Monday, September 3, 2012

Pindaan Terhadap Kes 3.0, Azmin Ali Selar Tindakan Mahkamah


KUALA LUMPUR 3 Sept. - Tindakan meminda pertuduhan berulangkali berkaitan kes melibatkan insiden BERSIH 3.0 terhadap 3 Pemimpin PKR termasuklah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali membuktikan institusi perundangan Negara yang agak lemah.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menjelaskan, pihak pendakwaraya dilihat tidak sanggup berdepan dengan peguambela dalam membicarakan kes yang dibangkitkan dari pihak mereka sendiri.

"Pagi ini amat mendukacitakan kerana pihak pendakwaraya masih lagi menggunakan ruang pada pagi ini untuk meminda pertuduhan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim, saya dan Cikgu Badrul dan ini membuktikan kelemahan Jabatan Peguam Negara dalam menyiapkan kes ini dan terpaksa meminda pertuduhan berulang kali dan ini juga membuktikan pertuduhan ini terlalu lemah dan saya yakin barisan peguam yang akan mempertahankan dan membela tertuduh dan Insyallah sekali lagi kita akan dibebaskan dari pertuduhan yang berbaur politik ini. Ini satu pertuduhan politik yang diguna Perdana Menteri untuk tutup ruang demokrasi," katanya kepada pemberita selepas perbicaraan kes di sini hari ini.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama dengan Timbalan Presiden, Azmin Ali dan bekas ahli majlis pimpinan pusat, Badrul Hisham Shaharin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan mengambil bahagian dalam protes jalanan merujuk kepada Perhimpunan BERSIH 3.0  di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Dalam pada itu, Peguam yang mewakili tertuduh Karpal Singh hari ini mahukan pendengarannya dilakukan di Mahkamah Tinggi ekoran kes bawah Seksyen 4(1)(c) PAA itu berkaitan kebebasan berhimpun yang digariskan dalam Perkara 10 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Pihak pendakwaan diketuai Abdul Wahab Mohamad dan dibantu oleh Mohd Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd Yusof.

Mahkamah menetapkan 13 September untuk mendengar bantahan pasukan pendakwaan untuk terhadap permohonan memindahkan kes tersebut.

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

0 comments:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top