Wednesday, June 27, 2012

TAGGED UNDER:

Tragik : Kenderaan Makan Tuan


IPOH – Kegagalan seorang lelaki menarik brek tangan kenderaan yang dipandunya memakan diri apabila maut akibat terperosok dalam longkang di sebuah tapak projek perumahan di Falim, semalam. 

Dalam kejadian kira-kira jam 12.00 malam itu, mangsa, Chang Wing Khoon, 58, meninggal dunia di tempat kejadian setelah kereta Toyota Hilux milik syarikatnya yang diparkir bergerak sendiri sebelum merempuh mangsa dari arah belakang. 

Difahamkan mangsa cuba membuka pintu zink, ketika turun, dia lupa untuk menarik brek tangan sehingga tidak sedar kereta itu bergerak dan merempuhnya di hadapan menyebabkan mangsa tidak sempat untuk berbuat apa-apa. 

Wing Khoon yang bekerja sebagai pengurus projek ditemui orang awam dalam keadaan warna kulit menjadi lebam akibat dihempap bahagian hadapan kenderaan berkenaan. Isterinya yang ditemui di tempat kejadian, Wong Chee Yeng, 57, berkata, dia masih tidak percaya kejadian tragis yang menimpa suaminya ketika tiba di lokasi kejadian pada jam 2 pagi. “Saya cuba hubungi dia sejak jam 7 malam tetapi tiada jawapan kerana selalunya jam 6.30 dia akan pulang untuk makan malam bersama keluarga sehinggalah saya diberitahu tentang kejadian ini,” katanya. 

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Superitendan Ahmad Termizi Abd Haq berkata, berdasarkan laporan bedah siasat, kematian mangsa disebabkan oleh patah tulang belakang dan pendarahan dalaman. 

“Mangsa tidak sedar kereta itu bergerak mungkin disebabkan faktor muka bumi lalu menghempap mangsa sehingga terperosok dalam longkang berhampiran. “Kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya.

**++++**

Nota Kaki : Amalkan tabiat untuk menitikberatkan hal hal yang berkaitan dengan keselamatan apabila berurusan dengan kenderaan. Malang tidak terjangka namun kita masih boleh mengurangkan risiko kecuaian jika kita lebih serius dalam isu isu yang kita anggap remeh (dalam hal ni - hand brake). 

Kepada luorang yang beragama Islam, amalkanlah doa naik kenderaan setiap kali  memandu ataupun jika sekadar menumpang. Moga terhindar dari bencana ketika dalam perjalanan sehingga selamat sampai ke destinasi tanpa apa apa kejadian yang tidak diingini. 


"Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali" - Az Zukhruf 13-14

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

0 comments:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top