Friday, August 24, 2012

TAGGED UNDER: ,

Mampukah Universiti Malaya Melonjakkan Kedudukannya ??




Mampukah Universiti Malaya melonjak dari kedudukannya dalam QS World University Rankings 2012 yang akan diumumkan dalam 20 hari lagi?

Dalam sambutan seratus tahun Universiti Malaya dalam bulan Jun 2005, Timbalan Perdana Menteri pada masa itu Datuk Seri Najib Razak telah mencabar Universiti Malaya untuk melonjakkan kedudukannya diantara 100 universiti terbaik dunia dalam dalam ranking THES-QS (Times Higher Education Supplement-Quacquarelli Symonds) dari tangga 89 pada tahun 2004 ke 50 menjelang 2020.

Malangnya, daripada menyahut cabaran Najib dengan menambah baik ranking THES, universiti terulung ini menjunam pada tahun 2005 dan 2006 dengan kedudukan ditangga 169 dan 192 masing-masing, dan pada tahun 2007 dan 2008 terkeluar daripada senarai 200 universiti terbaik dunia sekaligus. Dalam 2009, Universiti Malaya telah muncul semula dalam senarai 200 universiti terbaik dunia pada tangga 180 tetapi pada 2010, ia menjunam semula daripada senarai 200 universiti terbaik dunia apabila menduduki tangga 207.

Bagi ranking QS 200 universiti terbaik dunia tahun 2011, Universiti Malaya muncul kembali dalam senarai 200 universiti terbaik dunia pada kedudukan ke-167.

Dalam ranking Universiti Dunia THES-QS tahun 2009, Universiti Malaya melonjakkan kedudukannya sebanyak 50 tempat dari kedudukan 230pada tahun 2008 kepada 180 dalam 2009; sementara dalam ranking Universiti Dunia QS 2011, Universiti Malaya meningkat kedudukannya dari tangga 207 pada 2010kepada 167 dalam 2011.

Ranking Universiti Dunia QS 2012 akan diumumkan dalam 20 hari lagi. Mampukah Universiti Malaya melonjak dari kedudukannya seperti dalam tahun 2009 dan 2011 untuk kembali mengukir nama sebagai yang tergolong dalam senarai 100 universiti terbaik sebelum 2015?

Disamping cabaran Najib untuk Universiti Malaya mengukir nama diantara 50 univerisiti terbaik dunia menjelang 2020, kerajaan telah mengumumkan juga seruan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara supaya sekurang-kurangnya tiga universiti dari Malaysia mendapat ranking diantara 100 universiti terbaik dunia.

Baru-baru ini, lima universiti tempatan dimasukkan dalam ranking Universiti Terbaik Dunia dalam U.S News dalam 100 Universiti Asia Terbaik tetapi ini bukanlah sesuatu yang patut dibanggakan.

Universiti Terbaik Dunia dalam U.S News sebenarnya berdasarkan ranking QS 300 Universiti Asia Terbaik 2012 pada 30 Mei tahun ini, yang menggambarkan bahawa walaupun Universiti Malaya telah meningkatkan kedudukannya secara keseluruhan berbanding dengan ranking 2011, kebanyakan universiti dari malaysia menunjukkan penurunan ranking berbanding 2011.

Sebaliknya, Universiti Singapura (yang setanding taraf antarabangsa dengan Universiti Malaya 45 tahun yang lalu) menduduki tangga kedua dalam Universiti Asia Terbaik sementara Universiti Teknologi Nanyang (NTU) menduduki tangga ke-17 – jauh dihadapan daripada kedudukan Universiti Malaya.

Negara Asia yang lain mula muncul dan tampil kehadapan dalam rancangan pengajian tinggi dan penting agar negara Malaysia tidak ketinggalan.

Berikut adalah analisis ranking QS Universiti Asia:

QS University Rankings: Asia konsisten dengan Universiti Sains Dan Teknologi Hong Kong yang berumur 21 tahun yang mendahului senarai universiti terbaik dua tahun berturut-turut dihadapan Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) dan Universiti Hong Kong.

Universiti dalam kedudukan 10 tangga teratas amnya adalah universiti yang ‘muda’ – dalam lingkungan purata 77.5 tahun berbanding dengan 338.6 bagi ranking dunia yang memberi indikasi rantau Asia yang dinamik.

Pelaburan negara Cina terhadap universiti terus menyumbang kepada dividen, dengan sembilan daripada 10 universiti berganjak keatas, termasuklah Universiti Peking, yang telah melangkah Universiti Tokyo untuk kali pertama – dengan mencerminkan negara China memotong negara Jepun dalam aspek GDP.

10 Universiti teratas negara Jepun pada masa yang sama walaupun tidak tersenarai, merupakan penjana minda pusat pengajian tinggi yang digeruni dalam rantau mahupun dunia.

Dengan NUS mengambil tempat tangga kedua dan Universiti Teknologi Nanyang dalam tangga ke-17, negara Singapura melangkah kehadapan dengan polisi antarabangsa yang memberi faedah kepada kedua-dua universiti tersebut. Dengan tujuh institusi pengajian tinggi dalam ranking dimana 4 dalam 15 universiti teratas, bandaraya Hong Kong dalam Asia juga mengukuhkan kedudukannya.

Prestasi Korea Selatan juga boleh dikagumi. Pelaburan yang memberangsangkan terhadap jurusan pendidikan dan kajian telah berjaya dengan 15 universiti Korea yang menambah baik kedudukan mereka yang didahului Universiti Kebangsaan Seoul, dari tangga 6 ke 4. Sebanyak 55 universiti Korea mempunyai kedudukan 300 teratas – yang hanay dipegang oleh Jepun dan Cina.

Selain negara-negara ini, India sekali lagi menunjukkan prestasi yang kurang memuaskan, hanya dengan 11 universiti dalam ranking, yang kebanyakannya pelbagai Institut Teknologi India. Internalisasi merupakan penyumbang utama kepada keadaan ini. Filipina juga tidak memuaskan dengan semua universitinya tiada dalam senarai dengan potongan bajet.

Taiwan pula telah menambah bilangan universiti dalam senarai 200 universiti terbaik sebanyak 19. Dan lebih mengagumkan, Universiti Kebangsaan Taiwan telah menempah tempat dalam 20 universiti terbaik.

Kedudukan Malaysia bercampur-campur dengan kenaikan Universiti Malaya kepada tangga 35 yang diimbangi dengan penurunan dari tangga 9 diantara 15 ranking universiti. Negara Thai juga tidak tersenarai dengan kurang dua universiti (12).

Dimana kedudukan universiti-universiti di Malaysia terutama sekali Universiti Malaya dalam ranking Universiti Dunia QS 2012 yang akan diumumkan dalam 20 hari ini?

* Oleh Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor
* Rujuk juga entri sebelum ini : Senarai Kedudukan IPT : U Kita Di Mana ?

About Karmic Wheel
The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

0 comments:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top