Friday, September 14, 2012

TAGGED UNDER: ,

Shafie Apdal Jadikan KKLW Lubuk Kemewahan Kroni ?



Nota : Wa masih ternanti nanti apa kesudahan drama saman menyaman antara Zahida, Shafie, Ex driver, Zuraida yang macam cerita bajet rendah yang sangat anti klimaks. Refer entri wa yang lepas - Apa Kesudahan Dengan Cerita Ni ?.

Buat sementara menunggu ending yang entah ada ntahkan tidak tu, moh kita layan plak pendedahan terbaru yang datang dari laman Sabahkini berkaitan dengan menteri kaki bedal ni .. lets cekidaut .. 

===//===

Saudara Pengarang,

TIDAK siapa menduga dengan gaji kecil dan berjawatan sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ketua Pemuda MCA Sabah, Wilfred Yong Chen Leong, mampu hidup mewah ketika majoriti Ahli Parlimen Malaysia masih berada dalam lingkungan YB PPRT!

Tetapi itulah hakikatnya yang terpaksa diakui oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang enggan menjalankan siasatan sekalipun beberapa laporan rasmi telah dibuat terhadap Wilfred Yong; termasuk enggan mengarahkan 'Macai Shafie' ini membuat pengisytiharan harta.

Wilfred Yong @ Wilfred Bin Apdal bolehlah dianggap sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (C.E.O) dan Pengawal Kewaangan bagi syarikat Golden KKLW Berhad (111111-A) iaitu syarikat hanya wujud dalam kepala Shafie dan Wilfred; tetapi belum didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Ketua Pesuruhjaya SPRM tidak perlu menggunakan kanta pembesar Sherlock Holmes atau menggunakan khidmat James Bond untuk menyiasat kes kemewahan, penggubahan wang haram dan pelarian cukai oleh Wilfred Yong dan mungkin juga menjadi proksi menterinya.

Sebagai Setiausaha Politik; tidak mungkin Wilfred mampu memiliki dan memandu Ferrari (kereta baru); Maseratis, Porche Panamera yang kesemuanya bernilai RM5 juta. Kekayaan luar biasa Wilfred Yong ini tidak termasuk dua unit Apartment Mewah berdekatan KLCC yang bernilai lebih RM10 juta.

Saya tidak terkejut jika laporan Sabahkini.net sebelum ini bahawa Shafie Apdal telah melantik 'isteri kedua'nya Zahida Mohd Rafik untuk menyimpan semua hartanya di luar negara termasuk rumah mewah di London yang bernilai RM10 juta dan wang tunai RM3 billion di Swiss Bank.

Namun tidak mungkin hartanya juga disimpan oleh Setiausaha Politiknya, Wilfred Yong; terutama kereta mewah, rumah dan wang tunai kerana Wilfred Yong mendakwa semua itu hasil kerja kerasnya selama ini.

Memang diakui ramai termasuk juga Pegawai Penyiasat SPRM bahawa kebanyakan projek khas dan mewah KKLW dilaksanakan oleh salah seorang lagi 'Macai Shafie' yang jarang muncul di khalayak ramai iaitu Winston Garet Majaham (Emas Ramai Sdn.Bhd) yang menyimpan dana politiknya; tidak termasuk Presiden KDM Malaysia (Agen GESTAPO Shafie) Datuk Peter Anthony (Asli Jati Engineering Sdn.Bhd) yang mendapat kebanyakan kontrak runding terus atau terhad KKLW.


Ketiga-tiga mereka ini, Wilfred Yong, Winston Majaham dan Peter Anthony adalah 'Menteri' dalam Kabinet Bayangan Shafie di KKLW. Isu ini bukan menjadi rahsia lagi di kalangan kontraktor di KKLW.

Mengikut modus operandi yang dikesan selama ini, setelah kontraktor dipilih (tender tertutup atau terhad), Shafie akan mengarahkan proksi atau bill collectornya memungut antara 20 hingga 60 peratus daripada nilai projek Top-Up.

Beberapa bill collector yang telah dikenalpasti ialah Datuk Haji Mohd Yusof Apdal, Hamid Apdal, Marzuki Nasir (anak Nasir Tun Sakaran) Datuk Christopher Chiew, Azis Jamman, Alfred Chan, Datuk Chin Su Phin, Datuk Peter Anthony, Datuk John Ambrose, Yusof Said, Wilfred Yong dan sebagainya.

Sehubungan itu, saya mencadangkan agar SPRM dibubarkan sahaja jika tidak mampu menjalankan siasatan dan mendakwa Wilfred Yong dan bossnya, Shafie Apdal yang telah disahkan oleh SPRM mendapat sejumlah wang daripada projek 'Top-Up' Sistem Solar Hibrid Fasa II di Pulau Banggi.

Salam Hormat,

C.K.ABDULLAH

Sabahkini.

Thursday, September 6, 2012

TAGGED UNDER: ,

Sang Anak Ok Tapi Sang Menantu Plak Haru Biru .. Apa Barang ??



Hek eleh .. inilah dikatakan lebih sudu dari kuah .. lebih mangkuk dari mangkuk tingkat .. kah kah kah .. tapi apa nak heran, resmi orang orang ameno, create isu dari benda yang diowang sendiri tak pasti betul ke idak, kemudian buat lah aksi marah macam ayam hilang anak dengan tak memasal suh Mat Sabu mintak maaf .. apa kes ??

Mamat yang menyandang nama Datuk Ahmad Hamzah yang juga merupakan menantu kepada arwah Tun Ghafar, mendesak Che Mat Sabu minta maaf sebab katanya dia dapat tahu Che Mat ada kata pada sesi ceramahnya di Bukit Baru bulan lepas 'sekiranya Tun Ghafar umur panjang, beliau sendiri pun akan masuk Pas seperti anaknya, Tamrin.'

Wa cakap 'dia dapat tahu' sebab jelas sangat yang beliau ni tak tahu pon apa sebenarnya isi kandungan ceramah Che Mat yang dia pertikaikan, malah mungkin hanya bersandarkan 'dengar cakap' atau cedok memana blog dan kemudiannya panggil sidang akhbar untuk mewar warkan rasa tak puas hati beliau .. kan ke bodo namanya tu ?? kah kah kah 

Hari ni, PAS Melaka keluarkan kenyataan yang menyarankan supaya Datuk Ahmad Hamzah dok dengar balik klip ucapan Che Mat - Rujuk berita Sinar - dan wa amat berharap saranan ini dijalankan oleh beliau dengan menggunakan telinga .. dan bukannya pakai kepala lutut .. kah kah kah 

Yang lagi mengherankan wa, tak memasal Tamrin plak yang kena buat sesi penerangan pasal isu yang sama ..pada keluarga dan sanak saudara dia sendiri plak tu .. weyh .. cuba luorang khabarkan kat wa .. Tamrin ngan Datuk Ahmad Hamzah ni siapa yang anak siapa yang menantu ?? kah kah kah .. Anak tak melenting malah turut bersama sama memberikan penerangan tapi tup tup menantu plak macam naik hantu .. tersampuk syaitan selat melaka ke hape ?? kah kah kah kah

Nota dari sumber:

Tamrin sendiri akan mengadakan sesi penerangan di kawasan Jasin, yang juga kubu kuat Umno sejak zaman Ghafar lagi mengenai sebab beliau masuk Pas.

“Sebenarnya Tamrin menghormati keluarganya, namun apabila Ahmad menimbulkan perkara ini maka beliau membuat keputusan membuat penjelasan.

“Beliau akan menjelaskan sebab mengapa beliau tinggalkan Umno dan membuktikan kebenaran mengenai dakwaan memang benar Mohamad Sabu ada melawat Ghafar,” katanya.

Sehubungan itu katanya, satu ceramah oleh Tamrin dan Mohamad Sabu akan diadakan di Markas Pas Kampung Serkam Darat pada 7 September, jam 8 malam.

TAGGED UNDER: , ,

Reload - Mesti Lihat : Ahli Politik Yang Berani Mati


Perghhh ... sekali lagi .. perghhh ... 

JIKA SAYA KORUPSI, IKHLAS DITEMBAK MATI !
H. ERWIN AMRIL

JIKA NANTI SAYA TERPILIH, SETIAP BULAN GAJI DAN TUNJANGAN SAYA, AKAN SAYA SUMBANGKAN KEPADA MASYARAKAT YANG MISKIN.

Kalau ramai yang berpendirian gini (benar benar maksudkan), perkara yang kat bawah ni pasti dapat dielakkan. 

 dan sekali lagi .. perghh .. mang aih 

Tuesday, September 4, 2012

TAGGED UNDER: ,

PR - BN, Pertempuran Satu Lawan Satu



MIRI: Pakatan Rakyat (PR) tidak mahu memberi laluan mudah untuk Barisan Nasional (BN) memenangi mana-mana kerusi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan memberi saingan secara terus atau satu lawan satu.

Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli memberitahu, saingan satu lawan satu walaupun sengit namun lebih mudah untuk PR meng-uji ‘kekuatan’ dan memberi kelebihan serta peluang kepada PR.

“Kita tidak akan memberikan laluan yang mudah kepada BN dan yang penting ialah satu lawan satu dengan BN dan kemudian rakyat akan menyaksikan kelak satu perubahan yang besar dalam PRU akan datang,” ujar beliau dengan nada yakin.

Dr Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai memberitahu, jentera PR di Semenanjung Malaysia kelak akan turun ke Sarawak dan Sabah juga, bagi memberi semangat kepada calon-calon mereka di sini dan memastikan kemenangan berpihak kepada PR.

“Dengan keadaan politik di negeri Sabah yang dilanda pelbagai skandal dan keengganan presiden untuk bertanding, ia merupakan satu tamparan hebat kepada BN,” katanya sambil merujuk kepada isu pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Peter Chin yang mengumumkan untuk tidak mempertahan-kan kerusinya pada PRU akan datang.

Beliau memberitahu, pembahagian kerusi dalam PR sudah mencapai persepakatan dan kini di fasa akhir dengan PAS sudah mengenal pasti beberapa kerusi berpotensi yang akan ditandinginya terutama di Sarawak.
“Kita yakin mampu me-numbangkan kerajaan BN pada PRU Ke-13 ini kelak.

“Kalau kita tebang seorang-seorang memang sukar tetapi kalau beramai-ramai kita ‘menebang’ pokok besar (BN), ia akan tumbang jua nanti,” tambahnya.

Beliau memberitahu demikian ketika berucap pada majlis perasmian Program Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Negeri Sarawak yang dirasmikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini, malam kelamrin.

Lebih 100 penyokong PAS dan PR hadir pada program tersebut yang bermula dengan konvoi pada sebelah petangnya diikuti dengan Rumah Terbuka Hari Raya PAS Sarawak.

Turut hadiri pada majlis itu ialah Ahli Dewan Unda-ngan Negeri (ADUN) Piasau Alan Ling, Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sarawak merangkap Pengerusi PAS Miri Jofri Jaraiee dan bekas Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Salleh Jafaruddin serta Ketua PKR Miri Dr Michael Teo.

Dalam pada itu, Dr Hatta turut menggesa agar jentera pilihan raya PAS mempersiapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan dan kepili-hanrayaan sebagai kaedah terbaik bagi menghadapi PRU13 akan datang.

“Selain itu ahli-ahli PAS Sarawak perlu terus menggunakan peluang sehingga akhir September ini untuk menambah dan mendaftarkan pengundi-pengundi baharu.

“Keluar dan dapatkan se-banyak ramai yang mungkin, jika kita membantu mendaftarkan mereka, nescaya mereka mungkin akan menyokong kita semula pada pilihan raya kelak,” tambahnya.

Monday, September 3, 2012

Pindaan Terhadap Kes 3.0, Azmin Ali Selar Tindakan Mahkamah


KUALA LUMPUR 3 Sept. - Tindakan meminda pertuduhan berulangkali berkaitan kes melibatkan insiden BERSIH 3.0 terhadap 3 Pemimpin PKR termasuklah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali membuktikan institusi perundangan Negara yang agak lemah.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menjelaskan, pihak pendakwaraya dilihat tidak sanggup berdepan dengan peguambela dalam membicarakan kes yang dibangkitkan dari pihak mereka sendiri.

"Pagi ini amat mendukacitakan kerana pihak pendakwaraya masih lagi menggunakan ruang pada pagi ini untuk meminda pertuduhan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim, saya dan Cikgu Badrul dan ini membuktikan kelemahan Jabatan Peguam Negara dalam menyiapkan kes ini dan terpaksa meminda pertuduhan berulang kali dan ini juga membuktikan pertuduhan ini terlalu lemah dan saya yakin barisan peguam yang akan mempertahankan dan membela tertuduh dan Insyallah sekali lagi kita akan dibebaskan dari pertuduhan yang berbaur politik ini. Ini satu pertuduhan politik yang diguna Perdana Menteri untuk tutup ruang demokrasi," katanya kepada pemberita selepas perbicaraan kes di sini hari ini.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama dengan Timbalan Presiden, Azmin Ali dan bekas ahli majlis pimpinan pusat, Badrul Hisham Shaharin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan mengambil bahagian dalam protes jalanan merujuk kepada Perhimpunan BERSIH 3.0  di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Dalam pada itu, Peguam yang mewakili tertuduh Karpal Singh hari ini mahukan pendengarannya dilakukan di Mahkamah Tinggi ekoran kes bawah Seksyen 4(1)(c) PAA itu berkaitan kebebasan berhimpun yang digariskan dalam Perkara 10 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Pihak pendakwaan diketuai Abdul Wahab Mohamad dan dibantu oleh Mohd Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd Yusof.

Mahkamah menetapkan 13 September untuk mendengar bantahan pasukan pendakwaan untuk terhadap permohonan memindahkan kes tersebut.

TAGGED UNDER: ,

Artikel : DAP Sedia Jadi Rakan Baik Dalam Pakatan Rakyat



Apa jua cadangan atau nasihat yang baik, pastinya pihak yang dinasihat itu akan cuba menelitinya dengan bersungguh-sungguh dan menerimanya dengan hati yang terbuka, malah jika dapat, pastinya nasihat itu akan dizahirkan dengan tindakan yang bersungguh-sungguh demi – kebaikan bersama.

Oleh itu, kita meneliti nasihat dan cadangan mana-mana pihak sungguhpun nasihat itu kedengaran bernada sinis sekali.

Hudud mainan UMNO

Berkaitan dengan isu hudud – pendirian Pakatan Rakyat sudah memadai untuk kita ingatkan kepada mana-mana pihak bahawa DAP, PAS dan PKR telah bersetuju untuk berbeza pendapat dalam soal ini atas dasar untuk fokus kepada isu utama iaitu korupsi (rasuah dan salahguna kuasa UMNO BN) dan memperkukuh ekonomi dan struktur sosial rakyat Malaysia.

Malah PAS sendiri telah cukup matang untuk menghadapi isu hudud yang dijadikan alat permainan politik oleh UMNO. PAS sendiri telah berikrar utuk fokus kepada gagasan Negara Berkebajikan yang mana, itu jugalah intipati ajaran Islam iaitu untuk memakmurkan dunia.

Justeru, jika isu hudud masih menjadi masalah kepada sesetengah pihak maka tidak ada apa lagi yang dapat kita jelaskan kerana mereka berhak memilih sama ada mahu terus duduk dalam gelap minda sendiri atau keluar menerima cahaya pengetahuan.

Anti lompat parti dalam semangat demokrasi

Kemudian yang dirunsingkan lagi ialah perkara tentang cadangan draf undang-undang anti lompat parti. Hal ini juga telah pun penulis kita jelaskan dalam rencana sebelum ini di sini . <- klik untuk baca.

Jadi bagi mereka yang sukar untuk melihat isu ini secara objektif, silalah membacanya. Malah dalam cadangan tersebut, secara implicitnya (tersirat) terkandung semangat untuk terus menjunjung dan menghormati nilai demokrasi dan kebebasan dalam cara yang paling bersih.

Jika kita cuba berlapang dada dan mengerah sedikit akal fikir tentang cadangan tersebut, mungkin juga kita boleh memahami bahawa setiap cadangan yang objektifnya mahu mengelak kemudaratan pada masa depan, seharusnya diteliti terlebih dahulu. Malah pengamal demokrasi diseluruh dunia juga sedar bahawa ‘demokrasi’ juga boleh dijadikan alat untuk melahirkan pemimpin diktator. Justeru, cadangan ini harus dilihat dengan berhati-hati dan teliti.

Isu ini boleh menjadi indikasi apabila cadangan dari DAP ini sedang melalui proses penilaian dan perdebatan oleh masyarakat umum. Bukan seperti UMNO BN. Lihatlah pindaan undang-undang 114A Akta Keterangan, Akta Perhimpunan Aman, Akta Keharmonian Nasional dan pelbagai lagi undang-undang yang tidak dibuka kepada umum untuk dibahas dan dinilai. Jadi apa yang cuba DAP cadangkan ini masih mengikut proses demokrasi dalam semangat Pakatan Rakyat.

Apabila satu-satu cadangan dibuka untuk dibincang dan dibahas secara waras, pasti ia akan menjadi input yang baik untuk semua pihak dan cadangan tersebut. Mungkin cadangan DAP dalam isu anti lompat parti ini tidak cukup lengkap, maka dengan adanya ruang terbuka, maka semua pihak dapat memberi buah fikiran bagaimana mahu ia jadi lebih baik dan lengkap. Malah jika ada pihak yang tidak bersetuju, DAP tetap menerimanya. Jadi, memang ia bukan satu isu besar pun.

Kerja politik juga adalah kerja mendidik

Setiap cadangan merupakan kerja politik untuk menarik kefahaman dan keyakinan rakyat untuk menyokong dan mengundi Pakatan Rakyat. Kerja politik ini bukan sahaja berceramah siang dan malam atau buat rumah terbuka setiap minggu. Kerja politik merangkumi pelbagai aspek, tunjangnya adalah pendidikan tentang demokrasi dan politik.

Dengan adanya perdebatan dalam Pakatan sendiri, ia seharusnya dilihat oleh mereka yang celik politik sebagai suatu dimensi demokrasi yang sihat dan tulen. Apa guna jika kita berjaya kalahkan BN jika rakyat terus jahil tentang politik dan adalah lebih parah lagi jika PR kalah dalam keadaan rakyat yang masih tidak cukup pendidikan dengan dunia demokrasi – dunia yang pelbagai warna. Ketika itu kita bukan sahaja kalah dalam pilihanraya merebut kuasa malah kita telah kalah dari segi moralnya.

Inilah yang dikatakan, apabila terlalu taksub nak menang hingga tanah dan rumah habis tergadai. Biar kita (PR) menang dengan jalan bersih (rakyat sokong dan undi kerana yakin dengan dasar PR) dari kalah dengan kehilangan moral – tanpa pengetahuan. – Mazir Ibrahim, Roketkini.com

TAGGED UNDER: ,

Sinonim Betul Debudak Parti Ni Ngan Judi .. Tapi Apa Nak Heran ??



Adoih .. mamat ni .. kalo ia pon nak beli nombor jangan le pakai baju parti keramat tu, kan dah tak memasal kena captured red handed.. skang sape yang malu ?? amenoooo jugak.. kah kah kah kah. Sumber Foto : Facebook

UMNO dan Sports TOTO

Sports Toto Malaysia diasaskan pada tahun 1969 dengan nama asal syarikat berkenaan ialah Unilite Electrical Industries Berhad. Setelah itu pada tahun 1987 ia ditukar nama kepada Far East Asset Berhad dan dalam penstrukturan semula pada tahun 1992, ia diambil alih oleh Berjaya dan dikenali sebagai Berjaya Sports Toto Berhad.

Sehingga kini Sports Toto mempunyai 681 kedai judi di seluruh negara dan mempunyai dua syarikat perjudian di luar negara iaitu Philippines Berjaya Toto dan pada tahun 1997 membantu kerajaan Ghana menyusun kegiatan loteri di negara berkenaan.

Syarikat ini adalah merupakan anak syarikat milik penuh Berjaya Group Berhad yang dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan, kroni yang rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Berdasarkan carian yang dibuat Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah yang juga Setiausaha Kerja Umno Malaysia, Tengku Adnan Tengku Mansor masih memegang saham di dalam Berjaya Group Berhad yang memiliki Sports Toto.

Pegangan Tengku Adnan sebanyak 3.5 juta saham dibuat melalui Cimsec Nominees.

Ini menjadikan Tengku Adnan `mewakili Umno di dalam syarikat perjudian Sports Toto melalui pegangan saham Berjaya Group Berhad.

Selain itu, Sports Toto Malaysia juga mempunyai dua pengarah yang merupakan bekas pegawai kanan Polis Diraja Malaysia yang kebetulan orang Melayu dan beragama Islam. Mereka ialah Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamed Saleh Gomu.

Selain dua bekas pegawai kanan polis tersebut, antara muka Melayu yang menjadi pengarah syarikat di bawah kumpulan Berjaya yang turut memiliki saham dalam Sports Toto Malaysia ialah Datuk Annuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor yang menjadi pengarah Berjaya Group Berhad yang memiliki 292,336,584 saham di dalam Sports Toto.

Manakala dua lagi pengarah Melayu iaitu Datuk Adnan Shuaib dan Arsam Damis masing-masing menjadi pengarah Berjaya Land Berhad yang memiliki 284,644,046 saham di dalam Sports Toto.

Daripada carta ini jelas Umno punya `wakil dalam syarikat judi dan bekas polis turut `melindungi kegiatan judi berkenaan.

Sumber : PASPB


Weyh mamat ... Lain kali kena pakai dressing camni kalo nak menikam .. walaupun baju tu masih lagi dikira sinonim ngan melayu .. tapi masih dikira hanya satu persepsi .. taklah dituduh terang terang ameno nya .. kah kah kah 

Wednesday, August 29, 2012

TAGGED UNDER: ,

Kementerian Pelajaran Di Gesa Perbetulkan Fakta Sejarah



Kota Kinabalu : Kementerian Pelajaran digesa memperbetulkan segera fakta sejarah tentang kemerdekaan Malaysia.

Ketua Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Edward Dagul berkata, buku teks sekolah terutamanya pelajaran Sejarah perlu menyatakan dengan jelas fakta sebenar mengenai perkara itu.

"Tarikh sebenar negara ini mencapai kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia iaitu 16 September 1963 adalah berbeza dengan tarikh Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957."

"Tarikh sebenar Sabah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963 juga sepatutnya ada ditulis dalam buku teks supaya generasi muda dapat membezakan antara kemerdekaan Malaysia, Malaya dan Sabah."

"Selama ini hari kemerdekaan yang diraikan diseluruh negara merupakan tarikh kemerdekaan Malaya dan bukannya tarikh kemerdekaan Malaysia."

"Malaysia hanya wujud 49 tahun lalu tetapi Kerajaan Persekutuan meraikan hari kemerdekaan kali ke 55 pada tahun ini"

"Perbezaan tarikh kemerdekaan antara Malaysia dan Malaya adalah jelas tetapi Kerajaan Persekutuan sengaja melakukannya kerana mempunyai motif tersembunyi" kata Edward.

Beliau berkata, pembetulan tarikh kemerdekaan itu perlu dilakukan segera supaya generasi akan datang tidak lagi salah tentang fakta sejarah membabitkan kemerdekaan Malaysia, Sabah dan Malaya.

Katanya, tindakan 11 pemuda yang merakam gambar di pintu gerbang Istana Negeri ketika majlis sambutan perayaan hari kemerdekaan Sabah pada 31 Ogos 1963 amat bermakna kepada rakyat di negeri ini.

Katanya, pemuda pemuda itu yang pada hari ini sudah menjadi warga emas mengulangi tindakan mereka untuk memperingati hari kemerdekaan Sabah pada 31 Ogos 2012 bersamaan dengan usia Sabah yang mencapai 49 tahun.

"Kesemua mereka menyaksikan kemerdekaan Sabah pada 31 Ogos 1963 dan juga pembentukan Malaysia pada 16 September 1963"

"Mereka layak untuk memberitahu kebenaran dan fakta sejarah yang betul bahawa Sabah merdeka 49 tahun lalu. Hari Kebangsaan pada tahun ini juga seharusnya diraikan untuk kali ke 49 dan bukannya 55. Malaysia wujud 49 tahun lalu bukannya 55 tahun," katanya.

Beliau berkata, gambar itu akan menjadi sumber inspirasi kepada generasi muda bahawa hanya rakyat Sabah sendiri boleh mempertahankan kedaulatan, hak dan autonomi negeri ini.

Edward seterusnya berkata, hanya rakyat Sabah berupaya mempertahankan fakta sejarah yang betul dan maruah Sabah.

Katanya, perayaan Sabah Merdeka 49 anjuran SAPP adalah satu usaha untuk menegakkan kebenaran dan memperbetulkan sejarah. - Sumber : Akhbar

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top