Monday, April 23, 2012

TAGGED UNDER: ,

PANAS : Ketua TIBAI Rayu Supaya Jangan Percaya Cakapnya .. Pulak Dah


Ini adalah kenyataan Zahid Mat Arip, ketika beliau masih bersama PKR dan belum dirasuk oleh gen gen berudu yang telah menyebabkan beliau transform jadi katak pisang .. dan kat bawah ni plak video ucapan dia masa tu .. so .. dengar le dengan teliti ..


Ye Zahid .. sebab tu ramai yang tak percaya cakap lu sekarang ni .. kitorang percaya lu dah jadi mangsa dera .. sebab tu le lu terpaksa buat TIBAI .. kah kah kah kah kah ..

TAGGED UNDER: ,

Bicara Pak Samad : Orang Kampung Di Saran Anjurkan Bersih 4.0


SHAH ALAM: Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk A. Samad Said hari ini menyarankan agar masyarakat desawan mengadakan Bersih 4.0 jika tidak berpuas hati dengan apa-apa tindakan kerajaan.

Beliau yang juga sasterawan negara berkata, sebaik-baiknya himpunan itu diadakan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) dan selepas Himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini.

"Kita melihat 28 April nanti merupakan satu himpunan yang dilakukan oleh golongan kota ataupun kotawan, kita akan melihat satu sejarah baru negara apabila bantahan dilakukan melalui Bersih 3.0.

"Tapi dalam masa yang sama untuk kita melihat momentum bantahan saya sarankan agar Himpunan Bersih 4.0 di laksanakan segera dan perlu dilakukan di desa-desa," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum mendeklamasikan puisi di Konvesyen Hala Tuju Felda di Universiti Industri Selangor (Unisel) hari ini.

Tambahnya, beliau percaya dengan wujudnya Bersih 4.0 dari kalangan desawan, matlamat dan hasrat rakyat lebih didengari oleh kerajaan Umno Barisan Nasional.

"Mood rakyat akan dapat dirasai apabila golongan desa melaksanakan Himpunan Bersih 4.0," sambung beliau lagi.

Menurutnya lagi, jika ini lambat dilakukan seluruh rakyat akan menjadi 'Al-Fakir' kerana terus dipermainkan oleh kerajaan yang ada sekarang,

Sasterawan Negara itu juga sempat menyampaikan Puisi bertajuk 'Melelong Rimba' sebagai menyatakan usaha kerajaan yang bukan sahaja sanggup melelong tanah milik rakyat tetapi juga sanggup melelong hutan rimba demi mencari wang dengan cara yang mudah.

Sumber : HarakahDaily

TAGGED UNDER:

Reload : Selamat Datang Ke Planet Zebbulun


Nota : Entri ni asalnya diterbitkan pada 24 Jan 2011 ..uish ..dah setahun lebih dah ..wa republish balik sebab ada geng yang dah tanya apa maksud The Act Of Zebbulun yang jadi label pada beberapa posting wa sebelum ni .. kira refreshment post la gitew .. hiks hiks hiks

=============================

Wa dah lama bercita cita nak jadi angkawasan ke planet Zebbulun . Luorang tau tak kat mana planet tu ? Kalo luorang bebetul nak tau , sila daftarkan diri luorang kat kelas kajibintang , tapi kalo luorang masih takde jawapan, jangan salahkan wa , sebab nama planet tu pon wa tak pernah dengar .. siyes.

Ni wadehex tetiba wa nak cerita pasal planet plak dah ? ntah , mungkin tahap kewarasan wa dah layak untuk dibuat ujikaji demi kelangsungan teori RAHMAN yang 'suci'. Gila kentang . Weyh , kata ustaz yang mengajar wa masa wa masih lagi aktif dalam acara memanjat pokok jambu secara tak sah, dunia ni hanya pinjaman. Ustaz luorang ada ajar menda yang sama tak ? Mungkin ajaran Ustaz tu melekat kat jiwa wa sebab masa tu wa masih dalam kategori luhur murni bak bedak Safi, belum pandai nak korner sampai 360 darjah macam banyak Ostad yang ada skang ni .. kah kah kah .. eh apsal wa gelak ? padahal tadi wa seriyes. 

Attention weyh ... Kalo dah nama pon pinjaman, dah tentu le ada pemilik dia kan ? Sebelum tu wa nak tanya luorang, apa yang luorang faham pasal dunia ? Eh , wa tak berniat pon nak tiru cam Jalaludin Hasan dalam Who Want To Be A Millionaire, jawapan mudah jadi susah sebab dia bagi orang goyang, ceh. Dalam bahasa mudahnya, dunia ni lawan dia akhirat .. so luorang dah dapat tangkap tak apa tu dunia ? Bukan bumi ni je tau .. malah semua yang terdapat dalam alam maya ni .. er you know .. kah kah kah 

Balik pada Dunia Hanya Pinjaman. Bila dah kata pinjaman, so bukan le hakmilik yang kita boleh buat sesuka hatinya. Luorang follow ke idak ni ? ke luorang nak suruh wa bukak kelas pengajian untuk bagi penerangan secara tentatif ? eh .. tak boleh , wa takde tauliah, infact , wa takde kelayakan pon, DR MaZa yang pernah jadi Mufti Perlis pon kena tahan masa mengajar kat Selangor, apatah lagi wa yang nak jadi driver Mufti pon tak lepas .. kah kah kah. 

Adoih .. attention lagi sekali weyh .. bab Dunia Hanya Pinjaman tu, wa rasa luorang pon paham sendiri la, kita bukan pinjam keseluruhan sebab yang kita pinjam pon sekadar untuk diri kita. Tak caya ? Cuba luorang sesuka je masuk rumah orang lain kat taman perumahan atau kat kampung luorang, buat cam rumah sendiri, makan tido pakai semua kat situ, kalo luorang tak kena pelangkong ngan tuan rumah dah kira mujur bebenar .. sebab mungkin tuan rumah tu tahap wali. Tapi yang paling dekat ngan realiti, luorang akan bermalam kat lokap sebab menceroboh. Cuba fikir, kalo gitu je dah tak boleh , cemana luorang nak klaim sampai planet Zebbulun tu pon nak jadi hakmilik ? Mungkin wad psikiatri adalah tempat yang paling layak untuk fikiran gitu.. kah kah kah

Actually ni mungkin siri pertama dalam The Act Of Zebbulun . Wa nak ganti Karam Singh Walia yang tak abih abih ngan phrasing yang buat wa rasa nak nyuruk bawah meja . Banyak wording dia buat professor bahasa terpaksa mendaftar masuk ke kelas pemulihan .. kah kah kah .. luorang penah nengok burung kakak tua bagi salam ? paham paham sendiri dah le . So .. kalo luorang terpesona nak tau .. jap wa nak tiru cara Pak Nil .. bebuat muka chumel boyish gitu .. TUNGGU ~!!! 

Hint yang wa boleh bagi , para penduduk Planet Of Zebbulun ni rasa dia tak tertakluk ngan undang undang pemilik dunia ni, dia rasa Zebbulun ni tak termasuk dalam daftar cakerawala atau kalo luorang belajar sains ianya bernama Galaksi.. bukannya Galaksi Rock N Roller Kotaraya, tempat wa lepak masa memonteng dari skolah tahun 80an dulu .. kah kah kah.

Penduduk penduduk Zebbulun suka memperlecehkan sistem yang azali, suka berlagak suci mengalahkan wali, suka membohong tipu situ sana sini, suka kelentong pakcik makcik kat kampung, suka cakap makhluk yang macam diowang pantang dicabar .. tapi tau lak menikus bila diherdik makhluk dari planet Zalastra (ni lagi satu .. kat planet ni .. ketua dia berlakon porno .. kah kah kah) .. dapat tangkap ke idak ni ? adoih penat le cenggini .. ahhh .. wa nak gi kedai mamak jap .. nak beli roti canai ngan nasik lemak lauk kambing.. perghh..

Ok .. doakan wa mencapai cita cita wa untuk jadi angkasawan yang berjaya .. bukan orang sawan yang bergaya .. kah kah kah . Susah woo nak bernafas kat sana sebab wa dengar owang sana hidup bukan ngan bernafas pakai udara ... tapi pakai kabel optik bawah tanah sebesar peha denaso .. kah kah kah .. Cheers~!!

Nota : Untuk Sessi Pengenalan Sahaja ..Boleh Refer Salah Satu Entiti Kat Planet Ni
Makhluk 3, Makhluk 2 , Makhluk 1 

Sunday, April 22, 2012

Kalau Betul ..Coca Cola Memang Sangat Kurang Ajar


Kalo sebelum ni wa ada buat entri pasal Coke yang dikatakan mengandungi alkohol dalam resepi pembuatannya -> Rujuk - Gempar - Coke Ada Alkohol ?? - Mesti Baca ,  kali ni syarikat ni mungkin dah upgrade dia punya tahap bedebah ke satu aras yang lebih tinggi..



Orang tengah sujud digambarkan bebetul macam botol coke dengan semua pelaku mengenakan ketayap yang bertulis jenama tersebut.

Sehingga entri ni di tulis, belum ada pengesahan dari mana mana pihak jika gambar ini adalah mangsa photoshop ataupun memang benar benar berlaku. Tapi samada photoshop atau tidak, amat malang bagi ummat Islam sedunia apabila ibadah solat dipermainkan begitu rupa. Kalo nak buat promo pon agak agak la .. shilake

Saturday, April 21, 2012

Eiii Bersihnya Daftar SPR ...



Satu Pembodohan Secara Terang Terangan Oleh SPR

Tiada negara lain yang lebih bersih dari Malaysia dan Malaysia mempunyai daftar pemilih paling bersih di dunia. Dunia mana ? Dunia Jam 10 ? 

Pertama : Kenyataan ini merupakan kata kata yang sangat bongkak dan penuh mimpi. Moh kita buat perbandingan dengan negara negara UK

In United Kingdom, a so-called annual canvass form is sent to every house. If ever there is a failure of completion of the form, or if there is a presentation of wrong information in the annual canvass form, a fine of a thousand pounds will be taken. However, because of the Representation Act of the People 2000, the revised version of the electoral roll is published every first of December annually. However, those names that are not included in the electoral roll still have a chance to be registered, since the register can be updated each month, provided that the dates are from January to September. In Australia, however, the list is compiled by the Australian Electoral Commission and enrolling in electoral rolls is compulsory for anyone who is eligible to vote. Local authorities are the ones responsible for obtaining the list of registered voters in Ireland. A draft register is being published every November after house to house inquiries have been done. 

Terjemahan bebas dari wa ..

Di UK, borang yang dipanggil Annual Canvass diedarkan ke setiap rumah. Jika terdapat sebarang kegagalan dalam melengkapkan borang, atau sebarang perlakuan memberi maklumat yang salah didalam borang Annual Canvass, denda sebanyak 1000 pound akan dikenakan. Bagaimanapun, disebabkan oleh Akta Representation Act Of The People 2000, senarai yang telah di semak akan di terbitkan setiap 1 Disember secara tahunan. Namun, jika terdapat nama yang tidak disenaraikan dalam daftar pemilih ianya masih boleh didaftarkan, memandangkan pendaftaran boleh dikemaskini setiap bulan dan berlangsung dari Januari sehingga September.

Di Australia pula bagaimanapun, senarai tersebut dikumpulkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Autralia dan pendaftaran untuk daftar pilihanraya adalah diwajibkan  keatas semua yang telah layak untuk mengundi.

Pihak Berkuasa Tempatan pula adalah badan yang dipertanggungjawabkan untuk senarai pengundi berdaftar di Ireland. Satu draf daftar pengundi akan diterbitkan setiap bulan November setelah satu kajiselidik dijalankan dari rumah ke rumah. 

==========================

Untuk meringkaskan entri, pada yang berminat boleh melanjutkan pembacaan kat link yang wa sertakan dibawah. Dekat situ luorang akan dapati betapa bezanya sistem yang diowang pakai berbanding dengan sistem yang terdapat kat Malaysia walopon kita sebumbung dibawah Commonwealth. (Di link UK Electoral juga luorang boleh dapat info tentang Ireland Utara, Scotland dan Wales).


Kedua : Apa asas perbandingan yang dibuat oleh TSAAMY dalam memperkatakan intergriti daftar pengundi SPR dengan negara lain ? Berapa banyak negara yang dijadikan panduan ? Apakah negara negara tersebut ? Zimbabwe ? Angola ? Burkina Faso ? Wa petik kata kata Mat Sabu masa ceramah ringkas countdown to Bersih 3.0 baru baru ni .. buat cerita bagi perabih .. jangan separuh jalan .. kah kah kah kah


Ketiga : Ok kita berbalik pada 'bersih'nya senarai pengundi yang ada kat Malaysia. TSAAMY sendiri pon pernah mengaku beberapa hari yg lalu bahawa daftar tersebut mengandungi lebih 40, 000 nama yang tidak dapat dipastikan samada mereka wujud atau sekadar pocong jadian. Rujuk - Memang Sah SPR Bangang~!! 

Dan ADUN Pandamaran, Ronnie Liu berkata, hampir separuh daripada pengundi baru didaftarkan oleh individu tidak dikenali di kawasan itu. Rujuk - Hantu Makin Banyak Kat Selangor

Kemudian, cemana boleh terdapat pengundi yang didaftarkan sebagai "Balai Polis Kerinchi" dalam daftar pemilih induk. ‘Balai Polis Kerinchi’ yang lahir pada 1983 menggunakan kad pengenalan polis RF161872 mengundi di lokaliti Balai Polis Travers dalam Daerah Mengundi Bangsar Baru. Rujuk - Balai Polis Kerinchi

Seterusnya, wujud pengundi berganda pada satu-satu alamat. Pengundi berganda ini mencakupi 354 alamat yang senarai pengundi pada satu-satu alamat itu di antara 100 hingga 1000 orang. Jumlahnya amat besar sehingga mencapai 79,098 pengundi seluruh negara. Rujuk - Formula Terengganu

Nota : Sekadar menyebutkan beberapa contoh

Keempat : Pindaan “terburu-buru” Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 yang menyaksikan Parlimen bersidang hingga ke jam 3.22 pagi dalam usaha untuk meluluskan 8 pindaan yang bakal memberi keuntungan kepada kerajaan. Rujuk - Cenangau Daun Kari

Last But Not Least : TSAAMY dengan berlagaknya berkata yang tidak akan mengubah senarai yang sedia ada .. perghhh ... dah macam authoritarian. Jumud sekaligus angkuh tapi bodoh. Adakah Daftar Pemilih tu memang dipatternkan sebagai suci dan bebas dari sebarang kecacatan ?

Secara keseluruhannya, kenyataan ini cuma senada je ngan Mat Monggol dan Mat Sembab apabila mengatakan Sistem Pembelajaran kita adalah yang terbaik di dunia. Menempel pada dunia tapi dunia menempelak kita .. sampai bila kita nak nengok je lakonan badut kelas ketiga ni ? ..adoih .. bosannnnnn

Jawapannya .. Moh beramai ramai kita tunjukkan yang kita tak rela jadi soh chai pada badut badut ini dengan turun ke dataran merdeka pada 28/4/2012 .. yieehaaa


TAGGED UNDER: , ,

Bicara Pak Samad : Tunku Abdul Rahman Cuma Penyambut Kemerdekaan Dan Bukan Pejuang

Nota : Entri bertarikh 15 Sep 2011 dari Merdeka Review. Wa re-publish kerana bicara Pak Samad bukan sekadar ocehan dan omelan kosong. Bicara beliau bicara berisi, mempunyai substansi, diiringi fakta, khas kedudukannya sebagai sasterawan terulung negara. 

Entri ini akan kekal relevan selagimana Pekembar atau nama dayusnya umno, terus mendabik dada bahawa merekalah pejuang kemerdekaan negara dan penyelamat kepada kelangsungan bangsa.

========================

"Saya tidak fikir Tunku Abdul Rahman ini pejuang, sebab sebelum itu kita dengar Mat Kilau, Mat Indera, (Ahmad) Boestamam, Ishak Haji Muhammad dan sebagainya.  Ini memang orang-orang yang berjuang.  Dan inilah orang-orangnya yang kita namakan pejuang.  Sedang bagi saya, Tunku Abdul Rahman bukan orang berjuang.  Dia menyambut.  Dia adalah orang yang disetujui oleh Inggeris untuk menyambut kemerdekaan."

"...Dan penyambut kemerdekaannya, orang yang dirasakan oleh British, orang yang boleh jaga kepentingan yang ditinggalkannya."

Demikianlah kata-kata Sasterawan Negara, A.Samad Said dalam satu forum berjudul "Milik siapakah kemerdekaan ini?" di bangunan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, semalam (15 Sep 2011 - Karmic).  Beliau yang pernah bekerja dengan Ahmad Boestamam, mengisahkan pengalamannya kepada kira-kira 50 orang hadirin, bagaimana Ahmad Boestamam dipanggil untuk berunding dengan Burhanuddin Al-Helmy dan Tunku Abdul Rahman, berhubung "bagaimana kemerdekaan itu harus disambut".

A.Samad Said, atau lebih dikenali sebagai Pak Samad, pernah bekerja di akhbar Fikiran Rakyat, di bawah pimpinan Ahmad Boestamam.  Beliau pernah mengikut Ahmad Boestamam ke bangunan di mana perbincangan tersebut berlangsung, dan beliau dimaklumkan bahawa

"British bersedia menyerahkan kemerdekaan ini, tapi perlulah diberikan kepada orang yang munasabah."

"Waktu itu, tentulah, orang yang munasabah, Tunku Abdul Rahman," katanya, yang mendakwa bahawa Tunku bekerja dengan British.  Menurut beliau, British tidak berunding dengan "kelompok Boestamam, Ishak Hj Muhammad, Burhanuddin" kerana dirasakan tidak akan menjaga kepentingan British, meskipun badan yang dipimpini tokoh-tokoh tersebut ditubuhkan lebih awal daripada UMNO.

"Kita bermula dengan orang-orang yang berjuang menentang British, yang mendapat hasilnya ialah orang-orang yang bekerja dengan British," 

simpulnya di akhir ucapan beliau.  Malah, ketika wartawan cuba mengesahkan kenyataannya itu selepas forum berlangsung, beliau mengulangi bahawa "Tunku bukan pejuang, tetapi penyambut kemerdekaan"; bahkan beliau sempat berseloroh dengan wartawan, bahawa istilah "kemerdekaan" pada gelaran "Bapa Kemerdekaan" yang diberikan kepada Tunku mungkin perlu digugurkan, kerana menurut Dr.Zainal Kling, negara kita tidak pernah dijajah.

Kuasa diwarisi oleh golongan bangsawan

"Dan sejak itu, berterus-terusan kita sebenarnya dijajah, atau (guna istilah) diperintahlah, agar lebih manis (didengar), diperintah oleh kelompok yang menyambut kemerdekaan.  Dan kelompok ini datangnya daripada golongan bangsawan, selama 54 tahun."

Pak Samad menganggap kesemua Perdana Menteri Malaysia adalah daripada golongan bangsawan, termasuk Mahathir Mohamad yang mendapat gelaran "Tun" kemudiannya.

"Negara ini tidak pernah diperintah oleh orang yang berjuang untuk kemerdekaan," tegasnya.  Untuk beliau, golongan bangsawan tidak dapat merasakan apa yang dirasakan oleh rakyat biasa, kerana "orang-orang ini mendapat kemewahan daripada awal, mendapat pendidikan percuma daripada awal, mendapat kedudukan daripada awal, mendapat keistimewaan daripada awal..."

"Saya dapat faham kalau orang Cina merasakan, dan saya juga dapat faham kalau orang India merasakan... Tapi akhirnya saya juga merasakan, bahawasanya betul orang Melayu mempunyai keistimewaan, tetapi keistimewaan kelompok atas saja.  Rakyat lain...hampir sama saja," katanya.

Pak Samad berkata, keadaan sedemikian menimbulkan rasa ketidaksenangan, maka adalah mudah untuk mereka yang berada di atas untuk memainkan perasaan perkauman, agar tempat mereka dikekalkan.  Beliau pernah diajukan soalan sama ada dirinya berasa terancam sebagai Melayu di negara ini, dan jawapannya tidak, kerana sejak merdeka, jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, kebanyakan jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri disandang oleh Melayu.  Seandainya Melayu merasakan dirinya terancam, maka ia bererti pemimpin kita gagal, jelasnya.

Sumber - Merdeka Review

TAGGED UNDER: ,

Wahai Mufti Pahang, Dato' Cerita Apa Ni ??

Sumber : Malaysiakini

Mufti ni samada beliau memang play safe atau pon mungkin dia tidak berapa peka tentang perkembangan isu semasa lantaran kurang sumber maklumat.

Maklum, dalam apa keadaan pon, hutang tetap kena bayar. Even pada era Rasulullah S.A.W, ada satu kisah masyhur bilamana beliau ketika itu berhutang dengan seorang dari kaum yahudi dimana orang yahudi tersebut meminta bayaran hutang dari Rasulullah SAW dengan cara biadap sehingga mendatangkan kemarahan pada Umar Al Khattab yang ketika itu ada bersama. Walaupun methode yang digunakan oleh yahudi itu dalam meminta hutang tidak wajar, namun apa kata Rasulullah SAW ?

"Wahai Umar, saya dan dia,mempunyai urusan yang lebih layak.Biarlah kami berdua yang menyelesaikannya dan janganlah kau mencampurinya. Sebaik-baiknya engkau suruh saya bayar hutang itu dengan baik dan suruh dia menuntut hutang dengan baik juga. Sebenarnya saya masih ada tiga hari lagi tempoh untuk membayar hutang tersebut".

Malah, Rasulullah SAW pula meminta Umar untuk membayar sebanyak 20 gantang gandum kepada yahudi tersebut sebagai balasan kerana Umar telah telah berlaku kasar. 

Wa tak berniat untuk menyentuh lebih dalam tentang hal kewajiban untuk membayar hutang tapi luorang boleh refer pada topik Perihal Hutang dan Hutang Galak Kekufuran terus dari sumber.

So, memang terang dan jelas perkara berkenaan hutang seperti yang dimaksudkan secara verbal oleh tok Mufti Pahang dalam isu ni.. takde dakwa dakwi .. takde pertikaian.

Tapi masalahnya wahai Tok Mufti, soal PTPTN yang dibangkitkan oleh mahasiswa baru baru ni, BUKAN SOAL TAK NAK BAYAR HUTANG !!! .

Terang macam matahari tegak pukul 12 tengahari yang permasalahannya adalah untuk menghapuskan rantai PTPTN yang membelenggu mahasiswa. Hutang hutang yang dibebankan kepada mereka dicadangkan akan diambil alih oleh kerajaan dengan mengambilkira kesesuaian yang diperlukan dalam satu satu masa sebagaimana yang telah dilakukan oleh kerajaan yang sedia ada dalam usaha bailout syarikat syarikat mega (kroni) untuk menyelamatkannya dari jahanam. 

Rujuk : 
Penghapusan hutang Tajuddin Ramli secara pukal (rujuk lampiran kat bawah)




Wahai Tok Mufti, isunya jauh dari tajuk enggan membayar hutang. Tapi lebih menjurus kepada pengurusan yang mempunyai tingkat akauntabiliti yang cemerlang dan dapat pula membantu pelajar pelajar ini untuk melunaskan hutang hutang terbabit.

Sebagai orang yang mempunyai ranking tertinggi dalam urusan agama, sudah pasti Tok Mufti sendiri tahu yang para pelajar ini (khas yang beragama Islam) adalah mereka mereka yang tergolong dalam asnaf Fisabilillah dalam menuntut ilmu dan layak sekiranya dianugerahkan 1/8 dari kutipan zakat kepada golongan ini.. tapi itu cerita lain.

Setelah dari pelupusan tersebut, peringkat seterusnya, mungkin ada pelajar yang layak diberikan biasiswa terutamanya mereka yang mempunyai kecemerlangan akademik dan datang dari keluarga yang kurang kemampuan, sementara selain dari itu pula dicadangkan untuk diberikan pinjaman tanpa faedah dan mesra peminjam. Itu yang jelas.

Harap Tok Mufti tidak terseret dalam kancah retorik yang cuba dibina oleh pihak pihak yang jaki dengan permintaan mahasiswa. Cukuplah dengan segala kebejatan yang telah dilakukan oleh pihak berwajib dan itu yang seharusnya ditegur oleh Tok Mufti. Jangan biarkan persepsi buruk keatas jabatan mufti tercipta hanya kerana untuk menjaga hati sebelah pihak .. itu yang wa sangat sangat harapkan.

Friday, April 20, 2012

Penentangan Bermula : DBKL Tolak Permohonan Bersih 3.0



Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak mengizinkan BERSIH menggunakan Dataran Merdeka untuk perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil yang dianjurkan mereka pada 28 April ini.

Jawatankuasa pemandu BERSIH Maria Chin Abdullah berkata, perkara itu dimaklumkan melalui surat kira-kira jam 11 pagi ini.

Dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, BERSIH turut membacakan kandungan surat itu kepada pemberita yang memberikan alasan Dataran Merdeka hanya boleh digunakan untuk acara "peringkat nasional" seperti sambutan Hari Kebangsaan dan hari Wilayah Persekutuan.

Menurut pengerusi bersama BERSIH Ambiga Sreenevasan, pihaknya mengutus surat kepada DBKL dan polis pada pagi Isnin.

DBKL sebelum ini menafikan menerima sebarang permohonan daripada gabungan NGO itu berhubung bantahan "duduk bantah" mereka. - Sumber - MalaysiaKini

=================================

Bangsat betul alasan yang dikeluarkan DBKL. Nampak sangat ianya tindakan saat akhir bila satu masa DBKL nafi dah terima permohonan, tetiba pagi ni diowang keluarkan surat tolak. Apakah permintaan untuk pilihanraya yang bersih bukan acara peringkat nasional ? Orang orang DBKL mengundi kat mana ? Yang pastinya bukan kat Zimbabwe ..


  • Apakah perhimpunan kereta merupakan satu acara peringkat kebangsaan ?
  • Adakah perhimpunan motor merupakan satu acara peringkat kebangsaan ?
  • Apakah Karnival Jom Heboh yang difatwakan haram tu satu acara nasional ??
  • Adakah Karnival Iktiraf tu dapat pengiktirafan nasional dari DBKL ?
  • Cemana lak konsert konsert yang berlambak secara tahunan kat Dataran Merdeka ? Peringkat Nasional gak ke ?

Ini semua wayang, DBKL tak ada alasan sebenarnya untuk tolak permohonan Bersih 3.0. Jangan lupa, Di Kuala Lumpur hanya satu kerusi (Setiawangsa) yang dimenangi oleh BN. Selebihnya milik Pakatan Rakyat dan sudah sepatutnya DBKL lebih patuh kepada majoriti. 

Ahhh .. cerita banyak takde ... tolak atau tidak ... Bersih 3.0 tetap akan berhimpun .. yiehaaa~!!


© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top