Sunday, August 12, 2012

TAGGED UNDER: ,

Tragedi: 52 Terbunuh Manakala 46 Lagi Cedera Dalam Kemalangan Bas Di India


Sekurang kurangnya 52 orang termasuk 2 daripadanya masih bayi terbunuh, selepas sebuah bas lebih muatan terbabas lalu jatuh kedalam sebuah gaung di wilayah utara negara India.

Pemandunya dikatakan hilang kawalan setelah salah satu dari tayarnya meletup ketika melalui selekoh tajam disebuah jalan pergunungan yang terletak didalam daerah Himachal Pradesh, 335 batu ke utara New Delhi.

Lokasi Kemalangan: Kelihatan para pekerja penyelamat dan pihak keselamatan sedang berada disamping serpihan bas yang terjunam ke dalam gaung di wilayah uatar Inida

Kebanyakan penumpang yang duduk diatas bumbung bas yang mempunyai had muatan 42 orang penumpang ini terbunuh serta merta dimana 18 orang diantaranya adalah penumpang wanita.

Empat puluh enam (46) penumpang telah dikejarkan ke hopital dengan 12 orang darinya berada dalam keadaan kritikal. Jumlah kematian dijangka bakal meningkat, mengikut laporan yang dikeluarkan.

Operasi Menyelamat : Para penyelamat sedang mencari mangsa dari bangkai bas yang remuk setelah terjunam setinggi 300 kaki kedalam gaung

Seramai 39 orang termasuk pemandu maut ditempat kejadian manakala 13 orang lagi mati dalam rawatan akibat kecederaan.

Tragedi ini berlaku sekitar jam 9 pagi waktu tempatan ketika sebuah bas milik swasta sedang membuat perjalanan dari Chamba - sebuah daerah pergunungan yang terpencil dimana dilaporkan banyak kemalangan jalanraya berlaku - menuju ke Dulera.

Operasi Bantuan. Mangsa yang maut sedang diangkat kes dalam trak

Mayat mangsa yang telah dikumpulkan diselubungkan dengan kain putih  sementara pekerja pencari dan penyelamat  kelihatan sedang berkumpul dilokasi kejadian.
Sunil Chaudhury, pegawai daerah Himachal Pradesh Chamba, melaporkan, kesemua mangsa telah dikeluarkan dari lokasi kejadian namun pasukan penyelamat masih berada disana.

Empat pasukan doktor telah ditugaskan ke lokasi dimana bedah siasat juga dilakukan ditempat tersebut.

Bas dan serpihannya kelihatan bertebaran di sekitar lokasi kejadian.

Walaupun siasatan punca nahas baru dimulakan, Chaudhury bertegas bahawa kemalangan tersebut adalah disebabkan oleh keadaan bas yang padat dan lebih muatan.

Negara India memiliki rekod kematian di jalanraya yang tertinggi di dunia dimana 110,000 orang dilaporkan maut setiap tahun dalam kemalangan yang berpunca dari lebih muatan, melebih had laju, keadaan bas yang dhaif dan keadaan jalanraya.

Terjemahan Bebas Dari Sumber : Dailymail

===///===

Nota: Musim perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang nanti, kita doakan moga moga tidak ada tragedi sesadis ini berlaku dinegara kita. Acapkali kita menghadapi berita nahas yang hampir serupa akibat dari kecuaian manusia dan juga keadaan bas yang tidak diselenggara dengan baik. Moga tahun ini tragedi tidak berulang .. InsyaAllah.

TAGGED UNDER: ,

Akhirnya, Tamrin Ghafar Secara Rasmi Isytihar Menyertai PAS



KUALA LUMPUR: Selepas kerap tampil di pentas PAS dan Pakatan Rakyat, bekas ahli Umno, Datuk Tamrin Ghafar (gambar) akhirnya meninggalkan parti itu dan secara rasmi menyertai PAS malam ini.

Anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba itu menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam majlis peringatan Badar Al Kubra di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUISZM), Taman Melawar malam ini.

Tamrin merupakan bekas Adun Ayer Molek dan pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam selain bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) suatu ketika dahulu.

Tamrin dalam ucapannya berkata, beliau tidak terburu-buru membuat keputusan meninggalkan Umno.

Sebaliknya beliau mula memikirkan tindakan tersebut selepas melihat Umno tergelincir daripada landasan membela rakyat.

"Saya tidak buat keputusan ini terburu-buru tapi sejak lama dah saya fikir. Umno terkeluar daripada landasan membela nasib rakyat sejak 90-an lagi.

"Pelbagai perkara dilakukan termasuk menghina ulama. Walaupun ketika itu saya masih dalam Umno tapi saya tak setuju mereka hina ulama," katanya.

Tamrin turut berjanji akan membantu PAS dengan bersungguh-sungguh untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Saya berjanji akan berkempen berhabis-habisan bersama tuan-tuan kerana saya lihat perjuangan PAS sangat ikhlas. Saya yakin kemenangan berpihak kepada PAS," katanya.

Beliau turut mengakui pemimpin-pemimpin PAS tidak boleh dijual beli.

"Saya kenal Mat Sabu dan (Tuan Guru) Datuk (Seri) Abdul Hadi (Awang) dah lama.

"Mat Sabu tak pernah pun ajak saya masuk PAS tapi saya yang selalu suruh dia tinggalkan Umno," katanya.

Sumber - Harakahdaily

Saturday, August 11, 2012

TAGGED UNDER: ,

Rakyat Asing Umpama Alien Yang Menguasai Ekonomi Sabah



Saudara Pengarang,

SURAT ini saya tulis kerana keinsafan dan kekesalan sendiri di atas bangsa dan rakyat Sabah sendiri. Kita harus tanya pada diri sendiri, Kenapa... Kenapa... Kenapa boleh begitu?

Lihat sahajalah di sekeliling kita dari Bandaraya Kota Kinabalu hingga lah ke pekan kecil seperti Kiulu dan Pitas. Kita dikuasai oleh 'Aliens' iaitu satu panggilan untuk mereka oleh orang tempatan.

Warga Pakistan dengan perniagaan kedai Runcit, bagaikan cendawan yang tumbur dengan cepat dan banyak akibat dengan kesuburan tanah Sabah itu; bangsa Bugis dengan pernigaan Bas Mini, Bengkel, Kedai Tayar, Kedai Dobi, Pendawaian Elektrik rumah, tukang paip; dan bangsa Filipina dengan rokok haram dan sektor pembinaan.

Persoalannya di sini, kenapakah bangsa luar ini boleh mengambil alih semua perniagaan dari orang tempatan? Jawapannya mungkin orang tempatan malas, malu, bongkak dan hanya tahu hidup senang; tidak sanggup bersusah payah; tambahan pula suka menyalahkan warga asing yang rajin berusaha ini.

Wahai rakyat sejati Sabah, Kita harus bangun sekarang. Ayuh! tinggalkan bantal busuk dan mimpi buruk. Berjuang dan bersainglah dengan mereka kerana jika terus menghela liur basi, tanah tumpah darah kamu bakal diambil alih oleh semua 'Alien' ini.

Pihak Kerajaan juga mesti tegas dalam soal ini, terutamanya dalam soal perniagaan Kedai Runcit, Bas mini, bengkel, pendawaian eletrik kerana semua ini memerlukan lesen perniagaan yang seharusnya dimiliki orang tempatan.

Persoalannya, kenapa semua 'Alien' ini boleh mendapat lesen berniaga? Jawapannya senang sahaja bah, pakai nama orang tempatan bah. Lepas itu boleh bah terus berniaga, bayar mereka duit kopi sahaja.

Oleh sebab itu pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri mesti mengubal satu undang-undang yang menghalang orang luar ini mengunakan orang tempatan untuk mendapatkan lesen perniagaan itu.

Kerajaan mesti perketatkan pengeluaran lesen perniagaan seperti membuat pemeriksaan mengejut di tempat perniagaan itu, demi memastikan hanya peniaga tempatan yang sah sahaja dibenarkan menjalankan pernigaan itu.

Walaupun cadangan ini sememangnya rumit dan tidak pratikal, tetapi demi kepentingan orang tempatan dan hak-hak orang Sabah, kerajaan mesti melaksanakannya.

Jika tidak, kita tunggu sehingga kita jadi pegemis sendiri di negeri kita sendiri nanti. Ketika itu barulah kita menyesal. Bagi rakyat tempatan pula, mestilah berubah sikap, daripada sekarang. Jangan biarkan keturunan cucu cicit kita nanti menjadi pengemis di negeri sendiri.

Salam Hormat,

MOHD DANIAL ADULLLAH

Sumber : Sabahkini

TAGGED UNDER: ,

Peringatan Untuk Semua Ahli Ahli Dan Penyokong PAS



Ahli PAS, Teliti Arahan Al - Quran

Al-Quran ialah kalam Allah yang diturunkan oleh Allah SWT kepada nabi Muhammad SAW. Ia adalah mukjizat yang kekal hingga hari qiamat. Quran sahaja yang masih kekal dan segar, segala mukjizat nabi SAW yang lain, kita tidak sempat melihat. Tetapi al-Quran ia kekal sampai hari kiamat. Kerana ini adalah janji Allah di dalam al-Quran.

Maksud firman Allah SWT

“Sesungguhnya kami telah turunkan al-Zikr (al-Quran), dan sesungguhnya kami yang memeliharanya”.

Semoga Allah menggolongkan kita sebagai pejuang Islam berminat untuk membaca al-Quran dan meneliti kandungannya. Kemudian digolongkan pula sebagai golongan yang memelihara al-Quran dan Al Quran pula memelihara kita. Kita mengharapkan Allah menjadikan kita di kalangan orang yang mendirikan hukum Allah.

Ketika kita membaca al-Quran kita membayangkan ia adalah panduan hidup kita. Ia juga merupakan perlembagaan parti kita. Sudah tentu kita berbangga kerana yang di baca, telah menjadi rujukan kepada perjuangan kita.

Membaca al-Quran ganjarannya besar di sisi Allah SWT. Sebagaimana firman Allah SWT

“Sesungguhnya orang yang membaca al-Quran, mendirikan sembahyang dan membelanjakan sebahagian dari rezki yang kami kurniakan kepada mereka secara rahsia dan terang-terangan, mereka mengharapkan perniagaan yang tidak pernah rugi, agar Tuhan mencukupkan pahala mereka serta menambahkan mereka dari kurnianya, sesungguhnya dia Maha pengampun dan pembalas” (Surah Fatir, 29-30)

Al-Quran menjadi wajib kepada ahli Pas, terutama yang bertaraf pemimpin dari semua peringkat. Tidak layak kita menamakan diri kita sebagai pejuang Islam jika al-Quran kita tidak membacanya. Sebaik-baiknya al-Quran mesti dibaca disetiap hari, jangan lebih daripada tiga hari kita tidak membaca al-Quran. 

Telahan lagi di bulan Ramadan yang mempunyai hubungan yang rapat dengan al-Quran. Kerana al-Quran diturunkan daripada Lauh Mahfuz ke langit dunia secara sekali gus di dalam bulan Ramadan dan diturunkan kepada nabi Muhammad SAW secara beransur-ansur selama 23 tahun. Tiga belas tahun di Makkah, ayat yang ditekankan ialah ayat Aqidah. Manakala di Madinah selama 10 tahun ayat yang berhubung kait dengan susun atur kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

Banyak kelebihan yang diberikan oleh Allah kepada hambanya yang membaca al-Quran. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud

“Siapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah, dicatat baginya satu kebajikan. Dan setiap kebajikan dilipat gandakan menjadi sepuluh. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf”

Bacalah al-Quran kerana ia akan memberi syafaat di akhirat. Sebagai sabda Rasulullah SAW

“Bacalah al-Quran, kelak dihari qiamat ia akan mensyafaatkan tuannya”

Berkata Saidina Ali karramallahuwajhah siapa yang membaca al-Quran sedang ia berdiri di dalam sembahyang, maka baginya atas setiap huruf seratus kebajikan. Siapa yang membacanya sedang ia duduk di dalam sembahyang , maka atas setiap huruf lima puluh kebajikan. Siapa yang membacanya sedang ia berada di luar sembahyang dalam keadaan bersuci, maka baginya atas setiap huruf dua puluh lima kebajikan. Siapa yang membacanya sedang ia berada di dalam keadaan tiada bersuci , maka baginya atas setiap huruf sepuluh kebajikan.

Sebagai pejuang agama Allah mesti ada kelainan daripada orang lain ketika mengadap al-Quran. Kita memaca, bukan sekadar membaca, tetapi mesti teliti dengan baik dan menyerap di dalam hati. Sedikit yang kita membaca sambil merenung dan memahami maksudnya adalah lebih baik daripada membaca tanpa merenung dan memahaminya.

Apabila kita membaca al-Quran, maka hendaklah kita teliti, fahamkan dan renungkan tiap-tiap ayat al-Quran. Perhatikan setiap ayat yang mengandungi perintah Allah, atau larangannya, janjinya dan ancamannya. Selepas itu kita renungkan diri, keluarga kita adakah kita patuh dengan perintah itu dan menjauhi larangannya pula.

Jika kita membaca ayat berhubung dengan hijab dan pakaian seorang muslimah di dalam surah al-Nur. Kita segera muhasabah, adakah isteri dan anak-anak kita membalut aurat atau menutup aurat. Kalau hanya balut aurat segera betulkan keadaan supaya tidak mendatangkan fitnah kepada Pas, kerana ini adalah pandangan pertama orang kepada ahli dan pimpinan Pas. 

Tidak ada makna jika kita gagal menyerap ayat ini di dalam rumah tangga kita, walaupun kita bergegar untuk menegakkan al-Quran, sedangkan di dalam rumah tangga kita gagal menyerapkan penghayatan al-Quran.

Adakah kita percaya dan yakin dengan janji tuhan serta ancamannya? Jika memang ada , maka segeralah memuji Allah dan mensyukurinya, kerana yang demikian itu berlaku dengan taufik dan pertolongannya. Oleh itu hendaklah kita istiqamah melakukannya tanpa jemu.

Tetapi jika kita merasakan diri kita tidak patuh kepada perintah Allah dan tidak menjauhi larangannya, maka segeralah kita memohon keampunan kepada Allah dan bertaubatlah kepadanya kerana kesalahan kita. Sesudah itu hendaklah berazam untuk mematuhi perintahnya serta menjauhi larangannya.

Jika kita membaca ayat-ayat yang menyebut tentang musuh-musuh Allah dari kaum yang tidak beriman dengan menyebut sifat yang buruk itu, segera kita muhasabah diri kita, adakah kita tergolong dengan ciri yang disebut. Jika ada, terus bertaubat kepada Allah.

Berkata Imam Hasan Basri Rahimahullah, orang yang terdahulu dari kamu menganggap bahawa lambaran al-Quran sebagai surah yang dikirim Allah kepada mereka, maka mereka pun cuba menelitinya di waktu malam supaya mereka dapat menjalankan perintahnya di waktu siang kelak.

Membesarkan Allah serta berlaku khusyuk dan khudhuk ketika membaca al-Quran adalah sifat orang mukmin yang sebenarnya. Manakala sifat lalai, keras hati, sentiasa lupa dan kurang memerhatikan ketika membaca al-Quran adalah sifat orang yang membelakangkan al-Quran, keyakinannya hampir tidak ada, hatinya kosong dari hakikat mengenal Allah dan mengenal kalam Allah.

Seperti firman Allah SWT

“Tidakkah mereka mahu memperhatikan isi al-Quran, ataukah hati mereka terkunci” (Muhammad, 24)

Mudah-mudahan Allah memelihara kita sekalian dari kelakuan tersebut, dan dia melindungi kita dari semua jenis bala dan bahaya.

- Ustaz Idris Ahmad

Friday, August 10, 2012

TAGGED UNDER: , , ,

PR Dah Ready Ke Nak Tangkis Peluru Emas Najib ??


Oleh kerana tarikh pilihanraya hanya Tuhan dan Perdana Menteri saja yang tahu, maka kita tidak dapat pastikan apakah serangan-serangan UMNO-BN terhadap Pakatan Rakyat akhir-akhir ini sudah sampai ke tahap desperado.

Tetapi corak serangan mereka sejak akhir-akhir ini merupakan petunjuk bahawa kempen politik UMNO-BN sudah memasuki fasa-fasa akhir sebelum semboyan pilihanraya dibunyikan.

Dengan bermacam projek dan pakej-pakej bantuan kewangan kepada rakyat, seharusnya Najib Razak akan lebih yakin dengan kesan politik dan populariti dirinya dan UMNO-BN. Tetapi kelihatan kesan yang didambakkan itu tidak mencukupi untuk beliau bubar Parlimen.

Tidak seperti Pakatan Rakyat yang ingin memerintah dengan adil dan telus, kemenangan bagi PR pastinya sukar diurus kerana kesedaran atas dasar pertanggungjawaban. PR enggan mempalitkan diri dengan rasuah, salah guna kuasa serta menyelewengkan wang rakyat untuk dijadikan gula-gula politik.

Ini berlaku sebaliknya bagi UMNO-BN, kerana kemenangan bagi mereka bermakna kuasa dan wang, maka mudah untuk jentera politik bergerak. Justeru, apa saja yang boleh dilakukan oleh BN untuk menang, pasti mereka akan lakukan.

Serangan perkauman UMNO

Maka dilaksanakan serangan politik desperado yang berbaur perkauman dan sentimen agama. Hinggalah apa yang terjadi baru-baru ini di mana media utama UMNO, iaitu Utusan Malaysia, tergamak menggunakan ungkapan guru agama untuk menyebar kebencian ke atas DAP yang memperjuangkan politik bersih, anti-rasuah dan peluang saksama.

Ungkapan itu dijadikan seperti fatwa untuk menutup minda orang Melayu. Bagi Utusan, apa pun asas ungkapan itu sudah tidak penting. Bagi Utusan, matlamat menghalalkan cara walau mereka berkokok sebagai juara Islam kononnya.

Malah sebelum isu ini timbul, memori hitam 13 Mei juga telah digunakan oleh juak-juak UMNO untuk berkempen. Ini tidaklah menghairankan kerana hingga hari ini, Najib Razak masih tidak menyahut cabaran Lim Kit Siang untuk berikrar bahawa jika PR mengambil alih Putrajaya, BN akan menghormati keputusan itu.

Motif semua serangan ini mempunyai pelbagai maksud dan tujuannya. Tetapi apa yang lebih utama adalah, dengan serangan ini perhatian rakyat dan juga Pakatan Rakyat akan teralih. Kita akan kelam-kabut bertahan hingga lupa taktik lama UMNO iaitu,  pecah dan perintah.

Dalam Pakatan Rakyat sibuk bertahan, UMNO dengan licik akan menekan rakyat termasuk memanipulasi parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Taktik mereka mudah saja – hentam dan fitnah DAP, pujuk dan kelirukan PAS, dan serang Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim yang bakal memimpin kerajaan baru.

UMNO dan BN pastinya akan melakukan perkara-perkara yang mungkin tidak pernah terduga oleh kita bahawa mereka akan melakukannya. Namun, jika ia benar-benar berlaku, adakah itu noktah perjuangan PR?

UMNO-BN halalkan apa saja cara untuk menang

Sungguhpun Najib bukan Perdana Menteri yang dipilih melalui pilihanraya (beliau hanya mengambilalih selepas Adbullah Ahmad Badawi meletak jawatan pada 2009), jangan sesekali kita memandang rendah pada kemampuan politik manipulasi Najib.

Dalam situasi UMNO yang amat terdesak ini (bayangkan untuk kali pertama sejak 1955, UMNO bakal ditolak rakyat dalam PRU akan datang), mungkin ada beberapa perkara luar biasa boleh beliau lakukan kerana lojiknya ada.

Antara perkara silap mata paling memukau yang mungkin dilakukan oleh Najib adalah:

1.      Najib dan BN yang selama ini meminggirkan Kelantan yang diterajui PAS sejak 1990, tiba-tiba akan menurut apa sahaja kehendak Kelantan. Negeri Cik Siti Wan Kembang itu mungkin mendapat royalti minyak yang dituntutnya selama ini. Sama ada ini membolehkan UMNO merampas semula Kelantan, setidak-tidaknya ia akan dijadikan propaganda untuk menunjukkan kebaikan pentadbiran Najib kepada seluruh rakyat Malaysia sebagai ‘Janji ditepati’.

2.      Kerajaan Persekutuan yang sebelum ini tidak mempedulikan masalah rakyat Sabah dihimpit kebanjiran pendatang asing tanpa izin sejak lebih 20 tahun lalu, tiba-tiba akan menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyelesaikan masalah utama di negeri bawah bayu itu. Ini untuk memastikan tiada lagi Ahli Parlimen atau ADUN UMNO-BN akan lompat dan bekerjasama dengan PR yang telah berjanji untuk menyelesaikan masalah itu jika diberi mandat memerintah Sabah. Ia juga ubat mujarab untuk mengubati luka hati rakyat Sabah yang selama ini dipinggirkan oleh Putrajaya.

3.      UMNO Johor mungkin dibenarkan melaksanakan hukum hudud (versi mentah UMNO) atau setidak-tidaknya dijanjikan untuk membuat pelaksanaan. Tindakan desperado ini mungkin dilihat oleh UMNO mampu membeli jiwa orang Melayu dan melembutkan hati penyokong PAS yang sedang bangkit di Johor. Tambahan pula MCA semakin ghairah menghina dan mengutuk hukum hudud.

4.      Loji nadir bumi Lynas di Pahang mungkin ditutup dan lesen pelabur akan dibatalkan. Walaupun kerajaan UMNO-BN mungkin rugi berbilion ringgit, ia dapat memastikan penentangan rakyat terhadap BN akan berkurangan.

5.      Yang mungkin mengejutkan tapi tak mustahil, Najib mungkin meniru bulat-bulat idea Buku Jingga termasuk menurunkan harga minyak RON95 dan mengembalikan subsidi untuk rakyat serta membuat pelbagai janji baru.

Adakah rakyat mudah terpedaya?

Ini semua mungkin menjadi peluru emas Najib bagi memastikan sokongan rakyat akan dilantunkan semula kepada UMNO-BN yang semakin tidak disukai oleh rakyat pelbagai kaum.

Sungguhpun semua perkara luar biasa ini mampu dilakukan oleh Najib, rakyat juga semakin sedar bahawa jika rasuah politik dilaksanakan demi untuk menang, kerajaan yang baru dibentuk nanti akan kering kontang perbendaharaannya.

Jika itu berlaku, maka rakyat akan menderita sebaik sahaja selesai PRU apabila pelbagai cukai dan bayaran baru dikenakan untuk memulihkan kewangan negara yang telah dibazirkan dnegan teruknya pada masa ini.

Malah, kegembiraan kerana sedikit wang ringgit ditaburkan UMNO-BN hanya bersifat sementara. Najib amat terdesak untuk mengembalikan kuasa majoriti dua pertiga BN di Parlimen. Selepas berjaya, itu cerita lain.

Peluru emas Najib ini akan menjadi penentu sejauh mana keyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat. Sudahkah PR bersedia dengan taktik pecah perintah dan rasuah poilitik UMNO-BN ini? – Roketkini.com


TAGGED UNDER: ,

Air di Selangor: Benarkah ada krisis atau SYABAS sembunyi maklumat daripada rakyat?

KUALA LUMPUR 10 OGOS: Selangor sebenarnya tidak mengalami krisis air. Ia hanya dakwaan ciptaan kroni Barisan Nasional, iaitu syarikat air nasional SYABAS serta media kawalan UMNO-BN untuk memperlekehkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor.

Buktinya ialah istilah “krisis air” disebar meluas dalam media arus perdana tetapi sehingga hari ini tidak ada satu bukti pun kononnya Selangor mengalami krisis air.

Malah, sehingga hari ini, memorandum yang telah dihantar oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Gabungan Menentang Penswastaan Air (CAWP) kepada SYABAS pada 26 Julai lalu masih belum dijawab.

Tuntutan maklumat itu meminta SYABAS supaya:
1-      Maklumat mengenai aliran keluar air mentah dari empangan dan stesen pam
2-      Maklumat aliran air kepada loji rawatan. Ini penting kerana ia akan menjelaskan adakah kita mengalami krisis atau tidak.
3-      Maklumat dari buku log yang disahkan dan maklumat meters yang digunakan untuk memastikan air  yang masuk ke dalam air loji rawatan
4-      Malumat air yang keluar dari loji rawatan kepada sistem pengagihan SYABAS
5-      Bil elektrik bagi loji rawatan
6-      Jumlah bahan kimia yang digunakan untuk merawat air
7-      Bil bayaran SYABAS ke puncak niaga kepada SPLASH dan pihak ABBAS.

Menurut wakil jawatankuasa CAWP, Charles Santiago, untuk membuktikan bahawa wujud krisis air, semua pihak termasuk rakyat Selangor perlu mempunyai akses kepada maklumat mengenai kedudukan air di Selangor.

“Tujuan kita datang pada pagi ini adalah untuk mendapatkan maklumat yang kita mohon tempoh hari tetapi malangnya pihak SYABAS memaklumkan bahawa mereka perlukan kebenaran pihak kerajaan negeri Selangor dan kerjan persekutuan sebelum maklumat diserahkan,” katanya kepada pemberita di luar ibu pejabat SYABAS di Jalan Bukit Pantai di sini semalam.

Menurutnya, ia bukti sikap dolak dalik SYABAS kerana sebelum ini syarikat itu telah menyatakan bahawa mereka akan memberikan semua maklumat yang diminta demi kepentingan ketulusan dan juga demi kepentingan rakyat selangor.

“Dan surat yang diberikan kepada pihak kita hari ini menegaskan bahawa mereka tidak dapat memberikan apa-apa maklumat kepada kita oleh kerana mereka terikat dengan perjanjian konsesi yang telah ditulis beberapa tahun lalu.”

Untuk menyelesaikan perkara ini secara professional, Charles Santiago yang juga Ahli Parlimen Klang berkata, pihaknya mahu membawa isu ini ke mahkamah untuk membuat keputusan bagi mendapatkan maklumat dari pembekal air, termasuk Puncak Niaga, SPLASH, ABBAS  dan SYABAS sendiri.

“Kita akan failkan kes ini di mahkamah minggu depan kerana bagi kita, ini sudah terlalu keterlaluan,  pertama sebab dakwaan mereka mengenai  krisis air di Selangor, jika benar-benar ada krisis air di Selangor, kenapa tiada siapa yang boleh beri maklumat yang munasbah dan benar?

“Mereka kata pihak kita ada krisis, sebenarnya pihak mereka juga ada krisis maklumat kerana sehingga kini tidak siapa yang tahu masalah yang berlaku kerana ketiadaan maklumat lengkap.” kata Santiago. – Roketkini.com


TAGGED UNDER: , ,

Pairin Kitingan Pulak Mendebik Dr. Mahathir Isu Pendatang Sabah



MANTAN Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penentangan terhadap pewarganegaraan pendatang asing di Sabah adalah tidak adil dan berunsur politik.

Menulis di blog hari ini (8 Ogos - pent.), beliau berkata ledakan rakyat Sabah adalah wajar kerana ramai pendatang terbabit telah lama tinggal di negeri ini dan mereka serta anak-anak mereka fasih berbahasa Malaysia.

Katanya, berdasarkan tempoh lamanya mereka telah tinggal di negeri itu dan menguasai bahasa kebangsaan, maka mereka layak menjadi rakyat negara ini dan memperolehi kerakyatan.

Sebagai perbandingan, Dr Mahathir berkata, kerakyatan telah diberikan kepada mereka yang tidak fasih dalam Bahasa Malaysia tetapi telah lama tinggal di Malaysia.

"Jadi mengapa tidak pendatang di Sabah yang memiliki semua kelayakan ini, boleh diterima sebagai warganegara?" soalnya sambil menambah bahawa bantahan terhadap mereka menjadi warganegara, nampaknya ada unsur politik.

Dr Mahathir membuat komen tersebut menjelang lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak ke Sabah hujung minggu ini, di mana beliau juga dijangka mengumumkan terma rujukan bagi suruhanjaya siasatan diraja terhadap pendatang haram yang diberi kerakyatan di Sabah.

Mahathir telah dikaitkan dengan Projek IC panggilan bagi satu dakwaan gerakan memberi kerakyatan kepada pendatang haram untuk tujuan politik, yang bermula pada tahun 1990-an.

Ketika sidang meja bulat Majlis Hak Asasi Negara, Parti Bersatu Sabah (PBS) membentangkan kajian berhubung ledakan rakyat Sabah, yang menunjukkan bahawa pada tahun 2002, lebih 200,000 warga asing meninggalkan Sabah tanpa dokumen.

Bagaimanapun, mereka kembali dengan dokumen yang sah di bawah nama yang berbeza dan memusnahkannya apabila tempohnya tamat, kata ahli Majlis Tertinggi PBS, Dr Chong Eng Leong ketika membentangkan kajian tersebut.- Malaysiakini

===//===

Sementara itu, laporan dari Borneopost pula menyiarkan kenyataan Presiden PBS yang juga merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan seperti yang tercatat dibawah,

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menyifatkan kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai pendatang tanpa izin (PTI) yang sudah lama menetap di negeri Sabah layak menjadi warganegara sebagai sesuatu yang tidak berlandaskan undang-undang.

Beliau berkata, alasan yang mengatakan bahawa mereka (PTI) sudah lama di sini dan mereka boleh dijadikan sebagai warganegara ini perlu berlandaskan undang-undang.

“Banyak yang kita tahu bahawa satu daripada sebab wujudnya RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) ini ialah kerana ada tindakan-tindakan yang di luar undang-undang dan ini yang menyebabkan ada antara pendatang asing menjadi warganegara dan pengundi dan terdaftar di dalam buku daftar. Inilah isu-isunya dan bukan kerana mereka dikatakan sudah lama di sini.

Menurut Pairin, PTI tidak ada hak untuk menuntut hak kewarganegaraan kerana mereka tidak mempunyai dokumen yang sah.

“Orang-orang yang ada dokumen, yang ada pas kerja dan yang datang secara sah ini, bila mereka sudah lama di sini (Malaysia), itu ada asasnya mereka boleh memohon sebagai warganegara.

“Tetapi untuk PTI, mereka ini tiada dokumen dan tiada hak untuk menuntut sebagai warganegara kerana tiada asas. Mereka perlu diputihkan terlebih dahulu dan itu sebanya ada program pemutihan.

“Tapi kalau bulat-bulat mengatakan PTI setelah dia berada di sini sekian lama boleh dijadikan warganegara itu bertentangan dengan undang-undang kita.,” katanya kepada pemberita selepas menyumbangkan 500 paket kuih raya kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kepayan.

Pairin berkata, pemimpin veteran itu tidak perlu lagi bercakap pasal perkara itu kerana sudah sedia maklum mengapa perkara itu berlaku dan mengapa pendatang tanpa izin boleh masuk ke negeri Sabah.

“Dalam 22 tahun beliau memerintah, usaha untuk membanteras memang tidak mencukupi. Kalau kita mahu mengatakan benar-benar, persepsi rakyat di negeri Sabah ini ialah bahawa beliau tidak mahu menutup jalan orang-orang yang tiada dokumen ini masuk ke negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir, yang antara lain mempertahankan peningkatan bilangan pendatang di Sabah dan golongan itu layak diterima sebagai warganegara kerana telah berdekad tinggal di Malaysia dan boleh bertutur dalam bahasa Melayu.

***********

Nota Karmic : Tidak sukar untuk meneka sebab musabab Che Det untuk mewajarkan pemberian kewarganegaraan kepada PATI kerana sebarang usaha untuk menyokong RCI dari beliau adalah umpama menepuk air didalam dulang. 

Che Det adalah orang yang dikatakan menjadi perintis kepada terbukanya pintu kepada PATI secara besar besaran sejak awal 1990an, so mana mungkin beliau bersetuju dengan segala cadangan untuk menyekat pemberian kewarganegaraan kepada PATI sebagaimana yang beliau ungkapkan dalam tulisan terbarunya.

Dengan ini, secara tidak langsung, pekung yang cuba ditutup oleh Che Det telah terbuka dengan sendirinya oleh  Pairin yang juga pemimpin sebuah parti komponen BN. Maka, isu warganegara ekspress ini memang benar dan bukan propaganda pihak lawan sebagaimana yang sering dilabelkan oleh BN sebagai isu politik semata mata.

So, sudah sepatutnya Pairin Kitingan sedar bahawa BN bukan sebuah organisasi yang boleh mengatasi isu yang semakin membarah ini. Beliau sendiri akui, selama 22 tahun memerintah Sabah, para pemimpin senior sebenarnya sudah sedia maklum mengapa perkara itu berlaku dan mengapa pendatang tanpa izin boleh masuk ke negeri Sabah.

Sebabnya mudah, mereka mereka itulah yang dikerah kesana sini untuk dijadikan bidak bidak catur bagi memenangkan BN dalam setiap kali pilihanraya. Satu percaturan yang amat bangsat kerana rela memperjudikan masa depan Malaysia dengan mengimport PATI semata mata untuk kelangsungan kuasa.

Wahai Rakyat Negeri Sabah .. Ini Kali Lah ~!!!


Thursday, August 9, 2012

TAGGED UNDER: , ,

CIJ Lancar Hari Cegah Siar Internet Selasa Depan



PUSAT Kewartawanan Bebas (CIJ) Malaysia akan melancarkan hari cegah siar internet Selasa depan dalam kempen menentang pengenalan 114A, Akta Keterangan yang dikatakan akan mengongkong kebebasan Internet.

Ia bertujuan untuk mewujudkan kesedaran di kalangan pengguna Internet mengenai impak negatif pindaan tersebut terhadap kebebasan bersuara di talian.

Pegawai Eksekutif CIJ, Masjaliza Hamzah, dalam satu kenyataan berkata, matlamatnya adalah untuk warga internet mendesak kerajaan menarik balik pindaan yang diluluskan secara tergesa-gesa bersama dengan beberapa undang-undang lain, dalam sidang Parlimen April lalu dan diwartakan pada 31 Julai.

"Pindaan ini telah menimbulkan kebimbangan banyak pihak seperti peguam, aktivis dan perniagaan berasaskan Internet. Di bawah seksyen itu, seseorang pengguna internet dianggap penerbit mana-mana kandungan dalam talian, melainkan ia dibuktikan sebaliknya.

"Ia juga menjadikan individu dan mereka yang mentadbir, mengendali atau menyediakan ruang untuk forum komuniti dalam talian, blog dan hos perkhidmatan, bertanggungjawab ke atas kandungan yang disiarkan.

"Anggapan bersalah ini bertentangan dengan prinsip asas keadilan, iaitu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah dan membebankan seseorang yang mungkin tidak mempunyai sumber untuk mempertahankan dirinya di mahkamah," katanya.

Jangkauan luas pindaan tersebut, katanya, akan memberi kesan kepada semua pengguna internet, lamanweb yang menyediakan ruang untuk komen dalam talian, dan mana-mana premis perniagaan yang menyediakan Wi-Fi percuma kepada pelanggan mereka.

Seksyen baru ini telah digubal walaupun pada hakikatnya undang-undang yang sedia ada termasuk Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 telah digunakan untuk menangkap dan mendakwa mereka yang dituduh melakukan fitnah, penipuan dan hasutan melalui talian.

Ia telah dilaporkan oleh peguam hak asasi manusia Edmund Bon bahawa pindaan Seksyen 114A tidak perlu kerana polis boleh mendapatkan bukti dengan cara lain, dan tidak mempertanggungjawabnya terhadap pengendali perkhidmatan itu.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah menggesa supaya seksyen itu dibatalkan kerana ia mengongkong media Internet.

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top