Monday, May 21, 2012

Kenapa DBKL Beria Ia Untuk Mempromosikan Kebodohannya ??

Tajuk entri ni serius, sebab wa memang bebetul serius ketika menaip artikel yang serius ni. Luorang percaya ke tak yang wa serius neyh ? .. kah kah kah kah

Satu hari berlaku kejadian ragut di kawasan bandar, akhbar dah laporkan, berbagai kritikan dan komen hadir dari seluruh negara memperkatakan tentang kejadian malah si pelaku pon dah mengaku berbuat seperti yang diperkatakan.

3 hari kemudian, pihak yang datang menyiasat tempat berlakunya kes ragut tersebut tidak menjumpai apa apa aktiviti ragut atau kesan berlakunya kes ragut kat kawasan tersebut. Maka diisytiharkan kejadian ragut itu tidak berlaku dan tiada pendakwaan yang akan dilakukan.

Luorang yang ada akal sihat boleh ke terima kalau berita tu berbunyi macam tu ? 

Gitu gak le bila wa baca artikel yang tertulis kat bawah


Sumber: FMT

Menurut DBKL, berikutan dari komplen yang diterima pada 14 Mei, jabatan penguatkuasaan telah pergi menyiasat aduan dan mendapati tiada aktiviti perniagaan burger seperti yang dilaporkan.

Adoih .. dah datang berhari hari lepas tu memang le takde kedai burger dah. Apsal DBKL tak gi cek lepas raya haji tahun depan je.. Logik le skit weyh.

Lagi pon komplen tu sebab nak tanya kenapa DBKL tak amik tindakan.. bukan nak suruh DBKL gi cek .. hohohoho

Macam macam kelaku pelik le .. itu le yang wa kata .. jangan sesekali biarkan hidup anda tersampuk dengan parti saka.. boleh lemah akal diluar kawalan dan jadi bodoh melantun lantun.. kah kah kah kah

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

2 comments:

  1. memang lahanat pengampu umno ni

    ReplyDelete
  2. kahkahkah... DBKL patut gi check kat Dataran Merdeka esok... pastu isytihar yang 28/4 hari tu takde sebarang perhimpunan pun... kekeke

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top