Friday, August 10, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Pairin Kitingan Pulak Mendebik Dr. Mahathir Isu Pendatang Sabah



MANTAN Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penentangan terhadap pewarganegaraan pendatang asing di Sabah adalah tidak adil dan berunsur politik.

Menulis di blog hari ini (8 Ogos - pent.), beliau berkata ledakan rakyat Sabah adalah wajar kerana ramai pendatang terbabit telah lama tinggal di negeri ini dan mereka serta anak-anak mereka fasih berbahasa Malaysia.

Katanya, berdasarkan tempoh lamanya mereka telah tinggal di negeri itu dan menguasai bahasa kebangsaan, maka mereka layak menjadi rakyat negara ini dan memperolehi kerakyatan.

Sebagai perbandingan, Dr Mahathir berkata, kerakyatan telah diberikan kepada mereka yang tidak fasih dalam Bahasa Malaysia tetapi telah lama tinggal di Malaysia.

"Jadi mengapa tidak pendatang di Sabah yang memiliki semua kelayakan ini, boleh diterima sebagai warganegara?" soalnya sambil menambah bahawa bantahan terhadap mereka menjadi warganegara, nampaknya ada unsur politik.

Dr Mahathir membuat komen tersebut menjelang lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak ke Sabah hujung minggu ini, di mana beliau juga dijangka mengumumkan terma rujukan bagi suruhanjaya siasatan diraja terhadap pendatang haram yang diberi kerakyatan di Sabah.

Mahathir telah dikaitkan dengan Projek IC panggilan bagi satu dakwaan gerakan memberi kerakyatan kepada pendatang haram untuk tujuan politik, yang bermula pada tahun 1990-an.

Ketika sidang meja bulat Majlis Hak Asasi Negara, Parti Bersatu Sabah (PBS) membentangkan kajian berhubung ledakan rakyat Sabah, yang menunjukkan bahawa pada tahun 2002, lebih 200,000 warga asing meninggalkan Sabah tanpa dokumen.

Bagaimanapun, mereka kembali dengan dokumen yang sah di bawah nama yang berbeza dan memusnahkannya apabila tempohnya tamat, kata ahli Majlis Tertinggi PBS, Dr Chong Eng Leong ketika membentangkan kajian tersebut.- Malaysiakini

===//===

Sementara itu, laporan dari Borneopost pula menyiarkan kenyataan Presiden PBS yang juga merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan seperti yang tercatat dibawah,

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menyifatkan kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai pendatang tanpa izin (PTI) yang sudah lama menetap di negeri Sabah layak menjadi warganegara sebagai sesuatu yang tidak berlandaskan undang-undang.

Beliau berkata, alasan yang mengatakan bahawa mereka (PTI) sudah lama di sini dan mereka boleh dijadikan sebagai warganegara ini perlu berlandaskan undang-undang.

“Banyak yang kita tahu bahawa satu daripada sebab wujudnya RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) ini ialah kerana ada tindakan-tindakan yang di luar undang-undang dan ini yang menyebabkan ada antara pendatang asing menjadi warganegara dan pengundi dan terdaftar di dalam buku daftar. Inilah isu-isunya dan bukan kerana mereka dikatakan sudah lama di sini.

Menurut Pairin, PTI tidak ada hak untuk menuntut hak kewarganegaraan kerana mereka tidak mempunyai dokumen yang sah.

“Orang-orang yang ada dokumen, yang ada pas kerja dan yang datang secara sah ini, bila mereka sudah lama di sini (Malaysia), itu ada asasnya mereka boleh memohon sebagai warganegara.

“Tetapi untuk PTI, mereka ini tiada dokumen dan tiada hak untuk menuntut sebagai warganegara kerana tiada asas. Mereka perlu diputihkan terlebih dahulu dan itu sebanya ada program pemutihan.

“Tapi kalau bulat-bulat mengatakan PTI setelah dia berada di sini sekian lama boleh dijadikan warganegara itu bertentangan dengan undang-undang kita.,” katanya kepada pemberita selepas menyumbangkan 500 paket kuih raya kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kepayan.

Pairin berkata, pemimpin veteran itu tidak perlu lagi bercakap pasal perkara itu kerana sudah sedia maklum mengapa perkara itu berlaku dan mengapa pendatang tanpa izin boleh masuk ke negeri Sabah.

“Dalam 22 tahun beliau memerintah, usaha untuk membanteras memang tidak mencukupi. Kalau kita mahu mengatakan benar-benar, persepsi rakyat di negeri Sabah ini ialah bahawa beliau tidak mahu menutup jalan orang-orang yang tiada dokumen ini masuk ke negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir, yang antara lain mempertahankan peningkatan bilangan pendatang di Sabah dan golongan itu layak diterima sebagai warganegara kerana telah berdekad tinggal di Malaysia dan boleh bertutur dalam bahasa Melayu.

***********

Nota Karmic : Tidak sukar untuk meneka sebab musabab Che Det untuk mewajarkan pemberian kewarganegaraan kepada PATI kerana sebarang usaha untuk menyokong RCI dari beliau adalah umpama menepuk air didalam dulang. 

Che Det adalah orang yang dikatakan menjadi perintis kepada terbukanya pintu kepada PATI secara besar besaran sejak awal 1990an, so mana mungkin beliau bersetuju dengan segala cadangan untuk menyekat pemberian kewarganegaraan kepada PATI sebagaimana yang beliau ungkapkan dalam tulisan terbarunya.

Dengan ini, secara tidak langsung, pekung yang cuba ditutup oleh Che Det telah terbuka dengan sendirinya oleh  Pairin yang juga pemimpin sebuah parti komponen BN. Maka, isu warganegara ekspress ini memang benar dan bukan propaganda pihak lawan sebagaimana yang sering dilabelkan oleh BN sebagai isu politik semata mata.

So, sudah sepatutnya Pairin Kitingan sedar bahawa BN bukan sebuah organisasi yang boleh mengatasi isu yang semakin membarah ini. Beliau sendiri akui, selama 22 tahun memerintah Sabah, para pemimpin senior sebenarnya sudah sedia maklum mengapa perkara itu berlaku dan mengapa pendatang tanpa izin boleh masuk ke negeri Sabah.

Sebabnya mudah, mereka mereka itulah yang dikerah kesana sini untuk dijadikan bidak bidak catur bagi memenangkan BN dalam setiap kali pilihanraya. Satu percaturan yang amat bangsat kerana rela memperjudikan masa depan Malaysia dengan mengimport PATI semata mata untuk kelangsungan kuasa.

Wahai Rakyat Negeri Sabah .. Ini Kali Lah ~!!!


The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

18 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Apa yang nak kecoh2 sangat.tun mahathir antara perintis islam di sabah dan sarawak.tunggulah pairin kitingan penaung kristian menjadi pemimpin anda puihhh....
    Tak habis2 perasaan hasad dengki tu.cuba try pergi kerja kat singapore org cina sana anggap hang macam anjing pendatang

    ReplyDelete
  3. @Wak tempe wak tempe jangan emosi,buat rci...mana layak beri ic,yang tak layak hantar pulang...kita tak nak PATI bolih mengundi dalam pru bagi tentukan masa depan negara sendiri????wak nak ke satu hari nanti hak milik wak di kongsi olih PATI????????

    ReplyDelete
  4. @maie1958 entah2 wak tempe ni pun PATI...ekeke

    ReplyDelete
  5. Wak tempe ni PATI kat selangor, bukan kat Sabah, pairin jangan marah

    ReplyDelete
  6. @rais muhammad @ Wak Tempe ..

    1. Che Det perintis Islam Sabah & Sarawak ?? hakkkk tuihhh ~!!

    2. Tak payah nak tunggu.. Pairin pernah jadi Ketua Menteri Sabah masa PBS rule without BN .. please check ur GK.

    3. Singapore ? apsal ? 4 mak sedara wa Singaporean .. tak pernah dilayan macam anjing pon .. malah boleh duduk sama rendah dengan semua kaum lain

    4. Balik pada hujah lu .. kalau Singapore layan pendatang macam anjing .. so Malaysia plak kena layan pendatang macam raja then bagi warganegara ??.. so come and visit malaysia cause we have a lot to offer ..wuhaiii .. apa substancial lu ni ?

    5. Menentang 'penjualan' taraf warganegara dilabel sebagai perasan hasad dengki ?? kepala abah lu

    ReplyDelete
  7. Maskin lama makin banyak pekung dan kecelakaan yang mahathir telah lakukan akan terbongkar. walaupun beliau pernah pernah menjadi perdana menteri,kita rakyat perlu bijak berfikir untuk menilai mana kesilapan dan kesalahan yang boleh dimaafkan dan kesalah mana yang perlu diambil tindakan dan dihukum. Projek IC kesalahan prinsip, begitu juga rasuah juta-jutaan dalam kes skandal BNM, KWSP. Itu pengkhianatan namanya bulunya, sebesar mana bulu pelakunya. Bagi saya, setelah begitu banyak kesalahan yang dilakukan mahathir ni terdedah dan terbongkar, beliau perlu di nobatkan sebagai pengkhianat negara dan digelar mahataik, sepadan dengan kerosakan yang telah dilakukannya.

    ReplyDelete
  8. Hapuskan PATI d sabah...

    ReplyDelete
  9. Wak Tempe orang Sabahkah? Kalau ya maka Wak Tempe adalah seorang yang buta hati dan mungkin tergolong dalam spesis yang dapat IC dari bulan. Kalau bukan orang Sabah maka Wak tempe jangan buat komen bodoh. Selami dulu apa yang sebenarnya yang berlaku di Sabah.

    ReplyDelete
  10. Ha ha ha aku dapat ic dari bulan klaka lah kau ni...aku cuma tak berapa puas hati dg perkhidmatan badan2 kerajaan yg mejoriti org bajau.norham aku cuma paham racist di sabah cukup kuat kui kui,anda dari suku lain penuh dg karenah birokrasi...tapi ada korang kesah
    Biar jelah benda berterusan org semenanjung duduk lah diam2 sbb aku yakin 90 peratus korang sikit pun tak pernah kesah dg pembangunan islam di sabah.tapi aku cukup syukur hidup d selangor sistem beraja masih mampu memartabatkan islam sebagai agama rasmi.ada kau nampak pasar babi tepi jalan kat selangor ni?pusat judi? Tapi di sabah adalah perkara biasa betul tak en norman?

    ReplyDelete
  11. Aku bukan menyokong PATI tp sekiranya anda dari suku lain anda akan di cop pendatang walaupun anda warganegara.aku bg contoh en norman nampak je nama aku 'wak' dah melata cakap aku takde ic kalau ada pun dapat dr bulan kui kui kui.mcm mn lah agak2 nya dg dato najib yg berketurunan bugis dan muhiddin yg berketurunan jawa.

    ReplyDelete
  12. @Karmic Wheel
    Aku nak tanya apa sumbangan lu setakat ni pada negara?setakat wat blog bangkang sana sini baek x payah.aku cuma x habis pikir mcm mn singapore yg dulunya tanah melayu boleh tergadai...aku agaklah sikit masa lagi penang pun akan senasib dg singapore..aku ada terbaca yg mana dah keluar surat azan subuh di masjid dan surau dah tak boleh di laungkan keluar..wahai karmic hang mungkin tak pernah ada kawan yg sanggup menyeberang tambak johor sebab di layan majikan dg teruk...tapi aku ada.
    Mungkin mak sedara lu dah tak mcm melayu.lagi satu kepala abah org jangan d usik2

    ReplyDelete
  13. @Wak tempe kah kah kah .. nampak sangat bebal ..

    lu baca le sejarah siapa yang lepaskan singapore .. atas dasar apa singapore lepas dari tangan ?? takyah gi jejauh .. lu tengok je yang paling dekat .. pulau batu putih .. gitu laa gerombolan pujaan lu buat kerja .. abih semua terlepas ke tangan orang

    wa buat blog pon ada ke wa jentik lu ??

    makcik wa plak .. berpakaian lebih muslimah laa dari rosmah ngan shahrizat .. jubah lagi .. takde diskriminasi pon ..

    bab azan memang wa tak nafikan .. memang singapore ada larangan untuk menggunakan pembesar suara .. tapi dah memang bukan negara Islam .. dan Islam memang bukan majoriti .. beza la wahai mangkuk kalo nak samakan dengan malaysia ..

    member wa pon ramai yang kerja kat sana .. cuma nya diowang bukan kuli batak ..lagi satu wa nak cakap ngan lu .. diowang semua happy je kerja sampai sekarang .. malah ada yang balik ke malaysia .. kerja kejap .. lepas tu apply balik kerja kat sana .. sebab apa ?? sebab kat negara kita banyak sangat birokrasi .. rapat dengan bos .. lu boleh cepat naik ..bukan sebab merit .. gitu gak le dalam politik

    last sekali .. urusan kewarganegaraan bukan hal remeh temeh .. kalo lu nak keturunan afrika jadi warga negara sekali pon.. wa tarak hal ..tapi bukan dengan jalan kotor demi untuk menang pihanraya ..lu faham tak yang tu ??

    dah .. lu pegi je layan game kat google plus lu .. atau lu boleh pegi sepak batu .. mungkin itu lebih baik

    ReplyDelete
  14. Releks lah karmic ha ha ha bloggers tak boleh naik angin...ko kena layan tetamu dg
    Budi bahasa aku acah acah sikit ko dah lebih lebih kui kui..biasa yg menulis komen style mcm
    Hang ni cuma bloggers picisan.syukurlah makcik hang berpakaian muslimah tp jgn masuk politik tau nanti jd mcm abby tu he he he.selamat hari raya

    ReplyDelete
  15. di sabah masalah PATI sangat serius..mereka la yg banyak memberikan masalah sosial yg kurang sihat..bukan masalah agama..seperti mana2 negara sesiapa yg tidak mempunyai dokumen adlh satu kesalahan..berbeza di semenanjung dgn sabah..di semenanjung mereka menetap sblm merdeka..d sabah kelmarin pun ada yg baru masuk jga fasih berbahasa melayu..adakah mereka ini layak jadi warganegara..klu mcm tu mat bangla, myanmar, vietnam, afrika, indonesia yg fasih berbahasa melayu blh la memohon kerakyatan..di sabah rakyatnya berbilang kaum dan agama dpt hidup harmoni..satu sabah satu suara menyatakan pendirian tentang PATI yg menjadi masalah sekian lama..harap kerajaan bersungguh2 kali ini..

    ReplyDelete
  16. @Wak tempe laaa .. wa naik angin ?? kah kah kah .. lawak la lu bhai ..

    wa cuma hairan sekaligus musykil apa yang lu dah makan sejak dari kecik sampai lu membesar jadi sebengap itu ..

    memula lu cakap mahathir perintis Islam kat Sabah

    kemudian lu rembat cerita kristian

    kemudian lu singgung singapore

    Isunya mudah aje .. wa dah kata siapa pon boleh jadi warganegara tapi bukan atas political mileage .. apa laa yang tersumbat dalam otak lu .. penuh ngan angin je ke ?? kah kah kah

    Then .. selama ni wa memang anggap blog wa ni sangat picisan .. tapi wa sangat heran bila lu sangat teruja untuk buang masa lu kat blog picisan ni .. apa ..lu memang dilahirkan dengan perasaan kurang kasih sayang eh ? kah kah kah

    typical la lu bro .. orang sindir lu dapat ic dari bulan pon lu melatah .. sindir je tu bro .. lain le kalo lu memang pendatang ... mungkin lu boleh terasa .. tapi mungkin lu tak sampai ketahap gitu kot untuk faham makna sindir..

    last but not least .. yeah .. aunties wa memang sokong abby .. so kenapa ?? salah ke kalo dia join politik ?? ada ke dia tabur pasir dalam periuk lu ?? ke lu makan pon pakai tiub ? kah kah kah

    p/s .. dari dulu wa curiga kenapa orang yang bernama Rais yang wa kenal kebanyakannya lembab .. tapi lu dah membuktikannya .. true .. kah kah kah

    ReplyDelete
  17. Ha ha ha ok karmic apa salahnya hang berbudi bahasa sikit bila tulis komen kui kui...
    Tp kalau lu jenis perangai mcm ni takpe ha ha ha org akan paham...
    Aku hanya bagi nasihat ikhlas bila hang nak maju...adios amigos
    P/s undilah pemimpin islam sahaja

    ReplyDelete
  18. @Wak tempe oret bhai .. chill .. :)

    Selamat hari raya ..

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top