Wednesday, March 28, 2012

TAGGED UNDER: ,

Tanah Kubur Orang Asli Pon Kena Rembat ..



Apa nya dol .. sampai tanah kubur orang asli pon puak ni nak rembat ..isk isk isk 

JAKOA (Jabatan Kemajuan Orang Asli) bagi jaminan lisan yang diowang bebas untuk terus buat upacara .. Pihak tentera plak kata tak tahu menahu yang wujudnya tanah adat orang asli kat situ sebab takde makluman .. haiyaaa ..  weyh apa neyh .. puak minoriti ni mana le tau sangat kalo diowang kena gelembong ngan pihak kerajaan.. masa nak amik tanah adat diowang, memacam janji yang dikeluarkan. So bagi diowang, Kerajaan janji A, diowang pegang je la A, tapi lepas tu tak dibenarkan plak .. ceh .. jangan kata diowang, tuan direktor ahmad nesfu pon akan jadi marah .. kah kah kah 

===============================

Orang Asli Mahmeri dari Banting mendakwa menghadapi masalah melakukan upacara keagamaan apabila tanah perkuburan mereka di Bukit Jugra dijadikan sebagai lapangan sasar menembak oleh Kementerian Pertahanan.

Dalan sesi inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) semalam, seorang penduduk terlibat Ariff Embing (gambar) mendakwa kesukaran itu membuatkan mereka terpaksa mengadakan upacara keagamaan di tempat lain yang jauh.

"Lapangan sasar itu tidak mengganggu kawasan perkuburan Orang Asli tetapi kawasan (perkuburan) itu di dalam lapangan sasar. Jadi susah kita mahu masuk.

"Kemudian kami pindah buat upacara keagamaan itu di Pulau Carey (Kuala Langat). Tetapi jaraknya jauh," katanya pada pendengaran awam inkuiri nasional mengenai hak tanah Orang Asli di ibu pejabat Suhakam, di Kuala Lumpur semalam.

Panel inkuiri tersebut diketuai oleh Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam dan dianggotai oleh Pesuruhjayanya, Datuk Dr Khaw Lake Tee, Naib Pengerusi, Jannie Lasimbang serta dibantu oleh pakar perunding bebas Dr Colin Nicholas dan Datuk Denison Jayasooria.

Kes itu merupakan salah satu yang didengar semalam dan dikategorikan sebagai pencerobohan oleh pihak kerajaan, swasta dan individu.


=====================

Luorang bayangkan kalo kaum mahmeri ni buat derk je ngan larangan tu then terus masuk kawasan lapangan .. sedangkan tentera plak tak tau maksud kedatangan diowang .. perghhh .. tak pasal pasal tragedi buah epal .. 

Apa apa pon, wa harap lepas Suhakam buat inkuiri, pemimpin yang berkenaan kat sana buat le apa apa yang patut. Jangan buat pekak je weyh, ..kalo time nak PRU baru terhegeh hegeh nampak muka kekonon prihatin, jangan terperanjat kalo nanti kena sambut ngan sumpit .. baru ada akai .. kah kah kah kah kah

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

0 comments:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top