Tuesday, July 10, 2012

TAGGED UNDER: ,

Amuk Di Putrajaya : Cemana Kalau Si Pelaku Ahli UMNO?

Foto Cilok Dari King Jason

Sebetulnya wa taknak turut serta dalam memperkatakan tentang peristiwa amukan yang telah berlaku di JPM petang semalam. Apatahlagi setelah mendengar berita pelakunya cedera parah dan akhirnya menemui ajal semasa dalam perjalanan ke hospital.

Tapi bila wa nengokkan media media termasuk blog blog chai ameno tanpa jemu memutarbelitkan cerita seolah olah ingin meletakkan kesalahan atas PAS, wa terpanggil untuk turut mengetahui lebih lanjut tentang duduk perkara yang diperkatakan.

Well, utusan meloya mendahului ramalan bangsatnya dengan cuba melabelkan sipelaku ingin menumbangkan kerajaan. Hagak hagak le weyh .. tumbangkan kerajaan seorang diri dengan bertemankan pompuan yang tak bersenjata. Susah payah kerajaan bayar gaji tentera dan polis, bagi elaun memacam, kursus tempur sana sini, tetiba ada la mamat rambo yang boleh menumbangkan kerajaan dengan sebilah pedang samurai, apa luorang ingat dia ada berkawan dengan doraemon ke hape?

Kemudiannya, bila mamat tu bertakbir, dilabelkan plak sebagai orang PAS.. ermm .. satu persangkaan yang sangat bangang. abih tu takbir raya luorang berbunyi macamana? Orang ameno bertakbir 1 malaysia 1malaysia ke ? Takbir tu memang milik semua jiwa yang mengaku Islam. kalo sebab takbir tu dia dah konfem jadi ahli PAS, maka kesemua muazzin surau dan masjid termasuk imam imam di seluruh dunia adalah ahli PAS .. sebab seruan azan bermula dengan Allahuakbar Allahuakbar .. dan setiap solat bermula dengan takbiratulihram ..yang berbunyi Allahuakbar .. ke orang ameno solat dengan takbir 1malaysia gak ??

Ada plak blogger chai yang buat kesimpulan yang sipelaku berasal dari kg medan yang diketahui sebagai lubuk PAS. Ini memang kemuncak bangang yang sangat ekstrim. Mungkin blogger ni antara yang pernah kena buli setiap hari kat sekolah, atau juga pernah terjatuh dari pokok jambu ketika nak ngintai anak dara mandi .. sampai takleh nak fikir dengan rasional akibat gegaran otak tahap kronik.

Ok .. kita berbalik pada pelaku yang mengaku sebagai Imam Mahadi ni. Secara umumnya boleh lah wa rumuskan yang beliau ni memang tak bersetuju dengan sistem pemerintahan dalam Malaysia. Dari penulisan di blognya, penulis bantai keliling termasuk Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haron Din,  Tuan Guru haji Hadi, Wali wali songo, Sultan, Menteri Kesihatan .. aik .. kena gak?? ..tapi dalam banyak banyak tu beliau tanpa berselindung mengatakan begitu mengkagumi Mahathir .. perghhhh.. nak kata apa ? Jap wa quote.

Selama-lama hari-hari puluhan tahun menangis dan meminta bercucuran airmata. Airmata siapakah itu ? Nik Aziz.... airmata siapa lagi? Hadi Awang......   lagi.. Dr Harun Din. Kamu semua solat tahajjud setiap malam mengigil-gigil dan menangis tatkala berdoa. Puluhan tahun kamu lakukan tapi aku hairan kenapa Allah Tuhanku tidak sayang sama kamu.

 Dr Mahathir pernah dikafirkan semasa mengusulkan pendapat supaya Alquran diubahkan kepada banyak bahasa supaya mudah dipelajari. Hariini cuma ada terjemahan kebahasa-bahasa lain. Terjemahan tidak sama. Itu bukan yang Dr Mahathir maksudkan. Ia berbeza dengan kitab Injil telah lama diubah dan Wal hasilnya Kristian dianuti lebih dari 2.2 bilion penduduk Dunia. Penat orang tua ni menjawap. Dr Mahathir satu-satunya manusia berjiwa besar yang aku temui diMalaysia hingga hari ini. Jika dia masih mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia pasti aku amat-amat bersetuju. Dia sudah tua dan selalu sakit-sakit tidak mungkin dia mahu. 

So, bila dah dia mengaku sebagai pengkagum kepada Mahathir, boleh ke wa labelkan sipelaku ni sebagai ahli ameno? boleh ke wahai chai chai yang terencat akal? atau sekurang kurangnya wa katakan beliau dapat arahan dari mimpi dan dalam mimpi tu mahathir bagi kebenaran untuk beliau memulakan aksi? logik ke (itupun kalau ikut kaedah chai chai ameno) untuk membuat pertuduhan gitu?.




Sebenarnya, jelas perlakuan sipelaku dengan rakan wanitanya adalah sesuatu yang memang dah dirancang atas satu sebab yang tak dapat dipastikan. Luorang boleh terus ke blog beliau dan baca dibahagian komen kerana kat situ ada menyatakan dengan jelas siapa perempuan tersebut dan apa yang diperbincangkan. Rujuk Blog Jaya Negara

Kesimpulannya bagi wa, ini adalah perilaku dari 2 orang yang memang berjiwa kacau dan dalam istilah perubatan ada kategorinya samada euphoria, dementia atau skizofrenia.. maaf wa tak arif bab tu.

Nota : Akhir zaman ni ramai sangat yang nak ngaku Imam Mahdi ..tapi 'imam mahdi' kali ni lain maciam sebab tak suka pakai baju dan pakai bandana lambang tengkorak.. huhuhu

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

6 comments:

  1. http://9111tanyasamaituhudhud.blogspot.com/2012/02/blog-post.html?m=1

    Ni blog pompuan tu.. Dua dua ada persamaan dr segi bahasa yg diguna.. Bahasa sungguh bersastera.. Diorang dlm dunia tersendiri.. Mungkin blog dah kena blok

    Betul x yah politik kan

    Dah memang mereka ini anti establishment

    ReplyDelete
  2. walllahu'alam. Lupa tutup pusat pulak kan. Terbuka aurat, satu Malaysia nampak. Takkan orang yang ada kesedaran agama tak tahu, lelaki auratnya dari lutut ke pusat.

    Siapa punya angkara ni????

    ReplyDelete
  3. @nodin thanks input .. hampir pasti orang yang sama .. sebab dia punya intial D hada

    ReplyDelete
  4. Blog tu baru saja dibuka dan tak tunggu lama untuk mengamuk. Mengamuk pula pilih tempat yang sesuai, iaitu pejabat Najib, nampak senang nak masuk seperti Al-Maunah masuk punggah senjata di kem tentera dulu. Cuma betul ke dia dah meninggal? Biasanya konspirasi yang gagal akan mematikan watak utama dengan cepat, tak kira la mati betul @ mati propaganda.

    ReplyDelete
  5. walaupun apa masalah dia ,saya rasa terharu dan sedih cara dia meninggal dunia, Yang saya hairan mengapa perlu dia kena tembak polis. Di USA ,polis pakai stan gun,buat penyerang kaku dan tidak bermaya.Tengok lah sikit ,Dia tak pakai senapang atau bom tangan..pedang sahaja. Sungguh sedih..Thev

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top