Wednesday, March 7, 2012

TAGGED UNDER:

Tiang Seri Da Movie

Jangan tatap sebelum tidur .. kah kah kah
KULAIJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau yakin Johor akan terus mengekalkan kedudukannya sebagai "tiang seri" Umno dan kubu kuat Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-13 yang akan datang walaupun berhadapan dengan cabaran pembangkang. 

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden Umno berkata sentimen pengundi di Johor terhadap BN pada ketika ini sentiasa positif.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis jalinan mesra rakyat dan perasmian bangunan Pejabat Pelajaran Daerah Kulaijaya di Bandar Indrapura di sini yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman.

Sebelum itu, Muhyiddin yang dalam rangka lawatan sehari ke Johor, menghadiri mesyuarat tertutup dengan pemimpin Umno dan BN Johor. - BERNAMA



================


Wa teringat pesan arwah datuk wa masa rumah kat kampung masih dalam binaan asal , "Jangan tidur dekat tiang seri .. nanti kau ngigau .." Tapi wa cam biasa ah .. tak lut sebab 'kepala dalam ada batu banyak besar sudah duduk' .. di kontotkan cerita .. malam tu memang wa tak leh tido .. weyh .. luorang mesti fikir wa cerita tahyul ... kah kah kah ... tapi ini betul betul .. bukan cobaan .

Bila wa meningkat ensem dan beso panjang, baru le wa faham .. senibina tiang seri dalam alam melayu amat berkait rapat ngan alam mistik .. luorang search sendiri laaa pasal topik ni .. dah le korang nanti cop wa tahyul .. khurafat plak ... kah kah kah 

Tetiba hari ni .. si Almalikul Sembab sebut balik menda yg dah lama hilang dari kotak ingatan wa .. tiang seri .. perghhh ... seram siot ..

Kalo nak fikirkan secara teori quantum lapangan (perghh) ..
  • Tiang seri tu tempat puaka melepak 
  • Tiang seri tu tempat bagi jembalang makan
  • Tiang seri tu selalunya terdapat dalam binaan kayu so akan tetap reput
  • Tiang seri tu dah out dated 
  • Tiang seri tempat MB negeri yop la ni pasang ancak 
  • Tiang seri ada dalam cerita Tamar Jalis - Bercakap Dengan Jin

cuba luorang lapangkan fikiran pastu buat sifir mudah .. Tiang seri = Gerombolan ... kah kah kah 

p/s : weyh .. rumah kampung wa dah lama takde tiang seri ... sudah tukar la ... modernisasi le katakan .. kah kah kah 

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

2 comments:

  1. @Roslan Alan Thanks bro .. muncul dari kegelapan .. kah kah kah .. cam lagi kreator plak .. out of darkness

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top