Menteri Wanita Bersama Bekas Penyandang .. Bersalam ok tapi pegang batu kena pakai sarung tangan .. huhuhu |
11 JULAI — Setelah disenaraikan dalam kelompok “autokrat baru” dalam sebuah makalah berjodol “A 21st-century checklist of the new autocrats”, penulisan Mark Mackinnon (terbitan: Jun, Globe and Mail) itu juga mengkategorikan Perdana Mentrei Najib Razak dalam ketegori “Democrat Palsu” atau “False Democrat”. Tiga kelompok autocrat lain ialah: “Mad Egotists, Violent Populists and Callous Capitalists”.
Tersenarai juga ialah Presiden Russia Vladimir Putin, Palestinian President Palestin Mahmoud Abbas, Presiden Algeria Abdelaziz Bouteflika, Perdana Menteri Ethiopian Meles Zenawi, PM Cambodia Hun Send dan tidak ketinggalan PM Malaysia Najib Razak. Bekas ahli kelab dikatakan terdiri dari Slobodan Milosevic dan Hosni Mubarak.
Ciri utama kelayakan dalam kelab ini ialah : Pimpinan ini menganjurkan pilihanraya tetapi tidak bersedia untuk melepaskan kuasa sementara menahan serta memenjarakan seteru politik dari pembangkang.
Meskipun pun demokrasi yang mereka amalkan itu palsu dan tempang, tetap pimpinan demokrat palsu ini boleh diturunkan rakyat dalam ruang media dan demokrasi yang sempit itu.
Di ambang pilihanraya ke-13 yang sangat mencabar buat Najib dan Barisan Nasional, telahan dan “title” barunya tentunya tidak membantu. Sejarah rampasan kuasa di DUN Perak masih segar dalam ingatan umum. Najib wajar mengeluarkan kenyataan bagi membuktkan kesediaan beliau bertarung secara “gentleman” dan seandainya kecundang akan berani berundur secara terhormat sebagai seorang “negarawan” yang disanjung.
Komitmen beliau ke arah ini belum tampak lagi. Sebaliknya segala perhitungan menundakan pembubaran parlimen ditanggapi rakyat sebagai perhitungan licik untuk mengekalkan kuasa. Lebih ngeri lagi apabila rakyat diingatkan dengan retoriknya dengan “biar berkecai tulang dan badan, bercerai jasad dan nyawa Putarjaya tetap akan kita pertahankan”.
Najib terus tertekan untuk membuktika beliau ialah seorang demokrat sebenar dan seorang negarawan tulen. Beliau tidak perlu khuatir dengan hukuman media Barat tersebut. Beliau wajar tahu bahawa yang paling penting ialah “jati dirinya” dan “worldview”nya sendiri.
Sesungguhnya, rakyat bermasalah dengan mendamaikan retorika yang unggul dan baik dengan perbuatannya yang sangat mencurigakan. Tambahan dengan pendirian bolak-baliknya sekaligus menyerlahkan “minda dan jiwa” yang tidak berpendirian kukuh dan kental dalam berdepan dengan pelbagai cabaran yang rencam dan menggoyahkan.
Komitmen beliau memberikan suara “semak-imbang” dan “pertentangan legitimate” dari pihak pembangkang dan pihak sivil dan NGO adalah kunci kepada kayu ukur seorang democrat tulen. Beliau gagal dalam menangani tuntutan dan desakan contohnya Bersih, Anti-Lynas dan GMI. Kesemua adalah tuntutan yang “legitimate”. Beliau tidak perlu teralu gusar bahkan wajar mengurus desakan ini secara “engagement” yang konstruktif bahkan boleh bersekali dalam menganjurkan “reformasi” yang dipinta rakyat.
Sebaliknya Najib semacam gagal memahami hati-budi rakyat bahkan memusuhi rakyatnya sendiri. Nyata bahawa beliau lebih selesa mendengar kata-puji dan sokongan dari penyokong tegar dan pencacainya. Akibatnya sesekali tampak Najib semacam “aloof” atau terpisah dari rakyat teramai yang mengharapkan sesuatu dari pimpinan yang telah banyak menabur janji.
Ambil sahaja contoh GMI – Gerakan Mansuhkan ISA. Bertahun-tahun mereka berjuang. Setelah komitmen awal Najib menamatkan undang-undang drakonian, akhirnya ISA dimansuhkan. GMI dan rakyat bersyukur dan berterima kasih. Belum sempat rakyat dan khasnya mangsa memaafkan kesilapan regim yang menganiya mereka, pentadbiran Najib merangka Akta Kesalahan Keselamatan 2012 yang lebih zalim dan drakonian.
Terkini, setelah didesak untuk 45 tahanan ISA dibebas atau dihadapkan ke mahkamah, Najib membuktikan bahawa beliau tidak sebenar melalui “reformasi minda”. Beliau masih buat-buat pekak kepda 9 orang tahanan yang telah mogok lapar selama berbelas hari. GMI kembali kecewa dan rakyat terus bingung dengan sikap Najib. Lagi mengejutkan bahawa beliau mengaku ISA dimansuh kerana tidak lagi memberi pulangan politik kepadanya, sebaliknya kepada tahanan. Jiwa demokrat palsu terserlah dan sangat mengaibkan!
Begitu juga halnya dalam “transformasi ekonomi dan pentadbiran”. Najib memaparkan dirinya sangat mahukan matlamat GTP atau “Program Transformasi Kerajaan” tercapai, tetapi melakukan segala yang sebaliknya contohnya dalam komitmen kepada “tender terbuka” sebagai lambang kepada “ketelusan dan kebertanggungjawaban”.
Terkini ialah pemberian kontrak dalam LRT-Ampang mengulangi keburukan amalan kronisme dalam pemberian kontrak LRT Kelana Jaya dua tahun lalu.
Kalau dulu Ingress-Balfour Betty tidak diberikan walaupun telah ditetap oleh Prasarana (SPNB) sebagai yang termurah (RM610 juta) dan punya pengalaman teknikal yang baik. Berulang lagi pemberian kontrak (RM960 juta) yang katanya akan diberikan juga kepada Konsortium George Kent yang memperolehi markah rendah dalam penilaian teknikal dan gagal di dalam penilaian kewangan berbanding 7 pembida lain yang jauh lebih berpengalaman teknikal dan keupayaan kewangan dan ada telah siapkan projek sehingga RM5 bilion. Sangat malang.
Najib menangguhkan pembubaran Parlimen tentunya untuk memberikan ruang kepada pentadbiranya untuk membaiki imej dan “approval rating”nya di kacamata rakyat dan pengundi. Berapa banyak lagi program “bela rakyat” yang terpaksa dilakukan sebelum beliau berani bubar parlimen.
Demokrat tulen punya batas memberi yang tidak menjejaskan “reformasi ekonomi jangka jauh” yang diperlukan negara. Pemberian runcit-runcit tidak mengizinkan rakyat hidup bermaruah bahkan sebaliknya terus meminta-minta dan menanti-nanti. Apakah ini yang mahu dibina oleh seorang pemimpin demokrat dan negarawan tulen.
Sebaliknya semakin lewat beliau tangguh PRU ke-13 semakin ketara bahawa beliau tidak punya komitmen untuk membawa reformasi dan transformasi negara ini kea rah satu prestasi daya-saing yang tinggi dan mengangkat pendapatan rakyat dengan lebih mapan. Tegasnya beliau hanya mahu terus berkuasa.
Kalau begitu sukar hendak ditolak dakwaan bahawa Najib adalah seorang Demokrat Palsu.
- Dr Zulkefly Ahmad. Ahli Parlimen Kuala Selangor
- Dr Zulkefly Ahmad. Ahli Parlimen Kuala Selangor
0 comments:
Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah