Sunday, July 8, 2012

TAGGED UNDER: ,

Suami Saya Bukan Seperti Chua Soi Lek, Kata Isteri Guan Eng

KUALA LUMPUR, 7 Julai — Isteri kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengingatkan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa suaminya bukanlah seperti Presiden MCA itu yang mana pernah terlibat dengan skandal salah laku seksual.

Betty Chew, yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Laksamana, Melaka, turut mempersoalkan tindakan MCA yang gemar menggunakan isu seks untuk mencalarkan imej keluarganya, sedangkan masalah itu sendiri membelenggu kepimpinan MCA sendiri.

"Sebelum ini mereka melibatkan anak saya, dan sekarang suami saya."Adakah mereka fikir semua orang seperti mereka? Benar kata suami saya, beliau bukan seperti Chua Soi Lek," tegas Betty dalam satu kenyataan hari ini.

Lim Guan Eng (gambar) sebelum ini dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan bekas pembantu di pejabatnya, manakala Betty pula dikatakan telah menyerang wanita tersebut.

Betty bagimanapun dalam kenyataannya hari ini menegaskan, beliau telah berulangkali menggesa Pengerusi MCA Melaka Gan Tian Loo supaya mengeluarkan kenyataan di luar Dewan bagi membolehkan tindakan diambilnya terhadapnya, namun beliau masih lagi tidak mempunyai "keberanian" untuk berbuat demikian.

"Datuk Gan umpama "pengecut". Saya telah berulangkali menuntut beliau mengulangi kenyataannya di luar Dewan, tapi beliau enggan.

"Ini kerana beliau tahu itu adalah pembohongan semata-mata. Beliau sedar jika beliau membuat kenyataan di luar Dewan, saya dan suami saya akan mengambil tindakan saman terhadapnya.

Malah, Betty turut mempersoalkan sama ada Gan cuba untuk melarikan diri setelah memfitnah beliau dan suaminya.

"Adakah ini cara politik MCA?" soalnya lagi.

Betty menambah," sebagai seorang yang pernah merasai keperitan keluarga dan isterinya berikutan pendedahan rakaman video seks beliau, Dr Chua seharusnya tidak menggunakan taktik sama terhadap lawan beliau, terutamanya bila mereka berbohong.

MCA masih lagi tidak mengeluarkan bukti berhubung dakwaan mereka itu walaupun telah didesak berulangkali oleh isteri kepada Ahli Parlimen Bagan ini.

Jelas Betty, Dr Chua sepatutnya lebih maklum impak dan kesan perkara ini terhadap keluarga dan anak-anaknya.

"Saya tak mahu mereka trauma untuk ke sekolah."

Justeru, Betty menegaskan, Dr Chua perlu menghentikan segala kenyataan daripada kepimpinan MCA berhubung perkara itu.

"Chua Soi Lek … jangan terlalu kejam. Kamu seharusnya tidak membiarkan parti kamu menyebarkan fitnah terhadap suami saya untuk menjatuhkan reputasi keluarga kami.

"Kamu juga ada keluarga dan saya percaya keluarga kamu mesti telah melalui saat-saat sukar apabila pendedahan rakaman video skandal seks kamu tersebar. Jangan jadikan keluarga orang lain merasai apa yang telah kamu alami," tegasnya.

Malah, Betty turut menggesa isteri Dr Chua supaya menghentikan kekejaman yang dilakukan suaminya itu.

"Mungkin beliau telah memafkan suaminya. Namun wanita Malaysia tidak akan memaafkan Dr Chua kerana membenarkan MCA berterus-terusan menyebarkan fitnah terhadap perempuan yang tidak bersalah dan keluarganya." - The Malaysian Insider

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

0 comments:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top