Friday, March 30, 2012

TAGGED UNDER: ,

Lawak 1st Class Dari Opera SPRM

errr .. gambar sekadar hiasan

Tahun tahun kebelakangan ni, kalo luorang nak nak gi sarkas berbayar, wa nasihatkan jangan. Langgan ASTRO untuk semata mata nengok rancangan Raja Lawak pon tak yah ..Toksah nak buang duit bebanyak .. sebab kalo sekadar nak gelak tengok badut membangangkan diri sendiri, bahan percuma dah berlambak kat luar .. antaranya lawak pecah perut kat bawah.

Malaysia antara negara yang paling banyak mengambil tindakan terhadap ahli politik dalam isu rasuah berbanding Singapura dan Hong Kong, kata Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mohd Shukri Abdull.

Ni Lawak Pembukaan ..Tak agak agak langsung nak buat lawak, mungkin persediaan kurang , mungkin prop tak membantu , mungkin idea dah makin surut, atau mungkin dia kena berguru lagi ngan Amir Raja Lawak .. kah kah kah kah kah 

Brader, kalo Kampung A banyak penyamun berbanding Kampung B & Kampung C susah nak dengar ada kejadian pecah rumah, dah tentu lah kejadian menangkap penyamun tu giat ada kat Kampung A. Kampung B & C nak tangkap cemana ?? dah penyamun pon takde ... kah kah kah kah kah (kalo ikut logik, kenyataan gini pon dah menggambarkan berapa banyak penyamun Kampung A daaa)

Moh kita tinjau Indeks Rasuah Yang Terlatest ..


Cuba tengok negara yang diperkotak katikkan oleh mamat ni .. Singapore ngan Hong Kong .. pastu bandingkan plak ngan negara yang terchenta kat senarai kat bawah,

Weyh .. lain kali nak buat perbandingan, cari le yang sama tajuk .. bak kata orang kampung wa kat Russia nun .. compare apple to apple ..not apple to badut .. kah kah kah kah

Ni Lawak Kedua ..

Beliau dalam pada itu turut mengingatkan agar sebarang kes perlu dilaporkan terlebih dahulu kepada SPRM sebelum membuat apa-apa hebahan di blog atau sidang media."Ibarat kita nak masuk hutan memburu burung, lembu, gajah, tetapi pada masa yang sama kita bawa gendang. Belum sempat berburu, semua binatang dah lari," katanya sambil disahut gelak ketawa oleh hadirin.

Tengok . wa dah cakap .. kan ada owang gelak .. kah kah kah kah .. masalahnya dah berapa banyak report kalo berkaitan puak gerombolan ..takde tindakan susulan .. alih alih , pihak yang me'report' plak yang kena tindakan undang undang ..tak pon keluar ikut tingkap .. kah kah kah kah. Kak Jat punya kes, sebab hebohkan blog ngan sidang media laa baru luorang buat kerja .. kalo idak pengap sampai jadi jeruk ..weyh, lagi satu wa nak pesan, kalo lu nak memburu lembu tak yah masuk hutan .. gi kat kondo menerung ... kah kah kah kah

Dan Lawak Yang Paling Lawak Antara Semua Lawak ...

"Bila parlimen bubar sepatutnya perlu ada satu kerajaan sementara ditubuhkan untuk mengambil alih negara. Mengenai penggunaan kenderaan itu, saya rasa bukan hanya digunakan pada satu parti sahaja kerana ia termasuk kenderaan kerajaan negeri."

Aih .. tu bukan rasuah ke ? .. Jentera Kerajaan termasuk van van Kementerian Penerangan melambak lambak masuk kat kampung kampung, lu pernah ke nampak PR bawak van Kementerian Penerangan, JKR, Kementerian Pertanian buah agih agih baja, van van KEMAS dan sebagainya masa pilihanraya ? ada ke ? Lain kali kalo ye pon nak meludah, pastikan kebawah .. kalo idak .. berlemoih .. kah kah kah kah kah 

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

0 comments:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top