Saturday, June 9, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Arwah Koperal Mustaghni Tabri Cedera Kerana Lontaran Anggota Pasukan ??

Foto Hiasan



Alfatihah buat Koperal Mustaghni Tabri, anggota polis yang menemui ajal setelah cedera parah ketika bertugas di satu operasi lumbaharam baru baru ini.

First of all, wa memang tak suka nak memperkatakan tentang mat rempit, langsung tak berminat kerana walaupun apa kategori diowang, asalkan merempit, wa memang tetap pandang tahap  biawak je la. 

Kedua, takziah  buat keluarga allahyarham dan wa taknak komen lelebih tentang apa saja komen yang timbul dari keluarga allahyarham tentang kejadian dan suspek pelaku yang membawa kepada tragedi atas mangsa lantaran mafhum tentang kesedihan yang sedang ditanggung oleh mereka.

Apa yang wa nak perkatakan kat sini, adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah :

"Siasatan mendapati Koperal Mustaghni dicederakan bukan akibat langsung terkena pukulan helmet tetapi terkena lontaran satu objek yang dipercayai dilakukan seorang koperal lain dalam pasukan polis yang menjalankan operasi pada malam tersebut."

"Kita telah menjumpai beberapa objek dan sedang menunggu keputusan laporan forensik untuk menentukan mana satu objek yang menjadi suspek," kata Tun Hisan pada satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di sini, hari ini. Baca lebih lanjut dari sumber

Isu ini pada awalnya telah disebarluaskan dengan meletakkan kesalahan keatas mat rempit yang terbabit yang dikatakan telah memukul mangsa dengan menggunakan helmet ketika cubaan mengelak dari ditahan, namun akhirnya didapati mangsa telah terkena balingan objek dari rakan setugasnya sendiri.

Apakah SOP yang digunapakai oleh polis yang melakukan operasi sehingga perlu membaling objek yang boleh mendatangkan kecederaan malahan boleh membawa maut. Ianya adalah sesuatu perkara yang langsung tidak boleh diterima walaupun keatas nyawa mat mat rempit. Nyawa bukan sesuatu yang murah dan boleh diperlakukan sedemikian rupa. 

Dalam kebanyakan kes, mangsa bukanlah penjenayah berbahaya dan cuma mengelak dari ditahan kerana beberapa sebab kesalahan jalanraya termasuk lumba haram. 

Rujuk 2 kes :


Mungkin ada yang akan mempertikaikan sebaliknya kerana ia juga terkadang ada melibatkan nyawa anggota polis yang nyaris dilanggar ketika melakukan sekatan, namun adakah langkah langkah keselamatan ketika membuat operasi telah mengikut prosedur yang telah ditetapkan? Wa percaya, jika sekatan yang dibuat mengikut tatacara panduan yang sah, banyak kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan. 

Walau apa pun wa setuju polis hanya menjalankan tugas sebagaimana yang diperuntukkan undang undang demi keselamatan pengguna jalanraya yang lain, namun wa masih dengan harapan agar polis lebih banyak mempertimbangkan budi bicara berbanding dengan tindakan secara melulu. 

Nota : 

  • Sekali lagi takziah buat keluarga mangsa dan alfatihah untuk Allahyarham
  • Wa tetap tak setuju dengan usaha sesetengah pihak untuk memutihkan kegiatan rempit dengan menubuhkan rempit united - Rujuk Entri
  • Usahlah dipolitikkan tragedi ni wahai chai ameno weyh

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

7 comments:

  1. ada setengah manusia mempunyai banyak alasan dan spin yang tak masuk tahap akal manusia . tak tahu la kalo penulis di bayar oleh PR .tapi kalo tak bayar tak payah la susah2 hinakan diri sampai tahap BALACI . BERTAM NITE juga di tuduh dalang dan sebagai nya . BERAPA RIBU yang PENULIS dapat . AMENO WORLD dan GREENBOC serta SUARA PAKATAN RAKYAT mendapat purata 30000 setahun . ANDA ?

    ReplyDelete
  2. setahu aku yg diupah ialah blogger umno... kemudian mencarut memanjang...tak ada fakta y bernas...mcm tuannya juga...bodoh dari dulu kini dan selamanya...

    ReplyDelete
  3. Dibayar ? kah kah kah kah .. ye betul .. wa memang dibayar .. purata 20 ringgit sebulan .. itupon bergantung banyak mana luorang klik kat iklan google dan iklan nuffnang .. setakat ni iklan jom niaga blom mendatangkan apa apa hasil .. mungkin wa terpaksa buka untuk tapak iklan berbayar untuk gantikannya ..

    kalo luorang rajin klik klik le memana yang patut ..

    Yang dibayar tu chai ameno, dan memang bertaraf balaci .. wahai anon yang bodo

    Anon 2 .. tengkiu

    ReplyDelete
  4. SOP kena ada, baru ada sistem. ini ikut hati korang, kan kena kawan sendiri.

    Salute utk polis yg ada akai.

    pencacai umnuuuu.. teruskan membebel dan tunjukkan kebodohan dan kebeballan kamu..

    TQ.

    ReplyDelete
  5. @Karmic Wheel

    Tak kisah lh bebayar ker tidak...

    Janji berita yg di siarkan ada lh telus tepat dan bermenafaat.

    Setiap kebaikan di beri ganjaran pahala dan sebalik nya.

    Kan begitu?

    ReplyDelete
  6. memang tak sokong langsung samseng jalanan merempit, tapi pihak polis perlu ikut SOP dlm menangani masalah tersebut. kang tak pasal2 anggota sendiri yg terbunuh dek kawan sendiri macam kes di atas.

    ReplyDelete
  7. senang2 tuduh mat rempit....canang satu malaya.rupanya kawan bunuh kawan.Polis ni niat busuk nak cederakan orang,terkena kawan sendiri mati pulak tu padan muka.SOP mana ada....undang2 utk orang awam je.utk polis tak ada.Tapi sekali-sekala Allah swt nak tunjuk pada puak2 polis ni supaya insaf...boleh insaf ke??????

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top