Sunday, March 25, 2012

TAGGED UNDER: ,

Aaaa .. Harimau Biru ? Pulak Dah ...



KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) buat julung-julng kalinya memperkenalkan Harimau Biru sebagai maskot rasmi pasukan itu sempena sambutan Hari Polis ke-205 di Dataran Merdeka di sini malam tadi.

Pelancaran maskot tersebut disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dengan disaksikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bersama lebih 10,000 pegawai, anggota polis serta orang awam.

Pemilihan maskot itu melambangkan integriti pasukan tersebut yang berani dalam menjalankan tugas serta amanah untuk menjaga keamanan negara.

Sempena hari bersejarah dengan tema 'Komuniti Sejahtera, Komitmen Kami' itu, PDRM telah membuka sebanyak 18 buah ruang pameran di Dataran Merdeka yang mewakili setiap jabatan dalam pasukan itu sebagai pendedahan kepada orang ramai berkaitan tugas-tugas polis.

Selain itu, pelbagai acara lain turut berlangsung termasuk pertunjukan khas dan persembahan hiburan. Sumber 

==============================

Wuhai .. dah nak bermaskot maskot plak dah ...
Bukan memain .. ghimau wa cakap lu .. apsal tak pilih naga terus ?
kah kah kah kah

Tapi apsal lak nak namakan ghimau biru ?? .. apsal tak kaler pink ?
Sekurang kurangnya debudak tahu ada kartun nama pink panther .. 
kah kah kah kah 

Harimau biru .. nama pon dah macam mitos ..
Kalo jadi perlambangan .. integriti yang diwujudkan pon mitos gak eh ?? 
kah kah kah kah 

Kalo polis negara dah ada maskot harimau biru ..
Wa nak suggest polis Singapore pakai maskot Singa Hijau
Polis Indonesia plak pakai Komodo Maroon
Thailand .. errrr .. Ayam Indigo .. baru meriah ..
kah kah kah kah kah 

Apa apa je la .. jangan Harimau Biru jadi Haru Biru udah ..
kah kah kah kah kah

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

0 comments:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top