Monday, February 28, 2011

TAGGED UNDER:

Hilangnya Sebutir Permata Islam Dari Bumi Turki


ISTANBUL (Reuters) - Bekas Perdana Menteri Turki Necmettin Erbakan, pengasas gerakan Islam moden Turki, meninggal dunia kerana serangan jantung pada hari Ahad, ketika berusia 85 tahun. 

"Erbakan adalah seorang ilmuwan yang mengabdikan hidupnya untuk meningkatkan ilmu pengetahuan. Kami akan sentiasa mengingati dia dengan rasa takzim," kata Perdana Menteri Tayyip Erdogan,  salah seorang yang pernah menjadi pembantu kepada Erbakan selama bertahun-tahun. 

Erbakan yang mula dikenali pada 1970-an, mengasaskan sebuah parti  yang membawa seruan Islam kepada penduduk konservatif di luar bandar  dan bandar miskin dinegara tersebut di mana agama telah diasingkan dari kehidupan politik. 

Agensi berita rasmi Anatolia melaporkan, Erbakan meninggal dunia di hospital Guven Ankara di mana ia sedang menjalani rawatan. 

"Kami kehilangan pemimpin dunia," kata Yasin Hatipoglu, seorang pembantu yang rapat. "Dunia Islam kehilangan seorang yang ternama." 

Erbakan adalah seorang profesor kejuruteraan sebelum beliau menceburkan diri sebagai seorang ahli politik.

Erbakan telah menjadi perdana menteri Turki selama hanya satu tahun selepas ia dipaksa untuk meletakkan jawatan  oleh tentera sekular negara tersebut. 

Parti Kebajikan Islam pimpinannya telah diharamkan pada bulan Januari 1998 dan beliau bersama para pemimpin parti lain telah dilarang memegang jawatan politik selama lima tahun. Erdogan, seorang anggota Parti Kebajikan, adalah gabenor Istanbul pada ketika itu. 

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

1 comment:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top