Saturday, June 30, 2012

TAGGED UNDER: ,

Logo Halal JAKIM : Lubuk Untuk Pegawai Buat Duit Selepas 1 Julai Nanti??



Mulai 1 Julai, JAKIM melarang mana-mana pihak agar tidak menyalahgunakan logo HALAL atau bakal berhadapan dengan hukuman denda tidak kurang RM100,000 atau penjara 2 tahun. Premis-premis makanan juga dilarang mempamerkan logo HALAL selain yang dikeluarkan oleh JAKIM atau Majlis-Majlis Agama Islam Negeri. Premis-premis makanan juga tidak boleh lagi mempamerkan perkataan DITANGGUNG HALAL, MAKANAN ORANG ISLAM atau seumpama dengannya tanpa LOGO HALAL JAKIM yang sah.

Nampak gayanya, akan ada sesetengah pihak dalam JAKIM yang akan buat duit dengan logo HALAL sebab sebelum 1 Julai, akan berpusu-pusulah golongan yang mencari keuntungan besar, memohon untuk mendapatkan logo HALAL dan sanggup berbuat apa-apa sahaja demi logo berkenaan.

Sebelum ini, sudah banyak persoalan ditimbulkan berhubung logo HALAL yang dipamerkan oleh kebanyakan premis, terutama sekali rumah-rumah penyembelihan milik bukan Islam yang menggaji atau mengupah buruh asing untuk melakukan kerja-kerja penyembelihan.

Manipulasi logo HALAL sangat mudah dilakukan memandangkan penguatkuasaan yang dijalankan terlalu lemah. Walaupun JAKIM bermaksud Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, namun jabatan berkenaan yang berada di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom, merupakan antara agensi yang paling lemah.

Tidak sahaja di dalam JAKIM, penuh bersarang dengan manusia-manusia berkepala serigala yang sangat kuat fahaman politik mereka, tetapi juga, jabatan berkenaan juga dipenuhi dengan manusia yang malas bekerja, tetapi kuat bercakap.

Ramai yang melihat nasib LOGO HALAL akan sama seperti juga pusat-pusat latihan dakwah dan mualaf di seluruh Malaysia... besar, agam dan kelihatan hebat, tetapi perlaksanaannya, sekadar menghabiskan peruntukan tahunan!!!

Selagi JAKIM tidak mampu menguatkuasakan undang-undang yang sepatutnya mereka bertanggungjawab ke atasnya, selagi itulah, apa-apa sahaja yang baik, tidak akan muncul sebaliknya yang bakal berlaku ialah, imej Islam dan umatnya yang semakin buruk, terutama menerusi pengamalan rasuah yang berterusan!!

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

2 comments:

  1. Kuatkuasakan pun bukannya sungguh2,bukan sebab Kewajiban islam untuk makanan halal,tapi sekadar tunggu gaji hujung bulan..kenapa?sebab tidak berani publish,pamerkan di TV,Akhbar Utama,SMS DLL mana2 produk yang ditarik HALALnya..takut dengan siapa tu sebenarnya?moga JAKIM lebih berani selepas PR merintah nanti.

    ReplyDelete
  2. Saya telah berurusan dengan JAKIM agar lama. Cuba siasat Pengarah Bahagian Halal Hub, mana belia dan keluarga bercuti dan SIAPA biayai cuti beliau? Siapa yang dapat kelulusan JAKIM EXPRESS, dan mana pihak yang PAHIT dapat kelulusan JAKIM.Jangan main wayang dengan LOGO JAKIM. Ada pihak yang jadi JUTAWAN SEGERA dalam JAKIM.

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top