Saturday, April 7, 2012

TAGGED UNDER: ,

Alhamdulillah, TG Nik Aziz Telah Dibenarkan Keluar HUSM


KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dibenarkan keluar  Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) hari ini selepas menjalani rawatan di Unit Rawatan Jantung (CCU) sejak Khamis lalu.

Setiausaha akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Mursyidul Am Pas  berada dalam keadaan stabil dan dibenarkan pulang jam 10 pagi tadi.

“Alhamdulillah, kesihatan beliau semakin baik dan telah dibenarkan pulang, cuma beliau sedikit keletihan serta memerlukan banyak rehat."

“Saya juga bersyukur dengan keadaan beliau dan berharap Mursyidul Am Pas  dapat meneruskan khidmatnya kepada Islam dan rakyat,” kata beliau dalam kenyataan media, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Nik Aziz, 81, mengadu sakit dada selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kota Darul Naim dan dibawa ke hospital untuk membuat pemeriksaan.

Pada Ogos 2010, Nik Abdul Aziz turut mendapatkan rawatan di hospital sama kerana saluran jantungnya tersumbat.

Sementara itu, pada 8 Disember lalu Nik Abdul Aziz telah dimasukkan ke hospital lebih  lima hari kerana masalah tulang belakang dan kemudiannya turut dimasukkan di hospital yang sama, pada bulan sama, selepas mengadu mengalami keletihan.

Walaupun keadaan kesihatan tidak memuaskan sehingga mendapat tekanan pelbagai pihak, Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengesahkan beliau akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

- Sumber

Nota : Semoga TGNA segera sembuh untuk terus memimpin rakyat yang dahagakan ilmu dan pembelaan. Semoga TGNA terus tabah dan dikurniakan kesabaran yang tinggi terhadap segala mehnah dan tribulasi pihak yang sentiasa iri pada perkembangan negeri Kelantan khususnya. Semoga Allah melembutkan hati mereka yang membuat fitnah dan menerima kenyataan bahawa Islam mampu mentadbir negeri/negara dengan adil dan makmur. 

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

1 comment:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top