Pedulilah apa luorang nak kata, nak bedal, nak libas atau nak rasa tak puas hati ngan kenyataan wa ni, tapi kali ni wa memang nak rasa kagum dengan pencapaian yang telah diraih oleh PM Malaysia di peringkat antarabangsa.. Malah luorang pon sepatutnya turut berasa bangga dengan bangangnya .. kah kah kah
Kalau sebelum ni, Najib dan kerajaan Malaysia (FLOM tak kira) perlu membayar amaun yang bukan sikit semata mata untuk diberikan publisiti yang menghiasi dada akhbar antarabangsa tapi kali ini dek kerana ketokohan Najib yang menonjol, scoop dan coverage tentang beliau kali ini diberikan secara ekslusif dan percuma. Good Najib, macam tu le sepatutnya .. biar wartawan cari pemimpin ..bukan pemimpin yang kena cari publisiti.. tak gitu ?
//=========================\\
Kementerian Luar sedih dengan artikel dalam akhbar Kanada yang mengkategorikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai "demokrat palsu", dengan meletakkannya sebaris dengan autokrat lain dunia.
Tulisan itu, bertajuk "A 21st-century checklist of the new autocrats" disiarkan pada 8 Jun oleh The Globe and Mail.
Ia ditulis oleh ketua biro Beijing Mark Mackinnon, pemenang anugerah kewartawanan yang sudah mewawancara sebahagian pemimpin paling kontroversi dan terkemuka di seluruh dunia.
Antara mereka, ketua pembangkang Burma Aung San Suu Kyi, bekas pimimpin Soviet Mikhail Gorbachev, bekas perdana menteri Thailand Thaksin Shinawatra, Presiden Israel Shimon Peres dan Raja Abdullah daripada Jordan.
Dalam artikelnya, Mackinnon mengelaskan autokrat dalam empat kategori - demokrat palsu, egois gila, populis ganas dan kapitalis tanpa perasaan.
Najib dimasukkan dalam kategori pertama bersama Presiden Rusia Vladimir Putin, Presiden Palestin Mahmoud Abbas, Presiden Algeria Abdelaziz Bouteflika, perdana Menteri Ethiopia eles Zenawi dan Perdana Menteri Kambodia Hun Sen.
Bekas pemimpin yang pernah dikelaskan dalam kategori itu bekas presiden Yugoslavia Slobodan Milosevic dan bekas presiden Mesir Hosni Mubarak.
Mackinnon menulis, pemimpin ini "mengadakan pilihan raya tetapi tiada hasrat memberikan kuasa" dan "penentang politik seriusnya dipenjara dan parti mereka diharamkan atas alasan teknikal". - Malaysia kini
\\========================//
Perghh ..bukan senang nak di samakan level dengan pemimpin dunia yang lain. Skang ni Najib dah boleh duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan Presiden Vladimir Putin .. think big - Russia tu bhai.. malah dah jadi sekufu denga penyandang yang pernah turut menduduki carta yang sama, iaitu Slobodan Milosevic -penjenayah yang membasahkan bumi Yugoslavia dengan darah orang Islam dan Hosni Mubarak - Diktator Mesir yang baru ditumbangkan.. errkkk ?? kah kah kah kah
Pedulikanlah apa orang nak kata, sebab wartawan tu memang sengaja jeles kat Najib, janji Najib dah pon mencapai cita cita untuk mengharamjadahkan demokrasi sehingga diiktiraf diperingkat antrabangsa sehingga setaraf dengan pemimpin diktator yang lain.. hasrat terlaksana weyh ..Mahathir pon kalah.. kah kah kah
Nota:
Wahai Chai Ameno.. bergembiralah atas populariti terbaru PM.. bersorak sorailah 3 hari 3 malam dan jangan lupa raikan dengan tarian joget lambak serta persembahan k-pop .. kah kah kah
Wa harap Najib tidak kecewa kerana hanya berjaya menguasai kategori Demokrat Palsu .. walaupun mungkin sebenarnya Najib target untuk mengungguli kesemua kategori lebih lebih lagi egois gila dan kapitalis tanpa perasaan .. sabarlah Najib .. mungkin ada pencalonan anugerah dari kewartawanan lain pulak ..
Rosmah mungkin kecewa kerana namanya yang mewakili FLOM tidak dicalonkan untuk mana mana kategori walaupun beliau lah sebenarnya perunding imej dan tulang belakang yang berusaha keras untuk pergerakan Najib.
Nota kaki : Wa harap Mark Mackinnon akan wujudkan satu lagi kategori dalam label autokrat yang mungkin Najib boleh menang tanpa bertanding - Kategori Salah Faham Gender .. kah kah kah kah kah
....'ini semua mesti kerja DSAI'..siapa lagi???kita tengokla dalam sehari dua ni , adakah lirik ini akan dinyanyi2kan oleh penyokong najib...
ReplyDeleteLagi2 DSAI, kalau dah salah sendiri tu mengaku aje laaa... amngok!
ReplyDeleteudin yg upah tu..kapal selam suma tu..keje udin le tu ngan bdak2 tingkat 1,2,3,4
ReplyDeleteHahaha..bodo...lu wat fitnah je..lu same je ngan Pencacai Guan Eng DAPig serta pengikut Anuar Aljuburi
ReplyDelete