Friday, August 10, 2012

TAGGED UNDER: ,

Air di Selangor: Benarkah ada krisis atau SYABAS sembunyi maklumat daripada rakyat?

KUALA LUMPUR 10 OGOS: Selangor sebenarnya tidak mengalami krisis air. Ia hanya dakwaan ciptaan kroni Barisan Nasional, iaitu syarikat air nasional SYABAS serta media kawalan UMNO-BN untuk memperlekehkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor.

Buktinya ialah istilah “krisis air” disebar meluas dalam media arus perdana tetapi sehingga hari ini tidak ada satu bukti pun kononnya Selangor mengalami krisis air.

Malah, sehingga hari ini, memorandum yang telah dihantar oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Gabungan Menentang Penswastaan Air (CAWP) kepada SYABAS pada 26 Julai lalu masih belum dijawab.

Tuntutan maklumat itu meminta SYABAS supaya:
1-      Maklumat mengenai aliran keluar air mentah dari empangan dan stesen pam
2-      Maklumat aliran air kepada loji rawatan. Ini penting kerana ia akan menjelaskan adakah kita mengalami krisis atau tidak.
3-      Maklumat dari buku log yang disahkan dan maklumat meters yang digunakan untuk memastikan air  yang masuk ke dalam air loji rawatan
4-      Malumat air yang keluar dari loji rawatan kepada sistem pengagihan SYABAS
5-      Bil elektrik bagi loji rawatan
6-      Jumlah bahan kimia yang digunakan untuk merawat air
7-      Bil bayaran SYABAS ke puncak niaga kepada SPLASH dan pihak ABBAS.

Menurut wakil jawatankuasa CAWP, Charles Santiago, untuk membuktikan bahawa wujud krisis air, semua pihak termasuk rakyat Selangor perlu mempunyai akses kepada maklumat mengenai kedudukan air di Selangor.

“Tujuan kita datang pada pagi ini adalah untuk mendapatkan maklumat yang kita mohon tempoh hari tetapi malangnya pihak SYABAS memaklumkan bahawa mereka perlukan kebenaran pihak kerajaan negeri Selangor dan kerjan persekutuan sebelum maklumat diserahkan,” katanya kepada pemberita di luar ibu pejabat SYABAS di Jalan Bukit Pantai di sini semalam.

Menurutnya, ia bukti sikap dolak dalik SYABAS kerana sebelum ini syarikat itu telah menyatakan bahawa mereka akan memberikan semua maklumat yang diminta demi kepentingan ketulusan dan juga demi kepentingan rakyat selangor.

“Dan surat yang diberikan kepada pihak kita hari ini menegaskan bahawa mereka tidak dapat memberikan apa-apa maklumat kepada kita oleh kerana mereka terikat dengan perjanjian konsesi yang telah ditulis beberapa tahun lalu.”

Untuk menyelesaikan perkara ini secara professional, Charles Santiago yang juga Ahli Parlimen Klang berkata, pihaknya mahu membawa isu ini ke mahkamah untuk membuat keputusan bagi mendapatkan maklumat dari pembekal air, termasuk Puncak Niaga, SPLASH, ABBAS  dan SYABAS sendiri.

“Kita akan failkan kes ini di mahkamah minggu depan kerana bagi kita, ini sudah terlalu keterlaluan,  pertama sebab dakwaan mereka mengenai  krisis air di Selangor, jika benar-benar ada krisis air di Selangor, kenapa tiada siapa yang boleh beri maklumat yang munasbah dan benar?

“Mereka kata pihak kita ada krisis, sebenarnya pihak mereka juga ada krisis maklumat kerana sehingga kini tidak siapa yang tahu masalah yang berlaku kerana ketiadaan maklumat lengkap.” kata Santiago. – Roketkini.com


The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

0 comments:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top