Friday, March 30, 2012

TAGGED UNDER:

Jaga Jaga - Persepakatan Lembu Dah Mula Sawan



SHAH ALAM – National Feedlot Corporation (NFCorp) membuat satu laporan polis terhadap tiga pemimpin tertinggi PKR - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; Pengarah Strategi, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin hari ini mendakwa mereka membocorkan rahsia dokumen bank syarikat itu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, NFCorp mendakwa Rafizi melakukan kesalahan serius melanggar Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989 (BAFIA) apabila mengedarkan dokumen akaun bank yang sepatutnya rahsia kepada media pada 7 Mac lalu.

“Pada sidang media tersebut, bukan sahaja maklumat dan dokumen akaun bank NFCorp didedahkan tetapi juga akaun bank milik syarikat lain selain akaun individu pengarah juga diedarkan.

“Jika disabit bersalah mengikut Jadual Empat, Seksyen 103 BAFIA kerana melanggar Seksyen 97(1) dan (3) adalah penjara tiga tahun dan denda RM3 juta,” kata NFCorp dalam kenyataan itu - Sumber

========================

Apa kemenda nya ni ?? Banyak sangat undang undang caca marba kat dalam sistem negara, bih tu kalau ada kebobrokan dan ketirisan dalam pengurusan takleh dedah kan le ye ? Nak kekalkan rakyat negara dalam ketakketahuan yang berpanjangan ke ? Malang betul kalo undang undang Saddiq Sigaraga terus berlaku. Siapa yang untung ? dah tentu Pak Haji Misai Kontot 25% .. 

Wa harap, akta tu hanya terpakai kalau ada penganiayaan kepada pelaku dan pengadu berniat untuk menjatuhkan pelaku dan bukannya dalam keadaan sipengadu mendedahkannya hanya bertujuan untuk memberitahu bahawa ketirisan dan penyelewengan sudah berlaku. Jika tidak, takde sape yang akan cuba untuk mendedahkan kebenaran kalau ganjarannya cuma penjara sedangkan penyeleweng terus buntang kekenyangan.

About Karmic Wheel
The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

0 comments:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top