Thursday, February 10, 2011

TAGGED UNDER: ,

Senarai Sumbangan UMNO Atas Nama Melayu


Weyh , luorang baca tajuk .. Sumbang tu ada banyak maksud .. jangan terpedaya
Sumbang mungkin bermakna pemberian sebagai bantuan, penambahan atas kekurangan
Tapi UMNo langsung takde kena mengena ngan makna kat atas
Yang dimaksudkan sumbang untuk UMNo lebih kepada Kelakuan Sumbang
Macam Kera Sumbang Atau Sumbang Mahram
kah kah kah kah kah

Sumbangan Yang Pertama :
Melemahkan Institusi Raja Raja Melayu yang menjadi simbol Ketuanan Melayu .
Orang melayu memang kaum yang setia .. takut ngan perkataan derhaka
Tapi UMNo pinda perlembagaan dan segala akta secara bawah meja
Kemudian berlagak tak berlaku apa apa .. padahal memacam dah dipinda
Lepas tu dalam hal raja raja .. tetiba dia ngaku juara .. apakebenda
kah kah kah kah kah 

Sumbangan Yang Kedua :
Melemahkan Sistem Kehakiman Negara 
Diorang suh semua rakyat agar respek ngan undang undang
Tapi ramai yang dah tahu .. mahkamah dah jadi macam kandang
Hakim gula Hacks, semua perkara pon tak relevan memanjang
Tapi untuk grup gerombolan .. bukti semua main 'terlepas pandang'
kah kah kah kah kah

Sumbangan Yang Ketiga :
Menarik Balik Royalti Minyak Terengganu
Kita tahu kat Terengganu majoritinya berbangsa Melayu
Tapi dek kerana kalah kat situ, depa pon mula buat merapu
Royalti tukar jadi Wang Ehsan, terang terang depa nak menipu
Padahal rakyat tak dapat hasil , semua kaum depa yang sapu
kah kah kah kah kah

Sumbangan Yang Keempat :
Memperkenalkan PPSMI, Menghapuskan Bahasa Melayu 
Kita semua dah faham kalimah ' Bahasa Jiwa Bangsa'
Malah Bahasa Melayu jadi Bahasa Kebangsaan Negara
Alih alih PPSMI diperkenal, konon untuk ikut standard dunia
weyh .. apa luorang tak pernah nengok ka Perancis, Jepun dan Korea ?
kah kah kah kah kah 

Sumbangan Yang Kelima :
Menarik Peruntukan Geran Untuk Sekolah Agama Rakyat 
Yang ni memang dah dapat dijangka dari mula
Sebab depa ni memang dah lama berbulu ngan ulama
Diowang lagi suka kalo rakyat tak paham ngan agama
Senang nak buat honar .. sebab takde sapa yang akan kata
kah kah kah kah kah

Sumbangan Ke Enam :
Mengurangkan Peluang Pelajar Melayu Dengan Meritokrasi
Udah le buat sistem PPSMI yang mencelarukan pemikiran
Skang ni plak sistem meritokrasi plak yang depa perkenalkan
Makin susah anak bangsa dengan sistem pembelajaran
Ditambah dengan ukuran pencapaian yang bukan bukan, huh .. setan
kah kah kah kah kah

Sumbangan Ke Tujuh :
Memperkenalkan PTPTN Menggantikan Biasiswa
Adeih .. ni lagi satu hal nak menanggung
Lepas belajar bukan senang nak cari kerja kosong
PTPTN bukan tak paham tapi bebuat bengong
Kejar peminjam dah serupa macam Ah Long
kah kah kah kah kah

Sumbangan Ke Lapan
Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya 2002
Demi mengekalkan kuasa, sempadan disemak
Abih kawasan majoriti melayu dah jadi rojak
Konon nak naikkan intergrasi perlbagai pihak
Padahal sebab kerusi BN makin tak banyak
kah kah kah kah kah

Sumbangan Ke Sembilan
Menafikan Hak Rakyat Kelantan 
Weyh .. ni lagi satu negeri majoriti Melayu
Apa yang gerombolan dengki sangat ngan orang kat situ
Dari awal dulu peruntukan negeri saja bebuat beku
Royalti Minyak pon depa nak sapu .. adoih .. bebetul penipu
kah kah kah kah kah

Sumbangan Ke Sepuluh 
Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan
Kementerian ni diasaskan untuk membantu peniaga melayu
Tolong dari segi modal dan kepakaran sekadar yang perlu
Alih alih dibubarkan .. terpinga pinga usahawan .. what to do
Tu baru kena gertak ngan MCA pasal dasar ekonomi baru
kah kah kah kah kah 

errmmm wa rasa yang wa petik 10 perkara  ni pun sudahlah
kalo nak ikutkan . beratus ratus isu yang memang haramjadah
pembunuhan, rogol, gejala sosial .. dan penagihan dadah
UMNO pekak badak .. asik pikir nak mentekedarah

Ikut kata Harussani .. beribu ribu orang Islam dah murtad
Kalo ikutkan .. memang dah semakin ramai yang lupa ibadat
Halal dan haram .. semua boleh .. dok pakai sumbat
Apa idaknya .. mek masyitah kata .. boleh .. kalau dah darurat
kah kah kah kah kah 


Apa nak buat .. UMNO tetap dengan perangai karat ..
Bebuat kekonon alim .. tapi perangai cam musibat
Tak pernah kisah pon kalo bangsa sendiri merempat
Menempek kat kulit rakyat .. macam lintah darat
kah kah kah kah kah 

Bak kata Usman Awang 
Bangsaku sedar mereka tersemu
Anak diletakkan .. beruk ditamu 

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

1 comment:

  1. nak komen tokleh dah boh...betoi2 belako dah tu...sumbangan ikhlas dari be-end@barang naik...ptuuuuiiii!

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top