahrin Ahmad menaiki bas TransIskandar BeXtra sambil menyanyikan beberapa lagu sepanjang perjalanan - Sinar Harian

=//=

kah kah kah kah
Idea ni cemerlang ke bangang ?
Nak bagi orang suka naik bas buat program nyanyi nyanyi
Tak cukup dengan program realiti nyanyi sana sini
Tak cukup dengan pesta karaoke sana sini
Skang dalam bas pon ada nyanyi nyanyi
Wuhai .. alangkah indahnya suasana di negara ku ..

Weyh .. nak bagi orang ramai naik bas bukan ini caranya
Naikkan mutu perkhidmatan dan jaga kondisi bas
Biar berpadanan dengan harga tiket yang dikenakan
Orang ramai akan pilih bas kalau perkhidmatan selesa
Bukan nak dengar orang terpekik terlolong sepanjang perjalanan
kah kah kah kah

Weyh .. bukan belia je yang nak naik bas
Ada gak pakcik makcik dan orang kurang berkemampuan
Dibuat nya pakcik makcik tu tengah sakit gigi
Luorang plak tengah elok je terjerit jerit layan perasaan
Sesilap maunya makan penampar jepun tahap bersara wajib
kah kah kah kah kah

Apa pon tak bleyh
Dikala Johor dipompam pompam nak laksanakan hudud
JB plak perkenal agenda nyanyi dalam bas
Anti klimaks la pulak ..
kah kah kah kah kah

TAGGED UNDER:

Pecah Berita: Tokoh Budayawan Azah Aziz Telah Kembali Ke RAHMATULLAH



Innalilahi wainna ilaihi roji'un

Tokoh budayawan, Azah Aziz, atau nama sebenarnya Sharifah Azah Mohamed Alsagoff,  isteri kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dilaporkan telah meninggalkan dunia sebentar tadi. 

Allahyarhamah juga merupakan ibu kepada Gabenor Bank Negara, Tan Seri Zeti Akhtar Aziz meninggal dunia hari ini. 

Allahyarhamah berusia 84 tahun. Sementara itu, difahamkan jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Asar. 

DaripadaNya kita datang dan kepadaNya juga kita kembali. 

Memori : Sering diajak berbual oleh Allayarhamah yang memang terkenal sangat tinggi dalam budi bahasa dan kaya dengan senyuman sekitar awal 80an dulu .. Arwah merupakan pelanggan tetap gerai buah buahan milik orang tua wa dan sentiasa singgah setiap kali beliau ke pasar seksyen 14 PJ. 

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top