Saturday, June 23, 2012

TAGGED UNDER: ,

IPTA Jadi Tempat Penyuburan Budaya Asing ??


Wa tak pasti apa angin bangang yang dah masuk dalam kepala Pi Em Malaysia bila dia cakap debat bukan budaya kita. 

kalau macam tu, Najib kena  gesa supaya seluruh IPTA membatalkan semua program debat yang diadakan saban tahun kerana ia bertentangan dengan budaya kalau ikut acuan pemikiran beliau.

Debat IPTA plak bukan main.. guna perkataan Debat Di Raja .. jadi kalau bukan budaya kita, perkataan Di Raja itu sendiri merupakan penghinaan kepada institusi Raja .. sebab mempromosikan budaya asing yang bukan kepunyaan kita ... 

Apa punya bodoh laa kenyataan yang dia keluarkan. Dah berapa banyak dah kenyataan hamlau yang keluar dari mulut sang desperado ni. Takut debat cakap je la terus terang.. tak payah le cari jalan korner sana sini.

=====================


Pertandingan Debat DiRaja adalah merupakan pertandingan debat antara IPT Malaysia yang bermula sejak tahun 1995 dan dikawalselia oleh Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM). Antara objektif yang ingin dicapai dari pertandingan debat ialah:

  • Menjadikan Pertandingan Debat DiRaja antara Universiti-Universiti Awam Malaysia sebagai pertandingan perdebatan yang terunggul di Malaysia.
  • Memperkenalkan dan menerapkan budaya perdebatan dan pengucapan awam yang sihat di kalangan para mahasiswa IPTA.
  • Menerapkan nilai dan sikap positif dari segi intelek, akademik dan perdebatan di kalangan mahasiswa IPTA.
  • Merapatkan ikatan kerjasama di kalangan pendebat di Universiti-Universiti tempatan.
  • Menyemai semangat dan budaya membaca aras tinggi di kalangan pelajar agar lebih berpengetahuan tentang perkembangan semasa di Malaysia dan antarabangsa.
  • Meningkatkan keupayaan berfikir secara kritis dan analitikal dalam kalangan mahasiswa tentang isu-isu semasa berasaskan tradisi argumentasi, perbincangan perbahasaan, kajian dan penganalisaan fakta boleh dipertanggungjawabkan.

=====================

Nota : 


Weyh Najib, apsal lu tak kasi warning ngan acara tu kalau ia bukan berasal dari budaya kita? Takkan lu nak biarkan debudak sekolah pon diracuni dengan budaya luar ?? Piala Perdana Menteri plak tu .. sanngup kah jawatan lu tu dipromosikan untuk satu budaya luar ? kah kah kah kah 

Tapi apa nak heran.. Najib ni memang datang dari keluarga bangsawan. Sebagai seorang yang terbiasa mempunyai status quo yang tinggi, mana de dia nak berdebat .. sebab apa yang dia tahu .. orang akan sentiasa kena ikut cakap dia .. pigii dahh


The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

0 comments:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top