Foto foto ini adalah gambaran detik mencemaskan yang terjadi di Wilayah Zhanjiang apabila seorang wanita cuba untuk membunuh diri dengan terjun dari sebuah bangunan setinggi 9 tingkat namun berjaya diselamatkan oleh orang ramai termasuk dikalangan keluarga terdekat.
Anak perempuan beliau dibawa untuk memujuknya dari meneruskan hasrat membunuh diri |
Mereka berjaya menghampiri wanita tersebut dan mencapai kakinya sebelum sempat wanita itu terjun |
Wanita itu akhirnya berjaya diselamatkan |
Pekerja penyelamat telah dihubungi apabila seorang wanita yang hanya dikenali sebagai Sheng, telah terlihat sedang berada diatas bumbung sebuah bangunan berketinggian hampir 100 kaki.
Usaha para penyelamat dengan menggunakan anak perempuan wanita tersebut untuk memujuknya berhasil apabila mereka dapat menghampiri wanita tersebut dan mencapai kakinya untuk menghalang beliau dari melakukan terjunan.
Bagaimanapun, alasan atas tindakan nekad wanita tersebut untuk membunuh diri akhirnya diketahui apabila beliau sesudah itu mengaku telah menamatkan riwayat anak saudaranya dengan cara mencampakkan kanak kanak malang itu dari atas bumbung yang sama satu jam sebelum itu.
Sheng, sebelum kejadian itu mengakui bahawa beliau telah terbabit dalam pertengkaran dengan iparnya iaitu ibu kepada anak tersebut, dan telah membunuh kanak kanak tersebut dengan cara menghumbannya dari atas bangunan itu sebagai membalas rasa sakit hatinya.
Jurucakap polis tempatan melaporkan "Wanita itu mengaku bahawa beliau telah mencampak anak saudaranya dari atas bangunan itu". Dalam laporan yang sama kepada media beliau berkata "Biarpun dapat diselamatkan, wanita itu tetap akan menemui ajalnya namun kali ini dihujung senapang skuad penembak" ujarnya kesal.
Fakta:
Negara China adalah merupakan negara yang mencatatkan kadar bunuh diri antara yang tertinggi didunia dan berada di tempat ke 9 dalam senarai World Health Organisation (WHO).
Dengan kadar kes bunuh diri yang dicatatkan pada 2010 sebanyak 22.23 bagi setiap 100, 000 penduduk, China berada dibelakang negara Latvia, Kazakhstan dan Korea Selatan. Bagaimanapun jumlah kematiannya lebih besar dari mana mana negara berdasarkan jumlah populasi negara tersebut. Jika kadar tersebut dinisbahkan dengan penduduk negara China yang berjumlah lebih 1 bilion orang, maka penduduk yang terlibat dengan perbuatan membunuh diri ini sudah melebihi jumlah 223, 000 orang pada tahun 2010 sahaja.
WHO juga menambah, senarai mereka juga hanya berpandukan statistik yang dikeluarkan secara rasmi yang hanya bergantung pada laporan oleh pihak berkuasa Republik Rakyat China. Mungkin jumlah sebenarnya lebih besar dari yang dilaporkan.
Tahun lepas, Jurucakap Biro Kesihatan Beijing, Mao Yu, melaporkan terdapat lebih dari 2 juta kes cubaan membunuh diri yang dilaporkan setiap tahun dan perbuatan bunuh diri ini adalah pembunuh terbesar bagi rakyatnya yang berusia antara 15 ke 34 tahun.
0 comments:
Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah