Friday, January 21, 2011

TAGGED UNDER: ,

Mamak Mudah Lupa

Foto : Ibu Khadijah Sidek . Pesuruhjaya PAS wanita yang pertama 
KUALA LUMPUR, 20 Jan: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai lupa sejarah apabila mempersoal tindakan PAS meletakkan calon wanita bagi PRK Dun Tenang.

Menurutnya, PAS tidak pernah melarang wanita daripada bertanding dalam pilihan raya sebagaimana didakwa oleh Dr. Mahathir, malah telah mengamalkannya sejak tahun 50-an lagi.

"Saya terkejut dengan kenyataan Tun Mahathir yang kata PAS tak konsisten. 

"Saya tak tahu bila PAS kata calon wanita diharamkan kerana PAS pernah melantik Khadijah sebagai calon pertamanya dalam pertandingan tiga penjuru di Dungun Terengganu.

"Saya ingat Tun Mahathir ni sudah hilang ingatan terhadap sejarah," kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. .. petikan dari HarakahDaily 

==============

Khadijah Sidek menjadi Ketua Kaum Ibu PAS era 1950-an. Beliau menjadi Pesuruhjaya PAS Johor dan pernah menjadi Ahli Parlimen PAS yang pertama dari kalangan wanita setelah menang di Parlimen Dungun, Terengganu. Pembangkang di parlimen ketika itu ialah Dato' Onn Jaafar, Dr. Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Hilmi, Khadijah Sidek, Zulkifli Mohammad dan Othman Abdullah. .. dari Sumber

==============

Johor cipta sejarah: Khadijah Sidek menang di Parlimen Dungun, kini seorang lagi muslimat PAS diangkat ke Tenang

Dulu, satu-satunya negeri yang Pesurujaya PAS dari kalangan muslimat ialah Johor. Namanya Khadijah Sidek. Dia daripada kaum ibu Umno asalnya, sertai PAS dan diberi kepercayaan memimpin PAS Johor. Setakat ini, tiada Pesuruhjaya dilantik dari kalangan muslimat selepas beliau.. dari Sumber

==============

aikk ...
Tetiba owang melayu jadi kuat ingatan
Tetiba owang melayu ingat sejarah
Rupanya penah ada PJ PAS sorang perempuan
Di negeri yang .. birunya .. MasyaAllah
kah kah kah 

Dr. M .. udah udah le tu 
Sekarang kan dah bersara dari politik
Dah tiba masa untuk anak cucu
Kalo boring .. boleh try bela ayam ngan itik 
kah kah kah 

Pstttt .. yang gambar sebelah ni pon kalo bertanding .. Dr M nak bedal gak ke ? kah kah kah 


Nota : Baca lebih terperinci tentang Khadijah Sidek 

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

0 comments:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top