Saturday, February 12, 2011

TAGGED UNDER: ,

Owh Valentine Yang Di Puja


Valentine Oh Valentine
Tetiap tahun kena refresh debudak nya mind
Buat apa le nak sanjung kepercayaan agama lain
Soal akidah ni bukan perkara memain

Dah berbuih ulama' dan ustaz dok hurai
Tapi menda yang tak boleh ni le depa suka try
Ada akal fikiran tapi semua tak leh pakai
Dek kerana satu hari ni, Iman boleh tergadai

Weyh .. sape ajar luorang sambut hari kekasih ?
Saje kot nak amik kesempatan sebab dapat meleseh
Lepas tu buat aksi depan public adegan leleh leleh
jebon betul la luorang dah macam beruk mat yeh
kah kah kah kah kah

Valentine memang takde dalam Islam
Menda senang gitu pon takkan susah nak faham
Nampak sangat jiwa luorang dah kelam
Sampai semua sambutan pon luorang nak taram

Yang terlibat bukan saja bebudak muda
Tua ganyut pon ada yang tak sedar diri sama
Itu le masalah bila pisah kehidupan ngan agama
Boleh ke idak .. dah tak tau nak beza

======================================

KUALA LUMPUR, 11 Feb: Pemuda PAS Pusat yakin melalui dialog tertutup mampu mengatasi masalah yang berkaitan dengan isu Hari Valentine.

Ketua Penerangannya, Suhaizan Kayat berkata demikian ekoran isu berkenaan semakin panas.

Semalam, katanya isu itu agak panas antara Pemuda PAS dengan Pemuda Gerakan dan DAPSY sementara hari ini antara Ustazah Siti Nor Bahiyah dengan Pemuda Majlis Gereja Malaysia.

Menurutnya, perkara itu berlaku kerana kurangnya dialog antara agama dalam negara ini.

“Saya mengajak semua pihak mari kita berdialog mengatasi masalah ini.

“Kita tidak boleh biarkan pertembungan ini tidak diurus dengan baik,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Tambahnya, Pemuda PAS bersedia menjadi sekretariat majlis dialog itu.

Beliau berkata, Pemuda PAS berpengalaman menjadi orang tengah dalam isu-isu pertembungan, contohnya mengatasi masalah isu Interlok sehingga sebahagian cadangan pihaknya telah diterima oleh Kementerian Pendidikan.

“Saya yakin dengan dialog tertutup mampu mengatasi masalah yang dihadapi,” ujarnya.

Sumber : HarakahDaily

======================================

Weyh .. makin lama makin banyak campo tangan agama oleh pihak luar

Sampai perkara dalaman pon diowang nak pertikai ..

Jangan tanya Kak Jat .. nanti dia kata individual sin

Jangan tanya Mek Masyitah .. nanti dia kata boleh .. kalo darurat

Jangan tanya anak Enche` Baharom .. nanti dia cakap .. kita kabinet tak kata apa

Jangan tanya mufti perak .. sebab dia sibuk ngan agenda melayu

Jangan tanya Bik Mama .. adoih .. jawapan dia nanti menusuk kalbu .. kah kah kah

Bih tu nak tanya sape ?

Kena tanya Soi Lek .. sebab gerombolan angguk bila dia bermadah

Kena tanya Che' Det .. sebab dia kata Kuan Yew tak paham Islam

Kena tanya Lien Hoe .. sebab dia kata demi kemesraan rakyat

Kena tanya Pemuda Gerakan .. sebab tak menghormati cuti tahun baru cina .. kah kah kah

Maka kebejatan moral akan meningkat selaras dengan kenaikan harga barang .. Viva Pok Jib n Bik Mama

About Karmic Wheel
The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

0 comments:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top