Friday, January 21, 2011

TAGGED UNDER: ,

SPR Oh SPR


KENYATAAN MEDIA
20 JANUARI 2011

ADAKAN PILIHANRAYA KECIL DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) PELABUHAN KLANG SEGERA.

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR (DPPNS) menyokong tindakan Speaker Kerajaan Negeri Selangor yang telah mengumumkan kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri sidang dewan undangan negeri Selangor selama lebih setengah tahun.

Keputusan yang dibuat mengikut Perkara 69 dan 70 perlembagaan negeri itu wajar kecuali jika Badrul dapat mengemukakan bukti-bukti sahih secara hitam putih yang diperakui bahawa beliau ada menghadiri mana-mana sidang sejak dari 15 Julai 2010.

Mengikut Artikel 69 Perlembagaan Selangor, mana-mana ADUN yang tidak hadir ke sidang DUN bagi tempoh enam bulan akan menyaksikan kerusinya diisytiharkan kosong oleh speaker.

Pemilihan semula amat wajar dijalankan kerana tugas paling penting seorang wakil rakyat ialah mewakili rakyatnya ke sidang DUN untuk membela dan memberi perkhidmatan kepada semua rakyat di dalam DUN masing-masing khususnya para pengundi yang telah memberi kemenangan kepada wakil rakyat tersebut.

‘Yang Berhormat’ baru perlu dipilih jika yang sedia ada telah tidak berupaya membela nasib rakyatnya.

Sehubungan dengan itu, DPPNS berharap agar Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan meneliti dan seterusnya mengistiharkan pilihanraya kecil DUN Pelabuhan Klang dengan segera sekiranya Badrul gagal membuktikan dakwaan Speaker Kerajaan Negeri Selangor.

SPR telah mengistiharkan pilihanraya kecil DUN Tenang pada 24 Disember 2010 selepas mendapat notis kekosongkan kerusi DUN tersebut ekoran kematian penyandangnya Sulaiman Taha pada 17 Disember 2010.

DPPNS berharap agar SPR akan mengambil masa yang singkat untuk mengistiharkan pilihanraya kecil DUN Pelabuhan Klang sebagaimana tempoh seminggu dalam kes DUN Tenang dan biarlah pilihanraya kecil Pelabuhan Klang juga dibuat pada hari cuti seperti yang diistiharkan di Tenang.


ZULKIFLI AHMAD
KETUA PENERANGAN
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

===============

SPR meminta supaya jangan dikaitkan dengan politik
Kenyataan yg bebetul buat wa getik
Sebab ramai yang tau .. SPR kuat merepek
Lebih terer dari Saiful Apek
kah kah kah 


Siapa tak ingat kisah Kedah 
Bila speaker umum kerusi kosong
Pengerusi SPR plak yang melatah
Menampakkan siapa yg dia sokong 
kah kah kah 


Bila tang kawasan selamat 
Dia umum cepat cepat 
Bila rasa condong ke Pakatan Rakyat 
Dia mula buat lambat 
kah kah kah 


Weyh orang dah tahu lu punya mainan
Sentiasa jadi kuda tunggangan 
Selalu buat persempadanan
Itu semua lu punya peranan ..


Tapi satu je yang wa nak pesan
Hidup kita semua tak berkekalan
Amalan kita dalam perhatian 
Jangan sampai bumi tak berkenan 
... jadi setan kuburan 
kah kah kah 

Nota : SPR usulkan buat undi proksi .. pulak dah .. tak cukup ke lagi ngan undi pos ?? mampos .. kah kah kah

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

0 comments:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top