Sunday, May 13, 2012

TAGGED UNDER: ,

Menteri Jaga Undang Undang Setuju Bentuk Badan Peguam Baru ? .. Good~!!



Dek kerana seorang anggota Majlis Peguam yang bernama Abu Backer Sidek, mengatakan Majlis Peguam gagal dipertahankan sebagai sebuah badan profesional dan berintergriti dan ingin pula membentuk sebuah badan baru yang mewakili peguam, terus Nazri meloncat dan berkata kerajaan bersetuju dengan cadangan tersebut.

Aik .. banyak wayang nya neyh ...
  • yang bersetuju tu Nazri ke kerajaan ?  
  • bila kerajaan bersidang dan membincangkan perkara tersebut ?
  • ke memang dah masuk perancangan awal ?
  • Abu Backer tu agen kerajaan ke ?
  • Anak Nazri yang pukul orang tu bila nak kena dakwa ..? eh .. tu soal lain .. kah kah kah kah


Orang yang terlibat dalam hal ehwal perundangan, sudah pasti ingin memastikan agar undang undang dihormati. Sia sia ada peguam yang berjumlah ribuan dalam negara ini jika sekadar menutup mata dengan manipulasi kerajaan dalam perkara perundangan. Pada pandangan peribadi wa, atas sebab itulah Majlis Peguam bersuara.

Tapi bagi Nazri, kerajaan itu adalah satu badan yang maksum dan tidak akan sekali kali melakukan kesalahan. Ini jelas dengan apa yang beliau lontarkan ..

Mengenai tuntutan Majlis Peguam supaya Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara memohon maaf atas tindakan polis ketika perhimpunan berkenaan, Mohamed Nazri berkata tidak ada kesalahan yang dilakukan pihak berkuasa.

"Jangan mimpi, esok matahari terbit di timur, kita tidak akan meminta maaf. Jangan mimpi. Tidak ada kesalahan yang dilakukan oleh kita. Dia patut bubarkan (Majlis Peguam) kerana mendatangkan malu besar pada profesion dia. 

Oih Nazri, nak malu apa ? malu besar plak tu ..bukan anak diowang yang langgar undang undang.. owh lupa .. orang kerajaan memang tak pernah lakukan apa apa kesalahan .. so seluruh keturunan diowang tu maksum .. wuhaiii

Sedangkan untuk anggota Majlis Peguam, sampai mati diowang tu masih seorang peguam, berbanding seorang ahli politik ada expired date tertentu. Tengok apa yang jadi pada mereka mereka yang dah terpinggir dari parti ameno .. terus jadi ayam berak kapor .. tak dipedulikan dan akhirnya mendaftar jadi ahli menopause MUBARAK yang ada skit skit bunyi Murtabak .. kah kah kah .. 

Nota 1: Wa difahamkan yang Nazri juga mempunyai latar belakang undang undang tapi tak praktis, so wa cadangkan agar Nazri buat chambering - sekarang atau selepas takde jawatan - dan tubuhkan sebuah pertubuhan yang sama seperti Majlis Peguam dan jadi pengerusi kepada persatuan tersebut .. amacam ada bran ..? Sekurang kurangnya tak menerima nasib macam Mubarak .. kelass gitu 

Nota 2: Majlis Peguam dimana mana dalam dunia ni, memang akan selalu bertembung dengan kerajaan yang memerintah. Mereka akan kekal berkecuali tertakluk selagimana kerajaan mematuhi perlembagaan dan sistem perundangan. So, Majlis Peguam ni tetap akan membelasah kerajaan yang sedia ada waima jika kerajaan itu nanti bernama Pakatan Rakyat jika berlaku ketirisan dalam pentadbiran.

Nota 3: Jika hanya berpandukan dari kenyataan seorang peguam yang mempersoalkan intergriti Majlis Peguam sehingga kerajaan terus memberi persetujuan, maka sesuailah jika kita turut menubuhkan Sistem Kehakiman yang kedua sebagai alternatif kepada mahkamah yang ada sekarang. Juga badan kepolisan yang kedua, kerana PDRM amat diragukan ketika ini. Begitu juga dengan Majlis Fatwa, Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Agama Negeri dan semua jentera jentera kerajaan yang lain. Kesemua badan tersebut sangat dipersoalkan intergritinya. Amacam ..?

Nota 4: Nazri cabar Chee Wee bertanding kat tempat beliau. Ceh .. mentaliti kampung. Senada je ngan Zul Kulom. Kalo berani sangat pergilah bertanding kat Permatang Pauh cabar Anwar Ibrahim.. baru anak jantan. Setakat berani cabar kat tempat sendiri.. ketua kampung wa yang bukan menteri tu pon berani .. kah kah kah kah .

Nota 5: Nazri ni menteri flip flop. Semalam kata lain, hari ni kata lain. banyak sangat dah bukti.  Luorang search le sendiri tanya kat pakcik google.

Nota 6: Dr. M mesti setuju ngan wa walaupon wa tak pernah setuju ngan Dr. M, sebab Nazri pernah cakap Dr. M bapak rasis dan tak pernah minta maaf biarpon Dr. M dah kembali ke ribaan ameno .. yiehaaa.. 

Nota Penting: Rumusan yang paling utamanya .. err.. bila anak dia yang pukul orang tu nak didakwa ? kah kah kah kah

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

0 comments:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top