Thursday, August 9, 2012

TAGGED UNDER:

Buruk Betul Perangai Petugas DBKL Neyh .. Bikin Malu Sama Kompeni



Petugas wanita DBKL yang bernama Samsinah kelihatan sedang mengeluarkan surat saman ketika pemunya kenderaan sedang beratur untuk membayar tiket parkir di mesin pembayaran. Malangnya ketika itu, 2 unit mesin pembayaran di kawasan terbabit iaitu sekitar Prima Setapak dalam keadaan tidak berfungsi, dan apabila beberapa pemilik kenderaan cuba bercakap kepada beliau dengan baik, memeranjatkan apabila beliau menjawab dengan nada menjerit "you ingat aku sangat senangkah? Duduk sana tunggu you orang bayar?".

Petugas DBKL ini juga meneruskan sumpah seranah kepada pemilik pemilik kenderaan yang berada disitu dengan mengeluarkan ayat:
"celaka punya orang, bodohkah kamu semua?"
"sohai punya cina"
"tak suka pergi buat report la, babi"
"you ingat you saja ada kamera? saya pun ada" sambil mengeluarkan telefon bimbitnya.

Keterangan foto:

1. Beliau cuba menepis telefon yang cuba merakamkan gambarnya

2. Sedang cuba untuk membuat lawak bodoh .. walaupun kelihatan memang betul betul bodoh

3. Eicewah .. bulan puasa pon tunjuk jari tengah. Sesungguhnya, memang jelas perbuatan ini sangat memalukan badan beruniforn DBKL dan masyarakat Malaysia secara amnya .. cik kak oih .. pakai tudung buat perangai gitu .. ghaflah jingga betul laa perangai.

Nota: Entri ini bukan untuk mengenengahkan isu perkauman sama sekali kerana ia boleh terjadi pada sesiapa pemilik kenderaan pun. Jadi pembaca semua diingatkan supaya tidak mengaitkan isu sensitiviti kaum kat sini. Isunya ialah ..

Petugas ini sangat tidak profesional dalam mengendalikan tugas beliau bila berhadapan dengan orang awam. Etika dan perangai beliau sangat-sangat tidak mencerminkan budaya rakyat Malaysia apatahlagi imej pasukan beruniform. Sungguh memalukan apabila seorang wanita yang bertudung menunjukkan karakter dan mengeluarkan ucapan yang amat bertentangan dengan tatasusila sebagai seorang Islam apatahlagi dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

Meter parkir di kawasan tersebut dalam keadaan dhaif dan mendukacitakan. Hampir kesemua meter yang disediakan tidak dapat berfungsi akibat dari perbuatan vandalisma namun tiada apa apa tindakan dari pihak berkuasa untuk mencegah perbuatan tersebut ataupun memperbaiki mesin mesin meter tersebut.

Sebagaimana yang dikatakan, hampir semua meter parkir disana tidak dapat digunakan, seharusnya beliau menggunakan pertimbangan berbanding terus mengeluarkan saman tanpa menghiraukan kesulitan yang dihadapi oleh pemunya pemunya kenderaan. Kejar KPI ke cik kak oih ??

Sumber Asal - SabahKini

Wednesday, August 8, 2012

TAGGED UNDER: ,

PDRM Pon Nak Di Kambing Hitamkan Oleh Najib


Semalam wa terbaca tentang isu bai'ah yang diutarakan oleh PM 1APTB (Apa pon tak bleyh) antara pihak polis dengan kerajaan. 

Sekonyong konyong nya, wa terkasima gak dengan kenyataan tu bila Najib dah sampai peringkat merayu kepada pihak polis untuk terus menyokong kerajaan. Memang satu kenyataan yang berasas jika perkataan itu keluar dari mulut Najib sebagai seorang ketua kerajaan yang mewakili seluruh entiti rakyat Malaysia dan bukannya diatas stand pengerusi BN.

Cuma, ada satu persoalan yang tak leh nak lari dari kepala hotak wa. Apakah tujuan pasukan polis itu diwujudkan sejak dari mula? Bukan ke memang tugas polis untuk sentiasa menjamin keselamatan dan menjaga keharmonian dalam negara dari anasir anasir jenayah? 

Abih tu, logiknya pada pandangan Najib, selama ni apakah tugas hakiki pihak polis? Jadi penanggah kenduri rumah orang kawin ? kah kah kah 

Cakap je la terus terang yang permintaan bai'ah tu hanya menjurus kepada menjaga hegemoni kuasa BN yang dah semakin menyusut.. kan senang gitu .. korner jauh jauh pon, ramai rakyat dah tahu isi hati perut juak juak kuasa dalam negara ni ... hadoiyai .. 

Isunya, kalau pihak polis diarahkan berbai'ah hanya untuk memastikan kedudukan BN tidak terancam, lebih baik le Najib dan kawan kawan dalam BN mewujudkan satu lagi pasukan keselamatan persis askar republikan milik Iraq dulu yang hanya menjurus kepada tugasan menjaga kepentingan parti Baath .. tak gitu??

Lagi satu, wa heran, sampai bila PDRM nak sedar yang gaji mereka itu dibayar dari hasil cukai rakyat. Biarpun berjuta yang ditaburkan oleh kerajaan BN dalam usaha untuk memenangi hati pihak polis, itu semua bukan duit keturunan nenek moyang BN. Duit rakyat le dol .. so .. bai'ah le kerja demi rakyat yang membayar cukai .. bukan untuk puak yang hanya memonopoli hasil mahsul negara untuk terus mengekalkan kepimpinan yang penuh dengan kebobrokan dan kebejatan moral .. sudah sudah le tu weyh ..

Tuesday, August 7, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Panas : BN Kantoi Beri Bantuan BR1M Palsu Di Sabah??



Saudara Pengarang,

PERIBAHASA ada menyatakan 'Sudah Jatuh Ditimpa Tangga'. Demikianlah nasib yang telah menimpa dua keluarga suku kaum Murut yang berasal dari Kampung Buntulan, Pensiangan semasa pelancaran program BR1M di kawasan Pendalaman peringkat pertama yang lepas.

Sepertimana yang kita tahu bahwa semua rakyat Malaysia yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 adalah layak untuk menerima bantuan RM500 daripada Kerajaan melalui Program Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) dengan syarat permohonan mereka telah ditapis dan dilulus oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri yang mengeluar dan mengagihkan pemberian Baucer BR1M 500 itu kepada semua Rakyat Malaysia yang layak.

Berbalik kepada intro cerita kekecewaan ini, dua anggota keluarga suku kaum Murut yang telah mendapat kelulusan dan layak untuk menerima bantuan di bawah program tersebut ialah Juffiry Bin Bakasut (MyKad 910511-12-5159 yang menerima Baucer BR1M RM 500 bernombor siri 1780474 dan Jusliah Bte Bakasut (MyKad 900210-12-6378) Baucar BR1M RM 500 bernombor siri 1780473.

Mereka telah menerima baucer-baucer tersebut dari Pejabat Hasil Dalam Negeri cawangan Nabawan.

Apa yang dianggap 'Pelik dan Aneh' atau sungguh menghairankan ialah apabila kedua dua warga luar kota ini pergi ke Bank Simpanan Nasional, Pekan Keningau untuk menukarkan Baucer tersebut kepada tunai; usaha mereka sia-sia sahaja kerana Kerani atau Juru Wang yang bertugas di kaunter pada hari itu memberi penjelasan bahawa mereka tidak LAYAK!

Dengan rasa tidak putus asa dengan penjelasan itu kedua-dua mereka itu yang disertai bersama-sama dengan bapa mereka terus menuju ke Maybank yang berhampiran untuk tujuan yang sama, tetapi mereka mendapat penjelasan yang sama di waktu berurusan di BSN.

Persoalannya sekarang, mengapakah permohonan bagi kedua-dua warga desa ini dapat diluluskan pada peringkat awalnya dan layak menerima Baucar Tunai BR1M RM 500 setiap seorang tetapi TIDAK diterima oleh pihak institusi kewangan ataupun bank yang dilantik oleh kerajaan untuk membayar tunai kepada setiap pemegang BR1M yang sah itu?

Kejadian yang menimpa kedua-dua warga desa itu amatlah dikesali dan menjadi tanda tanya sebagai Pelik dan Hairan. Seorang Peguam tempatan yang berasal dari Kawasan Pendalaman, Martin Tommy Durasim, juga Ketua Bahagian STAR, Pensiangan, telah menerima aduan daripada kedua warga Desa tersebut dan beliau telah mengambil langkah pertama ini melalui penyiaran perkara yang menghairankan ini ke saluran media untuk berkongsi pendapat bersama -sama orang ramai di luar sana.

Beliau juga berharap agar pihak yang berkenaan dapat menjalankan penyiasatan di atas peristiwa yang telah menghancurkan harapan dua Warga Desa yang telah bersusah payah datang dari kampung terletak jauh terpencil di Pedalaman hanya untuk menerima HAK mereka sebagai Rakyat Malaysia tetapi mereka hanya menerima KEKECEWAAN yang berbunyi “Kamu Tidak Layak Menerima BR1M“.

Salam Hormat,

WARGA DESA PEDALAMAN

Sumber: Sabahkini

===///===

Gila ah BN, kalau dah tak layak, sepatutnya LHDN Keningau awal awal lagi tak perlu keluarkan baucar pada mangsa. Ini satu bentuk penganiayaan kepada golongan yang memerlukan. Beri harapan yang hanya  kemudian tinggal hancur berkecai.

Setelah wa google, jarak antara Pensiangan dan Keningau adalah sejauh 80 km. Ini bermakna, perjalanan pergi balik 2 mangsa yang terlibat yang sejauh 160 km hanyalah satu perkara yang sia sia. 

Sudah pasti dengan bantuan BR1M yang telah dianugerahkan membuat mereka tidak kisah untuk mengeluarkan sedikit perbelanjaan untuk tambang dan perbekalan.

Sudah pasti juga dengan wang dari baucar yang bakal mereka tunaikan sudah diangankan untuk perbelanjaan itu dan ini

Namun apa yang mendukacitakan, setelah tiba ke destinasi, impian mereka untuk menunaikan baucar tersebut musnah apabila mereka diisytiharkan tidak layak untuk menerima bantuan oleh petugas bank yang dilantik.

Jika betul mereka tidak layak, kenapa baucar BR1M itu dikeluarkan atas nama mereka? dan soalan yang paling utama disini, mengapa impian dan harapan mereka yang datang dari pedalaman sewenang wenangnya dipermainkan ??

TAGGED UNDER: ,

Majlis Perkahwinan Gay Ini Diadakan Tanpa Ada Apa Apa Halangan


Berita Penuh :


KUALA LUMPUR - Paderi gay rakyat Malaysia yang 'berkahwin' dengan teman lelakinya di New York pada tahun lalu, mengadakan majlis resepsi di sini kelmarin.

Ngeo Boon Lin dan pasangannya, Phineas Newborn III dilaporkan memenuhi janji mereka untuk mengadakan majlis tersebut di tempat kelahirannya di sini.

Kira-kira 200 tetamu termasuk sekumpulan media berbahasa Cina menghadiri majlis tertutup itu yang diadakan di sebuah restoran makanan Cina di sini.

''Kami bersyukur boleh mencipta sejarah Malaysia di sini,'' kata Newborn.

Boon Lin yang berketurunan Cina dan tinggal di Amerika Syarikat (AS) sejak 1998 dikritik pegawai dan pemimpin agama Malaysia apabila dia 'mengahwini' Newborn yang merupakan seorang produser muzikal Broadway pada Ogos tahun lalu.

Boon Lin berkata, penganjuran majlis tersebut merupakan haknya untuk berkongsi kegembiraan dengan orang yang disayanginya di sini.

''Kerajaan dan pemimpin agama konservatif boleh membuat bising tetapi mereka tidak dijemput di sini".

''Saya sedar mengenai perkara sensitif di sini. Saya tidak mendesak perkahwinan gay dibenarkan di Malaysia,'' katanya kepada Associated Press.

Para jemputan ke majlis resepsi tersebut dibawa ke sebuah restoran makanan Cina di Kuala Lumpur itu dan menerima bungkusan coklat serta nota dalam bahasa Cina bermaksud Tuhan sayang gay.

Dua tetamu majlis tersebut mendendangkan lagu popular Endless Love nyanyian Lionel Richie dan Diana Ross manakala seorang penghibur transgender memuji tindakan Boon Lin.

====///====

Cerita asalnya dilaporkan oleh Associated Press. Dalam berita yang dikeluarkan, pasangan songsang ini telah menjemput beberapa wartawan dari media berbahasa cina dan itu tidak menghairankan kerana pasangan tersebut mungkin telah menyenaraipendek siapa yang boleh hadir kemajlis mereka.

Tetapi apa yang wa nak sentuh kat sini, apakah tujuan Utusan Meloya menerbitkan cerita ini? Turut mempromosi ke ? 

Sementara itu, kenapa kerajaan langsung tidak bertindak untuk menangani majlis ni? Kenapa seorang paderi yang memang telah mengaku secara terang terangan merupakan seorang gay, boleh menganjurkan sebuah majlis perkahwinan dalam negara ini secara terbuka ? Apakah kerana mereka bukan dari kalangan orang yang berkecimpung dalam bidang politik ataupun rapat kepada orang politik tertentu maka isu mereka tidak mendatangkan keuntungan kepada kerajaan?

Wahai Ahsang Jati, Perkasa, Pekida, Zul Kulom dan segala Ngo'ks yang kononnya sangat sensitif dengan isu LGBT, sila tunjukkan kemahiran anda berdemo sekarang.. dan langkah pertama, sila tunjukkan solidariti luorang kat depan pejabat Utusan Malaysia yang kelihatan turut mbersekongkol dalam penyebaran berita ini.. ada bran ??




Monday, August 6, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Mungkinkah Satu Suntikan Gergasi Pada FGV Bakal Dibuat Untuk Kembali Memujuk Peneroka Felda ??



PETALING JAYA: Biro Peneroka PKR menjangka kerajaan akan membuat suntikan besar-besaran ke atas Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV) bagi menarik sokongan pengundi menjelang pilihan raya umum 13.

“Suntikan `gergasi’ itu akan dibuat kerana kerajaan bimbang peneroka Felda akan mengundi pembangkang. Sudah ada tanda-tanda peneroka marah kepada kerajaan kerana FGV hanya indah khabar dari rupa.

“Peneroka marah kerana sejak penyenaraian FGV lebih sebulan lalu, mereka hanya mendapat keuntungan 60 sen bagi seunit saham.

“Pada hari penyenaraian FGV 28 Jun lalu, harga seunit ialah RM4.55, manakala semalam ialah RM5.10. Kadar ini masih rugi kerana peneroka terpaksa membayar pelbagai kos kepada FGV.

“Jika tidak ada suntikan gergasi, peneroka akan marah kerana merasakan mereka telah tertipu,” kata Ketua Biro Peneroka PKR, Suhaimi Said.

Bagaimanapun, Suhaimi berpendapat, FGV jauh panggang dari api untuk menempa keuntungan berikutan keengganan korporat luar negara melabur modal.

`Omong kosong’

Katanya, FGV masih bergantung harap kepada pelaburan tempatan terutama agensi-agensi kerajaan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Lembaga Tabung Haji.

“Tanpa pelaburan asing, FGV sukar untuk mengaut keuntungan dalam jangka panjang. Saya bimbang akan mengalami nasib seperti KUB dan amanah-amanah saham di beberapa negeri yang mengalami kerugian besar.

“Kononnya saham FGV akan menjadi lebih besar dari Facebook nampaknya akan menjadi omong-omong kosong saja,” tambah Suhami.

Seramai 112,635 peneroka Felda di seluruh negara ditawarkan 800 unit saham seorang dengan harga RM4.55 seunit.

Bagaimanapun, penyenaraian FGV ini tanpa pembabitan Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF). Manakala beberapa kerajaan negeri turut tidak menyerahkan tanah milik mereka kepada FGV. - FreeMalaysiaToday  

***

Nota Karmic : Adakah wa gembira dengan berita ni ? atau mungkinkah kita ingin bersorak dek kebobrokan kepimpinan yang ditunjukkan oleh para pemimpin negara? Yang tersiratnya adalah hartabenda dan kepunyaan bangsa melayu sedang diperkotak katikkan. Kita boleh dengan pantas menuding dan mempersendakan pakcik makcik di Felda atas keghairahan mereka ketika memikirkan penyenaraian Felda ke bursa saham akan memberi laba yang lumayan pada mereka.

Apatahlagi dengan sejumlah besar dari mereka adalah golongan yang terkenal karat dengan ameno-bn. Sudah pasti pada perkiraan mereka, apa sahaja yang dibawa oleh parti keramat mereka adalah satu tuah yang tidak dapat ditolak. 

Manakala segelintir dari mereka yang awas, tidak mempunyai pilihan selain dari terpaksa mengikut arus lantaran tidak ingin menjadi kera sumbang akibat dipulaukan oleh masyarakat setempat.

Sedangkan, mengikut trend, saham Felda semakin hari semakin menunjukkan indeks menurun dan ketika entri ni ditulis, harganya adalah sekitar RM5.10, iaitu catatan keuntungan sebanyak 60sen dari harga pemula.

Mengikut laporan (rujuk sumber) para peneroka telah diberikan sebanyak 800unit saham yang mana jika mengikut congak mudahnya, mereka mendapat keuntungan atas kertas sebanyak RM480 (800unit x 60sen). Sedangkan yang pastinya, mereka perlu membayar lebih dari jumlah itu untuk kos pengurusan, pinjaman, yuran dan sebagainya sementelah lagi jumlah 800 unit adalah satu amaun yang hampir mustahil untuk diperjual beli (jumlah yang diperlukan adalah 1 lot yang bersamaan dengan 1000 unit).

Biarpun penyenaraian Felda ke bursa saham diiringi dengan paluan propaganda tentang gahnya sebagai kedua terbesar sesudah IPO saham facebook, namun aliran menurun carta keuntungannya mencerminkan sebaliknya. Apakah cukup dengan suntikan dana dari kerajaan untuk terus memastikan saham Felda berdaya saing sedangan sambutannya dari para pelabur kekal dingin?

Apa yang pasti, diakhirnya, sang peneroka juga yang menanggung segala natijahnya lantaran perjanjian dengan bank telah dimeterai, faedahnya perlu dibayar, tanah sudah dipertaruhkan sedangkan tiada jaminan dalam menentukan kelangsungan FGV dalam bursa saham.

Apakah kita bakal menyaksikan satu lagi episod sedih kepada tanah tanah milik melayu ini ? Wallahua'lam

TAGGED UNDER: ,

Laman Web Reuters Telah Digodam Dan Dimuatkan Laporan Palsu Tentang Syria


Laman web milik Reuters dilaporkan telah digodam oleh seorang 'hacker' yang setia kepada pemerintahan Basyar Al Assad dan penggodam tersebut telah memuatnaik satu wawancara palsu yang kononnya dibuat antara redaksi Reusters dengan Tentera Pembebasan Syria yang mengaku aka segera menarik balik pasukan penentang kerajaan.

Reuters telah mengesahkan kejadian tersebut melalui akaun twitternya. Selain dari itu, pihak Reuters juga melaporkan bahawa penggodam itu turut memuatnaik berita yang menggambarkan para pejuang pemisah memiliki kemudahan senjata kimia.



Dikhabarkan, beberapa jam setelah aktiviti penggodaman itu dikesan, Reuters masih lagi bertungkus lumus dalam proses pembaikan dan mengemaskini lamannya. Mereka juga turut meningkatkan ciri ciri keselamatan untuk mengelakkan laman itu kembali diterobos dengan berita berita palsu oleh pihak penggodam.

Syria, sebagaimana yang kita ketahui ketika ini sedang dalam suasana kacau bilau dan seringkali berlaku aksi keganasan. Pihak pemerintah Syria telah berulang ulang kali melakukan usaha untuk memesongkan perhatian awam agar tidak mendapat akses kepada kejadian sebenar yang berlaku di sana. Bahkan, mereka juga dilaporkan telah membayar seorang wartawan untuk membuat laporan palsu berkaitan peristiwa yang terjadi di Syria. Pelbagai usaha yang mereka laksanakan termasuk membekukan akses internet selama 40 minit, baru baru ini.

Sumber - Venturebeat

Sunday, August 5, 2012

TAGGED UNDER: ,

Gempar : Lelaki Terjun Dari Pesawat Yang Sedang Bergerak Di Miri



Miri: Seorang lelaki mengambil keputusan nekad dengan melompat keluar dari pintu kecemasan pesawat Air Asia ketika ia sedang bergerak untuk memulakan penerbangan sekitar jam 7.30 malam tadi.

Akibat dari perbuatan lelaki yang berusia 24 tahun itu, beberapa penerbangan di Lapangan Terbang Miri telah tertangguh sehingga tengah malam tadi. Beliau juga dipercayai merupakan salah seorang pekerja syarikat Air Asia yang sedang bercuti dan hanya dikenali dengan nama Chong dan mendaftar masuk untuk penerbangan ke Kuala Lumpur bersama teman wanitanya.

Sebab dan tujuan yang mendorong beliau berbuat demikian masih tidak diketahui.

Menurut krew yang sedang bertugas, mereka tidak sempat untuk menghalang lelaki itu dari membuka pintu kecemasan dan melompat keluar semasa pesawat itu sedang bergerak ke landasan untuk memulakan penerbangan. Bagaimanapun hampir pasti, lelaki itu (Chong) bakal berhadapan dengan tindakan undang undang . - Borneo Post

TAGGED UNDER: , ,

Jawapan Yang Amat Memberansangkan Oleh Lajim Ukin Dan Wilfred Bumburing Isu Sabah



GELOMBANG kebangkitan rakyat Sabah tidak lagi dapat ditahan-tahan, apatah lagi dengan wujud gerakan Pakatan Perubahan Sabah dan Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang kedua-duanya menyokong Pakatan Rakyat.

Malah, penggerak APS, Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing mengisytihar keluar BN keluar manakala peneraju PPS, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin meletak semua jawatan dalam Umno. Editor Suara Keadilan (SK), Fazallah Pit menemu bual mereka secara berasingan bagi menyelongkar isi hati mereka.
Temu bual dengan Lajim Ukin:



SK : Apakah agenda sebenar Pakatan Perubahan Sabah (PPPS)?

LAJIM : Oleh kerana masa ini kita tidak ada parti berdaftar, maka kita tubuhkan PPS. Dengan tujuan kita berjuang bersama-sama pembangkang sama ada dari Semenanjung atau Sabah. Kita sama-sama pertahankan hak-hak orang Sabah

Pakatan sedemikian akan mendokong perjuangan KEADILAN, PAS, DAP atau parti-parti pembangkang di Sabah. Kita memikir untuk mendaftar parti baru tetapi sudah banyak parti yang didaftarkan. Difahamkan Sabah ada lebih 10 parti yang mengemukakan pendaftaran tetapi belum lulus.

Jika parti-parti tersebut lulus, kita akan menimbangkan parti mana pilihan kita dan kita akan terajui bersama.

SK : Bagaimanakah senario sebenar gelombang kebangkitan rakyat di Sabah?

LAJIM : Sambutan rakyat Sabah cukup memberangsangkan. Saya mendapat maklum balas dari rakan-rakan di peringkat akar umbi bahawa rakyat pelbagai kaum inginkan perubahan. Terutamanya perubahan status kerajaan. Mereka ingin sebuah kerajaan baru ditubuhkan di Sabah selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dan dapat bertindak ke atas isu-isu yang amat menakutkan rakyat Sabah

SK : Isu apakah yang menghantui rakyat hingga mahu menukar kerajaan sedia ada?

LAJIM : Isu utama adalah pendatang tanpa izin yang berleluasa. Tidak ada tindakan konkrit oleh kerajaan pusat. Ini kuasa kerajaan pusat. Oleh itu, kita harap kerajaan pusat berubah (dalam PRU).

Dengan kerjasama kerajaan pusat baru, satu Suruhanjaya DiRaja perlu dibentuk untuk menyiasat kehadiran pendatang tanpa izin, termasuk pengeluaran kad pengenalan palsu atau diragui.

Kedua masalah pembangunan. Sabah masih ketinggalan jauh dalam semua aspek berbanding Semenanjung. Kita akan suarakan masalah ini sama ada oleh PPS atau Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan kerajaan pusat (yang baru) ambil perhatian serius mengenai masalah itu.

Begitu juga segi agihan peruntukan prasarana luar bandar, pendidikan, kesihatan dan lain-lain yang masih ketinggalan jauh berbanding Semenanjung. Kita tidak cemburu. Tetapi kita telah puluhan tahun merdeka bersama-sama persekutuan, jadi tidak boleh ditinggalkan.

SK : Bagaimana perubahan kerajaan boleh berlaku ketika terlalu ramai pendatang tanpa izin diberi kad pengenalan dan boleh mengundi?

LAJIM : Seluruh rakyat asal Sabah yang menjadi pengundi 800,000 orang. Jika semua turun mengundi, walaupun ada pertambahan (pengundi hantu) tetap tidak mengatasi pengundi asal Sabah. Orang asal Sabah perlu turun mengundi sehingga 80 peratus.

SK : Mengapakah PPS dan APS tidak bergabung?

LAJIM : Itu satu identiti, PPS diketuai Bumiputera beragama Islam (manakala) APS untuk Bumiputera bukan Islam. Kita buat supaya ada persefahaman dan hala tuju masing-masing yang bermatlamat bekerjasama dengan Pakatan.

Rakyat Sabah tertanya-tanya mengapa apabila hampir PRU, baru kerajaan Persekutuan umum siasat IC palsu?

Itulah yang mengecewakan rakyat Sabah. Di saat-saat akhir baru ada penubuhan Suruhanjaya DiRaja, pengumuman air dan sebagainya. Kenapa sekarang? Bukan 10 atau 20 tahun lepas. Kita merdeka sudah lebih 50 tahun. Sabah dan Sarawak sama-sama membentuk Malaysia pada 16 September 1963.

SK : Ada pihak mempertikai mengapa sebelum ini tidak bawa masalah Sabah di Parlimen?

LAJIM : Di pihak kerajaan saya tidak boleh menyuarakannya (di Parlimen) sebab saya Timbalan Menteri, sebahagian kabinet persekutuan. Tetapi dalam majlis tertentu, dalam MT Umno atau dalam perhimpunan tertentu saya suarakan.

Bila saya lantang, maka saya dianggap penentang kerajaan. Pada saya, apa yang disuarakan itu sesuatu yang perlu diselesaikan oleh kerajaan kerana mereka ada kemampuan. Misalnya ketiadaan bekalan air, elektrik sering terputus, jalan raya belum sempurna dan lain-lain.

SK : Maknanya semua saluran menyuarakan masalah dari dalam kerajaan sudah tertutup?

LAJIM : (Mungkin) ada tapi nampaknya agak perlahan. Terdapat anggapan Sabah deposit tetap dan sokongan tidak akan berubah (walaupun masalah tidak selesai) tetapi pada kita kalau simpan fix deposit di bank dan kadar faedah turun, maka kita kena tukar ke bank yang lain. Begitulah jika Sabah dianggap simpanan tetap.

Kalau dianggap penyumbang kekuatan BN di peringkat persekutuan, maka seharusnya kita diberi perhatian yang lebih menyeluruh mengenai masalah yang dihadapi rakyat.

SK : Bagaimana rakyat yakin kepada PPS sebab sejarah Sabah mengalami banyak pertukaran kerajaan?

LAJIM : Rakyat sudah buat keputusan lebih awal. Contohnya di kawasan saya ada ketua cawangan, malah yang masih pegang jawatan dalam kerajaan sudah lebih awal sertai KEADILAN. Ada yang bayar RM200 ahli seumur hidup. Maknanya rakyat peringkat akar umbi sudah tahu menilai apa sepatutnya mereka lakukan untuk kebaikan Sabah dan generasi akan datang

SK : Harapan jika Pakatan memerintah Sabah dan Persekutuan?

LAJIM : Dalam buku ‘Hala tuju Aspirasi Rakyat Sabah’ jelas ada tuntutan yang dikemukakan rakyat. Itu kita akan kemukakan kepada kerajaan (pusat) baru, supaya bukan sahaja mereka teliti, tetapi mereka ambil tindakan dalam tempoh yang sepatutnya. Kita yakin kerajaan pusat lebih banyak kuasa daripada kerajaan negeri (realisasi tuntutan). Kerajaan harus prihatin akan kehendak rakyat Sabah.

SK : Perubahan di peringkat negeri banyak berlaku tetapi di peringkat pusat tidak pernah. Sejauh mana ia realistik?

LAJIM : Banyak negara yang merdeka hampir sama dengan Malaysia telah berubah. Di Indonesia, Golkar jatuh, di India Parti Kongres jatuh, parti LDP Jepun pun jatuh. Di Singapura dalam PRU yang lepas agak membimbangkan. Tidak hairan di negara kita rakyat sudah matang, terutama di kalangan generasi muda, mereka ingin membentuk kerajaan yang betul-betul menjiwai rakyat

Perlu satu dasar konkrit melibatkan generasi muda, wanita dan seluruh rakyat . Kita akui Malaysia pelbagai kaum; ada Melayu, India, Cina dan Orang Asli. Di Sabah ada lebih 31 suku kaum. Aspirasi mereka perlu diambil kira.

SK : Mungkihkah lebih ramai ahli politik Sabah akan sertai PPS?

LAJIM : Banyak yang akan sertai kita termasuk yang masih pegang jawatan. Tetapi mereka maklumkan kepada saya supaya lancar PPS dulu kemudian satu demi satu akan sertai kita. Termasuk bekas-bekas wakil rakyat dan pemimpin di peringkat negeri, kawasan juga pesara kerajaan yang sedia membantu.

Berikut temu bual  bersama Wilfred Bumburing:


SK : Mengapa menyertai Pakatan Rakyat?

BUMBURING : Kita lihat keadaan politik tanah air Malaysia dan Sabah. Saya sebagai Timbalan Presiden UPKO, Ahli Parlimen Tuaran melihat keadaan politik dan cara pemerintahan di Malaysia, pertamanya tidak ada perkongsian kuasa.

Dalam BN, yang memerintah sepenuhnya ialah Umno. Parti komponen hanya ikut telunjuk. Hanya ada setiakawan semasa pilihan raya, selepas itu Umno yang menguasai. Kita juga lihat keadaan kerajaan amal rasuah. Ini dilaporkan media, disentuh dalam Parlimen tapi tiada respon sama sekali.

SK : Selain isu nasional seperti rasuah, apa isu yang dekat dengan hati pengundi di Sabah dan mendorong berlaku perubahan?

BUMBURING : Ibu kepada semua masalah di Sabah ialah kebanjiran pendatang tanpa izin. Kalau kita pisahkan dari segi kaum, sudah melintasi semua kaum yang lain. Pendatang sudah 27 peratus sedangkan Melayu (22%), Kadazandusun (17%).

Kita dapati ada 250,000 pendatang tanpa izin sudah jadi pengundi. Itu yang jelas dilihat sebagai Filipino, Bugis tapi mereka dapat kad pengenalan dengan berselindung dalam suku-suku lain, Melayu, Bajau. Mereka mendatangkan pelbagai masalah. Dari segi ekonomi, mereka kuasai teksi sewa, bas mini, tamu (pasar).

Sejak PRU 10 dan makin ketara PRU 11. Apabila pilihan raya, mereka diangkut dengan bas untuk mengundi. Dan PRU 13, kita jangka tidak kurang 300,000 sudah masuk. Jadi, kenapa BN biarkan orang asing menentukan masa depan negara? Ini masalah terbesar Sabah.

SK : Seteruk mana masalah perkongsian kuasa dalam BN?

BUMBURING : Baik BN Sabah, mana ada masyuarat. Dari dulu sampai sekarang, ada satu kali saja tapi itu bukan mesyuarat – datang pun marah-marah sahaja. Buat gaduh.

Selain itu, kita di Sabah dikenali sebagai fixed deposit (deposit tetap). Kita dibagi lima peratus hasil minyak, diangkut ke Semenanjung dan dibelanjakan dalam projek-projek mega. Dan dibagi kontrak kepada kroni Umno. Sedangkan kita di Sabah makan habuk.

Saya pernah cari orang susah untuk menerima bantuan. Di Tuaran, saya daftarkan 3,000 nama keluarga. selepas empat bulan, 800 nama dipotong. Saya melawat orang susah, terlantar 20 tahun tapi selepas empat bulan, nama dipotong tanpa sebab. Bila saya tanya di Parlimen, cakap tidak jadi sebab tiada wang.

SK : Kenapa ketika masih BN, tidak perjuangkan khususnya di Parlimen?

BUMBURING : Ada beberapa sebab. Dalam mesyuarat, kita suarakan semua ini, dalam parlimen, sudah berapa tahun kami bersuara tapi respon tidak konkrit. kita dikenal sebagai fixed deposit (deposit tetap) tapi peruntukan tidak dibagi sama rata.

Di mana keadilan BN? Itu yang ketara sekali. Jadi kita perjuangkan dalam Parlimen, dalam mesyuarat tapi tidak diberi respon yang konkrit. Soal projek, jangan ceritalah. Selain Umno di Sabah ini, jangan harap dapat satu sen pun kontrak kerajaan.

Tapi, di Parlimen, perjuangan Pakatan Rakyat selari dengan hasrat rakyat. Saya lihat perbahasan, saranan dan dasar yang dibawa pemimpin Pakatan baik untuk rakyat. Saya lihat, masalah yang disebut itu, pemimpin BN tutup telinga sahaja. Maka saya berpendapat, penyelesaian masalah Sabah tidak ada. Saya tidak lihat apa-apa cara kalau masih dalam BN. Itu sebab saya dan rakan-rakan sertai Pakatan.

Mungkin ada anggapan penyertaan dalam Pakatan hanya untuk ambil kesempatan kerana BN semenangnya akan tumbang.

Saya sedia hadapi semua ini. Kerana apa yang kita buat ini kita rasa pada jalan yang betul. Saya tidak kisah dengan serangan dari rakan saya sendiri. Serangan itu tidak penting. Yang penting rakyat tahu apa sebab. Dalam setahun dua ini, suara saya di Parlimen terarah kepada pembangkang, malah awal tahun ini Sri Gading dari BN jerit pada saya, cakap Tuaran ini pembangkang atau BN?

Apabila saya suarakan hasrat rakyat, saya dianggap pembangkang. Sebabnya, BN tidak sedia dengar suara rakyat. Apabila kita bersuara tidak ikut lagu BN, dipanggil pambangkang. Mereka tiada hak untuk tutup suara saya, yang penting saya wakil rakyat dan saya sampaikan apa yang diminta oleh pengundi.

SK : Bagaimana persediaan rakyat Sabah untuk menukar kerajaan?

BUMBURING : Kita lihat di Sabah, sebenarnya perasaan akar umbi sudah sedia. Kalau banding 1995 ketika PBS tumbangkan BN, begitulah. Malah, saya ingat lebih hangat, lebih hebat. Perasaan itu sudah membara tapi tidak ada saluran sebab kebanyakan pemimpin masih dalam BN. Ada sedikit tapi bilangan dalam pembangkang belum cukup. Kita perhatikan satu kebangkitan tsunami dari Sabah. Malah, respon terhadap pengisytiharan APS begitu tinggi sekali

Saya juga tidak anggap Pakatan sebagai pembangkang tapi kerajaan alternatif kerana sudah kerajaan di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

Sebelum ini, kita mahu bawa UPKO keluar BN dan sertai Pakatan tapi nampaknya pimpinan UPKO ambil keputusan kekal dalam BN. Jadi pemimpin-pemimpin UPKO keluar dan sertai Pakatan. Dan kita namakan kumpuln ini sebagai Angkatan Perubahan Sabah – bukan parti, bukan juga NGO tapi pergerakan yang bawa ke landasan bersama Pakatan untuk hadapi PRU 13

SK : Senario politik Sabah unik dan pertukaran kerajaan berlaku banyak kali tapi sejauh mana APS mampu menjatuhkan BN?

BUMBURING : Lihat 1967, apabila masyarakat Kadazan-Dusun-Murut diketuai UPKO sertai Usno, ia jadi itu kukuh. Selepas 13 tahun, apabila Datuk Haris Salleh bersama mendiang Saleh Sulung keluar Usno dan disertai Donald Stephen, tumbang perikatan. Dua orang sahaja.

Pada 1985, ulang sejarah apabila Datuk Pairin Kitingan dan mendiang Datuk Mark Kodding keluar dari Parti Berjaya. PBS ditubuh dan berjaya tumbangkan kerajaan sedia ada. Pada 1994, PBS memang tapi dirampas seperti yang berlaku di Perak sebelum ini.

Dengan wujudnya kumpulan APS dan Pakatan Perubahan Sabah (PPS), ia akan melakar satu gerakan meroboh kerajaan negeri di Sabah. Dari dua hala, orang Islam dan bukan Islam. Harus diingat, sejak 1967, apabila Kadazan-Dusun-Murut menukar haluan politik, perubahan kerajaan pasti berlaku.

Kali ini, ia disertai gerakan kebangkitan Melayu-Islam melalui PPS – itu melengkapkan perubahan. Dengan adanya perubahan di Semenanjung, ia bangkitkan semangat di Sabah. Kali ini, perubahan lanskap politik negara akan terjadi.

===///===

Nota Karmic : Jelas sekali apa yang dapat kita simpulkan dari kedua dua wawancara ini bahawa mereka telah cuba untuk menyuarakan pandangan dan isi hati yang mewakili suara rakyat di negeri Sabah melalui saluran saluran yang kononnya wujud dalam BN (mereka sering melaungkan agar ahli menyuarakan ketidakpuashatian mengikut saluran parti), namun tidak langsung diendahkan dan hanya dipandang sepi, malahan usaha Wilfred Bumburing untuk membangkitkan isu semasa Sabah dalam parlimen juga dibidas oleh rakan BN sendiri dan diperli seolah olah suara pembangkang.

Disinilah titik tolaknya mereka mengambil jalan untuk keluar dari persekongkolan BN demi kelangsungan masa depan dan nasib  rakyat di negeri Sabah. Kini, pimpinan dari kem BN, yang juga terdiri dari rakan rakan mereka di negeri Sabah telah mengecap mereka sebagai pengkhianat. Namun hakikatnya kalau bukan mereka berdua siapa lagi yang berani bersuara??

Sedangkan pemimpin lain di Sabah tanpa mengira samada dari PBS, PBRS, LDP pastinyasangat sedar betapa Sabah di anak tirikan, di pingirkan, di tindas dan diperkotakkatikkan, tapi demi menjaga kerusi dan hegemoni kuasa maka mereka yang lain sanggup jadi pak turut dan 'Yes Man' kepada tuan mereka yang bernama UMNO. Ini Kali Lah ~!!

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top