Thursday, January 13, 2011

Datuk Yang Terlampau

KUALA LUMPUR 12 Jan. – Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), (Datuk) Mohd. Ali Baharom memohon maaf kepada semua pihak yang mengenalinya dengan gelaran ‘Datuk’ sebelum ini kerana ia sebenarnya palsu dan tidak diperakukan.

Menurutnya, kesilapan itu perlu diakui dan diperbetulkan segera memandangkan beliau kini bergiat aktif dalam kerja-kerja kebajikan dan tidak mahu ia disalah anggap pada masa depan.

“Hari ini saya mahu membersihkan nama saya dengan memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak termasuk media kerana menggunakan gelaran ‘Datuk’ yang telah saya ‘beli’ pada 2006 dengan RM250,000.

“Selain untuk saya sendiri, saya juga membelikan gelaran ‘Datuk’ buat seorang lagi kawan dengan harga sama dan kos keseluruhan termasuk menyediakan hiburan kepada penjual adalah sekitar RM1 juta,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Mohd. Ali memakai gelaran itu yang kononnya dianugerahkan oleh institusi diraja dari sebuah negeri di bahagian utara Semenanjung pada 2006 menerusi seorang ejen dan ahli kerabat institusi itu.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak boleh mengambil sebarang tindakan undang-undang kepada ahli kerabat itu memandangkan individu tersebut telah diisytihar muflis beberapa tahun lalu.

Menceritakan pengalamannya, kata Mohd. Ali, ‘nafsu’ untuk memakai gelaran ‘Datuk’ pada masa itu timbul kerana berfikiran ia boleh memudahkan urusan perniagaannya sebagai kontraktor.

Namun, katanya, ia tidak lagi perlu kerana menginsafi gelaran itu diperoleh secara palsu dan berpendapat ia boleh mendatangkan kemudaratan kepadanya dari segi sosial dan ketuhanan pada masa depan.

Sumber : Utusan Online 

========

Tu pasal apa tu .. dah tak masyuk ? kah kah kah 
Beli gelaran sampai 250 ribu .. humang aih .. nak kata apa lagi .
Sahih la ada gelar Datuk senang dapat projek 
Nak dapat gelar Datuk plak kena bagi rasuah sampai 1juta .. SPRM taknak siasat ke ? dah ngaku tu ..


Ngan title Datuk dapat jadi Presiden PVTM .. kogh kogh kogh
Ngan title Datuk dapat balun projek dah 5 tahun 
Title Datuk gak buat orang salam cium tangan .. 
Psttt .. tak cari artis ke ? kah kah kah .. 


Mamat ni tak nak mintak maaf ngan Anwar ke pasal kenyataan dia bulan 12 ari tu ?

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Datuk Mohd. Ali Baharom berikrar akan mempertahankan maruah bangsa dan raja-raja Melayu hingga ke titisan darah terakhir. "Sebagai penderhaka, pemimpin PKR dan penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak bersetuju dengan Perlembagaan perlu keluar dari negara ini.Kami haramkan Anwar dan mereka yang lain kembali ke tanah air walaupun selepas mati," katanya.

Pakai gelaran Datuk tipu tu bukan kira menderhaka ke ? 
Tipu Sultan tu kira tak derhaka ? .. moron 
Tak haramkan diri sendiri duduk kat tanahair ? 
Dah fikir ke nak mati kat mana ? Vietnam ? 
P.S .. Bini  tak marah ke hilang gelaran Datin ? .. kah kah kah 

Ni lagi satu bebal dari perbuatan KM ku yang terchenta ..


Memang nangih nengok Bollywood eh ?
Shah Rukh ada project apa kat Melaka ? kah kah kah 
Takde plak wa nampak dia ni menyumbang apa apa 
Ke ada sumbangan dari SRK untuk MAR?
Tapi yang pasti .. dia tak tambah glamer pon ngan Datuk
Sebab dia memang dah glamer .. kah kah kah
Kalo ngan dia kena cium tangan ke ?
Tapi kalo jumpa bik mama .. cium pipi .. kih kih kih
Weyh .. STAR apa cerita .. kalo berjaya .. boleh la dapat Tun plak ..
Eye Of Malaysia plak .. dah abih ke bayar saman ? .. ke nak ganti ngan gelaran Datuk kat orang Belanda ? kah kah kah 

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

3 comments:

  1. AKU HANYA DAPAT BERKATA...ASTAGHFIRULLAHILAZHIMMMMM.LAHAULAWALKUWAILLABILLA...

    ReplyDelete
  2. PEMBETULAN LAHAULAWALAKUWATAILLABILLA...

    ReplyDelete
  3. kah kih kuh -datok tu dah jadi lahanat

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top