Wednesday, June 20, 2012

TAGGED UNDER: ,

Lawak Gunting Rambut



Satu hari seorang penggubah bunga telah pergi ke kedai gunting rambut untuk memotong rambutnya. Setelah selesai, dan ketika beliau ingin membayar, si tukang gunting telah berkata "Saya tidak boleh menerima bayaran kerana saya sedang menjalankan khidmat masyarakat secara percuma selama seminggu". Si penggubah bunga berasa kagum lalu meninggalkan kedai tersebut. Pagi berikutnya apabila si tukang gunting ingin membuka kedainya, beliau menemukan sebuah kad ucapan 'terima kasih' dan sejambak bunga ros diletakkan didepan pintunya.

Kemudian, seorang anggota polis datang untuk memotong rambut, dan apabila beliau hendak membuat pembayaran, sekali lagi si tukang gunting mengatakan "Saya tidak boleh menerima bayaran kerana saya sedang menjalankan khidmat masyarakat secara percuma selama seminggu". Polis tersebut berasa gembira dan berlalu pergi. Keesokannya, sekali lagi si tukang gunting mendapati ada sebuah kad ucapan 'terima kasih' dan sedozen donut didepan pintu kedainya.

Kemudian, datang seorang ahli politik ke kedainya untuk memotong rambut. Apabila selesai dan ingin membayar, jawapan dari si tukang rambut tetap sama "Saya tidak boleh menerima bayaran kerana saya sedang menjalankan khidmat masyarakat secara percuma selama seminggu". Ahli politik itu berasa sangat gembira ketika meninggalkan kedai tersebut. Menariknya, apabila si tukang rambut bersedia untuk memulakan tugasnya pada keesokan hari, disana telah terdapat berderet deret ahli politik yang sedang beratur untuk menggunting rambut secara percuma .. kah kah kah

Dan cerita ni walaupun lawak, namun dapat menggambarkan apa yang tersirat dalam realiti membezakan masyarakat kat negara kita dan ahli politik yang menerajuinya.


The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

0 comments:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top