Ibarat Mak Temah sibomoh handalan yang tinggal dihujung kampung, tak diperhatikan dan sering dihindari. Mak Temah sangat popular pada mereka mereka yang sangat akrab dengan dunia paranormal tapi sebaliknya orang orang kampung langsung tak mahu menunjukkan kemesraan.
Pada orang kampung dan kawasan kejiranan, Mak Temah adalah lambang pada dunia hitam yang penuh dengan mistik. Biarpun hidup serba kekurangan tapi memenuhi permintaan orang orang yang taksub pada dunia kelam merupakan kesenangan yang tidak dapat tidak, akan cuba dipenuhi biarpun nanti hasilnya beliau akan makin dibenci oleh orang ramai.
Pada fikiran Mak Temah, beliau dijauhi oleh orang kampung kerana wajahnya yang hodoh dengan tempelan bedak sejuk yang merata dimukanya yang sekali pandang tak ubah macam kera kena penyakit sompek.
"Mentang mentanglah aku tak pasang badan. Nanti bila aku dah beli mekap kat pekan, aku hiaskan diri aku cantik cantik, barulah orang kampung buka mata. Baru mereka tahu betapa Mak Temah ini juga boleh kelihatan menarik. Masa tu akan banyak lah orang kampung yang akan memuji muji dan memperkatakan keadaan diri aku.. "
Tapi apa yang terjadi kemudiannya ternyata jauh dari sangkaan. Dari pujian yang diharapkan rupa rupanya tawa orang kampung sambil menggeleng gelengkan kepala yang diterima. Malah lebih dari itu, Mak Temah mula dianggap hilang kewarasan akibat terlalu kerap berdamping dengan dunia hitam.
"Kalaupun muka jadi cantik, tapi tetap dengan perangai setan, rentikanlah .. takde baiknya kalau hidup sentiasa menyusahkan orang". Gitu lah patah perkataan yang sempat hinggap kat telinga Mak Temah.
Namun, apakan daya, kerana hidup Mak Temah memang dah sebati dengan setan, malah setan itulah yang memegang tali kemudi profesionnya.
=======//======
Sekali lagi kita didendangkan dengan pemansuhan akta drakonian tetapi kemudiannya digantikan dengan akta yang diiklankan sebagai lebih mesra dan lebih prihatin sedangkan hakikatnya terkadang lebih teruk dari akta yang sedia ada.
Selagi Mak Temah masih dalam alam perbomohan dunia hitam, selagi itulah Mak Temah akan terus dibenci. Melainkan jika satu hari nanti Mak Temah dapat membebaskan setan yang membelenggu dan menukar kerjaya menjadi bidan kampung, mungkin ketika itu beliau akan dipertimbangkan untuk diterima semula oleh komuniti kampung. Wallahua'lam
- Karmic Wheel
Salam Yob,
ReplyDeletenice analogy!
Seropa org yg buruk perangai, pakai baju lawor camner pun, buruk perangai org tak berkenan jugak!